Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Khamis, 30 Mei 2013

Pelantikan Saifuddin Jerawat Batu jadi isu?


Khabar angin mengatakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor mencetuskan 'rasa kurang senang' Pas apabila turut menuntut penglibatan dalam memantau urusan harian negeri itu.

Perkara itu disuarakan Yang Dipertua Pas Kawasan Pandan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Iskandar Abdul Samad yang mahu seorang Naib Presiden Pas ditugaskan untuk urusan pemantauan berkenaan.

Menurut beliau, hal ini kerana ahli-ahli Pas telah bekerja keras untuk mengukuh dan mengembangkan pengaruh parti itu di Selangor dan sudah tentu mereka mengharapkan lebih perhatian daripada pimpinan tertinggi parti.

Oleh yang demikian, beliau juga mahu ahli dan pimpinan Pas di seluruh negara menganggap Selangor sebagai sebuah 'negeri Pas' seperti tanggapan di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

''Pada pilihan raya umum lalu, Pas di Selangor telah memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sama banyak jumlah kerusi Pas di Terengganu dan melebihi kerusi Pas di Kedah.

''Selangor adalah unik kerana selain menjadi 'negeri Pas', ia juga 'negeri DAP' dan 'negeri PKR'. Tidak ada parti yang boleh mengakui negeri ini 'negeri mereka' kerana jumlah kerusi DUN setiap parti adalah hampir sama,'' katanya dalam kenyataan seperti dipetik menerusi laporan lidah rasmi Pas, Harakahdaily.net, semalam.

Berdasarkan laporan laman web media kerajaan negeri, www.selangorku.com, Saifuddin yang tewas kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu di tangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir pada pilihan raya umum lalu, akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar.

Menurut laporan itu, perkara tersebut diumumkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungan kongres parti kesembilan pada 25 Mei lalu di Petaling Jaya.

Pas Selangor sebelum ini membidas beberapa pemimpin PKR negeri itu dengan menegaskan tiada sebarang perjanjian yang mengatakan jawatan Menteri Besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR.

Pada pilihan raya umum lalu, pakatan pembangkang memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN di Selangor dengan Pas dan DAP masing-masing 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi. BN pula menguasai 12 kerusi DUN.

Iskandar memberitahu, oleh yang demikian, pimpinan Pas terutamanya pimpinan tertinggi parti mesti memberi tumpuan sama kepada Selangor seperti tumpuan yang diberikan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

''Isu-isu di Selangor mesti turut dibincangkan dan dibahas secara panjang lebar pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan muktamar seperti dilakukan PKR serta DAP,'' katanya.

Sementara itu, menurut sumber dalaman, kerajaan negeri mengesahkan tentang pelantikan Saifuddin dan telah dipersetujui oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut sumber tersebut, Saifuddin dijangka diberikan tugas membantu Menteri Besar menguruskan hal ehwal politik pakatan pembangkang di negeri itu, selain turut berperanan mengukuhkan hubungan antara pemimpin PKR di peringkat Pusat dan negeri.

''Hal ini kerana, hubungan antara kepemimpinan PKR di peringkat negeri dengan Pusat dilihat tidak 'rapat' sehingga wujudnya pergeseran dalam kalangan pemimpin parti itu seperti dilaporkan sebelum ini,'' katanya.

Menurut sumber itu, jawatan yang akan dipegang Saifuddin bagaimanapun tidak akan melibatkan hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri kerana beliau hanya bertanggungjawab dalam hal berkaitan politik.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 29 Mei 2013

Lancau lah lu Kit Siang...Tak mengaku 'berak di tengah jalan' pulak..!!! Penafian Red Bean Army cetus curiga?


Penafian Penasihat DAP, Lim Kit Siang kononnya tidak mengetahui kewujudan tentera siber parti itu yang dikenali sebagai Red Bean Army mengundang kecurigaan walaupun telah mendapat liputan meluas media.

Ironinya, kewujudan tentera siber Red Bean Army yang didakwa 'ditaja' DAP sebenarnya telah didedahkan sendiri oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun dalam wawancaranya dengan portal berita Mynewshub yang dimuat naik ke laman YouTube bulan lepas.

Namun, Kit Siang pula menyerang Barisan Nasional (BN) mendakwa sengaja menuduh menganjurkan konvensyen media sosial di seluruh negara bagi membentuk 10,000 tentera siber pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).




Naib Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan berkata, seperti kebiasaannya, DAP mengambil jalan 'selamat' menuding jari kepada UMNO dan BN kononnya itu propaganda untuk menjatuhkan parti tersebut.

"Kit Siang memang handal 'berlakon', kenyataan beliau kononnya ini kali pertama beliau mendengar nama Red Bean Army, itu pun daripada laporan Utusan Malaysia adalah sungguh mencurigakan dan lucu kerana isu ini sudah lama dimainkan media sebelum PRU-13 lagi.

"Pemimpin DAP akan sedaya upaya menutup isu tersebut menuduh sebagai konspirasi UMNO, itu sahaja modal mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wasabi Oyabun..

Bahaya jika 'hantu raya tak bertuan'?

Seorang mangsa yang didakwa pengundi hantu oleh sebuah laman sesawang propembangkang, Raja Mohd. Nazrul Azwqan Raja Baini (tengah) menunjukkan salinan kad pengenalannya bagi membuktikan dia rakyat Malaysia dan bukan 'pengundi hantu' warga Bangladesh di Perak, baru-baru ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan parti itu mempunyai apa-apa kaitan dengan tentera siber, Red Bean Army.

Kata Kit Siang dalam blognya, parti itu tidak mempunyai kekuatan sebanyak 200 tentera siber Red Bean Army yang didakwa memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN) sejak enam tahun lalu.

Seperti biasa Ahli Parlimen Gelang Patah ini menuduh UMNO membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi menganjurkan konvensyen media sosial di seluruh negara semata-mata untuk membentuk 10,000 tentera siber pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Tidak apalah itu penafian Kit Siang, maklumlah sebagai sebuah parti yang sentiasa menjunjung demokrasi, berjuang menegakkan keadilan dan menentang perkauman sudah pastilah DAP tidak akan bersetuju dengan Red Bean Army.

Kita 'percaya' DAP juga tidak akan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan BN melalui cara tidak betul khususnya melalui fitnah dan hasutan.

Ia memandangkan Red Bean Army adalah sebuah pasukan tentera siber yang diwujudkan semata-mata bagi menyerang BN habis-habisan dengan matlamat meranapkan kerajaan yang ditunjangi oleh orang Melayu iaitu UMNO.

Selain itu, Red Bean Army juga bertanggungjawab menyebarkan pelbagai dakyah, fitnah dan tohmahan kepada pemimpin-pemimpin UMNO serta BN bagi mempengaruhi masyarakat Cina menolak parti itu dalam PRU-13.

Berikutan tindakan jahat Red Bean Army itu maka berlaku apa yang dipanggil tsunami Cina biar pun ia cuba dinafikan oleh pakatan pembangkang.

BN gagal memperolehi majoriti dua pertiga kerana perolehan undi daripada masyarakat Cina dikatakan di bawah 10 peratus. Inilah fakta yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.

Pencapaian itu berikutan ketidakmampuan pasukan media baru UMNO dan BN untuk menangkis serangan bertubi-tubi daripada Red Bean Army yang bersedia melakukan apa sahaja demi memastikan pengundi tidak memihak kepada BN.

