Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 31 Ogos 2012

Rakyat Selangor di tipu hidup-hidup oleh Khalid Ibrahim?



Amat malang bagi rakyat negeri Selangor khususnya para pengundi apabila Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim tergamak menyatakan manifesto pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang menjanjikan bekalan air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pengguna domestik sebagai bukan satu perjanjian’.

Memang benar perakuan janji tersebut bukanlah satu bentuk perjanjian biasa yang perlu ditanda tangani antara pihak-pihak yang terlibat dan dalam hal ini antara pakatan pembangkang Selangor dan pengundi di negeri itu.

Namun, ia adalah tawaran parti yang bertanding kepada pengundi, jika menang dan memerintah. Jadi, manifesto setiap parti yang bertanding dalam pilihan raya adalah komitmen parti terbabit kepada rakyat jika hasrat memerintah menjadi kenyataan. Ia bukan sekadar manis di bibir. Itulah amalan pada setiap pilihan raya umum di negara kita. Amalan itu adalah amalan bersifat universal.

Manifesto menjadi antara komponen yang penting kepada pengundi untuk membuat keputusan menyokong atau tidak calon daripada parti yang berkenaan. Ia juga boleh meyakinkan pengundi.


Dalam kes di Selangor ini, nampak sangat tindakan pimpinan kerajaan Selangor memperbodohkan rakyat di Selangor. Apa yang jelas, Abdul Khalid tidak dapat memberi alasan apabila pelbagai pihak mempertikai keengganan pentadbiran kerajaan Selangor pimpinan PKR mengotakan pemberian air percuma kepada ratusan ribu penghuni pangsapuri dan kondominium atas alasan mereka masih menggunakan meter air pukal.

Kegagalan menunaikan janji itu yang disertakan dengan dalih yang cukup tidak masuk akal hanya memburukkan lagi tanggapan terhadap kelemahan pentadbiran Abdul Khalid.

Semalam, Abdul Khalid dalam satu kenyataan berkata, manifesto parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang menjanjikan bekalan air kegunaan domestik secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan tanpa menyatakan syarat pengguna mesti menggunakan meter individu, adalah 'bukan satu perjanjian'.

Abdul Khalid mengemukakan alasan itu bagi menepis kritikan pelbagai pihak yang mempertikaikan keengganan pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memberikan kemudahan air percuma kepada ratusan ribu penghuni pangsapuri dan kondominium atas alasan mereka masih menggunakan meter air pukal.

Beliau juga kekal dengan pendirian tidak melayan tuntutan membayar tunggakan air percuma ditaksirkan mencecah RM300 juta setelah para penghuni kediaman bertingkat tersebut dinafikan hak menikmati kemudahan air percuma sejak Ogos 2008.

"Manifesto itu bukan satu perjanjian," katanya ringkas pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.


Beliau ditanya mengenai sebab kerajaan negeri meletakkan syarat penduduk mesti menukar meter individu sebelum mendapat kemudahan air percuma sedangkan jelas tertera dalam manifesto pakatan pembangkang sebelum ini bahawa tawaran tersebut tidak menyebut tentang syarat meter individu atau pukal.

Baru-baru ini, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan memberitahu, para penghuni membabitkan 1,378 buah pangsapuri dan kondominium di beberapa daerah di negeri ini dikesan masih belum menerima kemudahan air percuma sebagaimana dijanjikan kerajaan PKR Selangor sejak Ogos 2008.

Kata beliau, perangkaan itu melibatkan sebanyak 479 buah pangsapuri di Petaling Jaya; Gombak (462) dan Klang (273) yang jika puratanya melibatkan 500 pemegang akaun perkhidmatan bekalan bagi setiap premis kediaman tersebut, maka keseluruhannya mencecah hingga 689,000 orang manakala jumlah tunggakan subsidi air percuma hampir RM300 juta.

Sohaimi turut menyelar tindakan kerajaan negeri yang menjadikan alasan mekanisme dan teknikal dalam penukaran meter air pukal kepada individu untuk mengelak menunaikan janji pemberian air percuma kepada rakyat.

Bagaimanapun, Abdul Khalid memberikan alasan syarat penukaran meter individu itu dilakukan memandangkan program penukaran meter individu sudah diarahkan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sejak 2007.

"Jadi, kita minta Syabas percepatkan pelaksanaan program tersebut. Pengumuman kita ialah hanya beri air percuma kepada mereka yang ada meter persendirian.

"Adalah lebih baik selesaikan pertukaran kepada meter persendirian kerana mereka akan terus mendapat pemberian air percuma," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan negeri mempunyai program khusus bagi membantu golongan tidak berkemampuan yang tinggal di rumah pangsa kos rendah.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 29 Ogos 2012

BN Selangor sedia gempur pakatan pembangkang!



Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Selangor sudah bersedia untuk bergerak sebagai satu pasukan dalam usaha merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Koordinator BN negeri, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed.

Katanya, jentera BN termasuk dari UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP semakin bersemangat untuk menghadapi kerajaan pakatan pembangkang diterajui PKR yang kini dibelenggu pelbagai isu termasuk isu air, skandal Talam Gate dan sistem penyampaian yang lemah.

"Sudah lama kami memperkasa dan memperkukuhkan jentera parti di peringkat akar umbi dan dari masa ke semasa jentera parti diperkemaskan berdasarkan faktor politik semasa," katanya dalam satu temu bual dengan portal The Selangor Times hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, BN Selangor sentiasa memantau perkembangan di 56 kawasan DUN dan 22 Parlimen untuk mendalami permasalahan rakyat dan isu-isu yang berbangkit bagi memastikan nasib rakyat Selangor sentiasa terbela walaupun kuasa pentadbiran dikuasai PKR-DAP-Pas.

"Pembentukan Pusat Khidmat Rakyat BN Selangor (Pakar) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan Mei lepas menjadi platform 'sehenti' yang cukup berkesan dan efektif untuk rakyat Selangor mengemukakan aduan, laporan dan bantahan secara talian hotline yang secara langsung melibatkan hubungan dua hala antara BN dan rakyat," katanya.

Mengulas mengenai pemilihan calon BN di Selangor pada PRU akan datang, Zin yang juga bekas Menteri Kerja Raya berkata, perkara tersebut merupakan kuasa mutlak Presiden UMNO dan menasihatkan semua pihak mendahulukan kepentingan serta masa depan UMNO dan BN .

"Saya akui proses pemilihan calon merupakan faktor yang paling kritikal menjelang mana-mana pilihan raya umum. Parti pembangkang turut mengalami fenomena yang lebih mencemaskan jika dibandingkan dengan BN dalam isu pemilihan calon.

"Tetapi senario dalaman BN lebih terkawal kerana kita mempunyai kepimpinan yang kuat dan apatah lagi di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi UMNO BN dan UMNO Selangor," katanya.

BN ketika ini menguasai 20 kerusi DUN manakala pakatan PKR, Pas, DAP memenangi 36 kerusi daripada 56 kerusi di negeri itu, sementara bagi Parlimen, BN hanya menang di lima daripada 22 kawasan yang ditandinginya.

Sementara itu, Zin turut membidas sikap kerajaan negeri Selangor khususnya Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam menangani skandal pengambilalihan hutang Talam yang sifatkannya sebagai skandal 'Talam Gate'.

"Beliau masih berdolak-dalik dan bermain politik mengenai isu ini. Banyak pendedahan telah dibuat berhubung isu Talam tetapi kerajaan negeri masih mendiamkan diri. Rakyat mahukan jawapan dan penjelasan yang terperinci bukannya melarikan diri," katanya .

Zin turut menyelar tindakan kerajaan negeri dalam menangani isu air yang semakin kritikal.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 27 Ogos 2012

Kenapa Anwar tolak hudud?



Pas dinasihatkan tidak berharap kepada komitmen Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada masa depan.

Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berkata, berdasarkan kenyataan Anwar selama ini, beliau secara jelas menyatakan hukum syariah itu tiada dalam dasar bersama pakatan pembangkang atau dokumen Buku Jingga yang menggariskan agenda pakatan pembangkang.

Sehubungan itu, kata Nallakaruppan, beliau berasa kasihan terhadap para pemimpin Pas yang beria-ia mahu memperjuangkan hukum hudud sedangkan Anwar tidak bersedia melaksanakannya dan DAP pula secara konsisten serta keras menentang agenda tersebut.

"Saya menghormati para pemimpin spiritual Pas yang tegas memperjuangkan hukum hudud kerana mereka ikhlas dan komited terhadap usaha itu, tetapi selagi berada dalam pakatan pembangkang, hudud dilihat amat sukar dilaksanakan.

"Di samping itu, Pas tidak boleh berharap kepada Anwar kerana Anwar sendiri takut terhadap hukum hudud apabila beliau selama ini terlibat dalam pelbagai isu moral," katanya di sini hari ini.

Beliau yang merupakan bekas rakan karib Anwar selama lebih 30 tahun mengulas mengenai pendirian Anwar selaku Ketua Pembangkang yang tidak jelas mengenai hudud ekoran perbalahan berterusan Pas dan DAP dalam aspirasi pelaksanaan hukum itu.

