Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 4 April 2009

Jangan terpengaruh janji Anwar!

Penduduk Batang Air dinasihatkan supaya tidak tertipu dengan janji Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu membentuk kerajaan baru di negara ini.

Menurut Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan, perjuangan sebenar Anwar ialah mahu mengekalkan karier politik peribadinya dan bukan memenangi aspirasi rakyat.

Beliau berkata, Anwar juga gagal mengotakan janjinya untuk membentuk kerajaan yang dibarisi pakatan pembangkang pada 16 September tahun lalu.

"Malah realitinya, kerajaan Barisan Nasional (BN) masih ampuh sebagai parti yang mentadbir negara ini sehingga kini. "Tambah buruk, Ketua PKR Bahagian Jerai bersama 500 ahli bertindak keluar parti baru-baru ini kerana tidak percaya lagi dengan perjuangan Anwar," katanya ketika berucap di hadapan penduduk Rumah Panjang Winston Bana, Nanga San di sini hari ini.

Majlis pemimpin bersama rakyat itu turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Seri Mohd. Asfia Awang Nassar; Menteri Muda Pertanian, Datuk Peter Nyarok; dan Menteri Muda Bekalan Air, Sylvester Entry Muran.

Awang Tengah yang juga Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II memberitahu, isu yang dibangkitkan PKR pada kempen Pilihan Raya Kecil DUN Batang Air kali ini tidak relevan di Sarawak. Katanya, amat jelas hanya kerajaan BN yang mampu membawa perubahan kepada penduduk Batang Air.

"Akan menjadi kerugian kepada rakyat Batang Air sekiranya mereka memilih pembangkang yang jelas tidak akan dapat membawa pembangunan di kawasan ini. "Calon PKR, Jawah Gerang hanya membawa pembangunan di Lubok Antu hasil peruntukan kerajaan BN. "Setelah beliau menyertai pembangkang, tiada lagi pembangunan yang mampu diberikannya kepada rakyat di sini," tegas beliau.

Awang Tengah menambah, tindakan Parti Nasional Sarawak (Snap) yang menyatakan sokongan kepada BN pada pilihan raya kali ini didorong kesedaran bahawa hanya BN pejuang sejati yang mampu membela nasib rakyat secara keseluruhan. Pada majlis yang sama, Awang Tengah mengumumkan pemberian geran kerajaan RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Panjang Winston Bana.- UM

Wasabi Oyabun

2 ulasan:

  1. SALAM BRO....
    INI ANWAR TAK BOLEH BIKIN APA DAH...
    HE HE HE.....
    TAK LAMA JA LAGI....
    ALAMAT BENAZIR BHUTO LAH JADINYA NANTI...

    BalasPadam
  2. anwar cucuk botox jenama perasan byk sgt...tu yg perasan bagus...

    x-pkr
    http://x-pkr.com

    BalasPadam