Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Rabu, 31 Julai 2013

Suspek bunuh Hussain dicam?


Polis mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan pengasas AmBank Berhad, Hussain Ahmad Najadi yang ditembak mati selepas keluar dari sebuah tokong di Jalan Ceylon di sini kelmarin.

Difahamkan, lelaki yang digelar sei ngan chai atau lelaki berkaca mata itu berjaya dikesan selepas polis menahan seorang pemandu teksi yang dikatakan membawa suspek menaiki kenderaannya selepas kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek berusia lingkungan 30-an dikesan sering berada di sekitar Taman Maluri, Cheras.

"Setakat ini, suspek belum ditangkap. Hasil penahanan pemandu teksi itu dia mendakwa, suspek merupakan pelanggan tetapnya dan sering kelihatan di kawasan Taman Maluri.

"Selepas menaiki teksi itu, suspek dikatakan telah turun di Jalan Alor," katanya dalam sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, Allahyarham Hussain, 75, dan isteri, Cheong Mei Kuan, 49, yang baru keluar dari sebuah tokong di situ selepas berurusan perniagaan dengan seorang rakan telah ditembak secara rambang oleh seorang suspek.


Hussain yang merupakan pengasas Bank Arab-Malaysia, kini dikenali sebagai AmBank Berhad meninggal dunia di tempat kejadian akibat dua das tembakan manakala isterinya yang juga terkena tembakan turut mengalami kecederaan.

Mengulas lanjut, Chin Wah memberitahu, pemandu teksi berusia 44 tahun itu ditahan di sebuah kedai kopi di Sri Petaling.

"Polis masih menyiasat hubungan sebenar suspek dan pemandu teksi terbabit dan apa tujuan dia berada di lokasi kejadian ketika pembunuhan itu. Pemandu teksi itu ditahan reman sehingga 6 Ogos ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Dalam sidang akhbar itu, polis turut mengedarkan gambar suspek yang berjaya dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kuil itu.

"Lelaki itu dirakam ketika mundar-mandir di hadapan tokong itu dipercayai sedang menunggu mangsa.

"Polis berharap orang ramai atau sesiapa sahaja yang mengenali lelaki ini supaya berhubung dengan pihak berkuasa untuk menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Dalam perkembangan sama, Chin Wah berkata, polis akan memanggil seorang rakan Hussain yang dikatakan berbincang dengan mangsa dalam sebuah tokong ketika kejadian dan rakan mangsa itu akan dipanggil dalam tempoh terdekat.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 28 Julai 2013

Hairan bagaimana filem perjuangan PKM boleh diluluskan?

Antara babak filem The New Village terbitan bersama Astro Shaw yang bakal ditayang di pawagam mulai 23 Ogos.

Sebuah filem yang mengangkat Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero berjudul The New Village bakal ditayangkan di pawagam tanah air mulai 23 Ogos nanti iaitu di bulan kemerdekaan negara.

Perkara itu didedahkan sebuah blog, http://mymassa.blogspot.com selepas tayangan trailer filem tersebut yang menceritakan kisah masyarakat Cina di Kampung Baru mula tersebar sejak minggu ini.

Blog itu seterusnya mempersoalkan bagaimana filem yang mengangkat perjuangan komunis itu boleh ditayangkan apatah lagi di bulan kemerdekaan sedangkan filem Tanda Putera terpaksa ditangguh penayangan beberapa kali.

Menurut mymassa, sepatutnya semua pihak yang terlibat dalam penghasilan filem berkenaan termasuk penerbit bersama, Astro Shaw sensitif terhadap penderitaan mangsa kekejaman komunis terutamanya bekas perajurit.


Sehubungan itu blog berkenaan mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan mengambil tindakan sewajarnya jika benar filem tersebut mengagungkan komunis seperti dalam tayangan trailer.

"Apa nak jadi dengan negara ini. Filem macam ini pun akan ditayangkan ke? Tengok bertapa terhinanya filem sejarah negara seperti Tanda Putera yang terpaksa ditangguh beberapa kali akibat desakan bukan Melayu.

"Namun filem The New Village ini begitu mudah pula mendapat hak tayangan dan apa yang lebih malang bila ia bakal ditayangkan pada bulan kemerdekaan negara," jelas blog tersebut sebagaimana dipetik hari ini.

Sebelum ini filem Tanda Putera yang mengisahkan persahabatan dan perjuangan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mendepani tragedi 13 Mei 1969 tiga kali ditunda.

Alasan yang diberi pihak berwajib di sebalik arahan penangguhan tayangan tersebut ialah tidak mahu menimbulkan konflik dan kontroversi ketika negara sedang dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei lalu.


Sementara itu, Tanpa amaran, Zahid tahan filem New Village!

Pihak Lembaga Penapisan Filem(LPF) telah ambil keputusan untuk MENAHAN tayangan filem ini bagi mengelakkan kontroversi... Ianya akan diteliti semula terutamanya mesej2 tersembunyi termasuk perkara yang berkaitan dengan komunis..., kata Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi

Filem New Village menayangkan kaum Cina sebagai mangsa komunis dan British tapi juga mahu gambarkan CIna komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Ingat Melayu lupa ke AMCJA yang ambil alih kerajaan seminggu dan bertindak kejam. Mereka memasuki istana-istana dengan hasrat mahu menangkap dan bunuh Sultan dan Raja-Raja Melayu. Keluarga di Raja dan kaum bangsawan masih lagi ingatkah peristiwa ini?

Tak faham macamana LPF boleh luluskan? Tahukah Lembaga LPF menilai filem? Satu hal lagi, macam mana FINAS boleh beri tarikh 26hb Ogos, dua hari sebelum tarikh tayang Tanda Putera pada 28hb?

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 27 Julai 2013

Kisah sebenar disebalik FITNAH pembangkang mengenai pembelian Kapal Selam Scorpene?


Temuramah Muka Hadapan Akhbar New Straits Times (NST) – Terbit 27 Julai (Sabtu)

Dalam satu temubual bersama Haris Hussain, arkitek pembelian Kapal Selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl buat pertama kalinya membuka mulut berkenaan perjanjian yang kononnya penuh kontroversi itu. Di sini, Jasbir Singh Chahl, menyanggah tuduhan Suaram sekaligus memadamkan kaitan antara mendiang Altantuya dan isu pembelian kapal selam Scorpene.

Menyanggah Cerita Dongeng.

Pada tahun 1984, seorang ejen insuran dari Baltimore, Maryland, telah menerbitkan sebuah buku novel fiksyen berkenaan seorang komander kapal selam Russia yang ingin belot kepada negaranya dan memihak kepada Amerika Syarikat. Cerita tersebut memaparkan bahawa kapal selam Russia itu merupakan kapal nuklear tercanggih pada zamannya.

“The Hunt For Red October” judul cerita fiksyen tersebut adalah “kononnya” diinspirasikan oleh kejadian sebenar yang berlaku pada tahun 1975 di atas kapal pemusnah Russia Storozhevoy dan menjadi novel pertama Tom Clancy di peringkat antarabangsa. Presiden Ronald Reagan pada ketika itu menggelarkannya sebagai sebuah cerita dongeng yang hebat.

Di Malaysia pula, kisah kapal selam juga merupakan dongengan yang sering diputarkan oleh beberapa pihak.

Pada tahun 2010, Suara Hak Asasi Manusia (Suaram) telah menfailkan tuduhan di mahkamah Perancis, menyatakan bahawa firma perniagaan Perancis yang bernama DCNS telah membayar RM452 juta sebagai rasuah kepada pegawai kerajaan Malaysia untuk mendapatkan satu kontrak. Tuduhan ini telah menjadi salah satu rentetan tuduhan melampau berkenaan isu Scorpene sehingga melibatkan beberapa pihak yang pada logiknya tidak ada kene mengena dengan hal tersebut.

Bertahun sudah berlalu dan satu jaringan teori konspirasi telah dianyam dan akhirnya kaitan berkenaan perjanjian jual beli kapal selam itu dan Altantuya telah dikaitkan hanya melalui teori. Oleh itu, jangan terkejut sekiranya cerita teori konspirasi ini sealiran dengan mana-mana filem Hollywood. Ini kerana dek penangan pemikir-pemikir tertentu berkenaan teori Altantuya dan Scorpene, maka timbul lah cerita berkenaan korupsi, penipuan, seks dan pembunuhan.

