Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 30 September 2012

Kata dua DAP kepada PKR : 'Jangan bermimpi disiang hari'?



Timbalan Presiden DAP, Dr Tang Seng Giaw menyifatkan hajat PKR untuk menawan Putrajaya pada pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti bermimpi siang hari.

Beliau berkata, pemimpin PKR juga hanya berkhayal apabila mewujudkan ‘Kabinet bayangan’ kerana Parlimen belum dibubarkan tetapi sudah ada jawatan tertentu dalam kementerian.

“PKR mesti menang dahulu kerusi dalam kawasan, barulah boleh menentukan siapa yang akan menyandang jawatan dalam kementerian. Tetapi, pilihan raya belum berlangsung sudah memilih calon bagi jawatan tertentu adalah khayalan semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ahli Parlimen Kepong itu berkata demikian ketika mengulas keputusan PKR menyenarian 20 pemimpin kanan parti itu mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi PRU13 seperti dilapor akhbar ini semalam.

Seng Giaw berkata, mungkin tidak ada masalah sekiranya pemimpin yang disenaraikan itu sudah memenangi kerusi mereka pada pilihan raya umum tersebut.

“Kalau sudah menang lain hal. Tetapi kami belum bertanding lagi dalam pilihan raya. Ia bukan mengenai setuju atau tidak tetapi perkara ini tidak betul,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden PKR, N Surendran menjelaskan identiti pemimpin terpilih dalam Kabinet bayangan sama sekali tidak penting.

“Siapa atau berapa jumlah pemimpin terpilih akan diumum kelak. Tapi apa yang pasti, jawatan Perdana Menteri akan menjadi milik Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Bagi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula berkata, mereka tidak mahu mencampuri urusan PKR, sebaliknya lebih fokus kepada strategi kemenangan calon yang bertanding.

Wasabi Oyabun..

Suspek pijak gambar Nik Aziz,Guang Eng ditangkap! Suspek yang pijak gambar bekas pemimpin PR bagaimana pula?



Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri mengesahkan pihak polis telah menahan beberapa individu yang didakwa memijak dan membuang air kecil ke atas gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Berhubung laporan polis yang diterima terhadap tindakan melampau sekumpulan pemuda itu, penahanan telah dibuat bagi melengkapkan siasatan dan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Tangkapan sudah dibuat ke atas mereka yang terlibat, manakala siasatan dan kertas siasatan pula dalam bidang kuasa PDRM.

“Tidak kiralah siapa mereka, tidak ada sesiapa akan terlepas dari tindakan undang-undang. Jadi, biar polis siasat perkara itu,”
katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini, sebelum ini.

Beliau berkata, samada mereka yang terlibat akan didakwa atau tidak itu terpulang kepada pejabat Peguam Negara apabila siasatan kes itu selesai nanti.


TETAPI bagaimana pula dengan 'SUSPEK' yang memijak gambar bekas pemimpin Pakatan Rakyat! Masih bebas ke mereka tanpa apa-apa tindakan susulan?

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 29 September 2012

Lihat bagaimana PKR cuba divert isu terima dana asing (Yahudi) dengan menagih simpati rakyat ( buat lelongan )?



Kak Wan Lelong Surat Cinta Dari Penjara

Venue : Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor

Event : Majlis Makan Perdana Pakatan - Acara lelongan barangan peribadi pemimpin

Date : 28/9/2012 @ 10.00 pm

Surat cinta yang ditulis Anwar Ibrahim dari dalam penjara Sg Buloh kepada Kak Wan telah berjaya dilelong kepada Lajim Ukin pada harga bidaan RM50,000.



Dikatakan acara lelong itu dilakukan untuk mengutip dana PRU ke-13. Agak pelik jugalah PKR nak kutip wang bagi mengumpul dana kerana sepertimana yang kita tahu 'kantung' kewangan mereka tidak pernah kering kerana sentiasa 'diisi' oleh 'tangan-tangan' ghaib yang mahu melihat pertukaran kepimpinan negara?

Kalau setakat sewa JET mewah 2 hari sebanyak RM96,000 tak ada masalah, takkan lah nak menagih simpati rakyat bagi mengumpul dana?

Tambahan pula dengan 'lakonan hebat' Kak Wan bagi menagih simpati dengan membuat lelongan 'surat cinta' bang Anwar terhadap beliau! Apa motif sebenar Kak Wan mengungkitkan kembali kisah Anwar semasa dipenjara?

Rakyat mungkin tidak akan lupa tentang isu arsenik yang dimainkan apabila rakyat ditipu hidup-hidup oleh Kak Wan dan Karpal...!!! Ramai yang bersimpati ketika itu dan iIni diakui sendiri oleh Datuk Zulkifli Nordin..!!!

Tak payahlah berpura-pura melakonkan episod 'drama baru' bagi menagih simpati kerana rakyat sudah pun mengetahui semuanya itu hanyalah semata-mata untuk mengalih isu dana asing yang diterima oleh PKR?

Sekali ditipu mungkin boleh diterima, tetapi untuk kedua kalinya bak kata Nabil Raja Lawak...Lu fikirlah sendiri..!!!

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 28 September 2012

Anwar 'naik semput' dengan Bajet Najib?



Secara ringkas point penting Bajet 2013 yang dibentangkan oleh DS Najib petang tadi:

*Bonus Kakitangan Awam 1Bulan Setengah Gaji-Sebelum Aidilfitri- Disember dan Januari 2013

*Rebat RM200 pembelian HP 3G Untuk Gaji bawah RM3000( 21-30)

*BR1M diteruskan RM500 Diteruskan

*Bantuan Persekolahan RM100 Diteruskan

*Baucar Buku RM250- Sebelum ini RM200

*BR1M RM250 Bagi Golongan muda Bujang 21 Tahun Keatas

*Pencen Minima naik kepada RM820 Mulai 1Januari 2013

*Insentif Pesara Kerajaan RM500 (Bayar pada Disember)

*Bakal2 haji yang mencarum dalam KWSP boleh keluarkan simpanan mereka daripada Akaun 2 untuk tampung kos kerja haji

*SkimRumah Pertamaku,had pendapatan dinaikkan kpd RM5 ribu

*Tambahan 10,000 ahli Pasukan Sukarelawan Polis dan pemasangan 496 unit CCTV di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan

*Cukai individu diturunkan satu mata ( 1% )

Terima kasih DS Najib diatas Bajet mesra rakyat yang diumumkan. Memang sahlah Anwar akan jatuh pitam selepas ini.

Untuk teks ucapan penuh, sila lihat di sini.

Wasabi Oyabun..

Bajet 2013?

Bajet 2013 yang akan dibentangkan sebentar lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menangani pelbagai isu rakyat dan pembangunan negara.

Sebelum ini pun, Kementerian Kewangan yang diterajui sendiri oleh Najib mengadakan siri pertemuan dengan kumpulan fokus untuk memperoleh input bajet.

Malah, pelbagai pihak termasuk kalangan industri, profesional dan pertubuhan bukan kerajaan telah pun memberi pandangan berhubung perkara-perkara yang dirasakan wajar disentuh dalam bajet kali ini.