Pada sidang akhbar 28 September 2011, Anwar menjelaskan hudud bukan merupakan sebahagian agenda pembangkang buat masa ini tetapi pada masa sama memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

Dalam satu kenyataan menerusi blog beliau kelmarin pula, Anwar sekadar menegaskan pakatan pembangkang mengiktiraf, menghormati perbezaan pandangan serta kedudukan komponen pembangkang berkenaan hukum hudud dan mendakwa ia merupakan penerimaan mereka terhadap amalan konsensus politik.

Sementara itu, Nallakaruppan memberitahu, Pas dan rakyat tidak harus terpedaya dengan tindak-tanduk serta kenyataan bercelaru Anwar dalam isu hudud kerana Ketua Pembangkang tersebut mempunyai keupayaan mengelirukan masyarakat.

"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri dalam blog beliau beberapa hari lalu mengakui terpedaya dengan imej Islamik Anwar yang warak dan menasihatkan semua rakyat terutama penyokong pembangkang tidak ikut tertipu.

"Seperti yang kita tahu, Anwar hanya bercita-cita menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun dan mengimpikan untuk menguasai Putrajaya," katanya.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 23 Ogos 2012

Isu hudud PAS : Nik Abduh selar Karpal?



Pemimpin tertinggi DAP terutama Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng diminta supaya mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian rasmi parti itu mengenai pelaksanaan syariat Islam di negara ini seperti hukum hudud.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kenyataan itu amat penting bagi memperbetulkan persepsi rakyat selepas beberapa siri kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menolak hukum hudud dan negara Islam.

Beliau berkata, pada masa yang sama, kepemimpinan tertinggi DAP juga perlu memberi nasihat kepada Karpal supaya berhenti daripada terus membuat kenyataan tersebut kerana ia akan menjejaskan hubungan dalam pakatan pembangkang.

"Kita minta pemimpin DAP tidak kira siapa (Kit Siang atau Guan Eng) membuat kenyataan, paling tidak orang tahu DAP menolak kenyataan Karpal dan yang penting rakyat tahu DAP menjaga hubungan dalam pakatan.

"Saya setuju dengan kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan (yang membidas Karpal). Kenyataan Karpal boleh menimbulkan andaian bahawa seolah-olah DAP tidak menjaga pengundi Melayu, seolah-olah DAP tidak kisah langsung sedangkan sudah pasti ia tidak betul mana ada parti tidak mahu undi rakyat.

"DAP perlu menasihati Karpal seperti juga Pas apabila pemimpin Pas buat kenyataan bercanggah dengan semangat pakatan mereka akan diberi nasihat macam Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharudin Md Isa," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nasrudin yang mendakwa Karpal semakin keterlaluan apabila merendah-rendahkan dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud mengatasi jenayah.

Nik Abduh berkata, kenyataan Karpal sememangnya keterlaluan kerana beliau telah menyentuh dasar perjuangan dan tidak menghormati Pas.

"Semua benda beliau hendak sentuh, pelaksanaan syariat Islam adalah mendasari perjuangan Pas. Dasar perjuangan parti pembangkang lain memang banyak perkara tidak setuju sebab dasar yang berbeza, DAP tidak setuju dengan Pas, Pas tidak setuju dengan DAP, DAP tidak setuju Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi kita diam dahulu kerana kita mahu fokus untuk berjuang menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman.

"Jadi pada pandangan kami, Pas telah melaksanakannya, kita tidak sentuh dasar PKR dan DAP, jadi sepatutnya ia juga diraikan oleh Karpal, memang benar hanya Karpal sahaja dalam DAP yang membuat kenyataan menolak hudud tetapi oleh kerana beliau adalah Pengerusi DAP maka orang nak tahu kedudukan yang sebenar," katanya.

Ditanya apakah Pas perlu mengambil tindakan tegas sekiranya Karpal terus membuat kenyataan menolak hudud, beliau berkata itu terserah kepada kepemimpinan pusat parti itu.

Sementara itu, dalam laman sosial facebooknya, Nik Abduh berkata, biarpun berhak untuk bersuara atas nama kebebasan, Karpal tidak sepatutnya memanaskan isu-isu yang 'setuju untuk tidak bersetuju' seperti mana hak kesepakatan dalam pakatan pembangkang.

"Sama ada kritikan beliau itu adalah atas premis mempertahankan sekularisme negara, atau jahil, atau keras pedal, atau anti Islam, semua itu mendorong kepada andaian bahawa DAP tidak mesra agama Islam dan undi Melayu.

"Saya hairan, orang sehebat Karpal masih menari mengikut rentak yang UMNO dan Barisan Nasional (BN) mahukan? Secara peribadi jika saya pengundi di kawasan beliau, saya tidak perlu berfikir dua kali untuk tidak mengundi beliau walaupun saya akan mengundi selainnya yang tidak sepertinya yang mungkin menggantikan beliau," katanya.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 22 Ogos 2012

Karpal bersikap keterlaluan!



Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mendakwa Pengerusi DAP, Karpal Singh semakin keterlaluan apabila merendah-rendahkan dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud mengatasi jenayah.

Nasrudin berkata, tindakan Karpal itu akan menyebabkan beliau berdepan dengan kemarahan umat Islam.

"Saya sarankan DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud, sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubung baik sesama PR (pakatan rakyat)," katanya menerusi akaun Twitter miliknya malam semalam.

Semalam, Karpal mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan undang-undang Islam itu mustahil dipraktikkan di negara ini.

Karpal turut menyatakan hukum hudud tidak mampu membantu membasmi kegiatan jenayah di Malaysia.

Pas yang juga sekutu DAP dalam pakatan pembangkang dikecam oleh para pemimpin dan ahli-ahli peringkat akar umbinya ekoran sikap membisu pucuk pimpinan parti terhadap kelantangan Karpal menentang pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebelum ini pernah mendesak Pas menyatakan pendirian sebenar parti berhubung sikap Karpal itu atau keluar daripada pakatan pembangkang.

Tindakan Nasharudin itu menerima sokongan padu ahli-ahli akar umbi Pas Pulau Pinang walaupun Ahli Parlimen Bachok itu dibidas oleh beberapa pemimpin parti.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 18 Ogos 2012

Harap jangan ada berhari raya tanpa air?



Jika bukan esok, maknanya hari Isnin kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tetapi banyak orang mengharapkan esok hari raya.

Dengan itu tamatlah puasa di bulan Ramadan. Kalau ada yang ingin berpuasa, boleh lakukan puasa enam hari dalam bulan Syawal. Pada hari raya macam-macam rupa juadah yang menyelerakan terutama ketupat, lemang dan rendang. Air pun akan ada bermacam warna dan rasa.

Ada makanan sedap tapi tak ada air, tak jadi hari raya kali ini. Air amat penting dalam kehidupan kita. Tanpa air, macam-macam urusan tidak dapat dijalankan. Pada hari raya ini, air amat penting.

Janganlah mentang-mentang penduduk Lembah Klang sudah ramai pulang ke kampung halaman masing-masing, ada pula kawasan tiba-tiba tiada air. Kena pula sekarang musim panas yang dijangka berterusan hingga Oktober.

Jangan terkejut kalau ini berlaku. Sebab kira-kira 3,800 penduduk Taman Putra Budiman, Balakong, Selangor sudah mengalami keperitan apabila terputus bekalan air selama seminggu dalam bulan puasa.

Jangan ingat nasib serupa tidak dialami penduduk kawasan lain di Selangor. Malaysia sudah 55 tahun merdeka tetapi kita masih lagi mengalami masalah pembekalan air bersih.

Jika masalah ini berlaku di kawasan-kawasan luar bandar terutama di pedalaman mungkin boleh terima alasannya. Tapi bagaimana jika ia terjadi di Selangor, iaitu negeri termaju di Malaysia.

Rakyat sudah muak dan jelak dengan masalah air ini. Bukan Kerajaan Negeri Selangor tidak tahu bahawa negeri itu, Kuala Lumpur dan Putrajaya sedang mengalami krisis air. Selangor sekarang berada di ambang krisis air kerana perkembangan ekonomi yang pesat melebihi penyediaan infrastruktur.

Permintaan air di Lembah Klang umpama jumlah kenderaan yang kian bertambah di jalan raya. Jika Kerajaan Pusat tidak membuat perancangan yang betul menambah baik jalan MRR1, MRR2 dan MRR3, jalan raya akan sesak kerana tidak mampu menampung permintaan ruang kenderaan yang banyak.

Begitu juga dengan permintaan air. Apabila tumbuh industri dan kawasan baru dibuka, ia memerlukan pekerja dan akan berlaku pertumbuhan penduduk. Pertambahan penduduk dan industri akan meningkatkan permintaan air. Jadi pertumbuhan itu sekarang menyebabkan Selangor berada di ambang krisis air.

Dalam tahun 2012 ini sahaja, sudah dua kali beberapa kawasan penempatan mengalami gangguan bekalan air iaitu bulan Mei dan Jun. Puncanya, permintaan yang melebihi daripada keupayaan.

Ini merupakan tanda-tanda awal dan mungkin dalam sedikit masa lagi rakyat akan menghadapi kekurangan air.

Kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air adalah kerana loji-loji rawatan air sudah beroperasi melebihi tahap maksimum. Sekiranya permintaan terus meningkat sedangkan air terawat masih ditakuk lama maka kawasan tersebut akan mengalami kekurangan air dan mungkin perlu catuan. Ini bukan auta tapi benar dan fakta.