April lalu, satu laporan daripada media arus perdana Sepanyol dan Perancis telah mempersoalkan tindakan taksub dan gila Suaram berkenaan kes tersebut, sehingga media mereka menyifatkan sistem mahkamah Perancis telah dipermain-mainkan oleh Suaram dan konco-konco mereka. Jumaat lepas, Suaram telah mengadakan aktiviti mengutip derma, lantas fitnah dan tuduhan baru pula dilemparkan kepada Kerajaan Malaysia.

Selepas beberapa bulan mencuba, akhbar New Straits Times telah berjaya mendapat satu temubual dengan seorang individu yang menjadi penggerak kepada perjanjian Scorpene ini. Bukan mudah untuk mendapat peluang menemubual individu tersebut. Temubual bersama Jasbir Singh Chahl ini diharap dapat membuka mata seluruh rakyat Malaysia untuk mengetahui tentang kebenaran isu Scorpene.

Sebelum perjumpaan itu dilakukan, Chahl telah menolak untuk membuat apa-apa kenyataan berkenaan kes ini, beliau bimbang akan dikenakan tindakan menghina mahkamah. Sepanjang ini, beliau telah berhubungan dengan pihak penguatkuasa Perancis dan para penyiasat di mana beliau mempunyai bukti untuk setiap kenyataan yang dikeluarkannya.


Semasa berkunjung ke rumah beliau, yang terletak ditengah-tengah Kuala Lumpur, lelaki yang dibesarkan dengan pendidikan Inggeris ini terhenti seketika semasa menyusun cawan-cawan teh yang berada di depannya dan berkata “Saya berani bersumpah di bawah buku suci Guru Granth Sahib, yang saya tidak tahu dan tidak kenal perempuan tersebut, dan dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan kami, saya tidak pernah melihat dia dan dia tidak berada di Perancis pada masa itu, iaitu semasa kami sedang berusaha untuk mendapatkan perjanjian terbaik untuk Malaysia. Saya hanya tahu berkenaan beliau apabila surat khabar menyiarkan berita bahawa mayat beliau telah dijumpai”.

Salah satu daripada cerita dongeng yang telah dijaja dan diterima oleh sebahagian rakyat Malaysia ialah cerita kononnya Altantuya adalah seorang penterjemah kepada Abdul Razak Baginda yang juga telah membantu Chahl untuk mendapatkan projek tersebut.

Perbincangan bermula pada tahun 2000 dan persetujuan telah berjaya dicapai pada tahun 2002. Jikalau benar Altantuya adalah penterjemah Razak Baginda, maka beliau sepatutnya hadir dalam semua mesyuarat sejak tahun 2000.

Akan tetapi, di dalam dokumen rasmi kerajaan Perancis yang telah diberikan kepada New Straits Times, Polis Perancis telah menyatakan bahawa Altantuya tidak pernah datang ke Perancis dari tahun 1999 hingga 2006. Sedangkan sebahagian perjumpaan berkenaan Scorpene telah diadakan di Perancis dan sebahagiannya di Malaysia.

Semua dokumen untuk perjanjian adalah dalam Bahasa Inggeris, “Ini bukanlah sesuatu yang saya katakan, tetapi ia adalah yang dikatakan oleh pihak berkuasa Perancis, polis Perancis dan badan siasatan kehakiman Perancis ,”.

Mengikut keterangan yang dibuat oleh Razak Baginda di dalam mahkamah, beliau hanya berjumpa dengan Altantuya pada lewat tahun 2004. Perjanjian Scorpene telah dirumuskan pada tahun 2002.

Satu lagi tuduhan yang dibuat oleh pro-pembangkang adalah disebabkan oleh pemahaman terhadap Gallic dan cara perlaksanaan syarikat Perancis DCNS menjalankan perniagaan mereka di seluruh dunia.

Pihak pro-pembangkang menyatakan kononnya kerana DCNS adalah syarikat Perancis, maka perjanjian yang diadakan mesti dilakukan dalam bahasa Perancis. Sedangkan di dalam bidang perniagaan pertahanan, Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perantara.

Tambahan dengan itu, pasukan Perancis diketuai oleh seorang lelaki Inggeris yang bernama Martin Hill yang juga fasih berbahasa Perancis. Sekiranya, pasukan mereka memerlukan penterjemah, mereka tidak perlu.

“Ini semuanya, adalah masalah peribadi antara Razak Baginda dan Altantuya. Apa sahaja isu antara Razak dan Altantuya tiada kaitan dengan perjanjian Scorpene. Adalah malang untuk kita semua, hal yang berlaku antara mereka berdua dikaitkan dengan perjanjian kapal selam tersebut. Razak Baginda merupakan satu-satunya perkara yang mengaitkan kedua-dua isu tersebut. Walaupun pada asasnya hal Altantuya adalah hal peribadi Razak dan bukannya orang lain”.

Siapakah Jasbir Singh Chahl?

Jasbir Singh Chahl telah memulakan kerjaya beliau di dalam bidang pertahanan, industri minyak dan gas pada umur yang begitu muda. Semasa beliau berumur 20an beliau telah bekerja di London bersama sebuah firma Timur Tengah yang pakar dalam bidang pertahanan dan pembangunan. Di sana beliau diberikan tugas untuk memastikan perjanjian yang bernilai jutaan dollar berjaya dimeterai.

Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan kontraktor dari Eropah dan di seluruh dunia. Apabila beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1981 beliau amat dikenali di arena korporat Malaysia. Pada tahun 1996 hingga 1998, Chahl bekerja dengan Thomson-CSF International (M) Sdn Bhd, France’s Thomson-CSF (sekarang Thales), Offshore Patrol Vessels (OPV) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia, selain itu beliau juga banyak terlibat di dalam projek berkenaan pertahanan Malaysia.

Hubungan beliau dan Thomson-CSF bertaut semula apabila syarikat tersebut memerlukan kepakaran beliau dalam pembangunan strategik dan maklumat yang boleh digunakan untuk kepentingan Kerajaan Malaysia di dalam beberapa projek pertahanan.

Semasa perbincangan inilah, syarikat tersebut telah mengusulkan untuk memberi fokus kepada penjualan kapal selam di Malaysia. Ini merupakan sesuatu yang syarikat tersebut telah usahakan selama sedekad tetapi mereka tidak berjaya menyaksikan apa-apa perkembangan. Syarikat tersebut berpendapat bahawa masa yang sesuai merupakan satu perkara yang penting untuk dipertimbangkan. Kesemua pihak termasuk TLDM telah berbincang untuk menganalisa, menilai dan membangunkan cadangan untuk membekalkan kapal selam kepada Malaysia, yang menjadi titik tolak kepada pembelian kapal selam Scorpene.

‘Semuanya telah diaudit’

SATU daripada isu utama di dalam perjanjian kapal selam Scorpene adalah berkaitan dengan perkataan “komisyen”.

Khususnya, 115 juta Euro (RM452 juta) yang telah dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengetuai logistik dan latihan pegawai-pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Dan Jasbir Singh Chahl mempunyai masalah besar dengan itu.

“Jumlah itu sebenarnya adalah untuk servis yuran pentadbiran, “ kata Chahl dengan nada geram dan marah.


Para pengkritik telah berjaya untuk menjadikannya hujah yang mudah untuk menunjukkan contoh ketamakan tidak terbatas ; bahawa ia telah berjaya ke tahap yang tertentu, dalam melukiskan gambar yang wang telah dibayar ke tangan pegawai-pegawai kerajaan dan syarikat-syarikat sebagai pemudah cara. Perkara ini membuatkan Chahl merasa jelek.

Untuk makluman, Perimekar, iatu sebuah syarikat yang telah diaudit, dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, tabung pencen Tentera Laut, LTAT dan syarikat industri, Boustead di mana kedua-duanya juga telah diaudit.

Yuran tersebut merangkumi pentadbiran projek dan servis-servis integrasi projek, menyelaraskan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia dalam program penyertaan industri, termasuk di dalam penyediaan perkhidmatan semasa fasa pembinaan dan memantau prestasi syarikat yang terlibat. Ia juga membantu kontraktor utama mematuhi semua undang-undang dan tatacara yang berhubungan dengan pemberian kontrak tempatan, menyelaras dan memantau latihan anggota TLDM selaras dengan kontrak utama dan selaras dengan harapan kerajaan Malaysian dan TLDM. Ini juga termasuk menyediakan laporan bulanan bagi semua perkara di atas.

Sebahagian besar daripada yuran tersebut adalah untuk penyediaan penginapan dan semua perkhidmatan yang diperlukan untuk latihan kakitangan TLDM dan keluarga mereka di Brest, Perancis, dan Sepanyol untuk jangkamasa enam tahun, termasuklah premium insurans kesihatan dan elaun harian minima 50 Euro setiap seorang. Kos-kos lain termasuklah kos perjalanan pulang ke Malaysia sebanyak tiga kali setahun. Kesemua 145 anggota TLDM, termasuklah 49 pegawai dan tanggungan mereka dirangkumi oleh yuran ini.