Kesudahannya, yang paling untung ialah DAP kerana selain menjadi dominan dalam pakatan pembangkang dengan memperolehi 38 kerusi Parlimen, parti itu juga terus mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang, dalam satu pilihan raya yang mereka dakwa penuh dengan penipuan.

Mungkin DAP tidak mahu dilihat terhutang budi dengan Red Bean Army memandangkan apa yang dilakukan oleh tentera siber itu 'bertentangan' dengan prinsip perjuangan parti tersebut.


Namun kewujudan Red Bean Army ini 'amat mengagumkan', maklumlah bukan senang hendak mewujudkan 'satu kesedaran luar biasa' daripada satu kelompok manusia untuk melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas kerajaan BN tanpa mempedulikan sama ada ia satu kebenaran atau kepalsuan.

Mereka juga 'dikagumi' kerana tanpa dinaungi oleh mana-mana parti politik (berikutan penafian Kit Siang) 'kilang fitnah' mereka beroperasi 24 jam tanpa mengenal penat dan lelah serta 'tidak mendapat sebarang upah'. Difahamkan mereka beroperasi di sebuah tempat yang selesa di ibu negara dan bekerja secara syif.

Bagaimanapun ini bukan bermakna perbuatan Red Bean Army ini harus dibiarkan. Mereka kini 'sudah sah' ibarat 'hantu raya tidak bertuan' memandangkan DAP pun menafikan kaitan parti itu dengan tentera siber yang biadab tersebut.

Oleh itu adalah wajar, kewujudan siber tidak beretika seperti Red Bean Army ini dikecam oleh pakatan pembangkang khususnya DAP jika benar mereka memperjuangkan demokrasi, menegakkan keadilan dan menolak politik perkauman.

DAP juga perlu mengeluarkan kenyataan rasmi menggesa masyarakat Cina supaya tidak mempercayai apa yang disebarkan oleh Red Bean Army dan bersedia bekerjasama dengan kerajaan bagi menyalurkan maklumat bagi menghapuskan tentera siber tersebut.

Ia memandangkan corak serangan dan pendekatan politik yang dilakukan oleh Red Bean Army amat bahaya kepada keutuhan kaum dan keselamatan negara.

Kita sudah saksikan beribu-ribu fitnah ditaburkan oleh kelompok tersebut sehingga pada hari pengundian hampir tercetus kekecohan.

Keadaan itu berlaku kerana sejak awal lagi Red Bean Army menguar-uarkan dakwat kekal yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan tertanggal sebelum tempohnya dan ada warga Bangladesh yang akan digunakan oleh BN untuk mengundi parti itu.

Tetapi kesudahannya, semua itu hanyalah fitnah termasuklah juga tohmahan kononnya bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan 'lari ke luar negara' pada malam pengundian kerana bimbang BN kalah.

Apa yang lebih bahaya, ketika pakatan pembangkang lebih selesa menuduh media arus perdana khususnya Utusan Malaysia bersikap rasis, tindak-tanduk Red Bean Army lebih dahsyat lagi.


Dengan penafian Kit Siang, kita kini tertanya-tanya siapakah dalang di sebalik kewujudan Red Bean Army ini. Apakah mungkin ada kuasa asing yang menyalurkan dana bagi membolehkan Red Bean Army beroperasi dengan begitu hebat sekali?

Tanpa sumber kewangan yang kukuh sudah pasti mereka tidak akan mampu beroperasi dengan begitu efisien.

Sebab itulah, sudah tiba masanya, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjalankan siasatan rapi bagi 'melumpuhkan' operasi Red Bean Army ini.

Tindakan tegas yang diambil bukanlah bermaksud kita bimbang 'hantu raya tak bertuan' itu mendedahkan kepincangan kerajaan BN, sebaliknya kita tidak mahu wujudnya satu kelompok tentera siber yang tidak bertanggungjawab dan sanggup mempertaruhkan segala-galanya demi mencapai cita-cita politik mereka.

Kita percaya pakatan pembangkang khususnya DAP akan menyokong usaha tegas pihak berkuasa untuk menghapuskan Red Bean Army ini.

Sebagai sebuah parti yang sering menggambarkan mereka menjunjung demokrasi dan menegakkan keadilan serta membenci perkauman, kita percaya DAP akan memberi sokongan paling padu untuk memastikan Red Bean Army tidak terus menjadi 'hantu raya' yang mengganggu rakyat Malaysia dan keselamatan negara.

Apa yang kita bimbang Red Bean Army ini adalah terdiri daripada kelompok yang diupah oleh pihak asing untuk mengkhianati negara sendiri? dan bagaimana pula kalau Red Bean Army ini sememangnya dilatih untuk memastikan negara kita menjadi huru-hara melalui fitnah dan tohmahan yang mereka lemparkan kepada kerajaan BN?

Tambahan pula kita juga sudah menyaksikan Red Bean Army ini meletakkan diri mereka seolah-olah begitu istimewa apabila sesiapa sahaja yang cuba membongkar atau menyerang perbuatan haram mereka akan diserang habis-habisan seperti mana berlaku kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Oleh itu, kita tidak boleh membiarkan kewujudan sebuah tentera siber yang merasakan diri mereka 'kebal' daripada undang-undang dan beroperasi di sebuah lokasi yang kononnya rahsia, semata-mata untuk memporak-perandakan negara ini.

Sekarang adalah masa untuk bertindak kerana dengan penafian Kit Siang sudah jelas kini kita tidak tahu siapakah 'tuan-tuan' kepada 'hantu raya Red Bean Army' ini.

Kerajaan tidak harus gentar untuk 'mengunyah' Red Bean Army ini dengan memastikan kelompok ini dihapuskan sama sekali dari bumi Malaysia.

Sekarang adalah masa bertindak kerana kewujudan kumpulan berkenaan tidak boleh dianggap sebagai satu kebebasan media sebaliknya satu ancaman yang boleh membawa petaka kepada negara.

Oleh : Zulkiflee Bakar

Wasabi Oyabun..

Selasa, 28 Mei 2013

Pas bergolak, Hadi tertekan?


Isu rakaman video seks yang memaparkan wajah lelaki mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dikatakan bukan sahaja mencetuskan pergolakan dalam Pas malah memberi tekanan kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengambil tindakan tegas bagi memelihara maruah Pas.

Sumber dalaman memberitahu, ahli-ahli Pas kini berada dalam keresahan berikutan sikap Abdul Hadi yang dilihat begitu mempertahankan Mustafa tanpa membuat siasatan lanjut berhubung kesahihan rakaman video tersebut.

''Kami hairan kenapa Abdul Hadi bermati-matian mempertahankan Mustafa, soalnya sudahkah beliau menonton video tersebut. Ahli-ahli di peringkat akar umbi mahu melihat tindakan tegas bukannya terus membuat kesimpulan bahawa apa yang berlaku adalah satu fitnah," kata sumber berkenaan ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sumber itu berkata, dalam menghadapi isu yang dianggap cukup serius dan boleh memberi kesan yang amat buruk kepada Pas dan Abdul Hadi sepatutnya mengambil tindakan tegas termasuklah memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu itu.


''Sebelum ini Abdul Hadi sendiri sering berhujah dengan menggunakan maksud surah Al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud "Wahai orang-orang beriman, jika datang kepada kamu seseorang yang fasik dengan membawa suatu berita, maka selidikilah terlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (secara jahil), maka dengan sebab itu jadilah kamu di atas perbuatan kamu itu orang- orang yang menyesal."