Semua ini berlaku kerana terdapat gangguan dalam perancangan pembekalan air di Selangor. Hakikatnya jika perancangan menyediakan bekalan air bersih tidak selari dengan kemajuan, maka kita akan menghadapi perkara ini.

Logiknya, jika kita tahu hendak meningkatkan kawasan pertumbuhan baru, sudah tentu kita merancang bekalan air, elektrik dan telekomunikasi supaya mencukupi.

Memanglah Selangor banyak sungai dan lombong sebagai sumber airnya. Walaupun negeri ini ada banyak air mentah, tapi siapa hendak memproses supaya ia menjadi air yang boleh diminum dan sebagainya.

Betul juga analogi diberi oleh Datuk Seri Noh Omar, kalau lembu banyak tapi tukang sembelihnya tiada maka daging lembu tak dapat dimakan. Begitu juga dengan beras, kalau tiada kilang sudi memproses padi, manakan dapat ia menjadi beras.

Walaupun Selangor banyak air lombong, air sungai dan air dalam tanah, tapi semua air itu perlu diproses. Tak mungkin Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin PKR mahu rakyatnya minum air lombong, air sungai yang belum diproses? Sebab itu, kenapa projek Langat 2 perlu disegerakan!

Di kesempatan hari yang mulia ini Oyabun ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hariraya Aidilfitri kepada semua para pembaca blog ini. Maaf zahir dan batin.

Wasabi Oyabun...

Jumaat, 17 Ogos 2012

BN Selangor tunjuk bukti arahan Abass?



Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mengemukakan tiga salinan dokumen bagi membuktikan Konsortium Abass Sdn. Bhd (Abass) ada mengarahkan supaya pengeluaran air terawat dikurangkan daripada 145 juta kepada 120 juta gelen sehari tahun lalu.

Salah satu salinan dokumen itu merupakan memorandum kepada Ketua Pegawai Operasi Abass, Ir. Abass Abdullah manakala dua lagi merupakan surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Teo Yen Hua dan CEO Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Datuk Ruslan Hassan.

Sambil menunjukkan salinan dokumen yang menggunakan kepala surat Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) itu, Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, kesemuanya ditandatangani Pengarah Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB), Suhaimi Kamaralzaman pada 29 Disember 2011.

Sehubungan itu, kata beliau, penafian KPS bahawa mereka telah mengarahkan Abass mengurangkan pengeluaran air terawat berserta data pengeluaran air daripada pihak Abass bermula Januari 2011 hingga Februari 2012 adalah mengelirukan.

Ini kerana ujarnya, memorandum arahan yang dikeluarkan KPS kepada Abass berserta surat kepada SPAN dan Syabas bertarikh 29 Disember 2011 dan bukannya bermula pada Januari 2011.

"Arahan ini dicapai setelah perbincangan dengan Lembaga Pengarah KPS. Apa yang mendukacitakan kami ialah kerajaan negeri melalui KPS sanggup mengeluarkan arahan ini.

"Tidak kisah apa juga alasan yang diberikan, arahan seperti ini dilihat membelakangkan kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita di Bangunan UMNO Selangor, di sini.

Pada 10 Ogos lalu, Mohd. Zin mendakwa krisis air yang berlaku di Kajang dan Balakong, dekat sini sebenarnya berpunca daripada kelemahan kerajaan negeri berikutan arahan kepada Abass supaya mengurangkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gelen sehari kepada 120 juta gelen sehari pada tahun lalu.

Tindakan itu menyebabkan berlaku krisis air di kawasan Kajang dan Balakong memandangkan Abbas mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Dalam pada itu, Mohd. Zin berkata, dakwaan kononnya Syabas tidak menjalankan tugas dengan baik adalah pembohongan semata-mata.

"Abass yang mengarahkan pengeluaran air terawat dikurangkan daripada 145 juta kepada 120 juta gelen sehari. Kenapa salahkan Syabas?" katanya.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 15 Ogos 2012

Nallakaruppan cabar Anwar?



Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan hari ini secara terbuka mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat mengenai isu moral Ketua Pembangkang itu.

Menurut Nallakaruppan, debat itu perlu kerana beliau tidak sabar untuk mendedahkan perkara tersebut kepada umum, apatah lagi kes saman yang difailkan oleh Anwar terhadapnya dalam isu berkenaan sehingga kini masih belum bermula.

Katanya, dalam debat tersebut, beliau bersedia mendedahkan identiti sebenar Anwar dan perlakuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepanjang 30 tahun persahabatan rapat mereka sebelum meninggalkan PKR.

"Anwar mahu memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat. Bagaimanapun Anwar perlu memanggil saya untuk berdebat terlebih dahulu dalam isu-isu moral melibatkan beliau.

"Saya minta beliau menetapkan tempat debat itu dan bersedia pergi biarpun pada pukul 2 pagi. Beliau tidak perlu panggil Perdana Menteri berdebat, saya sudah gelar Anwar sejak dulu, bukan hari ini," katanya pada sidang akhbar di sini.

Pada 19 Mac lalu, Nallakaruppan dalam satu sidang akhbar secara terbuka mendakwa Anwar terlibat dalam aktiviti tidak bermoral berdasarkan pengalamannya yang pernah berkawan baik selama 30 tahun dengan Penasihat PKR itu.

Bagaimanapun, Anwar melalui peguamnya menyaman Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran berita itu dan mahkamah menetapkan perbicaraan pada 1 November depan.

Dalam perkembangan lain, Nallakaruppan yang juga Ahli Dewan Negara menegaskan, tindakan Anwar yang kini giat melobi supaya wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak melompat parti bertujuan mengkucar-kacirkan kedua-dua negeri berkenaan.

"Dia sebelum ini melakukan perkara serupa di Semenanjung tetapi tidak berjaya. Kini cuba melakukannya di Sabah dan Sarawak tetapi kita percaya di sana juga tidak akan berjaya, siapa yang lupa mengenai 16 September," katanya.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 14 Ogos 2012

Skandal gambar 'panas' Azmin - Benarkah PKR akan siasat dan siapa pula yang menghalang?



Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa bercadang melakukan siasatan dalaman terhadap Timbalan Presidennya, Azmin Ali berhubung penyebaran gambar aksi panas yang dikatakan mirip beliau pada April lalu.

Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim berkata, siasatan dalaman itu bagaimanapun tidak dipersetujui Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim meskipun didesak keras Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin kanan parti lain.

Katanya, pertelingkahan itu menyebabkan berlakunya keretakan dalam PKR yang mana wujud dua kem iaitu kem menyokong siasatan terdiri daripada penyokong Dr. Wan Azizah dan kem yang menolak siasatan terdiri daripada penyokong Anwar dan Azmin.

"Saya difahamkan siasatan dalaman PKR ini tidak direstui Anwar. Beliau tidak mahu siasatan dijalankan walaupun diasak Presiden dan pemimpin kanan parti.

"Ada juga desas-desus mengatakan kamera litar tertutup itu dipasang pihak tertentu dalam kerajaan negeri Selangor sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

April lalu, beberapa laman blog mendedahkan gambar seks mirip Azmin tetapi beliau menafikannya sambil menuding jari kepada media dan UMNO kerana memfitnahnya namun tiada laporan polis dibuat.

Sementara itu, Zamil berkata, adalah tidak masuk akal bagi seorang pemimpin yang lantang bercakap berhubung hak asasi, keadilan sosial dan integriti namun tidak mempertahankan haknya sendiri jika benar beliau difitnah.


"Apa keputusan dan rumusan terhadap pendedahan gambar seks mirip Azmin itu? Perkara berkenaan telah mendapat liputan meluas media dulu, tetapi apa kesudahannya?

"Kenapa Azmin berdiam diri? Saya difahamkan beberapa laporan polis dan bantahan dibuat daripada pengundi kawasannya Gombak serta ahli kariah masjid. Namun, persoalannya adakah ia berhenti setakat itu sahaja?" katanya.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 13 Ogos 2012

PKNS: Kembalilah kepada niat asal?



Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen PKNS, 1964 (Sel. Enact.No.4 of 1964) sebagai badan berkanun dan agensi pembangunan peringkat negeri bertujuan mengisi kemerdekaan menerusi pengagihan dan penggalakan pertumbuhan sosio-ekonomi dalam mewujudkan masyarakat yang stabil.

Sebenarnya di Selangor sebelum kewujudan PKNS, pada 1952 telah wujud Petaling Jaya Authority (PJA) yang ditugaskan memajukan bandar Petaling Jaya. PJA bertukar nama kepada Perbadanan Kemajuan Petaling Jaya (PJDC) dan dibubarkan pada 1963.

Menteri Besar Selangor pada ketika itu Datuk Harun Haji Idris merupakan antara individu yang menyumbang usaha kepada kewujudan PKNS. Ternyata PKNS memainkan peranan mewujudkan kesejahteraan dan keadilan sosial. PKNS cukup terkenal dalam pembangunan hartanah, pembangunan perdagangan, pembangunan perindustrian dan pelaburan.

Walaupun orang ramai mengenali PKNS sebagai pemaju perumahan tetapi PKNS juga berperanan memajukan bandar-bandar baru. Shah Alam yang diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor pada 7 Disember 1978 cukup terancang dibangunkan hasil kejayaan PKNS.

