Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 21 Februari 2015

Christopher Leong diberi kata dua?


Tarik balik kenyataan atau letak jawatan, kata lebih 100 anggota Majlis Peguam kepada presiden badan berkenaan, Christopher Leong, berhubung reaksi beliau terhadap sabitan hukuman ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat baru-baru ini.

Menurut seorang daripada ahli Majlis Peguam, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, Leong perlu mengemukakan permohonan maaf yang jelas dan tanpa bersyarat kepada badan kehakiman dan entiti serta badan antarabangsa.

“Jika beliau gagal menarik balik kenyataan itu dalam tempoh yang munasabah (14 hari), kami akan mengambil segala langkah perlu untuk menggesa beliau segera berundur daripada jawatan presiden dan meminta Peguam Negara agar mengambil prosiding menghina yang sewajarnya terhadap beliau.

“Kalau Leong keluarkan kenya­taan atas nama perseorangan, tak apa, tapi bukan atas kapasiti atau mewakili Majlis Peguam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Leong dipetik media tempatan sebagai berkata Anwar ‘dianiaya, bukan didakwa’ apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Abdul Aziz Abdul Rahman (tengah) bersama Lukman Sheriff Alias (kiri) dan Mohd. Noor Amin ketika sidang akhbar bantahan 100 ahli Majlis Peguam di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, seorang lagi ahli Majlis Peguam, Datuk Mohd. Noor Amin berkata, pendirian dan kenya­taan terbuka yang dibuat Leong adalah bertentangan dengan asas dan kewajipan statutori Majlis Peguam Malaysia yang turut termasuk melindungi integriti serta kesucian badan kehakiman.

“Leong mengakui tidak membaca penghakiman Mahkamah Persekutuan, tetapi pada masa sama, sehari selepas Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusannya, beliau mengeluarkan kenyataan yang memperkecil-kecilkan bahawa penghakiman Mahkamah Persekutuan dibuat tanpa sebarang asas dalam undang-undang, hanya semata-mata dengan merujuk kepada laporan media tentang perbicaraan itu,” katanya.

Pada 10 Februari, Anwar kalah dalam rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. – BERNAMA

Wasabi Oyabun..

Selasa, 10 Februari 2015

Hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar kekal?


1.18 tengahari: Peguambela Anwar Ibrahim, Gopal Sri Ram telah memulakan dengan merayu supaya hukuman Anwar Ibrahim dipendekkan kepada tempoh 2 tahun sahaja.

Beliau berhujah dengan alasan Anwar Ibrahim bekas pemimpin kerajaan dan juga merupakan Ketua Pembangkang. Gopal juga menyatakan faktor usia dan kesihatan Anwar Ibrahim.

1.31 tengahari: Gopal menyatakan bahawa tiada alasan yang cukup untuk memanjangkan hukuman terhadap Anwar Ibrahim berdasarkan fakta kes.

1.34 tengahari: Shafee pula menyatakan bahawa Anwar Ibrahim perlu mendapat hukuman penjara maksimum 20 tahun tetapi sebatan tidak perlu kerana faktor usia.

Ini adalah kesalahan yang kedua beliau dan kesan daripada kes ini memberikan impak kepada mental dan masa depan Saiful Bukhari. Malah kes Anwar Ibrahim hendak menyaman Saiful Bukhari juga ditarik balik oleh Anwar sendiri.


Shafee turut merujuk kepada kes Datuk Harun yang sebelum ini tidak mendapat pengurangan dari pihak mahkamah walaupun beliau merupakan bekas pemimpin kerajaan.

1.40 tengahari: Shafee turut menyatakan bahawa Mahkamah melakukan kesalahan serius sekiranya meletakkan kesalahan tersebut kurang daripada 6 tahun. Sepatutnya kesalahan kali kedua ini perlu dihukum dengan lebih keras dan berpatutan dengan keputusan mahkamah seluruh dunia.

1.42 tengahari: Pihak hakim bersetuju untuk membenarkan Anwar memberikan kenyataan kepada mahkamah. Malangnya, Anwar Ibrahim menggunakan peluang tersebut untuk menyatakan bahawa ini adalah konspirasi besar untuk menjatuhkan beliau.

Hakim meminta Anwar Ibrahim untuk berhenti, namun beliau masih meneruskan insiden itu dengan menuduh mahkamah pula terlibat dengan konspirasi tersebut.

Hakim mengambil keputusan untuk meninggalkan kamar mahkamah kerana Anwar Ibrahim gagal untuk mematuhi arahan hakim.