''Dalam ayat ini Allah SWT mahu kita menyiasat kesahihan berita yang tersebar tetapi kenapakah dalam kes yang dikaitkan dengan Mustapa, Abdul Hadi cepat-cepat membuat andaian bahawa itu semua tohmahan dan fitnah," katanya.

Sumber itu menegaskan, sikap Abdul Hadi itu amat menghairankan kerana beliau membuat kesimpulan tanpa terlebih dahulu mengarahkan siasatan dijalankan bagi menentukan sama ada apa yang berlaku satu fitnah atau tidak.

''Saya difahamkan Abdul Hadi telah dikunjungi oleh ramai ahli-ahli Pas akar umbi yang menerima rakaman video itu menuntut Presiden Pas tersebut menyatakan pendirian dan membuat tindakan.

''Keadaan ini memang meletakkan Abdul Hadi dalam keadaan tertekan tetapi apa yang mengejutkan beliau masih belum mahu berbuat apa-apa dan ini boleh memberi kesan tidak baik kepada politik Pas," kata sumber itu lagi.


Selain itu, kata sumber tersebut lagi, ahli-ahli Pas juga mahukan Mustafa melakukan sumpah atas nama Allah bagi menafikan bahawa individu dalam video berkenaan bukan beliau.

''Ini penting kerana umum mengaitkan beliau dengan isu itu, sekadar penafian atas pentas ceramah sahaja belum mencukupi kerana sekarang apa yang berlaku turut menyeret maruah Pas," kata sumber itu lagi.

Sumber itu juga menegaskan, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan merupakan orang kanan dalam kepimpinan parti, Mustafa perlu meletakkan jawatan sekarang.

''Tindakan itu bukan bermakna beliau bersalah atau kita menuduh beliau terlibat tetapi bagi mengelakkan nama Pas terus dikaitkan serta membolehkan siasatan terperinci dijalankan," katanya.

Ditanya apa reaksi golongan ulama dalam Pas berhubung kejadian itu, sumber itu menjelaskan, mereka berada dalam keadaan terkejut kerana tidak menyangka boleh berlaku kepada Pas.

''Selama ini, mereka berasa mustahil Pas akan dikaitkan dengan rakaman video seumpama itu, sebab itulah mereka tergamam dan tidak tahu bagaimana hendak memberi reaksi," kata sumber berkenaan.

Sumber itu juga bersetuju dengan pandangan bahawa Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Majlis Syura Ulama perlu membuat pendirian dalam kes tersebut.

Wasabi Oyabun..

Media Sosial Akan Terus Main Peranan Penting Untuk PRU14 - Prof Madya Dr Rashila Ramli!



1) Sudah pun diiktiraf peranannya sebagai saluran perdana oleh Institut Kajian Oksidental, UKM.

2) Bakal menjadi medium propaganda utama dalam PRU14.

3) Malangnya, perwira dalam media sosial masih lagi dipandang sebagai kumpulan sampingan oleh pihak yang menang dalam PRU13.

4) Pihak yang menang perlu memperkemaskan semula jentera dan langkah jangka panjang untuk bertempur dengan Red Bean Army dalam PRU14.

5) Kemenangan PRU14 akan ditentukan oleh media sosial. Kini jumlah pengundi muda adalah 42%, bayangkan jumlah itu sudah menjadi 70% (campuran generasi muda sekarang) pada PRU14. Sudah tentu medium persepsi dan propaganda utama adalah media sosial.

6) Usah pandang rendah dan main main dengan media sosial. Kuasanya sudah menjatuhkan kerajaan di beberapa buah negara. Berilah perhatian serius. Jagalah veteran perang media sosial PRU13. Mereka aset berguna bagi BN dalam PRU14.

7) Usah menyesal selepas segalanya berakhir pada PRU14 nanti.

Penulis agak terkilan dengan nasib blogger-blogger jalanan yang Pro UMNO/BN di Selangor yang 'berperang' siang dan malam dalam PRU ke-13 yang lepas dalam membantu jentera UMNO/BN, namun sangat menyedihkan kerana mereka dilayan macam PENGEMIS?

Kebajikan mereka langsung tidak dipedulikan oleh pemimpin tertinggi UMNO/BN Selangor? Renong-renongkan lah untuk persiapan PRU ke-14 nanti! Adakah mereka (blogger) ini akan 'letak senjata'atau berpaling tadah? Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 27 Mei 2013

Hasut, tipu rakyat taktik Anwar jadi PM?


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim diminta berhenti menjadikan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai alasan untuk menghasut dan menanam sifat benci rakyat terhadap kerajaan.

Penganalisis Politik, Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar masih menggunakan pendekatan sama iaitu mengelirukan rakyat dengan menggunakan pembohongan kononnya berlaku 'penipuan besar-besaran' semasa pilihan raya.

Tambahnya, ekoran alasan itu, rakyat yang termakan hasutan telah menyertai bantahan serta perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan walaupun cara tersebut adalah tidak demokratik dan tidak mengikut undang-undang negara.

"Saya melihat Anwar mahu jadikan negara ini seperti Mesir yang berjaya menukar kerajaan sedia ada melalui perhimpunan.

"Ini adalah satu-satunya taktik menjadi Perdana Menteri dengan segera apabila beliau gagal meraih sokongan rakyat melalui peti undi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan pembangkang bahawa berlakunya penipuan pada PRU-13 lalu tetapi mereka gagal menunjukkan bukti, malah tidak membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Beliau berpendapat, gelombang kebencian yang dicetuskan Ketua Pembangkang itu akan berterusan selagi mendapat sokongan rakyat.

"Fahaman politik rakyat masih lagi dangkal dan kerana itu golongan muda mudah taksub dengan pemimpin yang disifatkan sebagai 'raja penipuan' apabila Anwar telah mengumumkan beliau menang pilihan raya pukul 6.57 petang sedangkan ketika itu masih proses pengiraan undi.

"Anwar bijak bermain psikologi dan persepsi dalam menarik rakyat menuding jari kepada kerajaan apabila keputusan pilihan raya menunjukkan sebaliknya. Rakyat perlu sedar Anwar sedang mengerah tenaga mereka untuk mencapai impiannya," ujar Chandra.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Shamsul Adabi Mamat turut melihat Anwar tidak akan berhenti daripada membuat provokasi dan terus 'membakar' rakyat kerana cara itu sahaja membolehkan pembangkang memperolehi kuasa.

'Kebijaksanaan' Anwar, katanya, berjaya mengarahkan pertubuhan bukan kerajaan propembangkang, DAP dan Pas bersubahat dalam agendanya mengelirukan rakyat.

Pun begitu jelasnya, perkara tersebut boleh diatasi dengan menggunakan pendekatan lebih tegas.

"Sudah tiba masanya Kementerian Dalam Negeri bersama pihak berkuasa berhenti daripada sekadar memberi arahan. Masanya sudah tiba untuk dikenakan tindakan tegas terhadap pengkhianat negara.

"Penahanan perlu dibuat secara serius termasuk pesalah disabitkan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Perhimpunan Aman 2012. Cara berlembut tidak lagi berkesan kepada 'orang keras kepala' seperti mereka," katanya.

Wasabi Oyabun..

Henti perlekeh kebolehan Melayu!