Sudah tentu, ia tidak akan lari daripada menghadapi cabaran kos hidup rakyat serta isu-isu yang berkaitan, selaras dengan gagasan Rakyat Didahulukan. Banyak pihak menjangka kerajaan akan mengemukakan formula bagi menangani permasalahan dalam aspek perumahan khususnya dalam soal harga yang dilihat mencuri perhatian masyarakat terbanyak.

Selain menjaga kepentingan golongan berpendapatan rendah, kita yakin nasib rakyat golongan pertengahan serta penghuni kota tetap diberi perhatian. Semuanya dalam kerangka memberi keadilan sosioekonomi kepada seluruh rakyat.

Dalam melihat pelbagai masalah dan kepentingan negara ini, Bajet 2013 pasti berpijak di bumi nyata. Bajet ini perlu praktikal kerana ia adalah komitmen kerajaan yang perlu dilaksanakan.

Sebagai perbandingan, kita mendapati bajet bayangan pembangkang direka cipta semata-mata untuk meraih sokongan rakyat ketika pilihan raya umum semakin hampir.

Pembangkang boleh menawarkan pelbagai janji, walaupun ke tahap tidak praktikal, kerana tiada komitmen untuk mengotakannya. Janji hanya tinggal janji..!!!

Wasabi Oyabun..

Rabu, 26 September 2012

Isu Sekolah Tamil Ladang Midlands - Kenapa MB Khalid pertahan I-city?



Kaum India perlu bertanya mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim membatalkan keputusan kerajaan pimpinan DS Khir Toyo sebelum ini yang bersetuju agar I-City Berhad membina sebuah sekolah rendah kebangsaan jenis Tamil ( Sekolah Tamil Ladang Midlands yang uzur sekarang ) di I-City, Shah Alam?

Sekolah Tamil Ladang Midlands akan kekal di lokasi sekarang di Seksyen 7 di sini dan tidak akan dipindahkan ke I-City sebagaimana dicadangkan oleh kerajaan negeri lepas, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, memindahkan sekolah itu ke I-City, kawasan pembangunan komersial perdana berasaskan ICT dan bernilai RM2 bilion di Seksyen 7 itu akan menjejaskan usaha pemaju untuk menarik pelabur tempatan dan asing bagi projek itu.

"Jumlah kawasan tanah di I-City kurang dari 100 ekar (40 hektar) dan pemaju tidak semestinya membina sekolah di kawasan itu. Kerajaan negeri Selangor tidak mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang ingin melabur dalam pembangunan harta di negeri ini,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.


Wah pelik bukan? Mengapa Tan Sri Khalid begitu mempertahankan I-City sedangkan pemaju telah bersetuju sebelum ini?



Apa hubungan Khalid Ibrahim dengan I-City Berhad sehinggakan beliau sanggup mengenepikan kaum lndia yang selama ini telah menyokong beliau?

Menteri Besar sebelum ini, DS Khir Toyo pun membenarkan pembangunan I-City dengan syarat pemaju memperuntukkan tanah seluas empat ekar dengan status pegangan bebas untuk pemindahan SRJKT Ladang Midlands.

Alasan kedudukan di tengah kawasan kilang juga sukar diterima akal kerana Menteri Besar dengan mudah mengarahkan I-City Berhad memberi kawasan lain yang lebih baik. Cuma lihatlah gambaran artis I-City di atas untuk menentukan Khalid ini sebenarnya pembohong atau jujur.

Dan pada 14hb April 2011 yang lalu telah berlangsung majlis pecah tanah dan perletakan batu asas bagi sekolah tersebut di tapak yang baru! Difahamkan terdapat unsur-unsur penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam urusan jual beli tanah bagi membangunkan sekolah ditapak baru tersebut?











Persoalannya disini adalah mengapa Tan Sri Khalid yang mempertahankan I-City Berhad sedangkan mereka telah bersetuju sebelum ini sebagai syarat pembangunan kawasan tersebut?

Apa hubungan Tan Sri Khalid dengan pemilik I-City Berhad Dato Lim Kim Hong? Adakah mereka mempunyai hubungan istimewa? Sila baca di sini.

Sementara itu Pemuda MIC minta SPRM siasat!

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diminta menjelaskan tiga isu penjualan tanah yang didakwa wujud unsur penyelewengan dengan melibatkan nilai puluhan juta ringgit.

Tiga tanah itu adalah bekas tapak Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Midlands, Ladang Bukit Raja di Klang dan Ladang Coalfield di Batang Berjuntai.

Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, C. Sivarraajh mendakwa kerajaan PKR Selangor telah melakukan salah guna kuasa dan rasuah dalam penjualan ketiga-tiga tanah tersebut.

"Sekolah Tamil itu terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai I-City mempunyai nilai harga tanah kira-kira RM25 juta namun hanya lebih kurang RM3 juta diberikan oleh syarikat I-City untuk membina sekolah baru di tapak lain.

"Bagaimanapun, baki untuk bina sekolah sebanyak hampir RM1.9 juta disumbangkan orang ramai, badan lain dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Apa yang meragukan di manakah baki RM22 juta hasil penjualan tanah itu," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan berhubung penjualan tanah-tanah itu di sini baru-baru ini.

Menurut Sivarraajh, lebih meragukan apabila sebuah dewan konvensyen dibina menggunakan sumbangan orang ramai tetapi diswastakan kepada pihak ketiga yang mengenakan caj yang mahal kepada pengguna.

Dalam pada itu, beliau berkata, isu berkaitan Ladang Bukit Raja dan Ladang Coalfield mempunyai persamaan apabila kedua-dua tanah itu yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2006 kepada penduduk di kawasan tersebut diambil lebih separuh keluasannya oleh kerajaan negeri sekarang.

"Kerajaan BN dulu telah meluluskan tanah seluas lebih enam hektar untuk penduduk ladang itu namun yang menjadi persoalannya kerajaan negeri sekarang telah mengurangkan lebih kurang sebanyak dua hektar.

"Di Ladang Coalfield pula kerajaan BN telah memperuntukkan sebanyak tujuh hektar tanah melalui syarikat KL Kepong, namun kerajaan negeri sekarang telah mengurangkannya kepada lebih kurang dua hektar," katanya.

Dakwanya lagi, hasil siasatan mendapati tanah di Ladang Bukit Raja akan didirikan projek perumahan mewah manakala di Ladang Coalfield bakal dibangunkan projek komersial.

Sehubungan itu, beliau menggesa SPRM menyiasat perkara tersebut kerana jelas terdapat isu penyelewengan yang akan memberi kesan negatif kepada penduduk.

Wasabi Oyabun..

Tuu dia...Kos 2 hari sewa jet eksekutif RM96,000?



Kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin pakatan pembangkang ke Labuan, Sabah pada pertengahan bulan ini adalah RM96,000 (AS$30,000).

Menurut sumber, kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets).

Difahamkan juga urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak.

Sementara itu Pengerusi Tjets, Datuk Mohd. Taufik Omar ketika dihubungi Utusan Malaysia menjelaskan, beliau tiada hubungan persahabatan dengan Anwar, sebaliknya perkhidmatan pengurusan penerbangan jet eksekutif yang dinaiki oleh ketua pembangkang itu dilakukan secara profesional.

Jelasnya, beliau tidak mengetahui bahawa Anwar akan menjadi penumpang jet eksekutif berkenaan apabila tempahan dibuat.

