Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 26 Ogos 2015

Semua wakil rakyat Pas perlu letak jawatan - Mat Sabu?


Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu mendesak semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas melepaskan jawatan masing-masing.

Mohamad atau Mat Sabu berkata, perkara itu memandangkan semua ADUN dan Ahli Parlimen Pas yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah atas tiket ‘bersama pakatan pembangkang.’

“Kenapa pula Ahli Parlimen GHB yang perlu letak jawatan? Mereka sebenarnya yang perlu berbuat demikian kerana tidak lagi bersama pakatan pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran GHB peringkat negeri di sini malam tadi.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Presiden Pas berkenaan terus mendakwa lebih ramai ahli Pas akan meninggalkan parti tersebut dalam masa terdekat dan menyertai GHB.

Wasabi Oyabun...

Rabu, 19 Ogos 2015

Azmin, Khalid ‘berperang’ isu DEIG, MBI?


SHAH ALAM  - Sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kecoh seketika apabila bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan tujuan sebenar kerajaan negeri mewujudkan satu entiti baharu bagi menguruskan pelaburan anak-anak syarikatnya iaitu Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Kekecohan bermula selepas Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan terhadap soalan tambahan Datuk Mohd. Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) mengenai peranan DEIG yang bertanggungjawab dalam proses penggabungan pelaburan 12 anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) sebelum ini bagi mengelakkan pertindihan aktiviti.

Mohamed Azmin sebelum itu ketika menjawab soalan lisan Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama) memberitahu, DEIG ditubuhkan selepas MBI dilihat gagal mencapai nilai pelaburan mampan selain bertujuan mengurangkan risiko kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Abdul Khalid (Bebas-Pelabuhan Klang) mempertikaikan kewujudan DEIG yang didakwa ditubuhkan tanpa sebarang enakmen dan tidak mempunyai kelulusan DUN.

Abdul Khalid berkata, keadaan itu membuatkan DUN tidak dapat memantau dan mengetahui mengenai aktiviti yang dijalankan oleh DEIG yang disifatkan sebagai orang tengah.


“Adakah tatacara (penubuhan DEIG) ini dikira dengan baik? Walaupun entiti itu di bawah MBI, jika syarikat ini menandatangani perjanjian atau mengadakan usaha sama, risiko pelaburan itu tidak akan hilang dan akan kembali semula kepada MBI dan kerajaan negeri?" katanya.

Namun, persoalan yang dilontarkan oleh Abdul Khalid itu dibalas oleh Mohamed Azmin yang memintanya bertanggungjawab mengenai isu bayaran pampasan kepada lapan bekas pegawai MBI berjumlah RM2.6 juta sebelum ini tanpa kelulusan DUN.

“Bagaimana MBI boleh dibayar pampasan dengan jumlah tinggi tanpa kelulusan DUN dan Lembaga Pengarah MBI tidak dimaklumkan,” balas Mohamed Azmin.

Bagaimanapun, Abdul Khalid meminta Mohamed Azmin supaya tidak mengaitkan perkara tersebut memandangkan ia masih lagi dalam proses mahkamah.

Pertikaman lidah membabitkan Abdul Khalid dan Mohamed Azmin itu kemudiannya dileraikan oleh Speaker DUN, Hannah Yeoh yang turut meminta mereka berdua kembali kepada topik perbincangan asal melibatkan DEIG.

Sementara itu, Abdul Khalid yang ditemui di lobi DUN berkata, penubuhan DEIG akan menyebabkan masalah urus tadbir dan ketidaktelusan dalam hal kewangan serta pelaburan kerajaan negeri kerana entiti tersebut bebas audit.

“Sebagai contoh, Menteri Besar membangkitkan soal hutang dan pembayaran Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), namun semua itu kita boleh bincang di dewan tapi bila ada sebuah syarikat bawah MBI, ia akan mengurangkan ketelusan.

“Ini disebabkan DEIG bukan ditubuhkan di bawah Enakmen MBI 1994 dan diletakkan di bawah syarikat, ia tidak dapat dibincangkan dalam dewan,” katanya.


Dalam pada itu, Abdul Khalid mahu Mohamed Azmin menjelaskan secara terperinci mengenai kos pengambilalihan penstrukturan air di Selangor yang dibimbangi akan memberi kesan kepada tarif air pada masa akan datang.

Jelasnya, Mohamed Azmin semalam hanya memberi penjelasan mengenai kos berjumlah RM2 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion.

“Menteri Besar bukan hanya perlu menjelaskan jumlah RM2 bilion malah menjelaskan ekuiti berjumlah RM7.65 bilion itu.

“Jumlah RM7.65 bilion itu penting kerana ia membabitkan kos pengambilalihan. Saya bimbang jika tidak dijelaskan, kos tersebut sebenarnya meningkat dan menyebabkan kenaikan harga air bagi membayar hutang pinjaman,” ujarnya.

Wasabi Oyabun..