Bumiputera mesti pertahan hak, tangkis pandangan serong kaum lain

Penjelasan seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah mengenai hak pelbagai kaum dalam negara ini mengikut Perlembagaan Persekutuan menimbulkan pelbagai reaksi yang sungguh tidak menyenangkan daripada sesetengah pihak.

Maka bersuaralah jaguh yang sering persoalkan kedudukan Melayu, Karpal Singh terhadap bekas hakim itu hingga mahu menyamannya.

" Ada pelajar Melayu yang cemerlang menerima biasiswa untuk belajar di luar negara sering dipandang serong, kononnya pelajar Melayu itu boleh berada di universiti luar negara itu hanya kerana bangsanya, dia tidak mungkin boleh diberikan biasiswa kerana kononnya keputusan peperiksaannya tidak seberapa. Inilah persepsi berterusan digembar-gemburkan oleh bukan Melayu sehingga mereka berterusan memandang serong terhadap kebolehan Melayu."

Demikianlah halnya dengan Pengerusi DAP ini. Sedikit yang disentuh mengenai hak Melayu, dia dan rakannya yang seumpamanya berterusan saja mengeluarkan ugutan mahu saman.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu sepatutnya tidak berdiam diri tetapi perlu bertindak menyaman sesiapa saja yang mengungkit hak Melayu seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kini sudah tiba masanya Melayu jangan lagi bersikap pasif hanya untuk mempertahankan diri daripada tohmahan yang terang-terangan boleh menggugat kedudukan mereka seperti dibenarkan oleh Perlembagaan.

Ini kerana ia boleh menimbulkan keadaan tidak diingini sehingga menjejaskan hubungan baik antara Melayu dan Cina dan boleh pula menggugat keadaan aman dan tenteram dalam negara.

Melayu bosan dengan tohmahan

Pendirian sebegini oleh orang Melayu tidak harus dilihat sebagai satu usaha mahu berkonfrontasi tetapi hanya setakat memberi isyarat kepada anasir anti-Melayu bahawa Melayu sudah bosan dengan tohmahan dusta mereka itu - kononnya orang Cina berterusan ditindas dan didiskriminasi. Cukuplah dengan tohmahan dan penipuan sedemikian itu.

Orang Melayu juga berhak mempertahankan kedudukan mereka seperti bukan Melayu yang sering melaungkan tohmahan bahawa mereka didiskriminasi walhal hakikatnya mereka juga menikmati pelbagai hak tetapi mereka yang berpendirian seumpama DAP seolah tidak mahu bersyukur.

Lihatlah bagaimana orang Cina dengan propaganda mereka memboikot barangan keluaran orang Melayu 

Oleh itu, tindakan supaya Melayu memboikot barangan dari kedai Cina, penyokong DAP adalah juga hak Melayu. Tetapi kita juga tidak berhajat mahu bermusuhan dengan rakyat keturunan Cina di negara ini yang juga cintakan keamanan dan ketenteraman.

Kita hanya mempersoalkan mereka yang tidak senang dengan kedudukan Melayu seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan dan berterusan memberi gambaran bukan Melayu ditindas. Apakah benar orang Cina dalam negara ini ditindas?

Usaha sesetengah NGO Melayu mengeluarkan kenyataan boikot itu bukan pun dituju kepada semua orang Cina, hanya mereka yang mahu bermusuhan dengan kita saja. Ia pun sebenarnya tidak ditekankan sangat hingga menjadi satu tindakan berleluasa. Harapannya mesej itu sudah sampai kepada puak yang melampau.

Orang Melayu juga perlu ingat bahawa mereka sebenarnya digalak membeli-belah di kedai orang Islam kerana mereka membayar zakat. Yang diketahui terang-terangan tidak mungkin membayar zakat ialah kedai kepunyaan orang bukan Islam. Kita boleh lakukan tanpa menunjukkan bahawa kita memboikot kedai Cina. Jika tindakan demikian dilaksanakan, tidak siapa pun boleh mengkritik kita. Ia bukannya memboikot kedai Cina tetapi hanya melakukan apa yang digalakkan agama.

Ia ini adalah sebagai pengajaran bahawa Melayu sudah mual dengan pelbagai tindak-tanduk yang sering menggambarkan seolah-olah mereka yang bersuara lantang itu didiskriminasi.

Begitu berkesan kempen mereka itu hingga ada pelajar Melayu yang cemerlang menerima biasiswa untuk belajar di luar negara sering dipandang serong oleh pelajar Cina, kononnya pelajar Melayu itu boleh berada di universiti luar negara itu hanya kerana bangsanya.

Kalau tidak kerana dia orang Melayu, dia tidak mungkin boleh diberikan biasiswa kerana kononnya keputusan peperiksaannya tidak seberapa. Inilah persepsi berterusan digembar-gemburkan oleh bukan Melayu sehingga mereka berterusan memandang serong terhadap kebolehan Melayu.


Kita tidak harus berterusan bersikap pasif membiarkan mereka berleluasa memberi gambaran begitu negatif sekali terhadap Melayu. Jika benar mereka mahu hidup dalam keadaan harmoni dan berbaik-baik dengan Melayu dalam negara bertuah ini, mereka perlu mengubah sikap dan pandangan jelik mereka terhadap orang Melayu.

Ubah pendirian bukan Melayu

Selagi mereka tidak bersedia mengubah sikap memperlekehkan Melayu, selagi itulah Melayu juga berhak melakukan tindakan supaya mereka mengubah pendirian dan tidak berterusan memandang rendah terhadap orang Melayu.

Memang diketahui sesama mereka sering saja mengata orang Melayu dalam bahasa Cina dan kerana tidak memahami apa yang dituturkan, orang mereka bersebelahan akan senyum saja terhadap cemuhan mereka itu.

Tentunya ini bukanlah caranya untuk berbaik dan mahu hidup bersama dalam keadaan berharmoni dan berbaik sangka.

Keadaan mahu berbaik ini tidak seharusnya datang daripada orang Melayu saja. Apabila Melayu bertindak terhadap mereka berperangai demikian, Melayu pula yang digambarkan sebagai ekstremis.-BH

Wasabi Oyabun..

Ahad, 26 Mei 2013

Kit Siang baling batu sembunyi tangan - Tak mahu mengaku Red Bean Army adalah MACAI Dunggu DAPig?


Apabila kita didedahkan bahawa wujudnya kumpulan siber propaganda tahap fitnah yang bernama The Red Bean Army adalah milik DAP, dengan pantas Lim Kit Siang DAPig membuat kenyataan menafikan wujudnya kumpulan siber itu. Yang peliknya bukan Lim Guan Eng DAPig yang keluarkan kenyataan, tetapi beliau sendiri! Katanya, DAP tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk membiayai kumpulan tersebut dan pelbagai lagi bla..bla..bla..?

Mana mungkin Lim Kit Siang atau pun mana-mana ahli politik DAP yang mahu mengaku jika kumpulan itu wujud sekali pun, lebih-lebih lagi setelah terbongkar segala tugas jahat fitnah kumpulan siber ini. Bodohlah Kit Siang DAP jika beliau sendiri mengaku jentera propaganda parti DAP yang selama ini tidak diketahui oleh rakyat Malaysia dan pengguna Internet.


Berikut adalah informasi yang kami dapat sebelum PRU-13! EKSKLUSIF!!! PENDEDAHAN NAMA TENTERA SIBER DAP DALAM RED BEANS ARMY!!! Sila baca di sini ( nama-nama-tentera-siber-dap-didedahkan)

Wasabi Oyabun..

Kongres Nasional PKR hilang arah?


