Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 30 November 2014

Anwar di lantik semula sebagai Penasihat Ekonomi Selangor?


Keputusan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali melantik semula Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor disifatkan menongkah arus tindakan yang dilaksanakan bekas menteri besar sebelum ini.

Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, Azmin cuba membuktikan tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menutup pejabat Penasihat Ekonomi Selangor adalah sesuatu yang tidak wajar, malah ketua pembangkang itu masih relevan memegang posisi berkenaan.

“Lantikan semula ini menunjukkan Anwar masih berbisa, bagaimanapun Azmin perlu tegas dalam menjalankan pentadbiran negeri agar tidak mudah dipengaruhi.

“Tetapi Azmin tidak akan menjadi ‘remote control’, sebaliknya banyak keputusan membabitkan hal pembangunan Selangor akan mendapat tempias daripada Anwar,” katanya kepada pemberita disini semalam.

Azmi menambah, pelaburan luar negara mungkin tidak akan berubah namun diramalkan Anwar akan membantu merancakkan pembangunan infrastruktur.

“Sebab berdasarkan sejarah Anwar, beliau tidak banyak membantu menyuntik pelaburan besar ke Selangor. Malah keputusan Azmin kelak akan selari dengan hasrat penasihat ekonomi,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat Azmin mengambil risiko besar kerana Anwar masih menanti keputusan Mahkamah Persekutuan yang menangguhkan tarikh lain keputusan rayuan akhir terhadap sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Tindakan Azmin melantik semula Anwar dilihat sebagai menghargai hubungan akrab mentornya, bagaimanapun saya yakin beliau mempunyai rasional tersendiri.

“Umum maklum jawatan berkenaan tidak diperlukan memandangkan Anwar telah memegang banyak peranan lain, contohnya selaku ketua pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Ia dilihat membebankan beliau,” katanya.

Kelmarin, Azmin yakin Ketua Umum PKR itu mampu memainkan peranan penting dalam usaha menarik minat pelabur luar ke Selangor.

Katanya, Anwar boleh memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi negeri itu.

Selasa lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsudin Lias sewaktu sesi perbahasan mencadangkan kerajaan negeri menutup terus pejabat Penasihat Ekonomi Selangor kerana dilihat hanya membazir.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 19 November 2014

PAS alukan DAPig keluar Pakatan Haram?


Pas mengalu-alukan hasrat DAP untuk ‘angkat kaki’ sekiranya tidak senang dengan kehadiran ‘rakan’ lain dalam pakatan pembangkang.

Sambil mengingatkan DAP tidak mencampuri urusan dalaman Pas, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan 1, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, DAP tidak perlu mencari jalan dengan menggunakan ‘isu kecil’ sebagai usaha menyingkirkan Pas daripada pakatan pembangkang.

“Kalau Lim Guan Eng nak keluar pakatan, silakan. Kalau DAP nak keluar pakatan, keluarlah. Jangan desak Pas untuk keluar pakatan,” katanya yang ditemui di sini hari.

Beliau mengulas tindakan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan turut ‘menyimbah minyak ke api’ apabila menegaskan Abdul Hadi perlu hadir bagi memastikan agenda pembangunan pakatan pembangkang dapat dilaksanakan.

Sementara itu ketika ditemui selepas merasmikan majlis Penutupan Wacana Keputeraan Sultan Muhammad V Siri Keempat di sini, Mohd. Amar berkata, kerajaan negeri tidak akan menggunakan alat gilotin dalam melaksanakan hukuman hudud seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mengakui tidak pernah mencadangkan penggunaan alat itu sebaliknya hanya bersetuju jika cadangan diutarakan wartawan tersebut dikemukakan kepada pihak jawatankuasa.

“Kerajaan negeri tidak pernah membincangkan penggunaan gilotin sebagai alat hukuman hudud dan saya sangat terkilan dengan laporan tersebut yang ternyata bercanggah dengan kenyataan saya.

“Kita telah mengadakan muzakarah berkaitan hukuman dan pelaksanaannya. Laporannya akan dibentangkan pada hujung bulan ini,” katanya.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 5 November 2014

'Lelaki Y': Anwar patut sedia jalani ujian DNA?


