Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 23 Januari 2010

Lagi kaitan Anwar-Azmin dipersoal!

Isu 'hubungan istimewa' antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden parti itu, Azmin Ali sekali lagi dipersoalkan kerana ia semakin menjadi- jadi.

Kali ini ia dibangkitkan oleh bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak yang mendakwa tahap hubungan mereka amat sukar difahami kerana Anwar dilihat akan memenuhi apa jua kehendak Azmin.

Beliau yang merupakan kawan keluarga Anwar berkata, 'hubungan istimewa' itu menyebabkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail umpama tiada kuasa dan sekadar menjadi patung dalam struktur kepimpinan parti.

"Pemerhatian saya mendapati hubungan mereka penuh kerahsiaan, saya tidak dapat memahami kenapa, apa jua kehendak Azmin akan dipenuhi Anwar sehingga diberi peluang mengetuai PKR Sabah walaupun ia tidak logik.

"Memanglah PKR ini diberi jolokan parti 3A tetapi yang berkuasa ialah Anwar dan Azmin sahaja, Azizah ini sekadar 'patung' sahaja," katanya sewaktu dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Saidatul Badru menyertai PKR pada 1998 dan sewaktu berada di puncak kerjaya politik bersama parti itu beliau meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden dan Pengerusi PKR Sabah pada 3 April 2006 dan kemudiannya keluar parti pada 13 Ogos 2007.

'Hubungan istimewa' antara Anwar dan Azmin sebelum ini pernah dipersoalkan oleh bekas rakan karib Anwar pada 18 Oktober tahun lalu, Datuk S. Nallakarupan yang berkata: "Anda (wartawan) sepatutnya tanya Anwar kenapa Azmin begitu istimewa? Kalau dia tidak mahu jawab bolehlah tanya isterinya, Wan Azizah."

Mengulas lanjut, Saidatul Badru berkata beliau yakin sebenarnya Wan Azizah sendiri tidak menyukai 'hubungan istimewa' Anwar dan Azmin tetapi beliau terlalu takut untuk bersuara.

Lantaran itu katanya, Wan Azizah terpaksa taat secara melulu kepada suaminya dan memendam rasa. "Memang Wan Azizah selalu menonjolkan imej wanita Islam yang tidak pernah lekang dengan zikir tetapi dia perlu sedar ketaatan kepada suami perlu ada syarat-syaratnya, asas kebenaran perlu jadi perkiraan.

Namun dalam isu tuduhan meliwat bekas pembantunya, Anwar kita lihat banyak berdalih, kini sibuk pula mahu kesnya dibicarakan mengikut undang-undang syariah supaya empat saksi dikemukakan tapi tidak mahu membersihkan namanya dengan cara alternatif iaitu bersumpah laknat," tegasnya yang merupakan peguam syariah.

Dalam perkembangan berkaitan, Saidatul Badru menasihatkan rakyat Sabah supaya tidak tertipu dengan permainan politik Anwar. Katanya, sejak Anwar keluar dari penjara beliau tidak pernah menunaikan janji-janji PKR yang ditabur untuk rakyat Sabah.

"Nasihat saya janganlah terpedaya, saya ini kawan keluarga Anwar dan Wan Azizah malah pernah berada dalam kepimpinan tertinggi parti. "Kalau saya sendiri sudah terkena, apatah lagi mereka yang baru bersama PKR dan tidak mengenali mereka berdua secara peribadi," katanya.

Azmin mahu jatuhkan Khalid?

Pembubaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor didakwa adalah sebahagian perancangan Naib Presiden, Mohamed Azmin Ali yang mahu menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat sebagai pencabar terkuatnya bagi jawatan Timbalan Presiden parti.

Bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, Abdul Khalid dilihat calon paling berpotensi untuk memegang jawatan tersebut berbanding Azmin selepas spekulasi pengunduran Senator Dr. Syed Husin Ali daripada jawatan itu.