Petaling Jaya: Kongres Nasional PKR Ke-9 yang sepatutnya membincangkan hala tuju parti berkenaan semalam bertukar menjadi medan pemimpin untuk terus menghentam kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kononnya PRU-13 tidak telus.

Mereka meletakkan faktor itu kononnya sebagai asas kegagalan merampas lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus menggagalkan usaha menawan Putrajaya, di sebalik pakatan menang 89 kerusi Parlimen selain mengekalkan penguasaan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Ubah slogan

" Perhimpunan aman adalah milik rakyat. Penipuan itu dilakukan secara sistematik. Inilah pencabulan dalam PRu-13” Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR "


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) parti itu, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika berucap, mengubah slogan ‘ini kalilah’ kepada ‘itu kalilah’ sebagai merujuk kepada keyakinan kononnya untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum lima tahun lagi.

“Hari ini sengaja kita pakai baju hitam sebagai membantah penipuan dilakukan oleh BN dan SPR pada PRU-13. Kita ubah daripada ‘ini kalilah’ kepada ‘itu kalilah’,” katanya di Dewan Sivik, di sini.

Kongres itu dirasmikan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Terus burukkan SPR

Shamsul yang menang di Parlimen Bukit Katil pada PRU-13 dengan menewaskan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, mendakwa sepatutnya pembangkang sudah berjaya membentuk kerajaan pada PRU-13 tetapi penipuan yang didakwanya dilakukan BN dan SPR menyebabkan cita-cita itu terbantut.


Sementara itu, Azmin dalam ucapannya senada dengan Shamsul Iskandar apabila menuduh kononnya rakyat menyokong perhimpunan dicetus pembangkang kerana sudah bosan dengan apa yang didakwanya sebagai penipuan BN dan SPR.

“Rakyat menuntut pilihan raya adil dan bersih. Perhimpunan aman adalah milik rakyat. Penipuan itu dilakukan secara sistematik. Inilah pencabulan dalam PRu-13,” katanya.

Pada sidang media selepas itu, Azmin berkata, beliau tidak setuju ahli dan penyokong pembangkang berarak di jalan raya menuntut pilihan raya bersih tetapi sebaliknya harus dilakukan secara aman di lokasi mudah dikawal seperti stadium.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 25 Mei 2013

Edisi bongkar..!!! Najib 'buka mulut' pasal perjanjian sulit PRU13 dengan Anwar?


Jika bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla tidak mendedahkan tentang Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian sulitnya dengan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya masing-masing menerima dan menghormati keputusan PRU 13, tentu tiada rakyat negara ini yang tahu.

Perdana Menteri walaupun dihentam depan belakang oleh pembangkang termasuk dituduh mencuri kemenangan tetap menyimpan rahsia perjanjian itu.

Jelaslah Najib bukan seperti Anwar yang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat jadi Perdana Menteri termasuk memungkiri janji dan buat bodoh pasal sistem pilihanraya dengan mengambarkan seolah Pakatan Rakyat menang atas dasar 'undi popular'.

Hanya selepas Jusuf mendedahkan dalam interbiunya dengan Wall Street Journal Jumaat, mengenai sikap buruk Anwar yang tidak berpegang kepada janji barulah Najib ‘buka mulut’. Itu pun beliau tidak menyebut nama Anwar. Beliau hanya kata ' seorang pemimpin pembangkang'.


Berucap di perasmian Festival Belia 2013 di Putrajaya malam tadi, Najib mendedahkan tindakan seorang pemimpin pembangkang yang berjanji menerima keputusan pilihanraya tetapi tidak mengotakannya.

“Ada pemimpin pembangkang telah berjanji dan menandatangani perjanjian untut terima keputusan pilihanraya tetapi apabila keputusan tidak memihak kepada dia, dia tak terima dan menolak perjanjian yang sudah dibuat,”

“Ini bukan cara kita maknanya dalam perjuangan mesti ada prisip,” kata Perdana Menteri dipercayai merujuk kepada pendedahan Jusuf mengenai sikap buruk Anwar itu.

Dalam ucapannya, Najib menegaskan, beliau boleh bertanding dengan Anwar jika ada sistem pilih undi popular bagi memilih presiden.

Bagaimanapun katanya, negara ini memilih kerajaan melalui sistem demokrasi berparlimen dengan parti yang ada kerusi lebih menang bukannya melalui undi popular.


Katanya, untuk memilih kerajaan mestilah melalui peti undi bukannya di tepi-tepi jalan melalui perhimpunan jalanan dengan cara mendesak dan menimbulkan huru hara serta keadaan tidak tenteram kepada negara.

“Sebarang tuntutan untuk membawa perubahan dalam negara ini mesti berlandaskan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, “.

"Jika tidak, kita akan berakhir dengan mengikut undang-undang rimba dan ia akan memusnahkan semua yang telah dibina oleh pemimpin terdahulu," katanya.

Beliau juga mahu golongan belia berfikir secara waras umpamanya dalam menentukan sumber maklumat. Menurut Najib, bukan semua (berita) dalam internet dan media sosial adalah benar dan bukan semua yang dalam media utama propaganda kerajaan.

Katanya, amat penting bagi rakyat khususnya belia menentukan secara waras bertia-berita di blog, media dan internet sama ada ianya benar dan palsu.


Najib juga meminta rakyat jangan menolak kerajaan berdasarkan kepalsuan dan penimpuan umpamanya dakwaan Barisan Nasional (BN) mencuri kemenangan parti pembangkang.

“Itu satu kepalsuan kerana kita tidak menipu dlm pru 13. Tunjuk pada saya mana ada bangla jadi pengundi..tunjuk dan buktikan di pusat pengundi mana mereka mengundi..buktikan..tetapi sampai sekarang tak ada..mereka dakwa 40,000 mat bangla turun di airport. Tunjuk kapal terbang mana..jangan yang gelap sikit kata mat bangla,” ujarnya.

Najib berharap perlantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan memudahkan kerajaan mendengar suara dan hati golongan beliau untuk ditimbang.

Menurut Perdana Menteri, jika mahukan perubahan, ianya tidak semesti terlibat dalam perhimpunan atau meruntuhkan apa yang sudah ada pada hari ini.

Hadir sama di majlis itu selain Khairy ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bekas menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Shabery Cheek serta Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Sumber : ROSLAN BIAN-AgendaDaily

Wasabi Oyabun..

Azmin kata : Kehadiran Sam Ketot "Giant Killer", Mak Lampir "Iron Lady" PKR kukuhkan agenda parti?


Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyatakan kehadiran kedua-dua "Giant Killer" dan "Iron Lady" iaitu Sam Ketot dan Zuraidah Mak Lampir akan memperkukuhkan agenda anak muda dan wanita di Dewan Rakyat pada penggal ini.

Menurutnya, gabungan Ketua Pemuda AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dijangka bakal menggegarkan perbahasan di Parlimen.

"Kita baru pulang dari “medan perang”. Alhamdulillah, semangat anak muda dan wanita terus membara dan istiqamah membawa panji PKR dan menyemarakkan semangat reformasi.


"Saya yakin agenda anak muda dan wanita akan diperkukuh dalam Dewan Rakyat dengan terpilihnya Shamsul Iskandar dan Zuraida sebagai ahli parlimen bersama beberapa tokoh muda yang lain.