“Kita telah difitnah untuk dilihat sebagai orang yang mengaut keuntungan dan goyang kaki, sedangkan pada hakikatnya, terdapat banyak kerja keras yang telah dilakukan

Untuk makluman, keuntungan Perimekar selepas cukai adalah sebanyak RM105,111,191.

“Tawaran komersial tersebut adalah menarik kerana keunggulan program penyertaan industri yang telah kita hasilkan. Program jualbeli dan “offset” yang kami tawarkan sebagai sebahagian daripada keseluruhan tawaran juga berpihak kepada kita.”

“Berdasarkan kekuatan dan kelebihan komersial cadangan itu, kita tidak perlu untuk melobi sesiapa untuk mempengaruhi proses penilaian komersial. Tidak ada sebab untuk kami berbuat demikian.”

“Scorpene merupakan kapal selam bukan nuklear terbaik yang telah negara kita pilih”.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 25 Julai 2013

Ratu Cantik dengan 1,001 alasan?

Empat daripada finalis Miss Malaysia World 2013 terdiri daripada gadis beragama Islam semasa sidang akhbar pengenalan 20 peserta finalis pertandingan ratu cantik itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kita tidak akan habis memperkatakan polemik isu salah atau tidak penyertaan gadis Islam dalam pertandingan ratu cantik selagi ada pihak yang mahu 'menegakkan benang basah'.

Maksudnya, berusaha mencari alasan memenangkan perkara yang sudah jelas-jelas salah. Kerana itu sudah keluar dari mulut gadis Islam terbabit "kenapa sukan gimnastik atau renang yang lebih seksi pemakaiannya boleh, kami pula peserta ratu cantik tak boleh".

Kalau nak cari alasan untuk 'menghalalkan' perkara yang salah, 1,001 alasan pun boleh dicari, hatta sebesar kuman pun.

Si penganjur pun satu hal. Maka keluarlah kenyataan untuk sekali lagi 'menghalalkan' penyertaan gadis-gadis Islam itu sebagai kononnya "anda tidak perlu memperagakan pakaian renang, cukup sekadar pakaian sukan".

Eh! kalau sebahagian besar peserta bukan Islam terbabit memakai pakaian renang, hampir terdedah payu dara manakala sebilangan lagi pakaian sukan, tidakkah janggal atur cara pertandingan itu?

Seingat penulis, tidak ada kriteria pemilihan pemenang finalis pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013 yang sekadar untuk peserta yang tutup aurat. Akan pasti terpalit isu halal haram ke atas peserta ratu cantik Islam itu.

Suatu masa lalu kita didedahkan dengan satu fatwa berkaitan hukum wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik. Fatwa ini dikeluarkan oleh Allahyarham Datuk Haji Ishak Baharom, bekas mufti Selangor sekitar 1997 dan disahkan oleh Sultan Selangor.

Fatwa ini dikeluarkan ekoran sekitar tahun itu banyak pertandingan ratu cantik yang telah dijalankan. Dan yang menyedihkan serta memalukan apabila terdapat ramai wanita yang beragama Islam tidak terlepas menyertainya.


Perbuatan mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan memang dilarang dalam agama Islam. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Negeri Selangor mengenai fatwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 ["Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)].

Kalaupun sesetengah peserta atau pihak menyatakan bahawa penglibatan mereka dalam mana-mana pertandingan ratu cantik tidak mempunyai kaitan dengan orang lain, atau ia hanya soal dosa pahala antaranya dengan Tuhan semata-mata, itu amat tidak tepat. Ini kerana konsep penutupan aurat bukan sekadar melibatkan hubungan hamba dengan Tuhan, tetapi ia juga bertujuan untuk memelihara iman orang lain.

Atas dasar ini jugalah mengapa undang-undang diwujudkan, iaitu untuk memelihara ketenteraman awam dengan mencegah akhlak yang buruk tidak berlaku dan diperlihatkan kepada umum.

Pertandingan ratu cantik yang melibatkan peserta Islam dilarang kerana perbuatan-perbuatan yang menjolok mata dan sangat bertentangan dengan akhlak Islam akan menyebabkan masyarakat Islam keseluruhannya berasa amat tersinggung.

Walaupun tidak ada undang-undang khusus yang mengharamkan peserta Islam dalam pertandingan ratu cantik, tetapi fatwa yang dikeluarkan dan diwartakan adalah undang-undang yang mengikat. Contohnya fatwa berkaitan yang telah diwartakan oleh Wilayah Persekutuan pada Februari 1996 memperuntukkan, "Adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai dan menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik."

Berdasarkan kepada nas-nas yang dikemukakan, umat Islam di Malaysia bersetuju memutuskan bahawa menyertai dan menganjurkan peraduan ratu cantik adalah haram di sisi Islam.

Islam telah membataskan batasan aurat yang sepatutnya harus ditutupi oleh wanita Muslim iaitu dari pusat sampai ke lutut sesama wanita Muslim. Sedangkan aurat yang harus ditutup oleh wanita Muslim daripada pandangan wanita bukan Muslim adalah seperti penutupan yang harus dilakukannya terhadap lelaki yang bukan mahramnya.

Lihatlah betapa acara ratu cantik ini begitu bertentangan dengan ajaran Islam dan juga menjadi satu penghinaan ke atas martabat dan maruah golongan wanita khususnya wanita Islam apabila anggota badan mereka dengan senangnya ditonton oleh orang ramai tidak kira agama atau jantina dan dinilai kecantikannya oleh juri tertentu.

Isu ini sudah lama bermain di negara-negara Islam. Namun adakah dengan 'pertabalan' ratu cantik Islam ini akan membuka jalan atau peluang kepada remaja-remaja Islam lain untuk turut sama mengorak langkah menyertai mana-mana pertandingan ratu cantik kelak?

Cukup merisaukan andai perkara ini boleh mempengaruhi pemikiran anak muda zaman sekarang yang mana sememangnya buta dalam menilai halal haram sesuatu perkara.

Inilah kejayaan besar buat negara Barat dan musuh-musuh Islam kerana kehalusan dan kelicikan perancangan mereka yang sukar dihidu yang pada akhirnya akan memusnahkan identiti masyarakat Islam itu sendiri.


Tatarstan, sebuah negara di ceruk timur Eropah suatu masa lalu pernah mengadakan pertandingan ratu cantik yang melibatkan seramai 56 orang peserta, semuda usia 15 tahun yang bertudung. Peserta dinilai bukan atas dasar kecantikan rupa dan tubuh badan tetapi dinilai berdasarkan kecerdikan serta pengetahuan agama Islamnya.

Yang penting lagi, semua barisan juri dan penontonnya adalah terdiri daripada wanita.

Pernah seorang Mufti Mesir, Sheikh Mohammed Farid Wassel menganggap pertandingan seperti di Tatarstan itu menjadi landasan penting mencari wanita Muslim yang benar-benar layak digelar wanita solehah dan menjadi ikutan gadis Islam lain.

Wanita hari ini perlu membuka mata selebar-lebarnya kerana banyak alternatif yang telah Islam anjurkan dan gariskan terutama yang menyentuh berkaitan keterlibatan wanita dalam pelbagai pertandingan terutamanya ratu cantik dan seumpamanya

Pihak yang berwajib juga haruslah memainkan peranan yang sepatutnya dalam memastikan isu umat Islam khususnya wanita Islam tidak lagi diperkotak-katikkan dan dijaga maruah serta martabatnya di mata masyarakat lain.

Kita tidak menghalang wanita untuk menyertai apa sahaja bentuk pertandingan, asalkan pertandingan itu tidak bertentangan dengan apa yang telah Islam gariskan. Begitu juga dengan isu pertandingan ratu cantik.

Penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim perlu konsisten - dengan berpegang kepada pendirian membatalkan penyertaan empat gadis Islam terbabit.

Kita sudah muak dengan kedangkalan yang ditunjukkan daripada ungkapan-ungkapan yang keluar daripada mulut gadis-gadis Islam kacukan ini.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 24 Julai 2013

Padah jika lawan fatwa?


4 wanita Islam berkeras mahu sertai ratu cantik akan didakwa, hadapi denda RM3,000 atau 2 tahun penjara

Wanita Islam yang mempersoalkan fatwa mengharamkan mereka menyertai pertandingan ratu cantik selepas digugurkan daripada penyertaan merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 baru-baru ini, dijangka menghadapi tindakan kerana menghina Islam.