Bukan itu sahaja Bangi dikenali sebagai Bandar Baru Bangi dibangunkan sebagai bandar institusi dan pusat latihan, Ampang membangun sebagai bandar satelit, Antara Gapi dan Batu Arang sebagai kawasan baru dengan identiti desa.

Jenama PKNS cukup berjaya dalam membina perumahan mampu milik kepada pasangan muda untuk memiliki rumah. Rumah murah PKNS yang berharga RM25,000 hingga RM35,000 cukup tinggi budinya kepada rakyat yang baru membina kehidupan.


Dalam konteks rumah pangsapuri kos rendah antara projek terakhir rumah tersebut di Selangor adalah semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Selangor sebelum 2008. Di Selangor projek rumah kos rendah terdapat di Seksyen 7 Shah Alam di mana majoriti penduduk pangsapuri tersebut merupakan penduduk setinggan dari sekitar Batu Tiga Shah Alam dan dari seluruh pelosok Selangor.

Begitu juga di Kem Rimba, Padang Jawa Shah Alam terdapat projek pangsapuri kos rendah yang menempatkan setinggan dari Seksyen 16 Shah Alam di bawah Program Setinggan Sifar. Ini menunjukkan iltizam kepimpinan bekas Menteri Besar, Dr. Khir Toyo mahu membawa Selangor sebagai sebuah negeri maju. Di Bukit Semenyih Hulu Langat sebelum 2008 turut terdapat perumahan kos rendah yang dibina oleh PKNS sebagai antara projek-projek perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Kini sudah tiada lagi kedengaran PKNS melaksanakan projek perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana apatah lagi untuk golongan muda. PKNS seperti sudah lari dari matlamat asal, hanya memenuhi keperluan perumahan kelompok bangsawan berbanding golongan marhaen yang amat memerlukan tempat berlindung. Pengurusan tertinggi PKNS sepatutnya melihat agenda keuntungan mesti dibawa bersama dengan tanggungjawab sosial.


Projek mewah lot komersial di tapak yang diisytiharkan zon hijau di SS7 Kelana Jaya adalah contoh kebimbangan rakyat tentang hala tuju PKNS. Rakyat tidak mempertikaikan kemampuan PKNS dalam melaksanakan projek pembangunan namun kasihanilah rakyat yang tidak mampu membayar yuran keahlian kelab kecergasan di sekitar Kelana Jaya sehingga kawasan riadah rakyat dikorbankan. Untuk golongan muda yang berpendapatan rendah yuran keahlian boleh menanggung sebahagian kos perkahwinan.

Justeru, PKNS perlu kembali kepada matlamat asal penubuhannya untuk menjadi penyedia perumahan rakyat tidak kira dari Selangor mahupun dari serata negara ini. Keperluan perumahan melepasi sempadan fahaman politik.

Bayangkan harga rumah yang tidak terkawal di Shah Alam, adakah kita mahu menafikan rumah adalah tempat berlindung dan status sosial untuk seorang buruh, kerani, penarik kereta hatta seorang kerani PKNS sendiri.

Sewajarnya PKNS menilai semula misi dan visi mereka kerana apabila PKNS meletakkan harga tinggi untuk hartanah jualan maka mereka ibarat penentu kepada pasaran hartanah. Apa yang lebih membimbangkan kerjasama strategik PKNS dan kerajaan negeri boleh menjadikan bayaran premium tanah di negeri ini menjadi tinggi dengan kriteria tertentu.

Apabila premium tinggi, kerajaan negeri mendapat dua keuntungan iaitu dari bayaran premium dan keuntungan PKNS sendiri. Lebih memeritkan rakyat Selangor yang tidak berkemampuan terus menjadi mangsa. Tidak kesampaian untuk memiliki rumah sendiri.

PKNS perlu kembali menjadi hero rakyat bukan menjadi tukang bayar (pay master) hutang yang dibeli kerajaan negeri dari Talam Corporation (Talam) seperti yang didakwa. Isu pengambilalihan hutang Talam oleh PKNS berjumlah RM392 juta sehingga hari ini tidak mendapat penjelasan dari pengurusan PKNS. Kalaulah dakwaan yang dibuat oleh pihak-pihak berkenaan tidak benar maka PKNS harus mengambil tindakan undang-undang.

Kalau benar PKNS begitu budiman membantu Talam maka ia juga patut bersedia membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah bagi membolehkan mereka menduduki kediaman yang lebih selesa. Jumlah RM392 juta begitu besar untuk membantu membina rumah mampu milik untuk golongan muda. Tentulah mendukacita apabila wang sebanyak itu digunakan sewenang-wenangnya untuk menyelesaikan hutang pihak lain yang tiada kaitan dengan rakyat Selangor?

Satu demi satu isu salah laku pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim terbongkar. PKNS sebagai agensi pembangunan kerajaan negeri tentunya melaksanakan polisi pembangunan dari kerajaan negeri. Rakyat Selangor menilai polisi kerajaan negeri sedia ada tidak mendahulukan rakyat. PKNS akan kembali ke matlamat asal sekiranya mereka bersama kerajaan negeri yang mendahulukan rakyat dan menepati janji. PRU-13, rakyat akan memberi pengajaran.

Oleh BUDIMAN MOHD. ZOHDI

Wasabi Oyabun..

Ahad, 12 Ogos 2012

Khalid usah campuri urusan PBT, selesai segera isu Unisel?



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan pengeluaran arahan pembangunan untuk Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pengeluaran arahan pembangunan itu sebenarnya di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab iaitu Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

"Bagaimanapun, Abdul Khalid dalam kenyataannya baru-baru ini menyatakan sebarang kelulusan membabitkan pembangunan Langat 2 harus melalui Menteri Besar untuk persetujuan.

"Kalau ikut peraturan, kelulusan arahan pembangunan di bawah kuasa PBT. Mungkin kerana beliau seorang Menteri Besar, Khalid mahu mengawal semuanya," katanya pada sidang akhbar selepas melawat tapak projek penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon; Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd. Aziz; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Ismail Sani dan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan.

Sementara itu, Noh pada majlis lain di KUALA SELANGOR membidas tindakan Menteri Besar Selangor yang didakwa sering menyalahkan pihak lain berhubung isu yang berlaku di negeri itu termasuk isu membabitkan Universiti Selangor (Unisel).


Beliau berkata, sepatutnya kerajaan Selangor salahkan diri kerana gagal membayar hutang kepada Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

"Mereka boleh pula biayai kos guaman kes mahkamah membabitkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan pengarah strategik Parti Keadilan Selangor (PKR) Rafizi Ramli menggunakan duit rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program "Maal Kacau Dodol" anjuran Badan Amal Selangor (Kasih) dan Persatuan Kebudayaan dan Muzik Melayu Nusantara Malaysia (Dendang Anak Malaysia) di Puncak Alam di sini hari ini.

"Kita telah mengemukakan permohonan pada 2010 tetapi sehingga kini masih belum menerima sebarang jawapan," ujarnya.

Sementara itu, beliau meminta Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya gagal menyelesaikan proses pengambilalihan pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sebelum September ini.

"Khalid juga pernah buat kenyataan ingin memecat Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan. Saya cabar Khalid berbuat demikian sebelum bulan depan," katanya.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 10 Ogos 2012

Terbongkar lagi..!!! Raja Petra dedah komplot fitnah PM?



Akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.

Perkara itu didedahkan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin selepas beliau mendedahkan peraranan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib.

Dalam pendedahan di portal malaysia-today.net itu beliau turut menyebut pembabitan beberapa pemimpin pembangkang dan peguam yang terlibat dalam merancang untuk menghasilkan akuan bersumpah berkenaan termasuk M. Puravalen yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Kalimullah Masheerul Hassan.

Raja Petra mengakui semua kenyataan yang dibuat Balasubramaniam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR memang telah dirancang lebih awal agar penyiasat persendirian itu tidak tersalah cakap.


Pada masa sama Raja Petra mengakui Balasubramaniam dibayar untuk membuat akuan bersumpah tersebut dan dakwa beliau, perkara itu memang diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya bertemu Balasubramaniam 2 Julai 2008 iaitu sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah. Pertemuan itu berlaku selepas saya dihubungi Sivarasa yang meminta saya pergi ke rumah seorang peguam bagi membincangkan kes pembunuhan Altantuya.

"Kami berbincang bagaimana perkara ini perlu ditangani dan apa yang Balasubramaniam perlu cakap semasa sidang akhbar yang akan dibuat keesokan hari di Ibu Pejabat PKR," dakwanya sebagaimana dipetik dari malaysia-today.net.

Pada 1 Julai 2008, Balasubramaniam mengejutkan negara apabila mengeluarkan akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dalam pembunuhan tersebut tetapi selang dua hari kemudian penyiasat persendirian itu membatalkan akuan bersumpah berkenaan.

Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa Anwar telah mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 sebulan bagi memastikan penyiasat persendirian tersebut terus menyokong pembangkang.

Katanya, langkah itu diambil selepas Balasubramaniam dikatakan sedang melakukan rundingan rahsia bagi membolehkan beliau mendapat bayaran RM5 juta menyebabkan Anwar bimbang jika penyiasat persendirian tersebut membongkar rahsia mereka.