"Abdul Khalid lebih banyak jawatan di Selangor berbanding Azmin. Ekoran itu, Azmin bimbang Menteri Besar Selangor itu akan menjadi pencabar utamanya lalu merancang apa jua mainan politik untuk menjatuhkan beliau.

"Kesannya, para perwakilan parti akan melihat, Abdul Khalid gagal mentadbir cabangnya sendiri di Kuala Selangor dan bagaimana beliau mahu menjadi orang atasan parti iaitu selaku Timbalan Presiden.

''Inilah yang Azmin mahu bagi memastikan cita-citanya menjadi Timbalan Presiden parti tercapai," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, spekulasi pengunduran Senator Dr. Syed Husin Ali daripada jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan akan datang, didakwa bertujuan memberi laluan kepada Azmin untuk menduduki kerusi nombor dua dalam parti itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim mendakwa, spekulasi itu heboh diperkatakan pada pertengahan bulan ini ketika cabang-cabang PKR di seluruh negara bersiap sedia untuk membuat pencalonan bermula Mac ini.

Dakwanya, memandangkan masa semakin suntuk untuk calon-calon lain mendapatkan sokongan, sudah tentu Azmin yang telah turun bertemu ahli di peringkat akar umbi atas kapasitinya sebagai Naib Presiden akan mendapat kelebihan.

Mohd. Nazmi menambah, kemenangan Syed Husin mempertahankan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR 2007 tanpa dicabar selepas Azmin disebut-sebut akan menentangnya tetapi menarik diri juga didakwa adalah perancangan Naib Presiden PKR itu.

Beliau berkata, strategi licik tersebut adalah bagi memenuhi kehendak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan Azmin dilantik sebagai Timbalan Presiden.

"Kini, Azmin berusaha untuk menjatuhkan Abdul Khalid pula yang dianggap sebagai pencabar utamanya. Inilah masalah yang akan berlaku apabila mendapat kuasa dan mula berebut jawatan.

"Budaya 'cah keting' bukan sahaja wujud dalam Pas seperti yang Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat katakan, ia juga wujud dalam PKR," katanya. Beliau juga meluahkan rasa simpati kepada Abdul Khalid yang kini menjadi mangsa mainan politik Anwar dan Azmin.

"Sehubungan itu beliau lebih baik meletak jawatan daripada arena politik dan memberi tumpuan kepada dunia korporatnya. ''Abdul Khalid harus sedar dirinya dipermainkan oleh Anwar dan Azmin yang mempunyai agenda sendiri untuk mencapai cita-cita mereka," dakwanya.

Wasabi Oyabun

1 ulasan:

  1. Khalid Ibrahim, berkata beliau tidak percaya dengan dakwaan bahawa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, terbabit dalam konspirasi dalaman parti untuk melemahkan kepimpinannya di negeri itu.

    Malah, beliau berkata peletakan jawatan 11 anggota jawatankuasa serta Ketua Pemuda dan Ketua Wanita PKR cabang Kuala Selangor itu yang dipimpinnya baru-baru ini juga tidak ada hubung kait dengan Azmin.

    "Ini semua cerita dongeng...saya baru menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PKR Kuala Selangor semalam dan mereka yang hadir memberikan sokongan padu memantapkan lagi perjalanan dan pentadbiran PKR di Kuala Selangor," katanya.

    Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bayaran Fasa Kedua Skim Mesra Usia Emas Dewan Undangan Negeri Ijok di Taman Desa Coalfields di Sungai Buloh dekat sini.

    Khalid mengulas kenyataan bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli, bahawa PKR cabang Kuala Selangor dianggap "lumpuh" sekarang adalah sebahagian perancangan Azmin yang mahu menjatuhkan Khalid bagi mencerahkan peluangnya bertanding jawatan penting dalam pemilihan parti tahun ini. - Wallahuallam

    BalasPadam