"Sehinggalah jet mahu berlepas baru saya tahu yang antara penumpang jet tersebut ialah Anwar dan rakan-rakannya. Saya orang berniaga dan saya menguruskan tempahan secara profesional. Saya tidak pula memeriksa siapa yang akan menjadi penumpang apabila sesuatu tempahan jet eksekutif dibuat," jelasnya.

Sebelum ini seorang penulis blog, John F. Seademon mendakwa Mohd. Taufik yang menyewakan jet tersebut kepada Anwar.

Kisah mengenai jet tersebut mula tercetus apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pada laman Twitternya telah memuat turun gambar jet eksekutif yang diberi nama Dassault Falcon pada 15 September lalu yang kemudian telah dipetik oleh beberapa blog antaranya http://mediawangsamaju.blogspot.com.

Selain Anwar, turut menaiki jet eksekutif berkenaan ialah Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw; Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr. Hatta Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin.

"Apabila saya melihat Anwar menjadi penumpang jet tersebut, apa yang boleh saya buat? Tidak mungkin saya meminta Anwar dan rakan-rakannya turun. Saya hanya sekadar boleh beristighfar dan tunggu apa yang akan berlaku selepas itu," kata Mohd. Taufik lagi.

Menurutnya, tidak banyak syarikat bumiputera yang terlibat dengan industri pengurusan penyediaan jet eksekutif di negara ini, oleh itu tidak adil bagi mana-mana pihak menuding jari menuduhnya ada kaitan dengan Anwar hanya kerana hal itu.

"Saya hanya cari makan dan ini adalah salah satu bidang perniagaan saya. Adakah saya bersalah hanya disebabkan Anwar menjadi salah seorang penumpang dalam jet yang diuruskan oleh syarikat saya.

"Saya amat berharap penjelasan ini menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku," katanya.

Anwar Ibrahim mengibaratkan jet peribadi yang dipinjam kepada beliau adalah sama seperti “kita memberi kawan kita untuk pinjam kereta” dan tidak harus diperbesarkan.

Penggunaan jet mewah itu menimbulkan persoalan sama ada Ketua Pembangkang “dibiayai” oleh pihak tertentu atau pun terpaksa berhutang budi kepada pemilik pesawat itu. Bagaimanapun Anwar mendakwa beliau bertanya terlebih dahulu kepada pemilik pesawat itu tujuan meminjam jet itu kepadanya.

"Saya sudah tanya dulu, ada kepentingan atau tidak, tetapi dia kata tiada," katanya di sidang media di lobi Parlimen.

Anwar tidak mengenal pasti siapa pemilik pesawat itu tetapi berkata pihak yang ingin tahu boleh menghubungi Jabatan Penerbangan Awam. Malah timbul pula persoalan sekarang yang mana Anwar dilihat cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan rakyat!

Anwar mengatakan jet tersebut dipinjamkan kepadanya oleh seorang 'kenalan', tetapi dipihak pengurusan penerbangan jet eksekutif itu pula mengatakan bahawa jet tersebut disewa selama 2 hari dengan harga RM96,000 (AS$30,000).

Antara meminjam dan menyewa, yang mana satu betul? Anwar boleh tipu ramai orang tetapi tidak boleh menipu dirinya sendiri. Sendiri mahu fikir..wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 23 September 2012

Wujud campur tangan asing untuk menguasai negara!



Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penyaluran dana asing untuk aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang membuktikan wujud campur tangan pihak luar untuk menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang boleh mengikut telunjuk mereka.

Menurut bekas Perdana Menteri, modus operandi yang digunakan adalah sama seperti di Libya, Mesir dan negara Arab lain yang mereka namakan sebagai Arab Spring, iaitu pihak asing memberi bantuan kewangan bagi membiayai aktiviti NGO mengapi-apikan rakyat supaya bangkit menentang kerajaan dan melakukan apa yang dikatakan sebagai regime change.

"Kerajaan interim Mesir telah pun menghentikan kegiatan sesetengah NGO ini yang datang dari Amerika. Mereka ini sebenarnya dibiayai oleh kerajaan (Amerika), mereka pergi ke Mesir dan cuba mempengaruhi orang Mesir dan siapa-siapa yang hendak menghadapi pilihan raya. Mesir telah menghalang mereka daripada masuk campur (dalam pilihan raya).

"Kita tak pernah campur tangan, tak pernah pergi kacau (pilihan raya negara mereka) dia punya pilihan raya, dia punyalah. Kita punya pilihan raya adalah hak rakyat kita, pasal apa dia nak cuba pengaruhi orang untuk menukar kerajaan, kerajaan yang mesra kepada mereka? Inilah tujuannya. Ini yang diuar-uarkan sebagai regime change," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini kelmarin.

Dr. Mahathir diminta mengulas pendedahan akhbar kelmarin mengenai penyaluran dana asing kepada NGO dalam negara termasuk RM1.6 juta yang diterima Suara Rakyat Malaysia (Suaram) daripada National Endowment for Democracy (NED) dan RM845,835 daripada Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh penyangak mata wang George Soros.

Menurut bekas Perdana Menteri seperti yang pernah ditulis oleh beliau di dalam blognya, apa yang dimahukan oleh pihak asing itu bukan setakat regime change atau perubahan kerajaan yang memerintah tetapi perubahan yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Beliau yakin penyaluran dana asing termasuk untuk perhimpunan Bersih dan pelbagai lagi adalah sebahagian daripada operasi untuk menyokong Anwar.

"Jerman pun bagi duit, apa kena-mengena dengan Jerman? Adakah anda tidak bersetuju dengan kerajaan sekarang dan mahu menjatuhkannya? Kalau nak bagi duit, bagi dua-dua belah (pihak). Bagi kepada pihak penyokong kerajaan dan pihak pembangkang tak apa. Tapi apabila anda memberi dana hanya kepada satu pihak bermakna anda mengapi-apikan rakyat supaya menentang kerajaan.

"Ini salah! Ia adalah hak rakyat negara ini untuk memilih kerajaan yang mereka kehendaki bukannya orang luar menentukan kerajaan yang mereka mahukan," tegasnya.

Dalam keadaan ini, Dr. Mahathir berkata, apa yang diperjuangkan oleh NGO yang menerima dana asing ini bukan lagi mewakili suara rakyat Malaysia sebaliknya suara pihak luar.

"Ia bukannya inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Tak kan kita hendak dikuasai oleh orang asing? Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar. Jadi siapa yang nak pilih Perdana Menteri Malaysia, orang Malaysiakah orang asing?," soalnya.

Baginya beliau boleh menerima sekiranya rakyat Malaysia sendiri yang membuat keputusan hendak memilih Anwar tetapi biarlah pilihan itu dibuat tanpa dipengaruhi oleh tangan-tangan asing.

"Jika anda (pihak asing) cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah!" tegasnya lagi.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 22 September 2012

PRU-13: Jangan buat silap dan salah pilih - Tunku Aziz?


TUNKU Abdul Aziz Tunku Ibrahim (dua dari kanan) bersama Tan Chee Chong (kiri), Tan Tuan Tat dan Yap Kon Min di Forum The Day When We Were In DAP di Jalan Perak Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sedia menjelajah ke seluruh negara bagi membuka minda rakyat, khususnya penyokong pembangkang supaya membuat keputusan tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurutnya, beliau mahu pengundi membuat pilihan berdasarkan akal fikiran bukannya mengikut perasaan.