" Inilah kali pertama Ketua AMK dan Ketua Wanita PKR akan bersama dalam Dewan Rakyat," katanya ketika berucapa pada perasmian Kongres Nasional PKR ke-9, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu turut menunjukkan Selangor dimenangi oleh golongan muda seperti Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai), Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Pandan), Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru), G. Manivannan (Ahli Parlimen Kapar) dan Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang).


Mengulas lanjut perkara itu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, tenaga muda yang bertanding pada PRU13 lalu telah memberi corak baru dalam polar pengundian.

Sehubungan itu katanya, kepimpinan parti perlu memberi peluang dan dorongan kepada golongan muda yang telah membuktikan kejayaan mereka pada PRU13, 5 Mei lalu.

Juragan Malawati..

Jumaat, 24 Mei 2013

Tian Chua, Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar dibebas?


Tiga aktivis pembangkang yang ditahan semalam untuk siasatan di bawah Akta Hasutan dibebaskan selepas permohonan reman polis ditolak majistret hari ini.

Mereka yang dibebaskan adalah Naib Presiden PKR Tian Chua yang juga anggota Parlimen Batu, aktivis pembangkang Haris Ibrahim dan anggota Pas Tamrin Ghafar.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina, di sini, pada 13 Mei lepas yang didakwa berbaur hasutan.

Sudah siang lagi bersuloh. Agak-agaknya siapalah majistret yang menolak reman ketiga-tiga 'langau' ni ya! Adakah majestret takut dengan Pakatan Rakyat dan mahu melihat negara ini huru-hara dek kelakuan langau-langau ini? Jangan nasi dah jadi bubur, baru nak sedar. Menyesal kemudian sudah tak berguna..!!!

Wasabi Oyabun..

Gambar ‘Black Out’ hari mengundi fitnah dan lakonan – SPR?

Inilah antara gambar yang disebarkan dalam isu lampu padam atau ‘Black Out’ yang didakwa Pakatan Rakyat.

Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

“Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

“Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut
melainkan petugas SPR dan ejen calon.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul… mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.

“Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR,” katanya.


Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.

“Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.

“Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat ‘tweet’ mengatakan lampu padam oleh ‘cybertrooper’ yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai
Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tidak ada apa-apa,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

Beliau berkata namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU13.

“Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis… itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan.

“Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak tahu,” katanya.

Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara.

“Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?,” katanya. – Bernama

Wasabi Oyabun..

Selasa, 21 Mei 2013

Bangkitlah daripada kekecewaan?


Kaum Cina di negara ini diminta menghentikan kekecewaan nenek moyang mereka yang 'terpaksa' tinggal kekal di negara ini kerana pada asalnya ingin kembali ke Tanah Besar China tetapi terhalang akibat 'dasar tutup pintu' kerajaan komunis republik itu satu ketika dahulu .

Sebaliknya menurut seorang pemuda yang dikenali sebagai Tai Zee Kin, masyarakat Cina tempatan perlu bersedia dan segera mengasimilasikan diri dengan kebudayaan dan persekitaran Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk dengan kaum Melayu sebagai teras.

Katanya, rata-rata masyarakat Cina tempatan bersikap cauvinis serta masih gagal berasimilasi dengan budaya dan masyarakat setempat seperti diaspora Cina di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Thailand yang melakukannya dengan rela hati tanpa berkompromi dengan identiti mereka.

"Bangkitlah daripada rungutan dan kekecewaan nenek moyang kita yang tidak boleh pulang ke China. Kita telah selesaikan perkara tersebut. Biarkan rungutan dan kekecewaan itu terkubur bersama nenek moyang kita. Fikirkan semula pendirian anda sebagai rakyat Malaysia.


"Sila berintegrasi dan berasimilasi dengan budaya tempatan dan sudah tentu, kekalkan Mandarin untuk menjejaki asal-usul anda. Bukan sebaliknya kerana ia akan membuatkan anda masih terperangkap dengan kekecewaan nenek-moyang kita," katanya seperti dipetik dalam blog http://syedsoutsidethebox.blogspot.com hari ini.

Zee Kin seterusnya turut mengkritik masyarakat Cina Malaysia yang berterusan mempertahankan kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang kononnya bagi memelihara kebudayaan serta keilmuan Cina yang berusia lebih 5,000 tahun yang dilihat menganggu proses asimilasi kaum.

Sebaliknya, beliau menimbulkan persoalan adakah benar kewujudan 1,297 sekolah Cina di seluruh negara sejak dahulu bertujuan memelihara kebudayaan dan keilmuan Cina atau semata-mata mempersiapkan generasi kedua Cina di Tanah Melayu ketika itu untuk kembali ke China.

Tambahnya, masyarakat Cina rata-ratanya rela menggunakan nama Kristian yang dianggap berdarjat lebih tinggi daripada Cina seperti Michael atau Joseph walaupun mereka bukan Kristian, berbanding menggunakan nama Islam seperti Zikri atau Melayu seperti Mawar, sebelum diikuti nama keluarga mereka.

"Persoalan mengapa kita (Cina) gagal mengadaptasi nilai dan budaya setempat adalah sesuatu yang perlu kita renungkan. Saya tidak akan menyatakan sebabnya di sini kerana bimbang dilabel 'pembelot bangsa' seperti dilakukan secara biadab oleh golongan cauvinis (Cina) ke atas Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim," katanya.-UMO

Wasabi Oyabun..

Isnin, 20 Mei 2013

Perangai 'Boss' dan anak buah sama saja?









Biarlah semua gambar-gambar ini menceritakan segala-galanya?

Wasabi Oyabun...!!!

Ahad, 19 Mei 2013

Peniaga Cina mula terasa bahang - Boikot perkauman lembapkan pembaharuan ekonomi, kata pakar perniagaan!

Gambar fail penjual sayur di pasaran SS2 di Petaling Jaya. Pertubuhan Melayu telah memanggil untuk memboikot perniagaan Cina.

Kempen memboikot barangan pengguna daripada peniaga kaum Cina akan membantutkan perancangan transformasi ekonomi kerajaan, kata pemimpin korporat dan pakar ekonomi.

Dewan Perniagaan Melayu dan Cina, disamping pakar ekonomi Dr Yeah Kim Leng menekankan ketegangan perkauman akan menakutkan pelabur luar negara, walaupun keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang pada 4.1 peratus dalam suku tahun pertama, rekod paling rendah dalam tempoh suku kesembilan sebelum ini.

Pengarah urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde dilaporkan melahirkan kebimbangan November lalu terhadap aliran masuk pelaburan luar negara (FDI) ke Malaysia, hutang awam yang tinggi dan risiko ketidaksamaan pendapatan.

“Kita perlu lihat terhadap impak keseluruhan gesaan boikot tersebut,” kata Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia(DPMM) Hanafee Yusof kepada The Malaysian Insider semalam.

“Mereka tidak boleh lakukannya berdasarkan sentimen... dalam ekonomi, kita bergantung antara satu sama lain,” tambah beliau.

Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilapor berkata kepada agensi berita nasional Bernama pada Rabu lalu permintaan domestik yang kukuh akan terus menjadi “pemacu utama pertumbuhan”, disokong oleh perkembangan sektor swasta yang berterusan dan disokong oleh sektor awam.

Pakar ekonomi Datuk Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem, yang merupakan bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), berkata bulan lepas pertumbuhan ekonomi negara dijangka sederhana kepada 5 peratus tahun ini daripada 5.6 peratus tahun lepas, disebabkan oleh faktor luaran seperti krisis zon di Eropah.