Ini berikutan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuka kertas siasatan terhadap mereka semalam.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali, berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menghina atau menyebabkan Islam dipandang hina.

Jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

“Kertas siasatan dibuka berdasarkan laporan akhbar BH menyatakan kekecewaan peserta dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 23 Julai 2013

Peserta Islam nekad tanding ratu cantik?

Wafa Johanna De Korte (kiri) dan Amelia Bernard.

4 wanita dakwa hanya pakai baju sukan

Kuala Lumpur: Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.

Seorang daripada mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandi-ngan ratu cantik.
“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan mereka.

Mahu wakili Melayu


“Saya terharu melihat pihak penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia.

“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya.

Sementara itu, penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.

Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik.

Wasabi Oyabun..

Penganas Kiram ugut untuk membalas dendam?


Kerajaan memberi amaran kepada pengganas Sulu supaya jangan cuba mengugut untuk masuk semula ke Sabah bagi tujuan membalas dendam selepas insiden pencerobohan Februari lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan Bernama sebagai berkata pasukan polis dan tentera yang bertugas di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sentiasa dalam keadaan bersiapsiaga bagi menghadapi sebarang ancaman daripada kumpulan itu.

"Jangan cuba mengugut kami. Jangan cuba untuk melakukan sesuatu kerana bukan sekadar pihak polis dan tentera malah rakyat Malaysia akan bangun menentang ancaman daripada pengganas Sulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 455 orang miskin dan orang kelainan upaya (OKU) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup di sini Sabtu.


Beliau mengulas mengenai tindakan Polis Sabah yang memulakan siasatan ke atas surat yang kononnya ditulis oleh militan Sulu yang mendakwa mereka akan datang ke Tambunan, Sabah untuk membalas dendam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata polis telah mengesan sumber surat itu walaupun ia disyaki tiada kaitan dengan pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu awal tahun ini.

Menurut laporan itu, surat bertarikh 3 Julai yang ditandatangani oleh 'Komando Militan' bagi pihak Kesultanan Sulu dan keluarga Kiram telah dihantar kepada pegawai daerah Tambunan, pegawai polis dan masyarakat Tambunan memberi amaran bahawa mereka mahu memulakan perang di daerah Tambunan sebagai membalas dendam terhadap pertempuran di Kampong Tanduo, Lahad Datu, menjelang Ogos ini.


Ahmad Zahid berkata pelbagai khabar angin termasuk kononnya bekas pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari juga akan datang ke Sabah.

"Jangan dengar sebarang khabar angin. Tidak ada orang nak bagi ugutan atau nak masuk...beritahu (kita) lebih awal. Jika benar mereka hendak masuk dalam bulan Ogos, bulan Julai kita sudah tunggu," katanya.

Beliau mengingatkan seluruh rakyat Sabah jangan memandang ringan ancaman daripada luar kerana pengganas Sulu sememangnya terkenal dengan budaya membalas dendam.

"Kita jangan leka. Kalau kita leka memang mereka akan menceroboh masuk," katanya.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 21 Julai 2013

Polis Siasat Surat Kononnya Tentera Sulu Mahu Balas Dendam?


Polis Sabah telah memulakan siasatan ke atas surat yang kononnya ditulis oleh militan Sulu menyatakan bahawa mereka akan datang ke Tambunan, kawasan pedalaman Sabah, untuk serangan membalas dendam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada Sabtu berkata polis telah mengesan sumber surat itu walaupun ia disyaki tiada kaitan dengan pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu awal tahun ini.

"Kami telah memulakan siasatan kami sendiri walaupun tiada laporan rasmi polis dibuat," Hamza berkata ketika dihubungi melalui telefon.

Beliau berkata polis tidak percaya penulis surat itu mempunyai apa-apa kaitan dengan kumpulan militan Sulu, dan hanya bertindak dengan kehendaknya sendiri.

Kesahihan surat itu diragui, katanya.


Surat bertarikh 3 Julai yang ditandatangani oleh "Komando Militan" bagi pihak Kesultanan Sulu dan keluarga Kiram telah dihantar kepada pegawai daerah Tambunan, pegawai polis dan masyarakat Tambunan memberi amaran bahawa mereka mahu memulakan perang di daerah Tambunan sebagai membalas dendam terhadap pertempuran di Kampong Tanduo, Lahad Datu menjelang Ogos.

Hamza berkata pasukan polis dan keselamatan menganggap semua ancaman ini serius dan akan melakukan siasatan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tambunan dan Ahli Parlimen Keningau menggesa pihak berkuasa menyiasat surat itu walaupun meragui kesahihannya.


"Ini adalah sesuatu yang kita tidak boleh biarkan sahaja. Kita perlu mengambil perhatian serius," kata Pairin, sambil menambah beliau berharap polis akan mencari penulis surat dan "mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap orang seperti itu".

Mengenai dakwaan militan Sulu telah merancang untuk kembali ke Sabah, Hamza berkata pasukan keselamatan sentiasa bersedia untuk berdepan sebarang ancaman dan sementara itu juga memeriksa semua laporan dan khabar angin.

Bagaimanapun, beliau berkata sudah menjadi sebahagian daripada modus operandi kumpulan Sulu untuk menyebarkan "propaganda palsu" dan mewujudkan rasa takut di kalangan rakyat.

"Mereka membuat banyak kenyataan sebagai sebahagian daripada propaganda mereka," katanya.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 20 Julai 2013

Perginya selepas 68 tahun Hiroshima musnah!



Datuk Abdul Razak Abdul Hamid, juga dikenali sebagai cikgu Razak, Abdul Razak Hiroshima dan Razak sensei meninggal dunia pada 18 Julai lalu, tidak sampai dua minggu selepas menyambut ulang tahun ke-88.

Allahyarham ialah satu-satunya rakyat negara ini yang terselamat dalam serangan bom atom Amerika Syarikat ke atas bandar Hiroshima, Jepun kira-kira 68 tahun lalu.

Anaknya yang juga bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Dzulkifli, 60, memaklumkan ayahnya yang tinggal bersama keluarga di Taman Kamariah, Jalan Gombak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengadu sakit dada.

"Arwah dimasukkan ke Unit Kecemasan sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga kira-kira pukul 5.45 petang," katanya

Selain Dzulkifli, Allahyarham turut meninggalkan dua orang anak lagi iaitu Zuraidah, 63, dan Dr. Dzuljastri, 54, serta sembilan orang cucu.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota Gombak hari berikutnya.

Lahir pada 7 Julai 1925 di Pulau Pinang, Abdul Razak hanya berusia 16 tahun ketika Jepun tiba di Tanah Melayu menyebabkan beliau dihantar ke kolej Jepun di Melaka sehingga 1943.

Di penghujung kursusnya, Allahyarham merupakan antara 15 pelajar disenarai pendek untuk melanjutkan pelajaran di Jepun dan akhirnya menjadi antara empat yang terpilih.

Selepas pengajian pra-universiti, Abdul Razak bersama Nik Yusof dari Kelantan dan Syed Omar Al Sagoff dari Johor memulakan pendidikan mereka di Universiti Hiroshima (dahulu Universiti Hiroshima Bunn) untuk mempelajari bahasa Jepun.

Walaupun dikritik sesetengah pihak kerana mengikuti pendidikan bahasa Jepun sedangkan Tanah Melayu dijajah tentera Jepun, beliau tetap nekad meneruskan kursus tersebut.

Selepas tujuh bulan di sana, Allahyarham yang baru melangkaui usia 20 tahun serta warga universiti itu dikejutkan dengan letupan kuat pada 6 Ogos 1945, berpusat 1.5 kilometer daripada kedudukan mereka.

Apabila sedar daripada pengsan, Abdul Razak yang mengalami luka kecil di kepala terpaksa merangkak keluar antara celah-celah runtuhan serta mayat warga universiti yang bergelimpangan serta kedengaran jeritan, tangisan dan rintihan mereka yang masih terperangkap bawah serpihan bangunan.

Dua rakan senegara Allahyarham tidak senasib dengannya, seorang maut dalam kebakaran yang menyusul sementara seorang lagi meninggal di hospital hampir sebulan kemudian akibat kesan radiasi.

Allahyarham Abdul Razak diperakui kerajaan Jepun sebagai salah seorang daripada 1,760 rakyat asing (hampir kesemuanya warga Korea) yang terselamat daripada letupan bom atom itu .

