Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 2 September 2015

Mohd Hatta kata talak tidak jatuh?


KOTA BHARU – Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli menafikan dakwaan banyak pihak termasuk daripada Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bahawa perkahwinannya terbubar dengan talak tiga kerana melanggar bai’ah yang pernah dilafazkannya sebelum menjadi calon Pas pada pilihan raya umum yang lalu.

Memetik laporan sebuah portal propembangkang di sini hari ini, Mohd. Hatta berkata, dakwaan tersebut tidak betul sama sekali, bagaimanapun beliau enggan memberi penjelasan lanjut.

“Tak betul semua tu. Dah banyak penulisan orang mengenai perkara itu (bai’ah). Biarlah, saya tak nak komen apa-apa,” katanya.

Pada masa sama, bekas Pengarah Pilihan Raya Pas itu menempelak Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas kerana mencampuri urusan keluarganya.

“Terima kasih dekat dia (Ahmad) kerana mengaturkan hidup saya. Tak ada apa pun. Biarlah. Dia tak ada urusan dengan keluarga saya,” katanya.

Hari ini, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad mengesahkan perkahwinan Mohd. Hatta dengan isterinya bercerai talak tiga kerana melanggar taklik yang pernah dilafazkan dalam bai’ah Pas negeri itu. Sila baca di sini.

Dalam bai’ah tersebut, setiap wakil rakyat Pas di ne­geri ini yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.

Perkara itu terkandung dalam lafaz bai’ah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat Pas di negeri ini sejak 2004.

Keahlian Mohd. Hatta dalam Pas terlucut secara automatik kelmarin apabila beliau menyertai Parti Pekerja Malaysia (Parti Pekerja) yang dipimpin oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Semalam, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad meminta wakil rakyat Pas di negeri ini yang menyertai Parti Pekerja supaya merujuk status perkahwinan di Mahkamah Syariah berikutan terdapat bai’ah cerai talak tiga yang dilafazkan mereka sebelum ini.

Wasabi Oyabun..