Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Isnin, 28 Disember 2009

Raja Petra ditaja pihak tertentu di London?

Gaya hidup mewah pengendali web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, 59, yang mampu tinggal di sebuah pangsapuri di Gloucester Terrace, Bayswater, London, dipercayai ditaja oleh pihak-pihak tertentu.

Menurut sumber, pemeriksaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan Raja Petra dibiayai oleh individu tertentu yang mempunyai konspirasi untuk merosakkan nama baik kerajaan Malaysia. Ditanya mengenai kelewatan permohonan untuk mendapatkan ekstradisi, beliau berkata, proses tersebut selalunya memakan tempoh yang lama.

"Kadang-kala proses itu akan mengambil masa sehingga enam bulan dan perkara itu bergantung kepada kepentingan sesuatu kes," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, PDRM tidak mempunyai hak menahan mana-mana suspek walaupun dalam senarai dikehendaki sewenang-wenangnya di negara asing tanpa melalui proses ekstradisi.

Bagaimanapun memandangkan Raja Petra memasuki negara tersebut menggunakan dokumen palsu, penahanan penulis blog itu boleh disegerakan sekiranya kerajaan United Kingdom berhasrat untuk menggunakan Akta Imigresen.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dia dituduh menerbitkan artikel bertajuk Let's Send the Altantuya Murderers to Hell dalam blog www.malaysia-today.net, bertarikh 25 April 2008. Selain itu, dia dituduh memfitnah Rosmah serta dua yang lain dalam satu akuan bersumpah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 18 Jun tahun lalu. Mahkamah Sesyen pada 11 dan 13 November lalu bagaimanapun membebaskan tanpa melepaskan Raja Petra kerana pihak pendakwaan gagal mengesannya.

Komen :

RAKYAT Malaysia yang menggunakan pasport asing untuk mengelirukan identiti bagi melintasi sempadan antarabangsa atas alasan apa sekalipun wajar dihukum kerana ia secara terang-terangan mempersendakan undang-undang Malaysia. Pihak berkuasa Imigresen perlu melucutkan status kerakyatan mereka yang dikenal pasti terbabit dengan perbuatan tersebut.

Undang-undang Malaysia sangat jelas iaitu melarang rakyatnya memiliki dua kewarganegaraan. Lagi pun, alasan mereka yang menukar identiti kerakyatan ini biasanya mempunyai motif tidak baik seperti melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa negara ini mahupun pihak berkuasa negara lain.

Bagi mereka yang berada dalam kategori 'dikehendaki' tetapi telah dapat dikesan lokasi dan negara asing yang menjadi persembunyian, usaha di peringkat diplomatik perlu dilakukan bagi membawa mereka ke muka pengadilan.

Walaupun rekod Jabatan Imigresen menunjukkan kes mereka yang dilucutkan kerakyatan negara ini tidak ramai, perbuatan memiliki dua kerakyatan perlu dipandang serius.
Dari sudut lain, ia sedikit sebanyak boleh dikaitkan dengan tahap kesetiaan kepada negara.

Mungkin ada sesetengah rakan blog sudah dapat mengesan siapa yang menaja Raja Petra di London, adalah lebih baik kita tunggu sehingga siasatan selesai dan dapat menangkap dan membawa semula Raja Petra pulang ke Malaysia untuk di hadapkan ke mahkamah?

Wasabi Oyabun

1 ulasan:

  1. Rakyat Malaysia yang memiliki atau menggunakan pasport negara lain untuk keluar negara berdepan dengan risiko dilucutkan status kerakyatan mereka.

    Walaupun ada negara lain yang menerima kaedah tersebut namun undang-undang Malaysia tidak membenarkan rakyatnya mempunyai dua kewarganegaraan.

    Sehubungan itu Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan pasport negara asing untuk ‘keluar masuk’ negara ini.

    ‘‘Jika perbuatan itu dikesan, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Imigresen. Selain itu status kerakyatan mereka juga boleh ditarik,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas kecenderungan segelintir rakyat negara ini yang menggunakan pasport asing untuk ‘keluar masuk’ negara.

    Golongan yang dipercayai menggunakan pasport asing itu terdiri daripada mereka yang disenarai hitam oleh pihak berkuasa termasuk Imigresen atas pelbagai kesalahan termasuk melakukan jenayah.

    Turut dikatakan memiliki dua kerakyatan itu ialah pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin yang kini dikehendaki oleh pihak polis berhubung dua kes fitnah melibatkannya.

    Raja Petra didakwa bolos dari sempadan negara ini dan kini dipercayai berada di London.

    Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, sebelum ini pihak Imigresen telah mengesan beberapa kes menggunakan pasport negara asing untuk ‘keluar masuk’ di negara ini.

    Katanya, individu terbabit telah dilucutkan kerakyatan mereka melalui proses undang-undang.

    ‘‘Bagaimanapun tindakan tersebut tidak dilakukan serta merta. Selain siasatan rapi dibuat, individu terbabit telah diberi peluang membuat pilihan untuk terus menjadi warga negara Malaysia atau sebaliknya ,’’ katanya.

    Dalam pada itu, Abdul Rahman menjelaskan, bilangan kes yang dilucutkan kerakyatan kerana mempunyai status dua kerakyatan tidak ramai.

    Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pihak Imigresen sentiasa mengawal ketat semua pintu masuk negara sama ada jalan udara atau darat.

    ‘‘Pemantauan tidak dilakukan secara bermusim. Kita sentiasa memperketatkan kawalan. Kerjasama semua pihak sangat diharapkan,’’ katanya.

    BalasPadam