Dalam pada itu, Sivarasa dan Balasubramaniam gagal dihubungi malam ini untuk mengesahkan dakwaan Raja Petra tersebut.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 9 Ogos 2012

Anwar Indah Khabar Dari Rupa : Tiada Kredibiliti, Integriti!

Anwar Ibrahim tidak mempunyai kredibiliti dan integriti sebagai ketua pembangkang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana tidak berani menjawab pendedahan mengenai pembohongannya berhubung rancangan 'kerajaan 16 September'.

Kegagalan Anwar menjawab pendedahan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada sidang Dewan Rakyat dan ditambah pula dengan cubaan 'melarikan' diri ke luar negara membuktikan ketua pembangkang itu mempunyai moral politik yang rendah.

Sebagai seorang yang mendabik dada kononnya beliau bakal menjadi Perdana Menteri, pendirian Anwar untuk tidak membalas pendedahan ahli Parlimen Bayan Baru dengan keluar daripada Dewan Rakyat jelas membuktikan beliau tiada integriti dan kredibiliti, sedangkan pada masa itu kewibawaannya sebagai ketua pembangkang diserang.

Adalah sesuatu yang pelik juga apabila seorang pemidato yang hebat seperti Anwar tidak mampu membalas 'serangan' yang ditujukan kepada beliau, sebaliknya mengambil keputusan 'menenangkan' diri di Eropah.

Zahrain semasa sidang Dewan Rakyat mendedahkan bagaimana Anwar sanggup mengheret nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam mainan politik, kononnya baginda memperkenan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri keenam.

Dedah Zahrain lagi, Anwar juga berbohong apabila mendakwa pelantikan beliau disokong oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain, salah seorang Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bersetuju untuk mempengerusikan persidangan bagi mendengar usul undi tidak percaya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Anwar tidak sepatutnya 'melarikan' diri kerana rakyat ingin tahu sejauh mana kebenaran semua pendedahan yang dibuat oleh Zahrian yang juga merupakan bekas salah seorang sahabat karibnya selama 30 tahun.

Tindakan Zahrain kini menyebabkan parti tersebut berada dalam kelemasan, sehinggalah mereka menemui isu baru bagi mengalih perhatian masyarakat. Apa yang dibuat oleh Zahrain adalah umpama 'bom jangka' yang langsung tidak diduga oleh pakatan pembangkang dan Anwar sendiri sehingga mereka kini tiada jawapan untuk menangkis serangan tersebut.

Anwar dan pakatan pembangkang kini terperangkap dalam 'jerangkap samar' yang dicipta oleh mereka sendiri kerana terlalu memperkecilkan kemampuan Zahrain sedangkan semua maklumat sulit parti tersebut berada dalam 'poket' bekas ahli PKR itu. Imej Anwar sebagai ketua pembangkang terutamanya di kalangan wakil rakyat pembangkang musnah dengan pendedahan berani tersebut.

Perkara itu dapat dilihat daripada raut wajah serta jumlah bilangan wakil rakyat pembangkang yang tampil dan bangun mempertahankan Anwar semasa pendedahan itu dibuat pada sidang sebelum itu.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 8 Ogos 2012

Terbongkar lagi..!!! - Talam jual aset bukan miliknya?


Chua Tee Yong (tiga dari kanan) berbincang bersama Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kalamanathan (dua dari kanan) semasa meninjau kawasan cerun bukit berhubung keraguan status pembelian tanah oleh kerajaan Selangor di Ulu Yam Baru, semalam.

Selepas lebih sebulan dibongkar dakwaan penyelewengan hampir RM1 bilion berhubung isu hutang Talam Corporation Berhad (Talam) membawa kepada penemuan baru yang lebih mengejutkan apabila syarikat itu didakwa menjual aset hartanah bukan miliknya yang terletak di Bukit Ulu Yam, Selangor.

Menariknya, penemuan mengejutkan di sebalik skandal tersebut didedahkan secara 'tidak sengaja' Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor, Teresa Kok dalam blognya yang mendakwa tanah di Bukit Ulu Yam itu milik SAP Holdings Berhad dan bukannya Talam.

Sehubungan itu, Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong menuntut penjelasan kerajaan PKR Selangor yang mana jika benar tanah tersebut milik SAP Holdings bagaimana Talam boleh bertindak menjualnya sehingga kerajaan negeri kemudian 'mencadangkan' Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) membelinya.

Beliau hairan bagaimana Talam begitu hebat sehingga boleh menyakinkan kerajaan PKR Selangor menjadikan KHSB 'pak sanggup' membeli tanah bukan miliknya dengan harga RM18 juta iaitu RM5.3 juta lebih mahal berbanding nilai pasaran yang hanya berjumlah RM12.7 juta.

Katanya, tidak cukup dengan itu, pada 2010, kerajaan PKR Selangor menerima 60 peratus saham dalam sebuah syarikat yang mempunyai aset tunggal cuma 79.6 hektar di Bukit Ulu Yam dan belum memulakan operasi sejak diperbadankan serta mempunyai hutang berjumlah RM807,000 dengan harga RM4.2 juta.

"Kami tuntut penjelasan kerajaan PKR Selangor jika benar pendedahan Teresa itu bagaimana Talam boleh menjual tanah milik syarikat lain dan kerajaan negeri sendiri bersetuju dengan perkara itu. Saya percaya status pemilik sebenar yang didedahkan Teresa ada kebenaran kerana beliau Exco.

"Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menjawab kenapa kenyataan beliau berbeza dengan kenyataan pemimpin DAP Selangor? Pihak mana sebenarnya yang betul? Abdul Khalid atau Teresa?," katanya selepas membawa pemberita melawat tanah seluas 79.6 hektar itu di Bukit Ulu Yam, hari ini.

Minggu lalu, Tee Yong mendedahkan bagaimana KHSB dikatakan dipaksa menjadi 'pak sanggup' bagi melunaskan hutang Talam apabila kerajaan PKR Selangor 'mencadangkan' pembelian tanah milik syarikat itu di Bukit Ulu Yam dengan harga RM18 juta walaupun mempunyai kecerunan kelas tiga dan empat iaitu melebihi 35 darjah.

'Cadangan' awal itu ditolak kerana hasil kajian 55 peratus tanah seluas 160 hektar tersebut tidak boleh dibangunkan namun, KHSB tetap diarah kerajaan PKR Selangor membeli tanah berkenaan daripada Talam tetapi ia kemudian dinafikan Teresa yang mendakwa tanah itu milik SAP Holdings.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pemilikan saham sebanyak 60 peratus ke atas sebuah syarikat yang tidak menyakinkan, Tee Yong berkata, ia mempunyai kaitan langsung dengan arahan agar KHSB mengambil alih tanah 'milik' Talam di Bukit Ulu Yam sebagaimana didedahkannya minggu lalu.

"Persoalannya, dalam pemilikan saham ini adakah kerajaan PKR Selangor menjalankan penilaian harga secara bebas melalui penilai dilantik dan adakah terdapat sebarang usaha terutama dalam bentuk undang-undang bagi mengambil kira soal hutang RM807,000 yang ditanggung syarikat itu," katanya.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 6 Ogos 2012

Jangan cuba pujuk, saya tak akan berganjak - Nalla?



Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan mendedahkan beliau telah didatangi 'orang tengah' yang kemudian memujuknya supaya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas segala kritikan dan dakwaan yang telah dibuat oleh beliau selama ini.

Bagaimanapun, Nallakaruppan yang juga bekas sahabat karib ketua pembangkang selama lebih 30 tahun berkata, jika ditawar RM500 juta sekalipun beliau tidak akan berganjak daripada pendirian Anwar tidak layak untuk mengetuai pembangkang apatah lagi menjadi Perdana Menteri.

Katanya, sudah lebih 30 tahun beliau berdosa kepada rakyat Malaysia kerana sanggup bersekongkol dengan menutup sisi gelap Anwar sehingga menyebabkan ramai rakyat tertipu dengan imej Islamik ketua pembangkang itu tetapi kini, berjanji mendedahkan segala salah laku moral pemimpin tersebut demi negara.

"Saya mengesahkan ada 'orang tengah' datang memujuk saya. Dia mahu saya berhenti menentang Anwar khususnya dalam isu berkenaan kerana tahu riwayat politik Anwar akan berakhir jika kes itu dibicarakan. Mereka sedar saya mengetahui segala rahsia sulit Anwar dan memiliki bukti kukuh dalam bentuk video.

"Mereka tidak mahu video itu ditayangkan di mahkamah kerana ia melibatkan dakwaan skandal dengan isteri orang, sebab itu mereka takut. Saya ingin nasihatkan, tak perlu hantar 'orang tengah' untuk memujuk kerana jika sekalipun ditawar RM500 juta, saya tidak akan berganjak dengan pendirian saya sebelum ini.

"Saya akan lakukan segala-galanya demi negara kerana cukup sedar Anwar dari segi moral memang tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri. Saya akan menyedarkan rakyat Malaysia bahawa selama ini mereka semua tertipu dengan imej Islamik Anwar," katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Nallakaruppan menggesa Anwar supaya berhenti menipu rakyat khususnya penduduk Sabah sempena Ramadan dan berharap bekas sahabat karibnya itu menggunakan kemuliaan Ramadan untuk menyuci segala dosa silam dengan bertaubat sebelum terlambat.

