Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 22 November 2009

Agenda Anwar di Selangor!

Apakah ada agenda di sebalik perlantikan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor?

Bagaimana pula dengan kapasiti “penasihat de facto Menteri Besar Negeri Selangor?” Apakah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim akan menjadi “Menteri Besar boneka” Selangor? Suatu ketika dulu, Anwar pernah mengakui didalam media perdana bahawa wujud dan berlakunya krisis dalaman di dalam PKR dan PR. Perlantikan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor dilakukan dalam keadaan PKR dan PR dilanda krisis. Krisis apa yang melanda PKR dan PR? Adakah krisis ekonomi atau krisis politik? Atau kedua-duanya sekali.

Seandainya krisis yang dialami oleh PKR dan PR adalah krisis ekonomi dan politik maka PKR dan PR akan bakal berhadapan dengan hakisan kepercayaan daripada rakyat negeri Selangor. Raja Petra Kamaruddin, juga mengakui bahawa berlaku krisis di dalam Pakatan Rakyat. Berikutan dari kemelut yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat menurut Raja Petra ialah peristiwa kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang tumbang di tangan Umno/BN dan kemungkinan akan bakal berulang di negeri Selangor.

Ini dikukuhkan lagi dengan ura-ura kerajaan Umno/BN yang diterajui oleh DS Najib untuk merampas semula negeri Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat. Inilah diantara faktor utama yang membuatkan Khalid Ibrahim menyarankan Anwar diserap masuk untuk mempertahankan Selangor daripada terus dihentam oleh barisan jentera Umno dan Barisan Nasional. Namun, ia memerlukan lebih dari sekadar Anwar Ibrahim untuk menghalang kebangkitan suara rakyat.

Seandainya Anwar Ibrahim benar-benar berperanan sebagai penasihat de facto Menteri Besar negeri Selangor menerusi perlantikannya sebagai penasihat ekonomi maka ia boleh disifatkan sebagai satu penipuan keatas rakyat Selangor dan manipulasi yang terancang ke atas ekonomi negeri itu sendiri. Ia juga akan seterusnya membuktikan bahawa Khalid Ibrahim akan menjadi ibarat tunggul kayu apabila Anwar Ibrahim menguasai ekonomi dan mencatur perjalanan politik negeri Selangor.

Namun, kemampuan Anwar untuk menjadi penasihat ekonomi kepada negeri termaju di negara ini amatlah dipertikaikan. Walaupun Anwar diketahui telah memegang jawatan Menteri Kewangan selama hampir 8 tahun, tetapi Anwar tidak banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Semasa menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah melakukan “kesilapan” didalam membuat keputusan ekonomi yang menyebabkan negara hampir-hampir kecundang ke dalam perangkap ekonomi yang dicaturi oleh petualang ekonomi dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Pasti amat malang jika Anwar menggunakan kaedah lama yang terbukti silap di suatu ketika dulu didalam mencaturkan ekonomi Selangor. Jadi, perlantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi di Selangor pastinya mempunyai agenda disebaliknya. Perlantikan ini bermakna Anwar akan mempunyai direct access didalam hal ehwal Selangor dan juga bakal merubah corak politik di negeri tersebut. Mungkin inilah yang Anwar maksudkan dengan istilah "perang" tempohari.
Wallahuallam.

Wasabi Oyabun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan