Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 27 Julai 2014

Abdul Hadi sokong Khalid kekal sebagai MB Selangor?


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.

"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di sini hari ini.

Menurut Abdul Hadi, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya, kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat. - BERNAMA

Wasabi Oyabun..

Khamis, 24 Julai 2014

Pesawat Taiwan terbakar, 54 dikhuatiri maut?


TAIPEI - Seramai 51 penumpang dikhuatiri maut dalam nahas yang melibatkan sebuah pesawat penumpang TransAsia Airways berdekatan pulau Penghu di Taiwan pada Rabu.

Menurut laporan berita ABC News, tujuh lagi penumpang dilaporkan tercedera.

Pasukan penyelamat dilaporkan berkata, tiada tanda-tanda yang menunjukkan 54 penumpang itu terselamat setelah pesawat dua enjin itu mendarat cemas dan terbakar di luar lapangan terbang Magong sekitar pukul 7 malam.

Pesawat GE 222 berlepas pada pukul 5 petang dari Kaohsiung dan dijangka tiba di Magong pukul 5.35 petang.

Menurut laporan berita Astro Awani, punca nahas masih disiasat. Pesawat itu membawa 54 penumpang dan empat anak kapal dan telah dikendalikan oleh satu syarikat penerbangan Taiwan, TransAsia Airways.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 23 Julai 2014

Surat BIADAP Khalid Samad, Sultan Enggan Terima Mengadap?


KERANA SURAT BIADAP.. SULTAN SELANGOR ENGGAN TERIMA KHALID SAMAD MENGADAP.

Kerana bahasa surat yang lebih 'melukakan' hati, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan menghadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada Isnin.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, surat yang diterima oleh baginda Jumaat lalu bukanlah surat memohon ampun atas tindakannya yang mengguris hati baginda, sebaliknya ia adalah surat memohon untuk memberi penjelasan dan bukan untuk mohon ampun.

Menurut Munir, tuanku enggan menerima surat permohonan itu kerana dunia sudah maklum dengan maksud kenyataan Khalid.

“Tidak ada sebab untuk beri penjelasan kepada tuanku. Adalah lebih baik dia menjelaskan kepada rakyat, yang dia mencanangkan ke seluruh dunia supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan.

“Titah tuanku kepada Khalid ialah beri penjelasan kepada rakyat sebagaimana yang dia lakukan sebelum ini. Dia menggunakan saluran media. Jadi, dengan saluran itu juga dia perlu perjelaskan. Tidak perlu mengadap tuanku,” katanya kepada media hari ini.


Khalid berbuat demikian bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya mengenai penghapusan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menimbulkan kegelisahan orang ramai dan dianggap menentang kuasa raja baru-baru ini.

Munir berkata, jika surat itu dalam bentuk memohon maaf, ada kemungkinan baginda akan mempertimbangkannya, tetapi oleh kerana memohon hendak mengadap tuanku semata-mata mahu memberikan penjelasan, sultan menolaknya.

Khalid bersama tiga lagi Ahli Parlimen dari PAS pada Jun lalu mendesak MAIS memulangkan bible versi Melayu yang dirampas penguatkuasa Jabatan Agama Islam kepada Persatuan Bible Malaysia.

Beliau turut meminta kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS sehingga mengundang kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyifatkan Khalid sebagai biadab dalam satu majlis di Sepang 15 Julai lalu.

AGENDAILY 21/7/2014.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 22 Julai 2014

Krisis MB Selangor : KENYATAAN MEDIA 22 JULAI 2014?



PENGGANTIAN DAN PELANTIKAN MENTERI BESAR PERLU PATUHI UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI

Saya menghormati keputusan politik Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) yang mencalonkan Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.

Namun begitu, saya berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian Menteri Besar.

Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah.

Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi kerana Negeri Selangor mempunyai tatacara pelantikan Menteri Besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor dan para pelabur bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan sistem pentadbiran negeri.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Oh Selangor-ku...