Menurutnya, walaupun Anwar mencanang lebih ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah akan berpaling tadah kepada pakatan selepas Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing, rakyat Malaysia masih tidak lupa bagaimana ketua pembangkang itu menipu mengenai tarikh 16 September.

"Dalam usia sekarang, Anwar sepatutnya memikirkan kepentingan negara berbanding cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri kerana ketua pembangkang bukan tandingan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada dalam isu moral, ideologi mahu pun tahap sokongan dalam kalangan rakyat," katanya.-UMO

Wasabi Oyabun..

Ahad, 5 Ogos 2012

Krisis air Selangor berdasarkan kajian?



Jangkaan krisis air yang akan melanda Selangor termasuk Kuala Lumpur serta Putrajaya menjelang 2014 adalah berdasarkan kepada kajian dan bukannya retorik semata-mata.

Aktivis Pengguna Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd. Mustaffa Hamzah berkata, keadaan itu dijangka bertambah buruk jika kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor terus berdegil untuk tidak membenarkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) diteruskan.

''Kajian mengenai krisis air di Selangor sudah lama dibuat. Isunya ialah air yang dirawat dan bukannya air mentah. Perkara ini sudah lama dikaji dan hampir 100 peratus benar.

''Malangnya kerajaan yang ada di Selangor ketika ini lebih mementingkan kuasa politik berbanding rakyat. Kalau nak teruskan juga pembinaan Langat 2 pun mereka letak pelbagai syarat,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada sesi taklimat krisis air di Selangor anjuran Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) di Beranang, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz dan Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan.

Mohd. Mustaffa berkata, permainan politik yang ditunjukkan kerajaan PKR Selangor berhubung isu air dan projek pembinaan Langat 2 jelas menggambarkan mereka seperti tidak mengendahkan masalah rakyat.

Ini tegasnya boleh disamakan seperti 'kuasa milik kami, nasib rakyat Selangor tanggung sendiri'.

''Jangan perbodohkan rakyat Selangor. Ini baru 2012 dan banyak tempat sudah mengalami masalah bekalan air. Laporan mengenai tekanan air rendah diterima dari semasa ke semasa. Aduan juga semakin meningkat,'' katanya.

Sementara itu, seorang lagi panel yang pernah terlibat dalam kajian krisis air di Selangor sekitar 1980-an, Mohamad Fuad Omar berkata, kajian yang dijalankan pada tahun tersebut sudah mengenal pasti Selangor akan berdepan masalah bekalan air pada 2014.

''Daripada kajian itu, kita turut mengenal pasti dua perkara lagi iaitu Selangor kurang sumber air dan loji-loji yang sudah lama. Itu kajian awal 1980-an dan ketika itu kita tidak ada lagi Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

''Atas sebab itu, kita perlu lencong air (bekalan air) dari Pahang. Sebelum ada rancangan projek Langat 2, loji-loji air sedia ada, hampir 50 peratus daripadanya sudah lama. Justeru, jika tidak ada Langat 2, apa akan jadi?'' soalnya.

Sementara itu, Noh meminta kerajaan Selangor menghentikan permainan politik dalam krisis bekalan air di Selangor.

Ini kerana, menurut beliau, keengganan kerajaan negeri membenarkan projek Langat 2 diteruskan bukan sahaja akan memberi kesan kepada rakyat malah pelbagai pihak termasuk industri.


Katanya, mereka perlu memikirkan soal pelaburan domestik dengan 'amaran' awal berhubung krisis air dibuktikan apabila 129 buah kilang tidak dapat beroperasi ekoran tiada jaminan bekalan air oleh Syabas.

"Kerajaan Persekutuan sudah buat keputusan iaitu Langat 2 mesti diteruskan. Kerajaan PKR Selangor dakwa projek bernilai RM2.6 bilion itu akan diberi kepada kroni BN. Ini tidak benar kerana tender akan dikeluarkan,'' ujarnya.

"Projek Langat 2 adalah untuk kepentingan rakyat. Kerajaan BN Selangor sebelum ini sudah lama bincang, jangan letak kepentingan politik mengatasi soal rakyat," katanya selepas menghadiri sesi taklimat dan penerangan krisis air di Selangor anjuran Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) di Beranang, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz dan Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, dengan sikap bermain politik yang ditunjukkan kerajaan PKR Selangor dalam isu air di negeri itu rakyat perlu sedar pihak mana yang sebenarnya ikhlas membantu rakyat.

"Kerajaan negeri seolah-olah mahu menjadi juara. Masalah ini timbul kerana kedegilan mereka. Halangan yang mereka buat dengan enggan membenarkan Langat 2 diteruskan hanyalah bermotifkan politik," ujarnya.

Ditanya mengenai keadaan loji air yang sudah lama, katanya, ia sudah tidak mampu menampung bekalan air dan sebab itu Langat 2 perlu dibina.

Sementara itu, Sohaimi ketika ditemui berkata, kerajaan PKR Selangor dilihat terlalu banyak berpolitik dan menuding jari menyalahkan pihak lain sehingga menyebabkan rakyat menjadi keliru.

Tegasnya, jika kerajaan negeri terus mengamalkan sikap keras kepala dan enggan melaksanakan projek Langat 2 tidak mustahil masalah bekalan air di negeri itu akan menjadi lebih kronik.

"Loji itu perlu diteruskan dan ia tiada kaitan dengan kroni UMNO atau BN seperti didakwa, sebaliknya, projek ini adalah bagi mengatasi masalah jangka panjang. Jangan sudah terhantuk baru tengadah.

"Namun, jika kerajaan negeri masih berpolitik mengenai isu ini, kita sarankan rakyat bertindak pada pilihan raya umum akan datang. Buang masa kita beri peluang kepada kerajaan negeri yang hanya mementingkan politik berbanding masalah rakyat," katanya.

Wasabi Oyabun..

MB Khalid diminta beri penjelasan?


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diingatkan agar tidak berdiam diri dengan mengetepikan segala dakwaan penyelewengan membabitkan pengambilalihan hutang Talam Corporation Bhd. (Talam).

Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Badrul Hisham Badrudin menuntut agar Abdul Khalid memberi penjelasan segera mengenai pendedahan terbaru MCA bahawa kerajaan negeri mengarahkan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd. (KHSB) mengambil alih tanah seluas 160 hektar milik Talam di Bukit Ulu Yam.

Beliau berkata, tindakan kerajaan negeri itu dilihat tidak munasabah dan mencetuskan pelbagai keraguan kerana harga tanah yang diambil alih oleh KHSB lebih tinggi berbanding pasaran, selain keadaan muka buminya yang mempunyai kecerunan melebihi kelas tiga.

"Sebelum ini, Abdul Khalid menyatakan proses pengambilalihan hutang Talam dilakukan oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI). Jika sedemikian, apa kewajarannya kerajaan negeri atau MBI menggunakan anak syarikat seperti KHSB untuk mengambil tanah seluas itu di Bukit Ulu Yam dengan harga RM18 juta?

"Kenapa pembelian tanah tersebut lebih tinggi daripada harga pasaran yang hanya RM12.7 juta? Jika benar dakwaan itu, bagaimana penilaian tanah berkenaan dilakukan oleh kerajaan negeri dan siapakah yang terlibat?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau mengulas dakwaan Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong semalam yang menyatakan kerajaan negeri telah mengarahkan KHSB untuk mengambil alih tanah milik Talam di Bukit Ulu Yam meskipun 55 peratus kawasan itu tidak boleh dibangunkan kerana mempunyai kecerunan di antara kelas tiga dan kelas empat iaitu melebihi 35 darjah.

Selain bercerun, kerajaan negeri dikatakan turut mengarah serta memaksa KHSB mengambil alih tanah tersebut pada harga RM18 juta sedangkan ia hanya bernilai RM12.7 juta walaupun anak syarikat itu telah menolak cadangan kerajaan negeri itu pada 3 Mei 2010.

Badrul Hisham berkata, sekiranya dakwaan MCA tersebut benar, ini menunjukkan kerajaan negeri seolah-olah membuat keputusan yang merugikan rakyat Selangor.

"Kita tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri tahu tanah tersebut tidak boleh dibangunkan sepenuhnya, namun mereka tetap mahu KHSB mengambil alih tanah tersebut untuk menjustifikasikan rancangan pengambilalihan hutang Talam," katanya.

Wasabi Oyabun..

Sabtu, 4 Ogos 2012

Othman dan PKNS jangan diam diri?



Rakyat Selangor benar-benar berasa kecewa dan kesal dengan apa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang.

Terlalu banyak mainan politik yang berlaku sehinggakan soal kesejahteraan rakyat seolah-olah dipinggirkan begitu sahaja.

Selepas krisis air masih belum menampakkan sebarang penyelesaian sebaliknya menampakkan kedegilan kerajaan negeri, kini timbul pula isu pengambilalihan hutang Talam Corporation Berhad oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjumlah RM392 juta.

Mungkin rakyat Selangor ingin bertanya kepada PKNS, apakah benar dakwaan ini?

PKNS terutama Pengurus Besarnya, Othman Omar tidak boleh mengamalkan sikap mendiamkan diri sahaja dengan apa yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak dalam soal berkenaan.

Othman dan PKNS tidak boleh melihat bahawa isu hutang ini telah dipolitikkan kerana jumlah yang terlibat bukan sedikit iaitu RM392 juta. Kalaulah dakwaan yang dibuat oleh pihak-pihak berkenaan tidak betul maka PKNS harus mengambil tindakan undang-undang.