Anwar Ibrahim sepatutnya menjalani ujian DNA untuk membuktikan bahawa profil tidak dikenali 'Lelaki Y' yang ditemui dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan bukan miliknya, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.

Pendakwa Raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata pihak pembelaan tidak pernah menjelaskan mengapa sampel air mani Anwar ditemui dalam dubur Mohd Saiful.

"Dia sepatutnya bersedia menjalani ujian DNAnya sendiri jika air mani itu bukan miliknya. Dia boleh melakukan ujian DNA itu secara diam-diam di Australia atau Eropah," katanya ketika berhujah di hadapan barisan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mendengar rayuan akhir Anwar terhadap sabit kesalahan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat.

Muhammad Shafee yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata Anwar boleh menyerahkan hasil ujian DNAnya di peringkat Mahkamah Tinggi sebagai bahan bukti tambahan pihak pembelaan.

Mahkamah Rayuan telah mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Prosiding mendengar rayuan, yang pada mulanya ditetapkan selama dua hari bermula 28 Oktober, telah dilanjutkan kerana kedua-dua pihak mengemukakan hujahan yang panjang lebar.


Pihak pembelaan berusaha untuk membebaskan ketua pembangkang itu daripada pensabitan kerana kesalahan meliwat sementara pihak pendakwaan mahu mahkamah menolak rayuan Anwar bagi mengetepikan pensabitan dan hukuman penjara ke atasnya.

Empat orang lagi hakim yang bersidang dalam barisan panel hakim Mahkamah Persekutuan itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Bagi menyanggah dakwaan Anwar bahawa tuduhan liwat itu ialah berupa satu konspirasi, Muhammad Shafee berhujah bahawa ia dakwaan semata-mata kerana langsung tidak logik dan sukar untuk mempercayainya.

Mengenai calitan tinggi rektal yang diambil dari bahagian intim Mohd Saiful Bukhari yang menunjukkan kehadiran DNA Anwar, Muhammad Shafee berkata "Bagaimana DNA perayu boleh berada di situ pada kedalaman 4 sm (dalam rektum pengadu) dan ia sepatutnya dijawab oleh perayu."

Beliau juga mempersoalkan mengapa air mani Anwar dijumpai pada seluar dalam Mohd Saiful Bukhari berwarna kelabu yang dipakai oleh pengadu pada hari dia diperiksa seorang doktor Pusrawi dan semasa membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, dua hari selepas insiden liwat itu didakwa berlaku.

Ketua pendakwaan itu juga mempertikaikan hujah pihak pembelaan bahawa calitan kapas yang diambil dari bahagian intim Mohd Saiful berada dalam "keadaan tidak tercemar" selepas 56 jam insiden itu berlaku sebelum ia sampai di jabatan kimia.

Beliau meneruskan hujahnya bahawa pihak pendakwaan tidak pernah berkata sampel itu berada dalam keadaan tidak tercemar tetapi perkataan itu terkandung dalam keterangan pakar asing Dr Brian McDonald yang menjadi saksi pihak pembelaan.

Muhammad Shafee juga berhujah bahawa sebuah mahkamah di Australia telah memutuskan bahawa walaupun McDonald ialah seorang pakar mengenai DNA, kenyataan dan keterangannya tidak boleh menjadi asas sandaran.

"Malah Mahkamah Rayuan ketika menyabitkan perayu, dalam penghakimannya menyatakan bahawa keterangan McDonald sebagai 'pakar yang hanya pandai berteori'" kata beliau.


Beliau juga menarik perhatian kepada satu kes pembunuhan di Australia apabila sampel DNA diambil selepas lebih 13 tahun tetapi DNA masih boleh dibaca dan pelakunya telah disabitkan kesalahan.

Muhammad Shafee berkata ahli kimia Dr Seah Lay Hong, dalam keterangannya, tidak berkata bahawa sampel berada dalam keadaan tidak tercemar tetapi bacaan DNA adalah cukup baik.

"Ahli kimia itu dapat membaca DNA dan kemerosotan sampel itu tidak harus dipersoalkan," kata beliau.