Wasabi Oyabun..

Isnin, 21 Julai 2014

Azmin melopong...!!! Anwar umum Wan Azizah 'kipas' ganti Khalid Menteri Besar Selangor?


Kini tiada teka teki lagi. Nampaknya seperti diduga its all in the family...Orang lain termasuk Azmin Ali tidak payah nak berangan nak jadi Menteri Besar Selangor.

Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri sudah boleh membilang hari untuk kemas barang di pejabatnya di bangunan SUK Selangor di Shah Alam.

Majlis Pimpinan PKR adakan mesyuarat Isnin malam.

Dalam sidang akhbar lewat malam, Anwar Ibrahim mengumumkan PKR sudah memuktamadkan presiden parti itu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bakal menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurutnya hanya nama Wan Azizah sahaja dicadangkan sebagai pengganti Khalid.

Katanya nama Adun Kajang itu diputuskan sebulat suara kerana berpendapat beliau boleh memberi kestabilan dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Anwar, pelantikan Menteri Besar baru itu juga bertujuan menyelesaikan isu-isu tertangguh termasuk masalah air, lebuhraya Kidex dan isu lain yang dibangkitkan rakyat.

Mengenai tempoh peralihan kuasa itu, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Rabu nanti.

Dalam masa sama katanya, perbincangan dengan Khalid masih diteruskan.

Anwar dakwa peralihan kuasa akan berjalan dengan baik dengan Khalid sudah tentu diberikan peranan untuk menasihati pentadbiran Selangor.

Beliau berkata, perubahan itu bermakna 'Langkah Kajang' diteruskan untuk memberi ruang supaya ada perubahan di Selangor bagi mengangkat prestasinya.

Khalid dan timbalan Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali tiada dalam mesyuarat selama dua jam bermula 10.30 malam di ibu pejabat PKR dekat Petaling Jaya.

Azmin sebelum ini turut hangat disebut-sebut bakal menggantikan Khalid.

Wan Azizah yang hadir bagaimanapun keluar satu jam selepas mesyuarat bermula. - Agenda Daily

Wasabi Oyabun..

# MH17 : Bapa Pelajar Pintar British Tuduh Presiden Rusia Bunuh Anaknya?


Bapa pelajar pintar matematik British iaitu Simon Mayne mendakwa Presiden Rusia, Vladimir Putin membunuh anaknya yang merupakan salah seorang penumpang MAS MH17.

Anaknya, Richard, 20, terdiri daripada 10 rakyat British yang terkorban selepas puak pemisah pro-Rusia menembak jatuh pesawat penerbangan MH17 milik MAS yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Richard merupakan seorang pelajar pintar British dan pakar matematik bakal menerima ijazah kelas pertama dari Universiti Loughborough. Dia juga kini sedang melanjutkan pelajaran di Univerisiti Leeds.

“Semua orang tahu bahawa apa yang sedang berlaku di timur Ukraine adalah tajaan Rusia.

Putin fikir dia seorang pemimpin yang dikagumi tetapi sebenarnya dia telah membunuh anak saya.

“Semua orang tahu puak pemisah mendapat senjata dari Rusia bukannya beli dari kedai " kata Mayne..!

Wasabi Oyabun..

Ahad, 20 Julai 2014

MH17: Mayat disusun di tepi jalan?


Sekumpulan wartawan yang mula sampai ke kawasan nahas penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine melaporkan bagaimana mayat-mayat penumpang diletakkan di tepi jalan.

Salah seorang wartawan BBC, Will Vernon merakamkan foto deretan mayat yang disusun di tepi jalan di sebuah kampung dekat Hrabove, hampir 800 kilometer dari Kiev.

Vernon, yang menyertai kumpulan pemantau Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE), turut melaporkan melalui Twitter bagaimana perjalanan mereka disekat oleh pemberontak. Mereka diminta meninggalkan kenderaan dan berjalan kaki ke lokasi kejadian.