Pertumbuhan ekonomi di rantau Asia-Pasifik dijangka melonjak kepada enam peratus tahun ini, daripada 5.6 peratus pada 2012, ia lebih perlahan daripada kadar pertumbuhan purata sebanyak 8 peratus sebelum krisis kewangan global yang melanda pada tahun 2008, kata Pertubuhan Ekonomi Bangsa-bangsa Bersatu Ekonomi dan Suruhanjaya Sosial bagi Asia dan Pasifik bulan lepas.

Hutang negara juga mencecah kepada 53 peratus KDNK — menghampiri siling 55 peratus — naik daripada 43 peratus pada tahun 2008.

Tan Poh Seng, yang merupakan salah seorang ahli lembaga dalam Dewan Perniagaan Cina (ACCCIM) menggesa semua ahli politik untuk melihat ke hadapan dan bukan sebaliknya masih mempertikaikan tentang keputusan pilihan raya buruk yang tidak dijangka bagi Barisan Nasional (BN) pada 5 Mei lalu.

“Mereka yang berada politik perlu pandang ke depan dan fokus kepada ekonomi,” kata Tan kepada The Malaysian Insider.

“Beliau perlu memberitahu NGO tersebut yang mahu memboikot kami supaya tidak lakukannya,” kata Tan lagi yang merujuk kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hasan Malek.

Menteri Kabinet baru itu Sabtu lalu berkata Putrajaya tidak menyokong gesaan badan bukan kerajaan (NGO) dan blogger pro-BN yang melancarkan kempen memboikot perniagaan Cina tetapi tidak mampu menghalang mereka daripada meneruskan kempen tersebut.


Baru-baru ini selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 (PRU13), beberapa NGO Melayu termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) secara terbuka menggesa memboikot perniagaan Cina, kempen tersebut kemudiaannya semakin meluas di kalangan blogger pro-BN.

Antara blogger yang sudah memulakan kempen memboikot tersebut adalah The “Thirteen million plus Ringgit” guy rambles, Gerakan Anti PKR, House PK, Another Brick in the Wall dan The Unspinners.

Gesaan itu dibuat untuk “menghukum” DAP dengan beberapa pemimpin Umno menuduh parti tersebut telah menghasut pengundi Cina, kaum minoriti yang berpengaruh dari segi ekonomi itu.

Ketua Ekonomi RAM Holdings Yeah mengatakan memboikot sesetengah kaum akan menyebabkan polarisasi lebih besar di negara ini dan boleh menjejaskan aliran FDI.

“Ia bukan sahaja memberi impak kepada negara, tetapi pelabur berpotensi juga akan menimbang semula isu perkauman sebegini dalam pasaran dan perniagaan,” kata Yeah kepada The Malaysian Insider semalam.

“Kesannya ia akan melembapkan pendapatan negara, melembapkan pertumbuhan, menyebabkan banyak peluang kerja hilang,” tambahnya lagi.

Pertikaian dan langkah menyalahkan pengundi masyarakat Cina bermula apabila Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, menggunakan istilah “tsunami Cina” selepas keputusan pilihan raya menunjukkan BN kekal berkuasa tetapi prestasi merosot, apabila memenangi hanya 133 daripada 222 kerusi Parlimen.

Wasabi Oyabun..

Nasihat Nalla kepada Anwar?


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim perlu menilai diri secara ikhlas dan menyedari sama ada beliau dan pakatan pembangkang layak memerintah negara selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bekas sahabat karib Anwar selama 30 tahun, Datuk S. Nallakaruppan berkata, jika Anwar masih tetap berasa layak menjadi Perdana Menteri, pemimpin pembangkang itu dinasihatkan 'segera menjalani pemeriksaan mental di Perancis'.

Menurutnya, hanya pakar sakit jiwa sahaja yang boleh membuatkan Anwar faham kemenangan 30 kerusi Parlimen oleh PKR tidak membolehkannya menjadi Perdana Menteri.

Malah, beliau secara sinis menyeru seluruh rakyat Malaysia 'menghadiahkan' Anwar sebuah kerusi dari rumah masing-masing bagi mententeramkan keadaan mental Anwar yang terus kemaruk menjadi Perdana Menteri.

"Sebelum ini Anwar dakwa sakit belakang dan mendapat rawatan di Jerman, jadi saya syorkan Anwar jalani pemeriksaan mental di Perancis kerana negara itu mempunyai kemudahan rawatan sakit mental yang hebat dan sesuai dengan kes teruk seperti dialaminya sekarang.

"Saya ingin sekali lagi mengingatkan Anwar jangan mengheret rakyat turun ke jalan raya hanya kerana ingin memenuhi nafsu sendiri yang terlalu inginkan jawatan Perdana Menteri. Anwar boleh terus mencuba dalam lima tahun lagi tetapi perlu mengikut peraturan sesuai," katanya di sini hari ini.

Beliau yang juga Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) mengulas tindakan Anwar meneruskan usaha mengajak rakyat menyertai demonstrasi di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU-13 yang jelas tidak memihak kepada pembangkang.

Anwar juga secara berterusan mendakwa kemenangan Barisan Nasional (BN) dibantu siri penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan menggunakan alasan tersebut bagi menghasut rakyat berdemontrasi.

Lebih malang, Anwar juga menidakkan kemenangan BN dengan alasan pakatan pembangkang memenangi lebih banyak undi popular sedangkan sistem demokrasi Malaysia memperuntukkan kemenangan kepada BN yang memenangi jumlah kerusi Parlimen terbanyak (first-past-the post system).

Nallakaruppan menambah, langkah Anwar mengadakan siri perhimpunan haram seperti di Stadium Kelana Jaya, dekat ibu kota 8 Mei lalu menyebabkan kesesakan lalu-lintas teruk di kawasan sekitar sekali gus menyusahkan rakyat.

"Jangan kerana hendak memuaskan nafsu sendiri, Anwar sanggup mencabar sistem demokrasi negara, menganggu pentadbiran kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyusahkan rakyat kerana ini sangat kebudak-budakkan," katanya.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 18 Mei 2013

Polis siasat Malaysia Spring?


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring seperti yang didakwa bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim semalam. Baca di sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM telah menilai dan memandang serius dakwaan itu kerana perkara tersebut boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan awam.

Katanya, beliau sendiri telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk membuat laporan polis berhubung rancangan mengadakan Malaysia Spring supaya satu kertas siasatan dibuka bagi mengkaji kebenaran di sebalik dakwaan Tunku Abdul Aziz.

"Pendedahan yang dikatakan Tunku Abdul Aziz dianggap sesuatu yang amat serius kerana melibatkan ancaman terhadap keharmonian rakyat negara ini.

"Polis tidak boleh bertoleransi dengan mana-mana pihak yang cuba merancang sesuatu yang berkaitan rusuhan dan keganasan.

"Oleh demikian saya sendiri meminta pegawai saya untuk membuat laporan polis supaya siasatan sepenuhnya tentang konspirasi Malaysia Spring dijalankan, seterusnya tindakan tegas diambil terhadap pihak-pihak yang didakwa mahu menjayakan perkara seumpama itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Tunku Abdul Aziz mendakwa pembangkang sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Dakwa beliau, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Tunku Abdul Aziz mendakwa, Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin pernah menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0 selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu.

Mengulas lanjut, Khalid memberitahu, beliau juga akan mengarahkan pegawainya bertemu dengan Tunku Abdul Aziz untuk mengumpul maklumat tentang konspirasi menggulingkan kerajaan.