Muhammad Shafee merujuk kepada satu kes undang-undang di Thailand berhubung dengan kemerosotan sampel, yang dibantah oleh peguam Ramkarpal Singh atas alasan ia tidak dapat difahami, kerana ia dalam bahasa Thai.

"Hanya kesimpulannya dalam bahasa Inggeris. Bagaimana kita hendak memahaminya jika demikian, saya juga boleh membangkitkan kes undang-undang Sepanyol," kata beliau, disambut ketawa mereka yang berada di dalam mahkamah.

Hakim Arifin bersetuju bahawa kandungan kes itu tidak dapat difahami.

Dalam hujahnya, Muhammad Shafee juga mempertikaikan cara Dr Mohamad Osman Abd Hamid daripada Hospital Pusrawi memeriksa dubur Mohd Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008 kerana tiada bukti menunjukkan beliau memakai sarung tangan atau proktoskop.

Oleh itu, katanya, ada kemungkinan DNA Dr Mohamad Osman boleh termasuk ke dalam dubur Mohd Saiful Bukhari.

Muhammad Shafee mengakhiri penghujahannya hari ini selepas berhujah selama lebih empat jam.

Mahkamah menangguhkan prosiding hingga Khamis untuk pihak pembelaan menjawab hujah pihak pendakwaan selepas Ramkarpal Singh berkata pihaknya memerlukan masa.

Hakim Arifin juga berkata Hakim Md Raus mempunyai jadual untuk mendengar kes lain esok.

Prosiding mendengar rayuan dijangka berakhir pada Khamis tetapi pihak pendakwaan dan pembelaan membisu ketika ditanya mengenai kemungkinan tarikh bagi mahkamah menyampaikan keputusan.

Sementara itu, seorang daripada peguam bela Anwar, Gobind Singh Deo memberitahu pemberita bahawa tidak mungkin bagi mahkamah membuat keputusan minggu ini kerana hujahan daripada kedua-dua pihak adalah panjang lebar dan banyak persoalan undang-undang kes terlibat.

Pandangannya mengenai perkara itu dipersetujui oleh Muhammad Shafee.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 3 November 2014

Warkah terakhir dari Anwar Al-Juburi ( kata Mat Sabu lah )?


Warkah Akhir Untuk Saudaraku.

Saudaraku, esok 4 November 2014 mungkin kali terakhir kita dapat menjejak tanah yang sama, berbumbung langit yang serupa dan menghirup udara yang tiada beza tanpa hadangan tembok penjara dan tirai besi.Rejim zalim Barisan Nasional menerusi aparatnya kelihat amat tidak sabar untuk
kembali menghumban saya ke penjara.

Esok juga mungkin peluang akhir saya berjabat tangan dan menatap wajah saudara semua.Saya dan Azizah serta seluruh keluarga ingin memohon maaf jika terdapat salah dan silap yang kami lakukan sepanjang jalan perjuangan kita.

Kepada sahabat yang setia, terima kasih kerana teguh bersama menegakkan cita-cita Reformasi dan Islah yang kita dokong selama ini.Saya tidak mungkin dapat bertahan begini lama tanpa dokongan dan doa daripada saudara sekalian.

Buat rakan-rakan Pakatan Rakyat, harapan saya agar kerjasama kita dapat diperkukuh demi matlamat menumbangkan kezaliman dan menegakkan keadilan.Untuk anak-anak muda sekalian, masa depan Malaysia ditangan kamu semua.Bangkitlah dengan jiwa merdeka, jangan dilemahkan dengan ugutan penguasa.Kamu penentu masa depan negara.
Walaupun rencana jahat mereka mampu memenjarakan jasad saya, berjanjilah bahawa jiwa dan perjuangan kita tetap bebas dan terus menyusur ke segenap jiwa saudara semua.
Saya tetap optimis, perubahan tetap akan berlaku di bumi tercinta ini.Kita jumpa esok di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Reformasi! Allahuakbar!


Sekian,
Anwar Ibrahim.
Bukit Segambut,
3 Nov 2014 . 2145hrs










Wasabi Oyabun..