Sekatan lain turut termasuk tidak boleh menyoal mana-mana orang dan tidak masuk ke sesetengah kawasan.

Foto kredit : Will Vernon

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 19 Julai 2014

Russia tidak akan terima kotak hitam MH17?


Kerajaan Russia menegaskan bahawa mereka tidak ada rancangan untuk menerima kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh dekat sempadan Ukraine-Russia.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov dilaporkan menyatakan bahawa, "Kami tidak akan rancangan mahu melanggar kelaziman (antarabangsa) yang sedia ada dalam keadaan kejadian seperti ini," kata Lavrov dalam satu wawancara dengan televisyen di Rusia.

"Kami mahu pakar antarabangsa tiba ke lokasi nahas secepat mungkin supaya mereka boleh mendapatkan segera kotak hitam itu."

Sebelum ini, kumpulan pemberontak Ukraine dilaporkan telah menemui kotak hitam penerbangan MH17.

Sementara itu, Kotak hitam kedua ditemui!

Kotak hitam kedua pesawat Boeing-777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Timur Ukraine telah dijumpai.

Menurut seorang jurugambar Reuters, kotak tersebut ditemui pekerja penyelamat.

Ia merupakan kotak yang kedua selepas kumpulan pemisah pro-Rusia mendakwa menjumpai salah satu kotak hitam pesawat itu, yang dikatakan dibawa ke Moscow untuk pemeriksaan.


Daily Mirror melaporkan, Timbalan Perdana Menteri Republik Donetsk berkata: "Tentunya kami akan menyerahkan kepada Interstate Aviation Committee, kepada Moscow.

Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) mendakwa pemberontak di wilayah itu telah berjanji untuk menyediakan bantuan dalam siasatan tragedi penerbangan MH17 dan berkata mereka akan memastikan tahap keselamatan pakar antarabangsa yang melawat kawasan nahas.

Bagaimanapun, Kiev menafikan dakwaan yang mengatakan puak pemisah telah menghalang pegawai-pegawai Ukraine daripada sampai ke lokasi kemalangan.

Petugas keselamatan bekerja melalui serpihan pesawat yang jatuh dan tersebar dalam beberapa kilometer di kawasan yang dikatakan terhempas.

Wasabi Oyabun..

#MH17 ditembak kerana bentuk hampir sama dengan pesawat presiden Russia?


Agensi berita Russia, RT News melaporkan bahawa pesawat IL 96 melalui laluan yang sama yang dilalui pesawat MAS MH17 pada jam 4.21 petang, setengah jam lewat daripada MH17 yang melalui laluan itu pada jam 3.44 petang.

Menurut sumber RT, tembakan ke atas MH17 sebenarnya disasarkan kepada IL 96 , sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin. Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen.

Satu sumber tidak bernama turut melaporkan bahawa MH17 telah bersilang pada titik yang sama dengan pesawat yang membawa Putin.

Sumber itu turut menambah, rupa bentuk luar pesawat MH17 yang hampir sama membuatkan si penembak atau penyerang terkeliru.

Agak mengelirukan juga kerana laluan yang dilalui MH17 telah disahkan selamat, namun beberapa hari lepas, pihak Pejuang Pembebasan Ukraine ada mengeluarkan kenyataan melarang sesiapa sahaja yang melalui kawasan udara mereka dan mereka akan menembak jatuh apa sahaja yang melintasi ruang udara mereka.

Banyak nampaknya yang perlu diselesaikan. Bukan sahaja antara Ukraine dan Russia, tetapi Malaysia juga perlu bertindak tegas kerana tragedi ini melibatkan kehilangan nyawa yang banyak.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 18 Julai 2014

Khalid Samad biadap : Pas mesti berani bertindak tegas?


Pas perlu menunjukkan keberaniannya dengan mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen parti itu, Khalid Samad yang mencadangkan kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sehingga Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berasa kesal dan kecewa.

Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (gambar) berkata, sudah tiba masanya Pas bertindak kerana banyak perbuatan Khalid dilihat jelas melanggar dasar dan perjuangan parti itu selain bukan pertama kali terlibat secara langsung mempertikaikan institusi serta sistem perundangan berkaitan Islam di Selangor.

Malah dakwa beliau, Ahli Parlimen Shah Alam tersebut juga secara konsisten mempertikaikan kepimpinan Pas antaranya mempersoalkan Datuk Dr. Hasan Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor semasa bekas Naib Presiden Pas itu memegang jawatan berkenaan.

''Beliau juga mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu walaupun Pas Selangor menyatakan ia bukan pendirian mereka.

''Banyak perbuatan dan perlakuannya yang jelas melanggar dasar dan perjuangan Pas. Saya hairan mengapa kepimpinan Pas kelihatan takut mengambil tindakan terhadap ahli seperti Khalid,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berikutan itu, kata Zulkifli, Pas didesak supaya memecat keahlian Khalid bagi memberi isyarat kepada ahli-ahli lain supaya tidak membelakangkan dasar dan mempertikaikan kepimpinan parti berkenaan.

Jika gagal berbuat demikian, kata beliau, Pas akan dilihat sebagai sebuah parti cacamarba dan pemecatan Khalid juga adalah sebagai bukti ketaatan parti itu kepada institusi diraja serta menghormati titah Sultan Selangor.

''Pada masa sama, kepimpinan Pas Pusat perlu menyatakan pendirian dengan jelas menolak kenyataan Khalid yang mahu menggunakan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk menghapuskan kuasa dan bidang kuasa MAIS,'' katanya.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 17 Julai 2014

Nazrey Johari ( Ex- Raihan ) Kini Nyanyi Nasyid Di Bazar Ramadan!


Walaupun hanya mendendangkan lagu nasyid di kawasan bazar Ramadan, bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan yang popular sekitar awal tahun 2000 itu tetap gigih meneruskan usahanya untuk membina usat tahfiz di Ranau, Sabah.

Malah, tanpa rasa lelah atau malu, Ustaz Nazrey Johari kini dilihat menjelajah ke bazar Ramadan di seluruh negara untuk mengumpul dana bagi membina pusat tahfiz yang diberi nama Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di kampung kelahirannya itu.

Pusat tahfiz ini disasarkan untuk membantu golongan asnaf, anak yatim dan saudara baru mempelajari agama Islam. Masih teringat lagi suara merdu Nazrey menyanyikan lagu Harapan Ramadan bersama Manbai suatu ketika dulu.




Sungguh mulia hati Ustaz Nazrey yang tidak kisah langsung menyanyikan lagu nasyid di bazar Ramadan untuk mengutip derma pembiayaan pusat tahfiz itu.

Terkini Nazrey dilihat berada di pasar Ramadan di Kajang, Selangor. Kami juga ingin berkongsi dengan anda jika anda mahu menyumbang membiayai pembinaan pusat tahfiz ini. Ayuh kita sama-sama menyumbang Dana Pembinaan Al-Tahfiz Bayu Syahadah sempena Ramadhan yang penuh barakah ini.

Sumbangan Ikhlas DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah
:: AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES : CIMB BANK 1230 0000 8331 09

( akaun BARU CIMB CIMB: 8600627302 )

Dari Abu Hurairah dia berkata: Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat”.

Sempena di bulan yang mulia ini, sama-samalah kita membantu menghulurkan sedikit bantuan demi merealisasikan Tahfiz Bayu Syahadah ini. InsyaAllah.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 14 Julai 2014

Blogger ugut bunuh MB Kedah ditahan?


SHAH ALAM - Blogger yang membuat ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah ditahan polis di sekitar Lembah Klang 5.45 petang tadi. Baca di sini.

Blogger berusia 37 tahun itu sebelum ini dikesan membuat ugutan bunuh itu melalui laman Facebook menggunakan akaun 'Padi Jantn'.

Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, susulan insiden itu lebih 20 laporan polis dibuat pelbagai pihak menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 12 Julai 2014

Benarkah tiada pelawaan ke atas Khalid sertai UMNO?


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada sebarang pelawaan dibuat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menyertai UMNO dan sebarang spekulasi mengenainya adalah tidak berasas.

Desas-desus mengenai Abdul Khalid yang kini karier politiknya sedang 'dibunuh' partinya sendiri berkemungkinan menyertai UMNO tersebar apabila beliau dilihat mesra dengan Perdana Menteri pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Selangor semalam.

"Dia kata dia hadir dan hormati saya sebagai ketua kerajaan di peringkat Pusat. Saya pula hormati dia selaku ketua kerajaan negeri. Tiada apa, saya tak pelawa dia masuk UMNO pun," katanya dalam nada jenaka dalam sidang akhbar di ibu pejabat UMNO di sini hari ini.

Kepada soalan sama ada berlaku pertemuan empat mata antara beliau dengan Abdul Khalid selepas majlis itu semalam, Najib yang juga Presiden UMNO berkata: "Tiada perjumpaan empat mata. Ribuan orang ada di situ. Pertemuan ribuan mata yang ada."

Sementara itu, Najib memberitahu, tempoh persidangan perwakilan bahagian yang sepatutnya berakhir 14 September ini akan dilanjutkan sehingga 30 September berikutan tarikh Perhimpunan Agung UMNO telah ditetapkan pada 25 hingga 29 November.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 2 Julai 2014

Isu MB: Khalid sinis sindir pimpinan PKR?


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara sinis menyindir pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat tidak mengambil apa-apa ketetapan berhubung desakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin supaya beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Sambil menyatakan pimpinan PKR harus bertanggungjawab dalam isu tersebut, beliau menuntut semua pihak dalam parti itu supaya menunjukkan kematangan masing-masing sebagai ahli serta pemimpin kepada sebuah parti politik di negara ini.

"Saya rasa, pimpinan PKR mestilah bertanggungjawab dan pada masa sama, kita perlulah tunjuk kematangan kita. PKR sebagai sebuah parti dalam pakatan (bersama-sama DAP dan Pas).

"Kita perlu tunjukkan kematangan serta lebih bijaksana dalam apa yang dilakukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Semalam, Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil mendesak Abdul Khalid supaya tidak lagi meneruskan peranannya sebagai Menteri Besar apabila kalah dalam pemilihan jawatan Ketua PKR Cabang Kuala Selangor yang berlangsung pada 21 Jun lalu.


Menurut Shamsul Iskandar, pengunduran itu perlu sebagai tanggungjawab moral kerana menganggap kekalahan tersebut merupakan isyarat penolakan akar umbi terhadap pimpinan Menteri Besar Selangor itu.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut menerima reaksi balas daripada Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, Faekah Husin yang disiarkan menerusi sebuah portal berita propembangkang, www.malaysiakini.com.

Menurut Faekah, kenyataan Shamsul Iskandar itu telah melangkaui arahan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim agar pemimpin parti berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan mengenai jawatan Menteri Besar Selangor.

Jelas Faekah, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad juga membuat kenyataan balas dengan berkata parti itu tidak pernah menyerahkan kepada pemimpin lain dalam pakatan sama ada PKR atau DAP membuat keputusan bagi pihak mereka.

Kenyataan Shamsul Iskandar menurut Faekah secara dasarnya telah mencarik kesepakatan dalam pakatan PKR, DAP dan Pas selain merosakkan imej PKR di mata rakyat.

Bagaimanapun, kritikan terhadap pihak yang mahu Abdul Khalid berundur daripada jawatan Menteri Besar tersebut dibalas dengan tindakan disiplin oleh PKR apabila Faekah dikenakan surat tunjuk sebab oleh Lembaga Disiplin parti itu hari ini.

Wasabi Oyabun..