Ia kerana, jelasnya, PRU-13 sangat penting untuk Malaysia dan rakyat seharusnya membuat pilihan yang tepat demi masa depan mereka.

"Kita mahu rakyat dimaklumkan mengenai perkara sebenar supaya mereka dapat membuat keputusan tepat.

"Undi mereka sangat penting bagi menegakkan prinsipal demokrasi dan mereka tidak seharusnya membuat kesilapan.

"Kita hanya buat begini (pilihan raya umum) lima tahun sekali dan seharusnya perubahan yang dilakukan ini benar-benar mempunyai kredibiliti dengan mengundi calon mempunyai rekod cemerlang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada program The days when we were in DAP malam ini.

Kira-kira 1,000 orang memenuhi bangunan Leong See Kah Miew yang terletak di Jalan Perak di sini, iaitu tempat berlangsungnya program berkenaan.

Turut menyampaikan ceramah ialah tiga lagi bekas pemimpin DAP iaitu Tan Chee Chong, Tan Tuan Tat dan Yap Kon Min.

Tunku Abdul Aziz menambah, beliau menerima permintaan tinggi untuk mengadakan program itu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 18 September 2012

Anwar selaku Ketua Wanita perlu selamatkan aib Shamsidar?



Anwar Ibrahim yang melantik diri sendiri sebagai Ketua Wanita pakatan pembangkang sepatutnya menjawab segala tuduhan yang dilemparkan ke atasnya oleh Datuk S. Nallakaruppan.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, justeru amat bertepatan untuk Ketua Pembangkang itu mengadakan sidang akhbar berhubung dakwaan skandal seks beliau bersama Shamsidar Taharin kerana isu tersebut telah melibatkan aib ahli wanitanya.

''Anwar dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu segera menyangkal dakwaan S. Nallakaruppan itu. Perkara itu mesti dilakukan di hadapan Shamsidar dan suaminya yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

''Semua kaum wanita di Malaysia mahu melihat sidang akhbar bersama Wan Azizah dan Shamsidar. Anwar perlu selesaikan masalah dan hal ehwal wanita dalam rumahnya dan rumah Azmin sebelum mahu jaga hal ehwal wanita di luar bandar,'' katanya kepada di sini hari ini.


Beliau mengulas desakan pelbagai pihak yang mahu Anwar mengadakan sidang akhbar bersama Shamsidar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi menyangkal dakwaan skandal seks seperti didakwa bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakaruppan.

SD Johari juga mencadangkan agar Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr. Badrul Amin Bahron dilantik sebagai ahli jawatankuasa kaunseling Wanita kepada Anwar.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim yakin Anwar berasa bimbang akan ada banyak lagi perkara berkaitan dirinya terdedah jika sidang akhbar diadakan.

''Anwar itu memang pakar menyusun strategi. Jadi rakyat harus faham ini semua taktik beliau. Rakyat sepatutnya sudah boleh berfikir kenapa dalam banyak perkara lain dia sepantas kilat akan mengambil tindakan tetapi apabila isu mengaitkan dirinya terus diam dan kelu lidah.

''Dia memang akan terus berdiam diri dengan harapan isu ini akan terus lenyap sehingga rakyat lupa. Tetapi saya yakin kebenaran akan terserlah jua,'' katanya.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 16 September 2012

Masih lagi dengan masalah sampah di Selangor - MPS pandang sebelah mata?

Begini lah keadaan hampir setiap longkang dipenuhi sampah yang terdapat di Taman Industri Bolton, Batu Caves.

Longgokan sampah yang bertaburan di sekitar Taman Industri Bolton di sini membuktikan satu perkara iaitu masalah penjagaan kebersihan kawasan belum diselesaikan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Boleh dikatakan hampir di setiap lorong kedai di situ terdapat longgokan sampah pelbagai jenis sehingga menyakitkan mata yang memandang.

Timbul persoalan, apakah warga kerja MPS tidak pernah ke kawasan ini? Atau, mereka bersikap acuh tak acuh dengan pemandangan kotor itu?

Tinjauan hari ini mendapati, kawasan longkang dan sekitar tempat meletak kenderaan menjadi tong sampah tidak rasmi kawasan itu.

Orang ramai yang ditemui pula menyatakan kekesalan mereka apabila sampah tidak dikutip dengan sempurna dan tidak mengikut jadual. Akibatnya mereka terpaksa menghidu bau busuk apabila sampah tidak dibersihkan dan dibiarkan berkulat di atas jalan raya.

Seorang peniaga, Kho Peck Suan, 35, berkata, sebelum ini terdapat sebuah tong sampah diletakkan di Jalan TIB 1/1 berhadapan kedainya.

Namun menurutnya, tong sampah tersebut tidak lagi kelihatan sejak beberapa bulan lalu, malah dakwanya, tukang sapu juga tidak lagi melakukan tugas mereka di situ.

"Sebelum ini ada tong sampah diletakkan tetapi saya tidak tahu ia hilang ke mana sekarang?

"Jadi, orang ramai terpaksa membuang sampah di tempat yang sama dan ada juga yang tidak bertanggungjawab membuang ke dalam longkang," katanya.


Pada April lalu, akhbar ini pernah melaporkan rintihan peniaga-peniaga di situ yang menderita dengan sampah yang tidak terurus berhampiran Kompleks Muhibbah.

Mereka mendakwa masalah itu bermula apabila sebuah rumah sampah di Kompleks Muhibbah dirobohkan dan orang ramai tidak mempunyai tempat lain untuk membuang sampah mereka.

Sementara itu, seorang lagi peniaga yang hanya ingin dikenali sebagai Lawrence, 51, berkata, MPS pernah turun padang ke kawasan itu dua bulan lalu namun bukan untuk membersihkan longgokan sampah.

"Ketika itu mereka hanya menjalankan operasi menangkap tikus dan langsung tidak membersihkan sampah walaupun ia berada di depan mata.

"Pada pendapat saya, tikus tidak akan pupus di kawasan ini selagi longkang masih tersumbat dengan sampah dan yang bertaburan di sana-sini," katanya.

Ronnie Liu...Lu jangan jaga sama rumah urut saja, sampah pun mau tengok juga lo..!!!

Wasabi Oyabun..

Khamis, 13 September 2012

MB Khalid Nafi beli lori sampah ketinggalan zaman!



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan keputusan kerajaan negeri menyemak semula pembelian tambahan 50 kompaktor sampah buatan China membabitkan kos RM14.5 juta untuk menyelesaikan masalah kutipan sampah di Selangor ada kaitan dengan dakwaan kononnya model yang dibeli itu ketinggalan zaman.

Sebaliknya, beliau memberikan alasan semakan semula itu merupakan amalan biasa bagi memastikan pembelian tersebut memberi pulangan wang kepada kerajaan negeri.

"Tidak ada (kaitan dengan dakwaan model ketinggalan zaman), lori sampah kita beli sebaliknya untuk menggantikan kompaktor sampah yang ditinggalkan Alam Flora Sdn. Bhd. sebelum ini, termasuk yang digunakan kontraktor ketika ini yang kebanyakan usianya melebihi 10 hingga 15 tahun.


"Oleh itu, untuk menjamin pengurusan sampah yang betul, kita kena bawa kompaktor baru yang mana penggunaan awalnya kita beli 50 buah. Kita juga akan menambah 50 buah lagi bagi mengimbangi pengunaannya di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kakitangan awam negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini mengenai dakwaan kerajaan negeri membeli 50 buah model kompaktor sampah yang dikatakan ketinggalan zaman.


Menurut laporan itu, pembelian berkenaan dibuat anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membabitkan kos RM14.5 juta bagi membantu 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menyelesaikan masalah kutipan sampah di Selangor.

Dalam pada itu, Abdul Khalid mempertahankan keputusan pembelian 50 buah model kompaktor dengan menegaskan ia memberi penjimatan kepada kerajaan negeri.

"Kalau kita tengok kompaktor sampah yang biasa dari Eropah, harganya melebihi RM340,000 tetapi harga kompaktor sampah yang kita beli kurang RM240,000," katanya.

Memanglah murah, tetapi kos selenggaraan dan alat ganti sudah dimasukkan sekali ke MB Khalid? Jangan esok dah pakai setahun, dah tersadai pulak?

Dimana Ronnie Liu? Sila lihat di sini.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 12 September 2012

Krisis air di Lembah Klang bakal jadi kenyataan?


Krisis air di Lembah Klang yang dijangka berlaku pada 2014 semakin menjadi kenyataan apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini tetap berkeras untuk tidak membenarkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dilaksanakan.

Pendirian itu diulangi walaupun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan semalam kerajaan akan mengeluarkan tender tawaran pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tidak lama lagi.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier Jayakumar berkata, keputusan itu merupakan pendirian kerajaan negeri selagi Kerajaan Pusat tidak menyatakan persetujuan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan pihaknya untuk mengambilalih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Pengambilalihan itu, kata beliau, merupakan sebahagian rancangan kerajaan negeri untuk menstruktur semula pengurusan bekalan air di Selangor.

"Jika Kerajaan Pusat mahu mengeluarkan tender untuk teruskan projek Langat 2, ia terpulang kerana itu hak mereka. Namun, Kerajaan Pusat perlu mematuhi segala prosedur yang ditetapkan kerajaan negeri termasuk daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sendiri membabitkan kelulusan Perintah Pembangunan (DO).

"Bagaimanapun, kerajaan negeri kekal dengan pendirian sebelum ini iaitu tidak akan membenarkan projek Langat 2 dilaksanakan selagi Kerajaan Pusat tidak bersetuju dengan syarat kerajaan negeri untuk penstrukturan pengurusan bekalan air di negeri ini," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin itu tentang keputusan Kerajaan Pusat untuk mengeluarkan tender tawaran pembinaan projek Langat 2 tidak lama lagi walaupun Kerajaan PKR Selangor tidak meluluskan DO demi kepentingan rakyat negeri ini.

Menurut Muhyiddin, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Air Selangor yang dipengerusikan beliau bagi menangani masalah air di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Xavier yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas menganggap hasrat 683 pengguna air di negeri ini untuk memfailkan tuntutan tunggakan subsidi air di bawah skim air percuma yang dijanjikan pakatan pembangkang dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai satu tindakan bersifat politik.-UMO

Wasabi Oyabun..

Selasa, 11 September 2012

Sah..!!! Memang Selangor kerajaan 'Papan Tanda' - Rakyat bantah guna papan iklan bagi tujuan politik?

Pengerusi Bahagian MCA Pandan, Eric Ong Chen Huing (kiri) bersama Gary Lim Chin Yee menunjukkan papan iklan besar yang didakwa digunakan untuk tujuan politik di Kampung Cheras Baru, Ampang, dekat Kuala Lumpur, baru-baru ini.

MCA Pandan membantah tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Janice Lee menggunakan papan iklan besar di kawasan itu bagi tujuan politik.

Ketua Biro Guaman MCA Bahagian Pandan, Gary Lim Chin Yee berkata, pada Jun lalu, pihaknya menerima aduan daripada penduduk mengenai tindakan Janice yang menggunakan papan iklan bagi tujuan tersebut.

"Namun pihak kami dimaklumkan oleh MPAJ, bahawa penggunaan sebuah papan iklan adalah dibenarkan bagi tujuan memberi maklumat kepada penduduk setempat mengenai program-program yang dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor atau aktiviti berkaitan.

"Tetapi apa yang kita lihat, beliau menggunakan dua buah papan iklan bagi tujuan peribadinya dan perkara tersebut perlu diberi perhatian," katanya.

Menurutnya, tindakan Janice menggunakan dua buah papan iklan yang terletak di Pandan Perdana dan Kampung Cheras Baru itu seolah-olah mahu menunjukkan beliau seorang yang berjiwa rakyat.

"Padahal beliau langsung tidak turun padang apabila penduduk kawasan ini mengalami masalah dan sebagainya.

"Ia juga bertujuan semata-mata mahu meraih undi daripada penduduk setempat," ujarnya.

Gary berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada MPAJ dalam masa terdekat untuk memaklumkan perkara tersebut.

"Apabila dapat maklum balas, kami akan menghubungi Jawatankuasa Keupayaan, Akauntabiliti dan Ketelusan (Selcat) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Akhirnya memang terserlah lah di Selangor, lebih banyak Papan Tanda dari banyak membuat kerja demi kebaikan rakyat. Exco-exco kerajaan PKR hanya makan gaji buta dan berselindung disebalik papan-papan tanda mereka? Cakap saja yang lebih, tapi hamPAS..! Fikir-fikirkan lah!

Wasabi Oyabun..

Ahad, 9 September 2012

Kerajaan regim PKR Selangor tidur lagi...!!! Mangsa banjir wajar dapat ganti rugi?


Sebuah keluarga meredah banjir selepas rumah mereka dimasuki air ekoran banjir kilat yang melanda Taman Sri Serdang, Selangor kelmarin.

Rakyat Selangor yang mengalami kerugian akibat banjir kilat di sekitar Serdang dan Kajang wajar diberikan ganti rugi oleh kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, banjir tersebut berlaku ekoran daripada sistem perparitan yang tidak diurus dengan sempurna oleh pentadbiran kerajaan negeri.

"Kejadian banjir di Selangor bukan pertama kali terjadi kerana pada Mac lalu ia berlaku di Klang. Ini adalah ekoran daripada pembatalan projek tebatan banjir menghubungkan Sungai Klang hingga ke Sungai Langat tahun lalu, sekali gus menunjukkan kerajaan negeri tidak peka terhadap pembangunan infrastruktur rakyat.

"Selama empat tahun memerintah, kerajaan negeri lebih mengutamakan urusan politik berbanding kepentingan rakyat yang akhirnya menjadi mangsa adalah penduduk di Selangor sendiri," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di sekitar Serdang dan Kajang pada 4 September lalu.

Semalam, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed meminta kerajaan PKR Selangor bertanggungjawab kepada masyarakat yang menerima kesan daripada banjir kilat itu.