Walaupun pendidikannya di Hiroshima tersekat akibat tragedi itu, Allahyarham tidak berputus asa atas minat dan semangat untuk mempelajari bahasa Jepun.

Minatnya itu membawa kepada tugas sebagai koordinator program di Pusat Persediaan Pendidikan di Institut Teknologi Mara (kini universiti) sementara sumbangannya dalam mempromosikan bahasa Jepun serta meningkatkan persefahaman antara Tokyo dan Kuala Lumpur menarik perhatian Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengangkat Allahyarham mengetuai polisi Pandang Ke Timur pada 1982.

Beliau menerima anugerah Doktor Kehormat daripada Universiti Hiroshima tahun lalu bersama bekas Perdana Menteri Brunei, Pengiran Yusuf, 91, dan bekas Ahli Parlimen Indonesia, Hasan Rahaya ,91, sebagai satu-satunya mangsa dari negara masing-masing yang terselamat dalam tragedi tersebut.

Abdul Razak juga menerima penghormatan menghadap Maharaja dan Maharani Jepun selepas dianugerahkan Hadiah Khas Yayasan Jepun pada 1995 untuk sumbangan besar mempromosikan bahasa Jepun dan membentuk persefahaman antara penduduk Jepun dan Malaysia pada 2009.

Sebagai peringatan kepada generasi pelapis, Allahyarham meminta seorang rakannya menulis sebuah buku bertajuk Debu Hiroshima bagi menceritakan detik dan pengalaman hidupnya di bandar bersejarah itu.

Pengalaman Allahyarham juga pernah dipentaskan dalam teater bertajuk Hiroshima pada 2008, anjuran bersama USM dan Dewan Bahasa Pustaka Wilayah Utara di samping rakaman temuramah menceritakan kisahnya itu yang dimuat naik ke laman YouTube.

Dikenali ramai sebagai penentang kuat peperangan nuklear mahupun apa jua jenis peperangan, Allahyarham Abdul Razak berharap dengan mengingati pengajaran pedih zaman silam dapat mengembalikan dunia ke arah keamanan dan kasih-sayang sesama manusia.

Semoga segala perit dan kesusahan yang ditempuhi Allahyarham tidak disia-siakan generasi muda dengan mengambil iktibar pengalaman dan teguran yang ditinggalkannya, agar tiada lagi 'Hiroshima' yang menyusul selepas ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 18 Julai 2013

TERKINI ! PASANGAN ALVIN & VIVIAN DIMASUKKAN DALAM PENJARA !!



Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan alam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan ttps://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.




Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di Kuala Lumpur.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan - Bernama

Wartawan The Star pula melaporkan bahawa kedua-duanya ditolak ikat jamin dan dimasukkan ke dalam penjara Sungai Buloh dan Kajang.


Wasabi Oyabun..

Rabu, 17 Julai 2013

Penyelewengan pemilihan CEC DAPig: Jangan salahkan UMNO, BN?


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke diminta jangan menuding jari menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menutup penyelewengan dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, kedua-dua pemimpin kanan DAP itu tidak sepatutnya menyalahkan pihak lain terhadap kepincangan yang berlaku di dalam parti.

"Kita difahamkan Guan Eng telah mengarahkan Anthony untuk menuding jari kepada UMNO dan BN berikutan pembongkaran tentang penyelewengan dalam pemilihan CEC DAP.

"Dalam hal ini, Anthony juga seolah-olah bertindak sebagai 'budak suruhan' kepada Guan Eng," katanya dalam sidang akhbar dekat sini hari ini.


Pemilihan CEC DAP pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi di dalam pemilihan tersebut.

Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu juga menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih, tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.

Pada 31 Mei lalu, Anthony menuduh UMNO dan BN sebagai dalang di sebalik siasatan yang dijalankan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berikutan aduan ahli-ahli DAP tentang proses pemilihan CEC DAP.

Tuan Tat turut mempersoalkan kegagalan Guan Eng dan Anthony mengemukakan senarai 2,576 perwakilan yang berhak hadir dan senarai 1,823 perwakilan mengundi dalam pemilihan CEC itu kepada lima pemimpin DAP yang lain.

"Kita amat hairan mengapa sehingga hari ini, Guan Eng dan Anthony enggan memberikan dua senarai tersebut kepada Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham; Penolong Bendaharinya, Nga Kor Ming; ahli CEC, Teng Chang Khim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan seorang lagi tokoh DAP, Boo Cheng Hai," ujarnya.

Beliau memberitahu, sebahagian besar kaum Cina dan ahli-ahli akar umbi DAP ingin tahu sama ada dakwaan lima tokoh terbabit menjadi mangsa manipulasi serta penipuan dinasti Lim adalah berasas atau sebaliknya.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 15 Julai 2013

Memang sah DAPig tak demokratik - Pemecatan sebagai ahli DAP tidak sah?


Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass menyifatkan amalan demokrasi yang sering dilaung-laungkan oleh pemimpin parti itu hanya hangat-hangat tahi ayam selepas beliau dan dua lagi ahli parti itu di negeri ini dipecat keahlian mereka pada 2 Julai lalu.

Selain mendakwa pemecatannya tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan parti itu, David mendesak Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai menarik balik kenyataan yang dikeluarkannya dalam tempoh masa tujuh hari atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Malah David juga mempersoalkan atas dasar apa beliau dipecat sedangkan hanya bertindak mewakili akar umbi yang memperjuangkan ketelusan dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP pada Disember lalu.

"Saya hanya mengetahui pemecatan saya dan dua lagi rakan dalam parti menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Kok Wai pada 2 Julai lalu dan notis pemecatan serta surat pemecatan sehingga kini kami belum terima.

"Pemecatan saya dalam parti adalah tidak demokratik kerana Kok Wai menggunakan Fasa VII Perenggan Tiga dalam Perlembagaan Parti DAP. Mengapa dia tidak merujuk kepada Perenggan Satu dan Dua sebelum keputusan memecat saya dan dua lagi ahli kami dilakukan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Selain David, turut dipecat keahliannya ialah Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia, Richard Francis serta Setiausaha DAP cawangan yang sama, S. Karthiyaini.

Kok Wai pada 4 Julai lalu DAP dalam Roketkini.com mengumumkan pemecatan tiga ahli berkuatkuasa 2 Julai lalu berdasarkan keputusan yang dibuat CEC parti atas alasan mereka telah merosakkan imej dan reputasi parti dengan memberi kenyataan yang tidak berasas antaranya kewujudan 'pengundi hantu' dalam kongres parti Disember lalu.

David turut mempersoalkan kuasa Kok Wai selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin untuk memecat ahli sedangkan jawatan berkenaan tidak diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) di bawah Seksyen 3 A Akta Pertubuhan 1966.

"Dalam surat berkenaan jelas menyebut bahawa ROS tidak memberi sebarang pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk oleh CEC pada Disember lalu. Jadi macam mana pemecatan ini boleh berlaku sedangkan jawatan sendiri pun tidak sah?

"Saya turut hairan bagaimana sebuah parti yang mempunyai begitu ramai peguam namun soal ini pun mereka tidak dapat memahaminya," jelasnya.

Malah David turut melihat pemecatannya sebagai ahli sebagai satu usaha terbaru bagi melenyapkan suara-suara yang tidak berpuas hati mengenai CEC itu.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 14 Julai 2013

Hina Islam: Selepas Ini Alvin Pasti Menyesal Jadi Manusia!!


Dua makhluk rosak otak ini, Alvin Tan dan Vivian Lee khabarnya dijadikan bahan eksperimen pihak-pihak tertentu untuk menguji sejauh mana orang Islam di Malaysia ini benar-benar mempertahankan agama tersebut. Kebetulan, spesis ini yang macam ini memang payah nak cari, jadi kalau apa-apa berlaku, ‘kesilapan individu’ akan dijadikan alasan untuk mempertahankan mereka.

Sementara pihak yang menjadi dalang, akan bebas begitu sahaja.

Maka itu kita lihat mereka ini bebas melakukan apa sahaja termasuk merakam aksi hubungan seks sendiri atas nama kebebasan dan hak asasi manusia, sebab tahu ada pihak yang melindung di belakang.

Tapi bila melihat perkara itu tidak ada ‘sambutan’ yang diharapkan, 2 ekor monyet ini beralih kepada matlamat asas yang sebenar – MENGHINA ISLAM secara terang-terangan.

Kita orang Islam tidak pernah cuba menghina budaya dan agama dia pun, kenapa dia pulak yang dengan sengaja menghina agama kita?