PKNS ada hak dan kuasa untuk bertindak kerana ini melibatkan dakwaan yang serius tetapi malangnya kita lihat PKNS hanya mendiamkan diri. Biarpun diserang bertalu-talu dalam media sehingga mewujudkan pelbagai persepsi tetapi PKNS masih 'kebal' bertahan dan sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kebenaran dakwaan berkenaan.

Ramai yang percaya kalau PKNS tidak menjadi penyelesai hutang kepada Talam sebanyak RM392 juta itu, mereka sudah tentu akan menjawab semua tuduhan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Mungkin Othman dan PKNS telah diarahkan oleh pihak tertentu untuk tidak memberikan sebarang ulasan tetapi persoalannya apakah ia tindakan yang bijak? Kedua-dua pihak itu perlu faham bahawa rakyat Selangor mahukan penjelasan dan bukannya hanya membiarkan sahaja isu berkenaan terus menjadi perdebatan.

Kita percaya kalau isu ini melibatkan mana-mana anak syarikat kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) sudah pasti pakatan pembangkang akan menyerang habis-habisan.

Mereka akan menuduh BN mengamalkan rasuah dan penyelewengan tetapi kenapa dalam isu ini pakatan pembangkang boleh mendiamkan diri?

Ke mana perginya pejuang-pejuang dalam pakatan pembangkang yang sebelum ini ghairah menyerang pemimpin BN dengan pelbagai tuduhan tetapi tidak berkata apa-apa apabila melibatkan kerajaan negeri di bawah pentadbiran mereka.

Kalau benar mereka berjuang untuk rakyat dan menentang sebarang penyelewengan, maka dalam isu penyelesaian hutang Talam oleh PKNS ini, mereka juga perlu bersuara.

Kalau benar PKNS begitu bermurah hati membantu Talam maka kita juga berharap ia akan bersedia memberi sumbangan bagi membolehkan golongan bawahan di Selangor menduduki kediaman lebih selesa.

Cuba bayangkan berapa banyak rumah yang boleh dibina oleh PKNS dengan jumlah RM392 juta itu. Tak kanlah wang sebanyak itu boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk menyelesaikan hutang pihak lain yang tiada kaitan dengan rakyat Selangor?

Apa pun rakyat Selangor menanti penjelasan Othman dan PKNS. Janganlah terus mendiamkan diri, kami rakyat Selangor ingin mengetahui kedudukan sebenar. Bersuaralah dan berikanlah penjelasan.

Othman dan PKNS perlu membuktikan bahawa mereka berada di pihak yang benar kerana tindakan mendiamkan diri hanya mengesahkan segala dakwaan itu benar.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 3 Ogos 2012

Anwar perlu serah semula semua pingat kebesaran!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim perlu menyerah kembali semua anugerah pingat kebesaran diterima kerana perlakuan politiknya yang mengkhianati perpaduan orang Melayu.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, Ketua Pembangkang itu juga sebenarnya sedar bahawa beliau tidak sepatutnya menggunakan gelaran 'Datuk' atau 'Datuk Seri' kerana perlakuannya yang mengguris hati raja-raja Melayu.

Sebelum ini katanya, Anwar terus menghina institusi istana apabila dengan angkuh mengatakan rela anugerah 'Datuk' dan 'Datuk Seri' padanya ditarik balik berikutan isu yang melabelkannya sebagai pengkhianat Melayu.

"Dalam krisis politik Perak sebelum ini pun, Anwar dilihat merestui perbuatan biadab Karpal Singh menghina Sultan Perak.

"Malah Anwar sekali lagi melukai hati raja-raja Melayu apabila berkata pingat itu tidak akan diserah, sebaliknya diletakkan di pagar supaya boleh diambil balik.

"Hanya individu biadab dan mengkhianati bangsa yang sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu," katanya dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu mendakwa, Anwar dalam ceramah politiknya di Permatang Janggus menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir sebelum ini berkata bahawa beliau tidak pernah meminta darjah kebesaran yang diterimanya.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau memberitahu isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail agar tidak menyerahkan gelaran itu tetapi hanya perlu meletak di pintu pagar untuk diambil balik oleh pihak berkaitan.

Syed Ali menambah, kenyataan yang dibuat Anwar itu adalah biadab, sombong dan tidak menunjukkan beliau sebagai pemimpin bermoral.

Wasabi Oyabun

Skandal 'Talamgate' Selangor?



Tindakan Kerajaan negeri Selangor mengambil alih hutang Talam Corporation Berhad (Talam) bernilai RM392 juta melibatkan perjanjian meragukan mencecah sehingga RM1 bilion layak digelar sebagai 'Talamgate'!

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, gelaran itu tepat berikutan kegagalan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi penjelasan mengenainya kepada rakyat.

Sehingga kini, Abdul Khalid enggan mengulas perkara ini sebaliknya menyerahkan kepada pemimpin DAP. “Jadi, kami menggesa Abdul Khalid menjawab isu ini sebagaimana janji-janjinya dalam kertas putih berhubung hutang Talam," katanya di sini hari ini.


Jelasnya, kontroversi Talamgate sudah berlarutan selama sebulan dan sudah tiba masanya pihak berkuasa menyiasat kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam isu tersebut.

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) juga perlu mengambil tindakan segera kerana kebanyakan syarikat di Selangor bukan milik penuh kerajaan negeri.

Tambah beliau, syarikat-syarikat itu mempunyai pemegang saham minoriti yang perlu dilindungi kepentingan mereka selain layak mengetahui perkara sebenar berhubung isu tersebut.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 2 Ogos 2012

MBS selar regim kerajaan negeri Selangor beri fakta salah mengenai bekalan air?

Majlis Belia Selangor (MBS) menyelar sikap kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memberikan maklumat mengelirukan kepada rakyat berhubung isu bekalan air bersih yang melanda Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Timbalan Presidennya, Badrul Hisham Badrudin berkata, sikap kerajaan negeri yang enggan berterus terang dalam soal tersebut jelas dapat dilihat menerusi beberapa kenyataan yang dikeluarkan mengenai isu tersebut sebelum ini.

Mengambil contoh kenyataan Dr. Xavier Jayakumar menerusi laman web Selangorku pada 23 Julai lalu, Exco kerajaan negeri itu menyatakan adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) untuk menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset-aset air di negeri ini.

"Hakikatnya, apa yang jelas ialah kerajaan negeri sebenarnya pemilik aset air di Selangor yang diberikan kuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Selangor (SPAN) di bawah Seksyen 188 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (akta 655). Malah, kerajaan negeri juga tidak pernah memajak aset tersebut kepada Kerajaan Persekutuan.

"Justeru, di bawah akta itu, kerajaan negeri yang sebenarnya bertanggungjawab memastikan ketersediaan bekalan air di loji-loji rawatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Syabas pula hanyalah sebagai operator pengagihan bekalan air terawat di Selangor seperti mana yang ditetapkan di bawah Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Tambah Badrul Hisham, selain mengelirukan rakyat, pihaknya mendapati kerajaan negeri turut memberikan fakta yang salah mengenai keupayaan pengeluaran air terawat membabitkan 34 buah loji rawatan air di Selangor iaitu 4,807 juta liter sehari berbanding keupayaan agihan Syabas iaitu 4,371 juta liter sehari menerusi satu kenyataan media Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 25 Julai lalu.

Sebaiknya, berdasarkan maklumat daripada SPAN, beliau berkata, 34 buah loji rawatan air di Selangor direka bentuk mengeluarkan air terawat sebanyak 4,581 juta liter sehari Namun, oleh kerana wujud kekangan dalam sistem pengeluaran beberapa loji dan sistem pengagihan ketika ini, kapasiti air terawat yang dapat diagihkan kepada penguna hanya sebanyak 4,371 juta liter sehari sahaja.

"Jumlah keupayaan pengeluaran air terawat yang dinyatakan oleh kerajaan negeri iaitu sebanyak 4,807 juta liter sehari itu sebenarnya mengambil kira jumlah kapasiti reka bentuk loji 34 loji rawatan air yang sedia ada di negeri ini termasuklah jumlah lebihan pengeluaran yang dihasilkan lima buah loji yang sedang beroperasi melebihi tahap reka kapasiti reka bentuknya ketika ini.

"Lima loji berkenaan ialah di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor 2, LRA Sungai Semenyih, LRA Sungai Langat, LRA Sungai Batu dan LRA Bukit Tampoi," jelasnya.


Dalam pada itu, Badrul Hisham turut kesal dengan tindakan kerajaan negeri membuat perkiraan sedemikian mengenai keupayaan pengeluaran loji-loji rawatan air tersebut kerana dalam merancang bekalan air kepada pengguna, kapasiti yang sepatutnya diberi perhatian ialah jumlah kapasiti sebenar yang boleh diagihkan kepada pengguna iaitu sebanyak 4,371 juta liter sehari.

Katanya, jumlah tersebut dilihat kapasiti yang akan menentukan kadar bekalan air terawat yang akan sampai kepada penguna sama ada untuk kediaman, komersial mahupun industri.