Menurut Mohd. Zin, tindakan membatalkan projek tebatan banjir oleh kerajaan PKR Selangor dilihat lebih berdasarkan perkiraan politik semata-mata berbanding manfaat kepada rakyat yang berkemungkinan dapat mengelakkan kejadian banjir kilat berlaku.

Justeru, kata Hamidzun, kerajaan negeri perlu bertanggungjawab memberikan pampasan kepada rakyat yang menjadi mangsa.

"Mungkin mereka sudah tahu jangka hayat pemerintahan di Selangor sudah pendek, maka segala keputusan lebih cenderung ke arah menguntungkan politik daripada kebajikan rakyat.

"Kami juga berharap agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat membuat keputusan yang betul dalam isu air dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 agar rakyat tidak terus menjadi mangsa," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George meminta kerajaan negeri membangunkan projek-projek komprehensif bagi menaik taraf sistem perparitan dan memastikan penyenggaraan dibuat secara berkala.

"Satu jawatankuasa juga perlu dibentuk bagi mencari punca sebenar dan penyelesaiannya agar kejadian sebegini tidak berulang," jelasnya.

Menurut Jacob, kerajaan negeri ataupun Pusat perlu melihat dan membantu mangsa banjir yang menerima kesan yang teruk melalui tabung kecemasan agar sedikit-sebanyak meringankan beban mereka.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 7 September 2012

Mahfuz The Mr Bean meroyan lagi...kali ini persoalkan pasukan khas polis pulak?



Pas tidak bersetuju dengan tindakan biadap kumpulan yang memijak potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Ambang Merdeka minggu lalu, namun menyifatkan penubuhan pasukan khas polis untuk menyiasat perkara itu sebagai keterlaluan.

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar The Mr Bean berkata, insiden 30 Ogos bukan satu perkara besar yang serius dan menyifatkan ia salah satu tindakan yang sama sebelum ini, yang telah dilakukan oleh sekumpulan individu yang kencing atas kain rentang Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetapi tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak berkuasa.

“Kita tidak bersetuju dengan tindakan memijak gambar mana-mana pihak dalam negara ini atau menunjukkan punggung ke atas gambar sesiapa pun.

"Kita juga tidak bersetuju tindakan mengibarkan bendera.

"Tetapi, kita lebih tidak bersetuju dengan tindakan polis menubuhkan pasukan khas untuk memburu mereka yang terlibat seolah-olah mereka melakukan jenayah terhadap negara. Sedangkan banyak lagi kes jenayah lain yang lebih besar," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini seterusnya berkata: "Bolehkah pijak gambar dikategorikan sebagai jenayah sehingga ditubuhkan pasukan khas untuk memburu mereka?"

Katanya, pijak gambar adalah luahan kemarahan anak-anak muda yang dipijak kepala mereka serta ditindas oleh pemimpin Umno-BN.

Mahfuz juga mempersoalkan mengapa polis tidak tubuh pasukan khas untuk memburu mereka yang melakukan jenayah lebih besar lagi seperti menjual maklumat pertahanan negara.

“Saya kira, perkara itu tidak melibatkan kepentingan untuk pasukan polis tetapi perlu menekankan perkara serius dalam membendung jenayah dan keselamatan negara yang semakin berleluasa.

"Seharusnya pihak polis tidak mengambil perkara ini dengan serius dan ini memperlihatkan ketidakmatangan pihak polis dalam mengendalikan hal yang serius atau tidak?" katanya lagi.

Mahfuz turut membidas tindakan sekumpulan yang didakwa merupakan ahli Perkasa mengganggu tazkirah yang sedang disampaikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Husain, Seberang Pumpong, Alor Setar pada Ahad lalu dan menegaskan insiden ‘kejadian baling kasut’ tersebut tidak diendahkan polis kerana hanya tiba sejurus selepas selesai program.

“Ini mencerminkan ketidakadilan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengawal keamanan.

"Adakah polis beri perlindungan hanya kepada segelintir pihak? Atau kita perlu panggil anggota pengaman (Pertubuhan) Bangsa-bangsa Bersatu?

"Kenapa media sensasikan insiden itu? Sedangkan insiden baling kasut dalam masjid tidak pula dibangkitkan. Kalau pihak Perkasa menafikan persoalan video, manakan kita tahu arah mana kasut itu dibaling. Kita tidak tahu dia nak baling, kalau kita rakam semuanya bererti kitalah yang baling,” katanya.

Selain itu, katanya, imam masjid telah membuat laporan polis berikutan kejadian tersebut.

Hahaha..Mr Bean..Mr Bean..Biarkan Mr Bean terjun dengan labu-labunya..biarkan..!!!

Wasabi Oyabun..

'Republik Selangor' - Noh bidas Abdul Khalid?


Noh (kiri) bersama Sulaiman menyampaikan sumbangan alat tulis kepada 37 sekolah seluruh Parlimen Tanjung Karang.

Kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berhubung kehadiran Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sebagai tetamu jemputan dan bukannya tetamu kehormat jelas menunjukkan beliau keliru dan tidak memahami protokol sambutan kemerdekaan serta peranannya dalam Kerajaan Negeri.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Abdul Khalid sehingga kini gagal beri penjelasan berhubung tindakan menjemput Ketua Pembangkang itu pada sambutan malam ambang Merdeka peringkat negeri, baru-baru ini yang hadir menyampaikan ceramah.

“Kalau dipanggil sebagai tetamu jemputan, kenapa Anwar perlu beri ceramah? Kedua-dua Menteri Besar dan Anwar tidak faham peranan mereka pada majlis itu iaitu sama ada sebagai tetamu, penceramah atau perasmi.

“Ini menunjukkan pakatan pembangkang Selangor dalam keadaan ‘caca-marba’ kerana mereka keliru membezakan program rasmi dan politik.

“Saya juga menuntut penjelasan Abdul Khalid sama ada program itu program rasmi Kerajaan Negeri atau program politik apabila menjemput Anwar yang tidak pegang apa-apa portfolio rasmi dalam kerajaan,” katanya selepas menyampaikan alat tulis kepada calon peperiksaan di Sekolah Kebangsaan Bukit Belimbing, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Sulaiman Abd Razak.


Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempersoalkan Kerajaan Negeri menjemput Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat dan memberi ucapan pada sambutan kemerdekaan peringkat negeri, Khamis lalu, kata Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

Beliau berkata, ia menimbulkan tanda tanya kepada Tuanku kerana ia program rasmi Kerajaan Negeri.

“Kebiasaannya, kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi Kerajaan Negeri, Menteri Besar ganti tempat baginda. Tetapi, mengapa Anwar dijemput dan berucap, sedang ini program rasmi, bukan program politik?” katanya.

WAsabi Oyabun..

Rabu, 5 September 2012

Dr Atory : Anwar Anggap Dirinya ‘Mulia’ Umpama Sultan?




Tindakan angkuh Anwar Ibrahim tidak mengangkat tangan semasa pembacaan Rukun Negara pada sambutan ulang tahun kemerdekaan peringkat negeri Selangor di Dataran Shah Alam pada 30 Ogos lalu adalah berpunca daripada sikap Ketua Pembangkang itu yang menganggap dirinya paling mulia.

Malah, Pensyarah Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Atory Hussain mendakwa keengganan Anwar untuk berbuat demikian juga mungkin mahu menggantikan peranan pemerintah utama negeri itu yang tidak mendapat undangan.