Apa pun penulis yakin beruk 2 ekor ini tidak akan terlepas lagi dengan kontroversi terbaru ini. Walaupun kita pasti barisan peguam DAP bersedia mempertahankan 2 ekor beruk ini tanpa banyak dakwa dakwi, tapi dalam masa yang sama kita semua perlu mempertahankan maruah agama kita dari diinjak monyet-monyet macam ini.

Hari ini 2 ekor, besok-besok entah beberapa ekor lagi, kalau tidak ada penguatkuasaan yang tegas dari pihak berkuasa negara.

Penulis masih ingat sekitar beberapa tahun yang lepas, PERKASA mengedarkan angpau berwarna putih yang mecetus perasaan tidak puas hati banyak pihak dari kalangan masyarakat Cina, kononnya diibaratkan seperti mengaitkan dengan mati. Walaupun tanpa bukti saintifik angpau putih boleh menyebabkan sesiapa mati, tapi kita memahami perkara itu sensitif kepada budaya orang Cina.

Tapi sekarang lihat apa sudah jadi?

Yang kononnya sensitif dengan budaya itu, terang-terang mempersenda dan memperbodohkan Islam seperti oleh dua ekor monyet ini dan anehnya mereka masih bebas kemana-mana ceruk dalam negara ini. Penulis bimbang, kalau dibiarkan berterusan akan ada lebih banyak aksi sama dilakukan oleh pasangan yang lain pula, tidak terkecuali pasangan sejenis.

Sampai bila kita mahu lihat perkara ini berterusan? Itu persoalannya yang tidak memerlukan masa yang panjang untuk difikirkan jawapannya. Seharusnya pada waktu ini, 2 ekor beruk itu sudah merengkok dalam lokap, paling tidak beberapa malam ‘untuk tujuan siasatan’.

Jadi sebelum ada apa-apa berlaku kepada 2 ekor ini, lebih baik sumbatkan mereka dalam lokap segera. Beberapa laporan polis pun khabarnya sudah dibuat ke atas monyet 2 ekor ini, eloklah macam itu.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 12 Julai 2013

Saman Khalid Samad ditolak?


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini gagal dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berhubung penyiaran gambar teknik tindih yang menunjukkan beliau seperti paderi Kristian.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Hashim Hamzah memutuskan menolak saman itu dan mengarahkan Khalid membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Hamidah.

Hashim dalam penghakimannya berkata, Khalid gagal membuktikan kes tersebut apabila beliau gagal mengemukakan dokumen asal yang didakwa sebagai artikel yang memfitnahnya.


Beliau berkata, Khalid juga telah mengemukakan suatu dokumen yang tidak dikeluarkan daripada laman web yang asal.

Khalid menyaman Hamidah pada 23 Disember 2011 berhubung penyiaran gambar yang menggunakan teknik tindih gambar Khalid yang disiarkan melalui blognya pada Januari 2010.

Dalam pernyataan tuntutannya, Khalid sebagai plaintif mendakwa, gambar itu menunjukkan beliau seperti seorang paderi Kristian dan seorang yang murtad.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 11 Julai 2013

ANAK HARAM CINABENG PAKATAN HINA UMAT ISLAM DI BULAN RAMADHAN?


MEMANG BIADAP & GAMPANG SEKALI ANAK CINA PENYOKONG TEGAR PAKATAN MENGHINA UMAT ISLAM YANG SEDANG BERPUASA DI BULAN RAMADHAN .

INI LAH AKIBATNYA BERSEKOLAH DI SEKOLAH VERNAKULAR HINGGA MENYEBABKAN MEREKA LANGSUNG TIADA ADAB & MENGHORMATI SENSITIVITI AGAMA ISLAM .


APA KATA PUAK2 PAKATAN TERUTAMA BERAGAMA ISLAM ?? NAK SOKONG PENGHINAAN PASANGAN BABI INI PERTAHANKAN AGAMA ??

Lihat lagi di sini!

Wasabi Oyabun..

Rabu, 10 Julai 2013

SAH ORANG MELAYU KAUM ASAL NUSANTARA - SATU TAMPARAN BUAT PENDATANG CINA?


Kajian ilmiah oleh seorang penyelidik mengesahkan bahawa orang Melayu adalah kaum asal di rantau Nusantara ini dan bukannya golongan pendatang seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Penulis dan penyelidik sejarah, Zaharah Sulaiman yang bakal menerbitkan hasil kajiannya tidak lama lagi berkata, bukti menerusi pemetaan genetik dan artifak arkeologi mendapati masyarakat Orang Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda (Asia Tenggara) merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan kaum Melayu hari ini.

"Pengesahan ini jelas sekali menolak dakwaan buku Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries yang diterbitkan oleh National University of Singapore (NUS) yang menyatakan kaum Melayu berasal daripada campuran kaum-kaum dari selatan China dan India," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya anjuran Kelab Wartawan Muda Malaysia di sini, semalam.

Buku susunan Profesor Madya di Jabatan Sejarah NUS, Timothy P. Barnard yang diterbitkan pada 2004 mendakwa kaum Melayu tiada asas untuk menjadi kaum yang nyata kerana ia adalah campuran daripada kaum-kaum lain.

Ekoran itu, buku berkenaan mencadangkan kaum Cina dan India di Malaysia diberikan taraf bumiputera kerana orang Melayu sebenarnya berasal daripada salasilah kedua-dua kaum itu.

Zaharah berkata, kajian yang dilakukannya bersama beberapa penyelidik lain sejak 2009 mendapati masyarakat Semang dan Senoi berasal daripada manusia asal di Afrika yang berhijrah ke rantau ini sejak 65,000 tahun dahulu.

"Kumpulan yang telah berhijrah ke Benua Sunda ini merupakan nenek moyang kepada manusia moden hari ini termasuk di Asia Timur dan Amerika.

"Kajian juga mendapati orang Jawa, Dayak, Batak, Champa, Madagascar dan Polynesia juga mempunyai genetik asal daripada Semang dan Senoi dan oleh itu mereka juga orang Melayu," katanya.

"Saya harap kajian ini akan menyemarakkan kembali semangat Melayu dan membuatkan mereka tidak lagi malu menjadi Melayu yang mengikut sejarah, panggilan ini bermaksud 'orang gunung'," katanya.

Tambahnya, faktor letusan gunung berapi, gempa bumi, banjir besar dan tsunami menyebabkan Benua Sunda telah terpisah sehingga membentuk Semenanjung Malaysia, Sumatera, Jawa, Filipina dan Borneo.

"Selat Melaka sekarang sebenarnya adalah salah satu daripada sungai-sungai yang terdapat di Benua Sunda dan ini dapat menjawab persoalan para pengkaji kenapa selat ini sangat cetek," ujarnya.

Wasabi Oyabun...

Isnin, 8 Julai 2013

SYA : Kerajaan Selangor Lenyapkan 2.09 Ekar Tanah Pembinaan Masjid ?


Shen Yee Aun (SYA), Presiden Malaysian Youth Rights Movement meminta penjelasan daripada kerajaan Selangor, benarkah tanah 2.09 ekar yang diperuntukkan untuk pembinaan Masjid di Damansara Perdana telah dilenyapkan untuk projek komersial yang lain.

Menulis di lamannya, 1sya.com, SYA mendedahkan pemaju awal di kawasan yang berkaitan adalah MK Land dan MK Land telah menghantar town planning yang menepati ciri perundangan iaitu 1/3 daripada pembangunan mesti dikhaskan kepada pembangunan tanah komuniti, manakala sebanyak 2.09 ekar tanah telah peruntukkan tanah untuk pembinaan masjid di Damansara Perdana.

Menurutnya, town planning di atas kertas itu mengalami perubahan drastik apabila berlakunya pertukaran pemaju daripada MK Land kepada Mamoooth Empiree.

‘Adakah terdapatnya proses pembatalan town planning yang pada mulanya ada peruntukkan untuk pembinaan Masjid telah bertukar menjadi pembangunan komersial ? Adakah terdapatnya pertukaran tanah untuk pembinaan masjid di kawasan lain ? Apa yang sebenarnya berlaku dalam isu ini ? Mengapa sesebuah tanah untuk membina masjid tiba – tiba hilang ?,” soalnya.

AIDC menemui SYA pada 6 Julai di Petaling Jaya untuk mendapat penjelasan lanjut tentang isu ini.

AIDC : Apa yang sebenarnya berlaku berkaitan isu tanah untuk pembinaan masjid di Damansara Perdana itu ?

