Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 13 Jun 2009

Khalid Samad Khianat Agama dan Bangsa

Tidak ada lagi manusia Melayu Islam (kecuali Anwar Ibrahim) di negara ini yang sanggup memperjudikan masa depan agama dan bangsanya seperti yang beliau lakukan kebelakangan ini.

Tindakan pertama beliau apabila menang kerusi Ahli Parlimen Shah Alam ialah mengunjungi Gereja Kristian di Shah Alam yang baru siap dibina. Gereja ini suatu ketika dibantah hebat oleh Pas Shah Alam.

Demi mencari sokongan bukan Islam terhadap beliau dan Pas, Khalid Samad yang berucap dalam gereja tersebut menyokong tuntutan Badan Injil Borneo untuk menggantikan perkataan God kepada Allah dalam kitab injil berbahasa Melayu mereka

Tidak cukup itu, pada bulan lepas, Khalid samad memarahi Jawatankuasa Surau Seksyen 23 Shah Alam kerana membantah pembinaan kuil di kawasan mereka.

Jawatankuasa ini bukan bersikap anti agama Hindu. Cuma alasan mereka ialah hampir tiada penganut agama Hindu di Seksyen 23, maka mengapa perlu di bina kuil di situ. Namun Khalid samad tidak peduli semua itu. Malah beliau "memaksa" jawatankuasa Pas di situ menyokong pembinaan kuil tersebut. Pelbagai janji dunia telah dibuat kepada pemimpin Pas di situ.

Menurut sumber, YB Khalid Samad juga yang mencadangkan agar 4 ekar tanah wakaf kerajaan Khir Toyo untuk perkuburan Islam Shah Alam di Kampung Kebun Bunga, jalan Batu 3 dijual kepada pertubuhan Cina yang mendirikan dewan haram atas tanah tersebut.

Pada 2007, Kerajaan Negeri telah mengarahkan dewan tersebut dipindahkan ke kawasan perkuburan Cina. Namun hari ini kerajaan negeri bersetuju agar pampasan dibayar kepada Majlis Agama Islam Selangor atas 4 ekar tanah yang digunakan tersebut.

Lebih teruk Pas cuba merasuah jawatankuasa yang menguruskan tanah perkuburan terbabit dengan berjanji pertubuhan Cina tersebut akan membayar pampasan kepada mereka.

Khalid samad sanggup membenarkan penjualan tanah wakaf milik orang Islam ini? Sudahlah susah untuk mendapatkan tanah kubur di Shah Alam. Yang ada pula dijualkannya.

Dalam ucapan di Muktamar Pas baru-baru ini juga beliau melahirkan rasa benci beliau yang begitu ketara kepada UMNO sehinggakan tampak sikap beliau ialah biar apa pun akan jadi kepada orang Islam dan Melayu asalkan UMNO dapat beliau kuburkan.

Inilah manusia melayu Islam yang dilantik oleh cerdik pandai Melayu di shah Alam menjadi ahli parlimen mereka.

Pengkhianat agama dan bangsa sedang bermaharajalela di Shah Alam.

www.isuhot.com
wasabi oyabun

4 ulasan:

  1. Subhanallah..mudah-mudahan azab seksa yang berat bakal menanti pengkhianat munafiq yang menjual hak saudara seIslam sendiri. Bersama-samalah kita bukak mata dengan pendedahan ini.

    Lailaha Ilallah Muhammadar Rasulullah. Allah hu Akbar!!

    BalasPadam
  2. Gilerrr ke haper!!!! Orang Melayu Islam kalau xsedar2 diri lagi, x tau arrr camner!! Ni mmg dah nampak sangat letakkan agama Islam kat tapak kaki dia senirik!!!! babixxzz

    BalasPadam
  3. UMNO macam mana pulak roboh kuil hindu yang telah berusia lebih 100 tahun.Setelah 50 tahun UMNO perintah malaysia 100 kali ganda dia mengkianati Islam dan bangsa melayu.Sebab UMNO pernah runtuhkan surau dan masjid lagi terok..siapa yang hapuskan peruntukan sekolah agama rakyat???Slow killing of UMNO toward islam worse of all

    BalasPadam
  4. roboh dan dipindahkan bang oibukan roboh tak ganti...cter biar abis...2 kilang arak bler nak nak tutup dlu menyalak sangat ....skang jadi tikus plak....pas makin meyimpang ,melilau...

    BalasPadam