Bahkan, ia juga menggambarkan beliau bukan seorang pemimpin yang patriotik sekali gus memberi contoh negatif kepada generasi muda.

“Sama ada dia (Anwar) tidak sengaja ke atau sengaja itu yang hendak kita tanya? Jadi saya beranggapan mungkin Anwar menganggap dirinya paling mulia pada malam itu, jadi dia berasa tak perlulah angkat tangan.

“Maknanya, di sini Anwar kalau dia tidak angkat tangan dia tidak hormatlah pada Rukun Negara yang ada. Dia tidak menghormati Rukun Negara dan dia anggap perkara itu tidak penting bagi dia, sepatutnya dia angkat tangan walaupun baginda Sultan tidak hadir malam itu. Dia perlu mengangkat tangan pada pihak raja sebenarnya.

“Ataupun dia hendak menggantikan peranan orang-orang besar seperti Sultan. Kalau Sultan hadir, Sultan tidak angkat tangan dan rakyat biasa sahaja yang akan angkat tangan. Sultan kan raja? Jadi nampak macam Anwar mungkin hendak berperanan macam Sultan pula,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Atory berkata demikian bagi mengulas tindakan angkuh Anwar Ibrahim tidak mengangkat tangan semasa pembacaan Rukun Negara pada sambutan ulang tahun kemerdekaan peringkat negeri Selangor di Dataran Shah Alam pada 30 Ogos lalu.

Justeru, Atory menyifatkan Anwar tidak layak mentadbir kerajaan Pusat jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya kelak kerana beliau sendiri tidak mampu menghormati Rukun Negara yang menjadi asas perpaduan rakyat selama ini selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff pula menyifatkan tindakan Anwar itu adalah tidak wajar.

“Kalau begitu (Anwar Ibrahim) buat, pada saya tidak betullah,” katanya.

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang Ke-13.

Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh.

Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.-AP

Wasabi Oyabun..

Isnin, 3 September 2012

Hinanya Aku Dek Anwar Ibrahim...!!!



'SAJAK KITA TERTIPU LAGI'


Ketahuilah

Satu Malaysia ini, sekarang

Diperbodoh-bodohkan oleh Anwar Ibrahim

Kita semua rakyat Malaysia kononnya bodoh belaka

Apakah harus kita membenarkan diri diperbodohkan?



Tak ada seorang pun pandai

Kecuali Anwar Ibrahim, dia anggap dirinya pandai

Lain semuanya tak guna

Tak layak jadi Perdana Menteri

Hinggakan dah jadi banduan pun masih nak jawatan itu

Pemimpin penyokongnya bebal membisu

Hati di dalam masih bernafsu



Siapa orangnya?

Si hipokrit, Anwar Bin Ibrahim



Anwar kata dia seorang saja yang bijak dan layak

Sebab itu dalam penjara pun masih nak teriak

Kalau tidak siapa nak tegakkan keadilannnnn…

Orang lain tak mampu

Orang lain zalim

Orang lain ada kroni

Orang lain ada nafsu

Aku cuma ada topeng palsu



Siapa orangnya?

Aku, Anwar Bin Ibrahim, paling wahid dalam menipu



Tak ada seorang pun layak jadi PM

Aku boleh dipercayai

Aku dimanjai

Aku cepat dapat jawatan tinggi

Tangan kananku indah terperi

Tak siapa tahu tangan di kiri

Banyak rahsia diam tersembunyi



Anwar Ibrahim perbodohkan semua orang

Anwar Ibrahim menghina kita semua

Dia seorang saja yang maha bersih

Kalaulah dia tak ada, negara jadi hancur

Sebab itu Anwar Ibrahim tak boleh diduga

Nilainya di luar bukan di hati

Menjaja di sana sini perjuangan mimpi

Jangan disentuhnya sama sekali



Siapa orangnya?

Siapa penyokongnya?

Orang yang buta mata, buta akal dan buta hati

Mahukah kita ikut sekali?



Begitulah Anwar Bin Ibrahim perbodohkan kita

Anwar Bin Ibrahim menghina kita semua

Apakah kita tidak terasa terhina?

Aku sangat rasa terhina.


Wasabi Oyabun..

Ahad, 2 September 2012

Selangor-ku Oh Khalid Ibrahim?



Suasana malam kemerdekaan ke-55 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos itu tidak seperti biasanya. Getar dan aura merdeka yang sepatutnya disemarakkan pada malam bersejarah itu terasa malap.

Aroma busuk politik kepartian tercium di sana-sini. Di atas pentas ada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Di bawah pentas ada hadirin tanpa segan silu memperagakan baju parti.

Tambah janggal, tidak ada kontinjen pasukan keselamatan negara dalam perbarisan malam itu. Aksi bersemangat dan derap perbarisan pasukan tentera dan polis yang selalunya dinanti-nantikan oleh hadirin tidak kelihatan.

Mereka tidak kelihatan kerana pasukan yang selalunya menjadi elemen utama dalam perbarisan kemerdekaan ini telah menarik diri. Lagi dan lagi kepincangan dan kontroversi dicetuskan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor ini.

Kehadiran Anwar dikatakan menjadi puncanya. Jawatannya selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor hanya lantikan politik sedangkan sambutan kemerdekaan yang diadakan saban tahun itu adalah majlis rasmi.

Dalam protokol majlis rasmi, nama Ketua Pembangkang itu tidak ada dalam senarai, Apatah lagi jika disediakan tempat khusus di atas pentas dan diberi penghormatan pula untuk berucap.

Dalam konteks majlis sambutan kemerdekaan itu, Anwar ialah orang luar. Beliau tidak layak berada di atas pentas. Kenapa protokol kerajaan negeri mengagung-agungkan orang luar tentulah menjadi tanda tanya, jika ia bukan untuk tujuan politik?

Jika ia majlis berkaitan ekonomi negeri Selangor, bolehlah difahami alasan kehadiran Anwar. Tetapi ini majlis rasmi kerajaan negeri. Siapakah sebenarnya yang mahu mempolitikkan hari kemerdekaan?

Yang ternampak pada malam itu ialah bukan semangat kemerdekaan yang keutamaannya untuk menyatukan semua peringkat dan lapisan rakyat. Yang ternampak malam itu ialah ada pihak yang mahu meraih keuntungan politik.

Mujurlah Pasukan Angkatan Tentera Malaysia dan polis dapat menghidu aroma itu dan menarik diri. Sebagai pihak yang mementingkan disiplin dan protokol, mereka tentunya tidak mahu terjebak dalam permainan politik seperti itu.

Membelakangkan

Apatah lagi acara rasmi itu telah membelakangkan Sultan Selangor. Di luar tradisi, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak dimaklum mahupun dijemput. Entah apa dalam pemikiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sekali lagi kenyataannya bertentangan dengan Istana Selangor.

Kata Khalid, tindakan tidak memaklum serta menjemput Sultan Selangor berangkat ke sambutan ulang tahun kemerdekaan negara adalah amalan biasa. Sedangkan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menjelaskan urusan memaklum dan menjemput Sultan merupakan amalan biasa dilaksanakan kerajaan negeri sebelum ini.