SYA : Saya cuba ingin mendapatkan kepastian daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Saya difahamkan, perancangan awal di Damansara Perdana sebahagian daripada tanah mereka awalnya adalah pemaju MK Land. Dan saya juga difahamkan setiap pembangunan tidak kira di mana-mana tempat satu pertiga mesti diperuntukkan untuk tanah komuniti. Maksudnya untuk masjid, agama, tokong atau sekolah dan sebagainya.

Dalam isu tanah ini, pada awalnya, MK Land dalam planning mereka, perancangan bandar telah pun menyerahkan kepada kerajaan negeri Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mereka sendiri telah memperuntukkan 2.09 ekar tanah yang dikhaskan untuk masjid. Apabila pemaju ini menjual tanah ataupun projek ini kepada sebuah lagi pemaju lain iaitu Mamoooth Empiree, tiba-tiba dalam perancangan bandar itu, kita lihat Damansara Perdana pada hari ini (sudah hilang).

Mungkin lain kali kalau ada masa, kita boleh pergi melihat keadaan di sana untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Saya lihat, kawasan itu sekarang sudah dibangunkan untuk pembangunan komersial (sahaja). Kita tidak lihat sebarang pembangunan untuk masjid. Apa sebenarnya yang berlaku? Pemaju kedua tidak mampu untuk membuat pembangunan komersial tanpa sebarang kelulusan daripada Kerajaan Negeri Selangor atau Ahli Majlis Tempatan.

AIDC : Maknanya, proposal lain tetapi apabila dilaksanakan ia menjadi bentuk lain?

Kalau tidak silap saya, memang bentuk lain. Sebab itu, kita minta penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor. Sebab isu ini adalah isu yang sangat besar kerana berkaitan dengan kebebasan beragama. Isu ini adalah isu tanah komuniti. Dan saya lambangkan tanah komuniti itu sebagai tanah rakyat.

Tidak ada sesiapa pun termasuk kerajaan ataupun pemaju boleh merampas hak tanah yang sepatutnya adalah untuk kegunaan rakyat.

Terdapat beberapa keberangkalian. Pertama, tanah itu sudah dilesapkan, mungkin untuk penjualan komersial. Kemungkinan besar kerajaan Pakatan Rakyat mendapat keuntungan dari situ, saya tidak tahulah.

Kedua, ataupun sebenarnya mereka ada perancangan lain untuk masjid. Berlakunya pertukaran perancangan bandar. Kalau ada, di manakah masjid tersebut? Sebab saya, belok-belok di Damansara Perdana tidak nampak tapak masjid itu.


AIDC : Masih tidak wujud lagi tapak masjid?

Masih tidak wujud lagi. Dalam kawasan pembangunan itu, sepatutnya ada tanah untuk sekolah, tiba-tiba sekarang digunakan untuk pembangunan (tanah untuk tapak sekolah juga hilang). Pembangunan apa kita tidak pasti lagi. Sebab itu kita ingin minta penjelasan daripada kerajaan Pakatan negeri Selangor.

Saya cuba tunjuk data perancangan. (Sambil menunjukkan peta perancangan pembangunan kawasan itu).. Kita lihat, ini ialah data perancangan di mana sepatutnya terdapat 2.09 ekar tanah untuk masjid. Kalaulah kita pergi ke Damansara Perdana hari ini, kawasan ini sebenarnya sudah tidak ada..tanah yang diperuntukkan untuk perancangan komuniti. Jadi, persoalannya, ke manakah hilangnya tanah masjid?

AIDC : Semua tanah ini dibangunkan untuk komersial sahaja ?

Ya, kalau tidak silap saya…kalau tidak silap saya. Sebab itu, kita hendak minta penjelasan daripada kerajaan Pakatan Rakyat. Rakyat berhak untuk mengetahui status tanah masjid, yang sepatutnya berada dalam perancangan bandar ini.

Saya rasa ini bukanlah isu Melayu ke, Cina ke, India ke, isu ini adalah berkaitan dengan rakyat. Tidak kiralah masjid ke, tokong ke, kuil ke, ini isu pelbagai bangsa. Ini adalah hak rakyat, tanah rakyat, tanah untuk komuniti.

Kita minta penjelasan daripada Khalid Ibrahim dan Teresa Kok. Di Damansara Perdana, ini adalah kawasan  Elizabeth Wong dan juga Sivarasa Rasiah. Mereka seharusnya tampil memberitahu apakah yang sebenarnya berlaku.

AIDC : Banyak misteri di sebaliknya?

Banyak misteri, jadi kita perlu tahu dan minta penjelasan. Kalau ini Kerajaan Pakatan Rakyat gagal memberi penjelasan, kemungkinan besar saya akan membawa golongan-golongan NGO untuk berhimpun di SUK untuk tanya lebih lanjut.

AIDC : Tanya tentang perkara ini?

Ya. Paling-paling awalnya kita memberi ruang untuk mereka menjawab terlebih dahulu. Jangan kata kita nak memfitnah dan mendakwa mereka. kalau mereka rasakan ada bukti atau penjelasan yang baik, sila tampilkan ke hadapan untuk menjelaskan perkara ini.

Dan yang paling penting dalam isu ini, kita harap Pas yang selalu berjuang untuk Islam, kali ini, kalau isu ini didapati benar, tanah untuk rakyat ini hilang, kita harap Pas bangkit untuk menentang PKR dan DAP.

Kita harap Pas dapat membantu juga. Ini bukan isu politik Barisan Nasional, bukan. Ini berkaitan isu rakyat terutamanya masjid.

Sumber : AIDCNews

Wasabi Oyabun..

Ahad, 7 Julai 2013

Kes rogol dan minuman keras mencacatkan imej temasya SUKMA ke-16?


"Sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas perjalanan Sukan Malaysia, sudah tentu saya merasa amat sedih dan dukacita kerana kejadian ini telah mencacatkan temasya ini yang telah berlangsung dengan baik sekali tanpa menghadapi sebarang masalah yang besar. Ini adalah kali pertama insiden ini berlaku dalam sejarah pengelolaan Sukan Malaysia bermula pada tahun 1986 yang lalu.”
– Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Kejadian memalukan di Sukma 2013 iaitu kejadian rogol bergilir-gilir oleh atlet terhadap atlet atau pegawai pengiring bolajaring wanita sangat-sangat jijik dan memalukan. Kes mungkin berpunca daripada pesta 'mabuk-mabuk' dan menghairankan bagaimana minuman keras sewenang-wenangnya dibawa masuk ke kem Sukma di Universiti Putra Malaysia itu.

Kes seumpama itu kali pertama berlaku dalam sejarah temasya Sukma dan ia mencemarkan imej Sukma. Sudah tentu Majlis Sukan Negara (MSN), selaku penganjur temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16, pastinya terpaksa menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes rogol ini.

Media melaporkan seorang atlet bola baling telah membuat laporan polis mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di Perkampungan Sukan Sukma 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lepas.

Atlet atau pengiring bolang baling wanita berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Rabu lalu.


Laporan sama turut menyebut, sebelum kejadian berlaku, mangsa dikatakan meneguk minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini.

Etika apakah yang dipraktikkan oleh kesemua mereka?

Selepas itu, mangsa dikatakan dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan kolej oleh beberapa atlet lelaki berkenaan. Mangsa sedar kira-kira jam 4 pagi dan mendapati dirinya dalam keadaan bogel serta dihimpit oleh seorang lelaki. Lelaki itu serta rakannya bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Mangsa kemudiannya membuat laporan berhubung kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, sebelum tiga atlet lelaki itu ditahan polis di perkampungan sukan berkenaan pada petang Jumaat lalu.

Tiga lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut. Ketiga-tiga atlet berusia 18 hingga 19 tahun terbabit kini direman seminggu bermula tangkapan

"Kita tak boleh dedahkan apa-apa lagi kerana siasatan sedang dijalankan menjurus pelbagai aspek mengikut Seksyen 376 kanun Keseksaan kerana merogol," katanya, hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata, polis memandang serius perkara tersebut kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.

"Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini," katanya.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong menjelaskan, pihaknya mendapat kerjasama polis dan UPM dalam memastikan kawalan keselamatan terjamin di Perkampungan Sukan. Pegawai keselamatan hanya mengawal di persekitaran kawasan Perkampungan Sukan dan tidak melakukan pemeriksaan dari bilik ke bilik atlet.

"Saya pun baru diberitahu mengenai perkara itu pagi ini. Mengikut laporan (sebuah akhbar tempatan), ia sudah menjadi kes polis, jadi kita serahkan kepada polis untuk lakukan siasatan.