Anwar Ibrahim kemudian menjerit di dalam kamar mahkamah menyatakan bahawa beliau tidak akan berhenti untuk memperjuangkan nasibnya.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 9 Februari 2015

Nasib Anwar diketahui hari ini?


Enam tahun, lima bulan 10 hari.

Itu tempoh yang diambil dari mula Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim didakwa buat kali pertama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hingga ke peringkat akhir di Mahkamah Persekutuan.

Sepanjang tempoh tersebut, ratusan penangguhan dan puluhan permohonan telah dibuat. Ada yang dibenarkan dan ada yang ditolak.

Pelbagai bahan bukti dikemukakan sepanjang perbicaraan sejak 3 Februari 2010, bermula daripada seluar dalam Levi’s sehingga ke waran tangkapan.

Pelbagai isu juga ditimbulkan termasuk ‘kisah percintaan’ mangsa yang juga bekas pembantu peribadi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan salah seorang ahli pasukan pendakwaan dan kes poligami salah seorang Timbalan Pendakwa Raya.

Yang turut dibangkitkan ialah ketidakupayaan Anwar untuk me­lakukan sebarang aktiviti dengan ‘laju dan rakus’ ekoran masalah tulang belakangnya.

Tidak lupa juga, ayat ‘keramat’: “Can I f*** you today?” dan karipap daging serta air Nescafe tiga dalam satu.

Namun semua itu tidak lagi memberi sebarang erti kerana semua tumpuan kini adalah keputusan akhir yang bakal diterima oleh Anwar.

Beliau sebelum ini bernasib baik apabila dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012.

Walau bagaimanapun, berikutan rayuan pihak pendakwaan, Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Pelaksanaan hukuman penjara itu ditangguhkan dengan Anwar diikat jamin RM10,000 berserta seorang penjamin sementara menunggu rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan.

Pada 10 Februari ini, keputusan muktamad yang akan dibuat oleh mahkamah tertinggi negara dan tidak boleh dirayu lagi, bukan sahaja menarik minat pihak media tempatan, malah media luar negara juga berusaha untuk mendapatkan pas liputan kes liwat tersebut.

Jika dibebaskan, maka benarlah beliau lelaki dengan ‘nyawa 9’.

Jika sabitannya kekal, maka Penjara Kajanglah perginya. Kebetulan isteri beliau, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

(Anwar boleh membuat pilihan untuk ke penjara lain sekiranya enggan ke Penjara Kajang dan mahkamah mempunyai budi bi­cara sama ada untuk membenarkan atau sebaliknya).

Namun, satu lagi perkara yang ramai terlepas pandang adalah rayuan pihak pendakwaan untuk menambah tempoh Anwar dipenjarakan.

Sewaktu rayuan Anwar didengar selama lapan hari mulai 28 Oktober hingga 7 November tahun lalu, rayuan pihak pendakwaan itu tidak didengar bersama.

Rayuan tersebut hanya akan didengar sekiranya sabitan bersalah ke atas Anwar kekal.

Sekiranya sabitan itu kekal, Anwar juga menghadapi kemungkinan kehilangan kerusi Parlimen yang dipegangnya.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, seorang wakil rakyat bo­leh tersingkir daripada kerusi­nya jika didenda lebih daripada RM2,000 atau dipenjarakan untuk lebih dari setahun.

Anwar, 67, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 30, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Atas faktor usia, Anwar tidak akan dikenakan hukuman sebatan.

Wasabi Oyabun...

Ahad, 8 Februari 2015

Pesawat AirAsia KL-Jeddah patah balik, alami masalah teknikal?


Sebuah pesawat AirAsia D7172 dari Kuala Lumpur ke Jeddah selamat berpatah balik dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) selepas berlepas kira-kira empat jam lepas.

Menurut laman web http://emergency.airlive.net/, pesawat yang berlepas pada pukul 12.20 tengah hari itu didapati melakukan beberapa pusingan di ruang udara Selat Melaka tanpa membuat sebarang panggilan kecemasan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam akaun Twitter miliknya berkata: “Saya dimaklumkan #D7172 yang mempunyai masalah teknikal berpusing-pusing di Selat Melaka. Pesawat itu mendarat dengan selamat di klia.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam akaun Twitter miliknya pula berkata: “Tiada yang luar biasa pesawat AirAsia D7172 terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur selepas berlepas.”

Wasabi Oyabun..