Sejak akhir-akhir ini gaya pentadbiran Khalid bertambah angkuh dan sombong. Dulu beliau dianggap sombong oleh orang dalam partinya sendiri sehingga ‘dilucut’ jawatan Pengerusi PKR negeri.

Kini, setelah penggal pentadbirannya hampir tamat sikap angkuh dan sombong itu ditunjukkan pula secara terbuka kepada rakyat dan istana. Terbaru, rakyat diperdaya dengan manifesto air percuma yang selalu dibangga-banggakan itu.

Setelah gagal menunaikan janji bekalan air percuma kepada ratusan ribu penghuni pangsapuri dan kondominium, Khalid berdalih manifesto itu bukan satu perjanjian. Macam tidak percaya alasan itu keluar daripada seorang yang menduduki kerusi Menteri Besar.

Walaupun rakyat terus mendesak agar kerajaan negeri menunaikan janjinya, Menteri Besar dan kepimpinan kerajaan negeri terus berlagak angkuh dan sombong. Mereka tegaskan tidak akan melayan tuntutan rakyat itu.

Dan, pada sambutan hari kemerdekaan ini Khalid terus menunjukkan sikap yang tidak bersahabat kepada rakyat. Menteri Besar mesti bertanggungjawab terhadap tindakan pasukan tentera dan polis yang menarik diri daripada majlis perbarisan sambutan kemerdekaan itu.

Begitu juga, beliau mesti bertanggungjawab terhadap Istana Selangor kerana gagal memaklumkan dan menjemput Sultan Sharafuddin. Beliau tidak lagi boleh memberikan alasan bebal sebagaimana yang diberikan kepada rakyat yang dianaktirikan untuk menikmati air percuma.

Sultan Selangor telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai payung termasuk bersikap ‘adil dan saksama’ dengan menghadiri majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat pada pagi hari kemerdekaan.

Kini Menteri Besar pula dituntut untuk bersikap profesional dan budiman. Jika salah, mohonlah maaf atau letak jawatan. Jika gagal tepati janji, mengakulah atau letak jawatan. Tetapi mungkinkah ia akan berlaku? Mimpi barangkali.

Malanglah oh Selangorku kerana pada hari yang bersejarah rakyat negeri ini terus disuguhi dengan elemen keangkuhan dan semangat sempit kepartian. Dalam suasana 55 tahun merdeka ini, banyak iktibar dan pengajaran yang boleh diambil daripada pentadbiran sepenggal Kerajaan PKR Selangor ini.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 1 September 2012

Apa makna demokrasi kalau selalu ingkar janji?



Detik 12.00 malam tadi, bermulalah sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 negara kita - Malaysia. Sebelum tiba detik itu, pelbagai kumpulan masyarakat menantikan saat-saat kemunculan tarikh 31 Ogos itu dengan pelbagai acara sambutan.

Kali ini agak berbeza dengan sambutan tahun-tahun terdahulu kerana pihak penyokong anti kerajaan Barisan Nasional beriya-iya juga mengadakan majlis sambutan. Tetapi acara sambutan mereka agak berlainan daripada biasa.

Penganjur Himpunan Janji Demokrasi terus berdegil apabila mengadakan dua sambutan kemerdekaan di dua tempat berlainan dengan acara yang berbeza.

Mereka mengadakan perhimpunan di Jalan Sultan (dekat Jalan Petaling) dan di Dataran Merdeka - kedua-dua lokasi di tengah-tengah pusat Kuala Lumpur.

Mereka kata tiada banner, sebarang sticker (pelekat), atau ucapan pada perhimpunan itu, cuma Pak Samad (A. Samad Said) akan menyampaikan puisi sahaja. Tetapi bagaikan sudah dijangka, situasi berlainan yang berlaku.

Penganjur himpunan itu hanya boleh memberi jaminan perhimpunan itu diadakan dalam keadaan harmoni dan aman.

Sebenarnya pihak polis tidak memberikan kebenaran kepada pihak penganjur mengadakan sambutan menjelang Merdeka di lokasi berkenaan kerana gagal mematuhi syarat permohonan mengadakan perhimpunan aman. Jadi perhimpunan itu adalah haram.

Tetapi penganjur sudah mencanangkan dalam media baru bahawa mereka tetap boleh menganjurkan sambutan Janji Demokrasi di tepi pancutan air di Dataran Merdeka pada jam 10 hingga 12 malam tadi.

Sedangkan kawasan sekitar Dataran Merdeka ditutup pada malam tadi untuk persiapan upacara perarakan Hari Kemerdekaan Ke-55 yang akan berlangsung hari ini.


Sebab itu sambutan Ambang Kemerdekaan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Bayangkan keadaan orang ramai di Dataran Merdeka malam tadi yang biasanya menyambut Ambang Merdeka di situ.

Apa maksud penganjur dan peserta himpunan Janji Demokrasi ini yang kononnya mahu turut menyambut hari kemerdekaan, tetapi mereka mengenakan pakaian atau apa sahaja yang berwarna kuning.

Yang jelas hasrat mereka - walaupun tidak menggunakan nama ‘Bersih’ tetapi tuntutan mereka masih sama iaitu mengulangi gesaan agar kerajaan menunaikan tiga janji demokrasi sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Mereka menuntut kerajaan melunaskan janji demokrasi antaranya mempertahankan keluhuran perlembagaan, mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara; mansuhkan undang-undang yang menyekat kebebasan media; dan memberi jaminan pilihan raya yang bersih dan adil.

Walau himpunan haram itu dianjurkan oleh badan bukan kerajaan tetapi kita boleh nampak siapa dan parti mana di belakang penganjur Janji Demokrasi.

Demokrasi di negara kita sudah terbukti sejak Malaysia merdeka 55 tahun lalu. Sebanyak 12 kali PRU diadakan dan ada pasang surut sokongan pengundi yang memilih sistem demokrasi untuk menentukan siapa dan parti mana yang diberi mandat memerintah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Sepanjang tempoh 55 tahun itu juga, parti-parti seperti Pas, USNO, Berjaya, PBS, DAP dan PKR mendapat kepercayaan rakyat melalui demokrasi.

Tinggal lagi kini yang Pas, DAP dan PKR tidak mahu terima hakikat ialah kegagalan dan kelemahan mereka mentadbir negeri-negeri yang diterajui masing-masing.


Kalau pengurusan dan pentadbiran negeri kelam-kabut, banyak penyelewengan dan skandal serta isu-isu manisfesto PRU-12 yang tidak ditunaikan, mengapa salahkan pihak lain yang telah menjalankan proses demokrasi.

Lihat pemimpin-pemimpin Pas, DAP dan PKR yang tidak boleh dikritik - mana hak kebebasan bersuara dalam demokrasi?

Terbaharu, baru sekarang Menteri Besar Selangor berkata manifesto bekalan air percuma 20 meter padu pertama ‘bukan satu perjanjian’. Senang-senang pemimpin PKR itu cuci tangan.

Semakin jelas alasan dan pembohongan bagaikan menjadi mainan kata-kata dan ia bukan janji yang mesti ditepati oleh pemimpin pembangkang.

Fikirlah siapa yang memperbodohkan rakyat melalui ‘janji demokrasi’ dan siapa yang memegang kata-kata ‘janji ditepati’.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55.

Wasabi Oyabun...