Kita mempunyai hampir 4,000 atlet di Perkampungan Sukan, tidak mungkin kita memeriksa setiap bilik. Kita juga mengadakan pengasingan blok mengikut jantina bagi tujuan keselamatan," katanya.


Bagi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, beliau mencadangkan supaya ketiga-tiga atlet yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang pegawai pengiring atlet bola baling wanita dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2013 digantung dahulu sementara siasatan dijalankan.

Khairy berkata, meskipun kes ini telah dilaporkan kepada polis dan ia adalah di bawah siasatan polis sekarang ini, namun disebabkan atlet itu merupakan atlet daripada Wilayah Persekutuan yang berada di bawah tanggungjawab Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), tindakan awal perlu diambil terhadap atlet tersebut.

“Oleh kerana atlet ini merupakan atlet daripada Wilayah Persekutuan yang berada di bawah tanggungjawab MSWP, saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, untuk mengambil tindakan awal," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Khairy turut meluahkan rasa terkilan dengan insiden terbabit apabila beberapa atlet dan pegawai daripada pasukan bola baling lelaki Wilayah Persekutuan telah membawa masuk minuman keras ke dalam UPM yang menjadi perkampungan Sukan Malaysia.

“Mereka telah minum minuman tersebut di Gelanggang bola keranjang Kolej Kedua UPM. Saya memandang serius perkara ini," katanya.

Khairy turut mengarahkan agar MSN membuat satu "post-mortem" segera supaya kejadian tersebut tidak berulang pada mana-mana temasya kebangsaan akan datang.

"Sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas perjalanan Sukan Malaysia, sudah tentu saya merasa amat sedih dan dukacita kerana kejadian ini telah mencacatkan temasya ini yang telah berlangsung dengan baik sekali tanpa menghadapi sebarang masalah yang besar.

“Ini adalah kali pertama insiden ini berlaku dalam sejarah pengelolaan Sukan Malaysia bermula pada tahun 1986 yang lalu,” jelas beliau.

Khairy turut menjelaskan, Jawatankuasa Pengelola sememangnya mengadakan kawalan yang begitu ketat di tempat penginapan peserta.

Malah katanya, kerjasama daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) turut digunakan untuk menjaga aspek ini termasuk Unit Keselamatan UPM.

“Prosedur penempatan adalah mengikut prosedur UPM sendiri dan mereka amat ketat dalam mengawal penempatan terutama dalam memisahkan blok asrama lelaki dan wanita.

"Pengawal dan anggota polis sentiasa membuat rondaan kawasan terutama di sebelah malam tetapi ia tidak meliputi dalam kawasan asrama kerana menjadi tanggungjawab anggota kontinjen sendiri.

Bagi Khairy, pegawai-pegawai terdiri daripada pengurus, penolong pengurus, jurulatih dan sebagainya bertanggung jawab penuh kepada anggota pasukan mereka termasuk hal-hal keselamatan dan disiplin

Apakah atlet dan mangsa rogol sahaja wajar dipersalahkan dan pihak lain cuci tangan?

Sumber – Bernama 

Wasabi Oyabun..

Rabu, 3 Julai 2013

PR tak puas hati dengan lantikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi TH!


Pelantikan Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) semalam mendapat tentangan daripada Ahli Parlimen dari PR kerana mendakwanya sebagai bersifat berat sebelah dan mempunyai kepentingan politik BN.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meneliti semula pelantikan itu supaya ia mengikut garis panduan tertentu berdasarkan keupayaan, kredibiliti dan tidak partisan yang menyebelahi Umno-BN.

"Janganlah dipolitikkan segala-galanya di negara ini dan saya nampak Perdana Menteri terpaksa menganugerahkan, membayar dan memberi politikus-politikus tertentu jawatan, saya masih merasakan ia melampaui batasan.

"Tabung Haji merupakan satu institusi yang harus kita pegang dan melantik sesiapa yang terbaik, mempunyai kepakaran untuk memastikan pegangan dan khazanah umat Islam tidak terjejas," katanya kepada Sinar Harian Online di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian mengulas pelantikan Abdul Azeez sebagai pengerusi agensi kerajaan itu yang berkuatkuasa semalam.

Abdul Azeez yang juga anggota Lembaga Pengarah TH sejak 2011 dilantik menggantikan penyandangnya, Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor yang berkhidmat dengan TH sejak Ogos 2007.

Turut bersetuju, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang turut mendesak Najib menimbang semula tindakan itu.

Dakwanya, pelantikan jawatan tertinggi agensi kerajaan perlu melalui proses saringan yang ketat bagi mengelakkan daripada dana awam itu diselewengkan.

"Sepatutnya, untuk melantik seorang sama ada jawatan pengerusi, lembaga pengarah, CEO dan panel pelaburan TH, saya fikir sepatutnya kita perlu lakukan tapisan yang telus dalam pelantikan itu," dakwanya.


Naib Presiden Pas itu juga menggesa kerajaan meletakkan kriteria tertentu dalam pelantikan pengerusi agensi kerajaan itu dan tidak terhad kepada ahli politik semata-mata.

"Pengisian jawatan itu bukan untuk membantu ahli politik yang tidak mendapat jawatan di atas (menteri) untuk menampung pendapatan dan sebagainya.

"Bukan tidak wajar dilantik di kalangan ahli politik malahan sesiapa saja yang layak tapi perlu ada kriteria tertentu dan diadakan temuduga.

"Sesiapa pun boleh menyeleweng bukan orang politik saja," dakwanya lagi.


Dalam perkembangan berkaitan, lantikan Abdul Azeez disambut baik Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sambil menyifatkan pilihan Perdana Menteri itu tepat dan memenuhi kriteria yang diperlukan dalam agensi yang turut menguruskan pelaburan Islam itu.

"Datuk Azeez telah mengganggotai jemaah lembaga tabung haji buat beberapa tahun dan sudah pasti beliau mempunyai pengalaman tertentu selepas berkhidmat dalam lembaga itu.

"Beliau juga mempunyai latar belakang sebagai ahli perniagaan, seperti mana yang kita ketahui Lembaga Tabung Haji bukan hanya menguruskan bukan sahaja soal jemaah, tetapi lebih juga kepada aspek pelaburan dan perniagaan," jelasnya.

Tambah beliau, pemilihan Abdul Azeez itu tidak wajar dipertikaikan kerana ia adalah hak Perdana Menteri.


Malah jelasnya, wakil rakyatlah yang sepatutnya mewakili dan menerajui agensi kerajaan bersesuaian dengan tanggungjawab sebagai anggota Parlimen yang dipilih rakyat.

"Seharusnya ahli politik yang bertanggungjawab. Menteri-menteri memegang portfolio tertentu dan tugasan dalam agensi yang berkait di bawah menteri, beliau boleh melantik ahli politik lain untuk mengendalikan agensi tersebut.

"Adalah salah bagi saya sekiranya tanggungjawab yang dipikul oleh ahli politik mereka dipertanggungjawabkan di Parlimen diserahkan kepada orang lain.

"Saya fikir adalah satu tanggapan yang silap, kalau kita memandang sepi kepada pelantikan ahli-ahli Parlimen," tegasnya.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 2 Julai 2013

Shahidan Kassim vs RBA...!!! Kabinet bincang tubuh suruhanjaya siasat Red Bean Army?


Cadangan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat tentera siber yang dikaitkan dengan parti pembangkang, Red Bean Army (RBA) akan dibawa ke mesyuarat Kabinet Jumaat ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim selepas menerima memorandum daripada gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, di lobi Parlimen hari ini.

"Saya akan membawa perkara ini untuk pengetahuan Kabinet sama ada permohonan ini wajar atau tidak sebab ada banyak laporan polis mengenai RBA ini yang kita lihat cukup aktif sebelum, semasa dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

"NGO ini mendakwa RBA ini telah mendapat dana yang besar daripada pihak pembangkang untuk membiayai gerakan mereka," kata beliau.


Memorandum tersebut diserahkan oleh Presiden Kelab Wartawan Muda, Dzulkarnain Taib yang mewakili gabungan NGO berkenaan.

Shahidan berkata, kerajaan sentiasa terbuka kepada semua cadangan rakyat termasuk penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat RBA.

Dalam memorandum tersebut, gabungan NGO Islam yang dianggotai 130 pertubuhan termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) percaya gerakan RBA itu berbahaya kepada keselamatan negara dan merosakkan perpaduan negara.

RBA sebelum ini dikaitkan dengan penyebaran berita palsu melalui Internet termasuk di laman sosial antaranya mengenai 40,000 rakyat Bangladesh mengundi dalam PRU-13 lalu.

Wasabi Oyabun..