"Kita akan berjumpa terus dengan beliau untuk mengambil setiap informasi yang beliau ada tentang konspirasi ini. Jika benar apa yang didedahkan Tunku Abdul Aziz semalam, tentu sekali maklumat itu akan membantu polis menjalankan siasatan berhubung perkara itu nanti," katanya.

Dalam pada masa sama, Khalid turut meminta pihak-pihak lain yang mempunyai maklumat tentang perkara itu ke depan dan berhubung dengan pihak polis dalam membantu siasatan.

"Kita menyeru mana-mana individu yang mengetahui tentang konspirasi menggulingkan kerajaan supaya datang menyalurkan maklumat kepada polis.

"Bongkar perkara sedemikian kerana itu mampu menyelamatkan negara daripada sebarang anasir yang mahu menjejaskan keharmonian serta kesejahteraan yang telah lama wujud di Malaysia.

"Polis juga tidak akan bertoleransi dengan perkara sebegitu, kita akan siasat sedalam-dalamnya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang mahu menghuru-harakan negara," katanya.-UMO

Wasabi Oyabun..

Adam Adli ditahan bawah Akta Hasutan, Hishamuddin Rais dan Harris Ibrahim mula cari tempat sembunyi?


Budak mangkok hayun yang begitu rancak dan lantang mencabar pihak berkuasa menahan dan menangkapnya, Adam Adli dilaporkan telah ditahan oleh polis jam 4:11 petang tadi oleh sekumpulan anggota polis dari Bahagian D7, Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Adam Adi telah ditangkap di jalan bersebelahan dengan pejabat Malaysiakini, Jalan Kemuja off Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.



Mangkok hayun tersebut telah terlibat dalam ceramah anjuran Soladiriti Anak Muda Malaysia dan Soladiriti Mahasiswa Malaysia yang telah diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur pada 13 Mei jam 8:50 malam. Dalam ceramah tersebut, dia telah mengeluarkan kenyataan atau ucapan berbaur hasutan yang telah ditafsirkan boleh menggugat keselamatan negara.

Mangkok hayun ini akan disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan. Dia telah dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, dipercayai beberapa kumpulan aktivis hak asasi dan mahasiswa merancang untuk mengadakan nyalaan lilin di hadapan Balai Polis Jinjang jam 8 malam ini. Kumpulan itu turut menggunakan hashtag #BebaskanAdamAdli di laman twitter untuk memberi tekanan kepada pihak polis segera membebaskan aktivis mahasiswa tersebut.

Wasabi Oyabun..

Tiada amaran lagi, tunggu tindakan tegas - Zahid Hamidi?


Kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada sebarang kompromi dengan pihak tertentu khususnya pemimpin pembangkang yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas," katanya ringkas ketika dihubungi pemberita bagi mengulas tindakan yang bakal diambil ke atas pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merancang mencetuskan huru-hara.

Isnin lalu, pemimpin pembangkang seperti Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R. Sivarasa dan Tian Chua ketika berceramah dalam Perhimpunan Tragedi 13 Mei secara terbuka menghasut rakyat ke jalanan bagi menumbangkan kerajaan BN melalui kaedah rusuhan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri yang diterajui kepimpinan baharu bersedia sepenuhnya memastikan kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara kekal terpelihara dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

"Pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah 'harganya' berbanding penyelesaian masalah. Saya akan guna pendekatan itu agar pihak kerajaan tidak disanggah dan mereka (pembangkang) juga tidak melakukan penyanggahan," jelasnya.

Sementara itu, mengulas kecaman pembangkang selepas beliau meminta pihak tidak setuju dengan sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara republik jika menjadikan isu undi popular sebagai alasan, Ahmad Zahid berkata, pembangkang melenting kerana mereka cuba menipu rakyat.

"Orang yang makan cili memang akan terasa pedasnya, sebab itu pemimpin seperti Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng melenting dengan kenyataan saya, tetapi apa yang dinyatakan adalah hakikat dan sudah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 16 Mei 2013

Pengundi Siam marah Mat Sabu?


ALOR SETAR - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu biadab kerana menuduh masyarakat Siam sebagai pengundi hantu dan menyebabkan beliau kalah di Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul berkata, tindakan Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu telah mengundang kemarahan masyarakat Siam yang sudah lama menetap di kawasan tersebut.

Malah, katanya, Mat Sabu tidak layak menjadi calon di kawasan tersebut memandangkan beliau sendiri tidak memahami sejarah masyarakat Siam dan demografi penduduk di Pendang.


'"Mat Sabu memang tidak layak bertanding di kawasan ini kerana soal penduduk pun beliau tidak arif. Tidakkah beliau tahu masyarakat Siam di Pendang adalah yang tertinggi di negara ini dan sudah berkurun-kurun mereka menetap di situ?

“Beliau yang baharu datang terkejut apabila lihat ramai masyarakat Siam keluar mengundi dan tuduh mereka pengundi hantu. Ini cuma mendatangkan kemarahan masyarakat," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 15 Mei 2013

Ketua Pembangkang diminta reda ketentuan Allah!


KOTA BHARU - Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim perlu reda dengan ketentuan Allah SWT setelah gagal mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri apabila ditolak oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, sebagai seorang Islam, Anwar perlu menerima kegagalannya itu dengan hati terbuka.

Beliau berkata, Allah telah menentukan Barisan Nasional (BN) terus memerintah negara ini dan pakatan pembangkang pula ditakdirkan untuk tiga negeri, maka tidak ada sebab bagi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak boleh menerima ketentuan tersebut.

"Kita orang Islam perlu bersatu padu di atas nama Islam, bukannya menghasut orang dengan mengadakan demonstrasi sehingga berupaya mengundang perpecahan.


"Dia (Anwar) kena sedar diri, dia sudah tidak mampu menjadi Perdana Menteri dan kalau jadi sekali pun, dia pasti akan jatuh juga. Jadi redalah dengan semua ini. Kalau dia masih tidak reda, dari segi akidah, dia akan menanggung dosa yang besar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdullah mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang menasihatkan Anwar menerima keputusan PRU-13 sebagai ketentuan takdir.

Sejak minggu lalu, Anwar secara berterusan menghasut rakyat mengadakan perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum lalu dengan sebahagian besarnya disertai generasi muda Cina.

Tambah Abdullah, beliau secara peribadi melihat tindakan Anwar tersebut menunjukkan sifat sebenar Ketua Pembangkang itu yang begitu inginkan Putrajaya dan jawatan Perdana Menteri.

"Saya ingin nasihatkan Anwar, dia sudah dua kali kalah dalam pilihan raya yang telus sehingga menyaksikan mereka turut diberi mandat memerintah sesetengah negeri, jadi terima ketentuan Allah. Segala percaturan Allah adalah yang terbaik untuk hamba-Nya," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff pula menyifatkan cara pemikiran Anwar sudah tidak betul kerana terlalu mengikut emosi dan tidak dapat menerima keputusan PRU-13.

Mohd. Syamsul berkata, walaupun sudah jelas rakyat menolak beliau menjadi Perdana Menteri, namun Anwar masih tidak boleh menerima hakikat tersebut dengan terus mengadakan perhimpunan haram.

"Saya ingin nasihat rakyat jangan terikut-ikut dengan Anwar yang hanya mengunakan rakyat untuk merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri," nasihat beliau.-UMO

Wasabi Oyabun..