"Maka jumlah keupayaan pengeluaran loji 4,807 juta liter sehari yang dikemukakan kerajaan negeri itu ia sebenarnya tidak mencerminkan jumlah bekalan air terawat sebenar yang boleh diagihkan kepada pengguna selain memberikan gambaran yang salah terhadap kadar rizab air terawat di Selangor ketika ini," ujarnya.

HIMPUNAN & FAKTA ISU AIR

Disediakan oleh Majlis Belia Negeri Selangor. Segala fakta, himpunan isu dan jawapan adalah dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), SYABAS dan SPAN.

PERSOALANNYA IALAH ( Dalam versi orang sangap ):-

1) KAMI WARGA SELANGOR MAHUKAN PENYELESAIAN SEKARANG. BUKAN SEMALAM, ESOK ATAU LUSA. KERAJAAN NEGERI SEPATUTNYA LEBIH PEKA, PRO-AKTIF DAN TIDAK LEKA HANYA BERPOLITIK MENCARI POPULARITI SAHAJA.

2) APA GUNANYA AIR FREE, TAPI ESOK LUSA BUKA PAIP, AIR DAH TAK ADA.

3) KENAPA KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAGI AIR FREE, TAPI RAMAI LAGI RAKYAT YANG SEPATUTNYA MENERIMA TIDAK DAPAT; METER PUKAL YANG DIGUNAKAN OLEH FLAT-FLAT YANG DIDIAMI OLEH RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH KENAPA TIDAK DISELESAIKAN PULAK DULU.

4) KERAJAAN NEGERI JANGAN CERITA TENTANG KRONI PROJEK ITU INI, CAKAP TAK SERUPA BIKIN. APA KERAJAAN NEGERI TAK ADA KRONI NAK BAGI PROJEK KE? BULAN PUASA NI, KALAU TIPU MEMANG TAK DAPAT PAHALA LAH.

5) PROJEK MITIGASI 1:- DAH LAH KERAJAAN PUSAT PUNYA IDEA DAN INITIATIF, KERAJAAN NEGERI PULAK YANG BERIA-RIA NAK AMBIL MILAGE. MACAM SAILANG PULAK KERJA KERAJAAN NEGERI SELANGOR NI.

6) KENAPA PULAK KERAJAAN NEGERI TIBA-TIBA PULAK EXCITED NAK BUAT PROJEK MITIGASI NI? KALAU LAH BETUL MASALAH AIR NI TAK ADA, PE HAL NAK BUAT PLAK. BAIK BUAT BODOH AJE. SEKARANG REZAB AIR ON AVERAGE 2.5%-3% DAH TAHAP CRITICAL, NAK TUNGGU SAMPAI GROUND ZERO KE BARU NAK KELAM KABUT BUAT?

7) TAK FAHAM KENAPA KERAJAAN NEGERI TAK BOLEH AMBIL ALIH SYABAS? NAH BACA KAT BAWAH TU. KALAU TAK FAHAM MEMANG DUNGU LAH. SYARIKAT PUN ADA RULES & REGULATION DI BAWAH ROC, APATAH LAGI AGREEMENT, PEGANGAN SAHAM (EQUITY) OLEH PEMILIK2. IKUT SUKA HATI NAK AMBIL ALIH SYABAS. SELESAIKAN KES MAHKAMAH TU DULU. NAMA AJA ORG KOPERAT TAPI “YOU FAILED. YOUR ABILITY IN HANDLING YOUR COPRATE AFFAIRS HANCUSS”.

8) DARI MANA KERAJAAN NEGERI NAK KOREK LAGI RM300 JUTA DUIT RAKYAT SELANGOR KONON NAK SELESAIKAN MASALAH AIR TERAWAT NI, CUBA CERITA SIKIT. MANA NI YOUR WHITE PAPER PROJEK NAK GUNA AIR LOMBONG, AIR SG KELANG, AIR TANAH, MACAM2 LAH, ITU INI, MANA NYA? PROVE IT LAH, DAH BERAPA BULAN NI?

STATUS PELAKSANAAN PROGRAM MITIGASI FASA 1 DAN 2 SEHINGGA 11 JULAI 2012



JADUAL 1 : PEMBETULAN TERHADAP KENYATAAN-KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR SEJAK 23 JULAI 2012










Renong dan fikir-fikirkan lah...!!!

Wasabi Oyabun..

Rabu, 1 Ogos 2012

Pesanan khas dari Anwar Omegay buat PAS : Hudud tak ada tempat dalam dasar Pakatan!

Walaupun PAS berkeras untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, tetapi ketua umum PKR, Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa undang-undang kontroversi itu tidak ada tempat sama ada dalam konsensus atau dasar Pakatan Rakyat.

Semasa berdialog dengan lebih 200 pemimpin masyarakat daripada
kira-kira 65 persatuan dan dewan perniagaan Cina di Subang Jaya malam tadi, ketua pembangkang itu berjanji untuk menyampaikan kebimbangan masyarakat berkenaan mengenai perkara itu kepada parti Islam tersebut.

Anwar mengulangi bahawa Pakatan berfungsi atas dasar bahawa sebarang keputusan mesti mendapat konsensus kesemua ketiga-tiga parti komponennya dan mengikut perlembagaan persekutuan, atau jika tidak, ia tidak akan dilaksanakan.

Katanya, apabila orang bertanya tentang pendiriannya mengenai undang-undang hudud, beliau memberitahu mereka bahawa pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah untuk menyokong perlembagaan.

"Tetapi apabila orang bertanya pendirian peribadi saya sebagai seorang Muslim, ini adalah satu soalan 'tricky'. Jika anda menjawab 'tidak', maka anda mati. Tetapi jika anda menjawab 'ya', maka tajuk berita New Straits Times esok akan menjadi 'Anwar sokong undang-undang hudud'," katanya.

Sebagai seorang Muslim, ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mesti menerima Al-Quran yang memperuntukkan undang-undang hudud. Tetapi pelaksanaan dan konsensus Pakatan mengenainya adalah isu yang berasingan.

Menjawab komen dari hadirin bahawa pemimpin PAS perlu memahami bahawa undang-undang hudud terus menjadi kebimbangan masyarakat tersebut, Anwar memberi jaminan beliau akan sampaikan mesej itu kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam mesyuarat Pakatan yang dijadual semalam.

Anwar menegaskan bahawa, sepertimana perasaan orang Cina berhubung kenyataan mengenai Islam, masyarakat Melayu-Islam juga bimbang dengan komen-komen yang dibuat oleh beberapa pemimpin muda DAP.

Anwar juga menyentuh tentang kenyataan yang disensasikan oleh akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang Pakatan akan mengurangkan jumlah penjawat awam jika gabungan itu memerintah.

Sehubungan itu, katanya, beliau telah meminta pemimpin gabungan itu supaya membuat pembetulan bahawa Pakatan tidak akan mengganggu penjawat awam, kerana mereka (penjawat awam) bimbang mungkin diberhenti dan menganggur jika Pakatan mengambil alih kerajaan pusat.

Mungkin kita masih ingat ketika Anwar ditemuramah oleh Yahoo pada awal tahun ini, skrip yang sama :

Semasa temuramah dengan Yahoo sebelum ini..!!

Adakah PAS menerima apa yang dikatakan oleh Anwar Omegay ini?

11:53 Yahoo! Malaysia Editor: Could Lesbians, Gays, Bi-Sexuals and Transgenders (LGBTs) look forward to a non-discriminatory environment - specific to them and not other minorities - if Pakatan were to take Putrajaya? Would this move be possible with PAS a part of the federal government? (Yahoo! Newsroom (Malaysia)

Thursday May 19, 2011 11:53 Yahoo! Malaysia Editor!

11:55 Anwar Ibrahim: We recognize importance of family and the institution of marriage. But we should not unduly harass or discriminate others. The answer is through education and PAS accept this view...!!!

Sekali dua Anwar bolehlah menipu, kalau dah banyak kali macam ni..fikir-fikirkan lah...!!!

Wasabi Oyabun..

Skandal PKNS beli hutang Talam: Regim Khalid Ibrahim salahguna wang rakyat RM500,000?


Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didapati menyalahgunakan wang rakyat dengan membelanjakan dana sebanyak RM500,000 semata-mata untuk 'memudahkan' rakyat negeri ini memahami isu pengambilalihan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kos setengah juta ringgit itu diperuntukkan sebagai bayaran kepada sebuah firma audit antarabangsa untuk menjalankan laporan audit bagi menerangkan proses pengambilalihan hutang tersebut dilakukan.

"Kita perlu memberi kefahaman kepada rakyat Selangor dalam isu pengambilalihan hutang Talam oleh PKNS dengan membuat audit menyeluruh terhadap syarikat tersebut.

"Buat masa ini nama syarikat audit tersebut tidak dapat didedahkan kepada umum atas permintaan syarikat itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan barangan keperluan kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Dewan Berjuntai Bestari di sini hari ini.

Abdul Khalid mengulas kenyataan Pengerusi Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah minggu lalu yang menuntut penjelasan daripada Pengurus Besar PKNS, Othman Omar berhubung rasional perniagaan perbadanan itu dalam mengambil alih hutang Talam sebanyak RM392 juta.

Selain JMM, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed pada pada 28 Julai lalu turut mendesak perkara yang sama terhadap Othman selain menyifatkan tindakan PKNS itu telah lari daripada matlamat serta peranan penubuhannya.


Ini kerana menurut Mohd. Zin, PKNS adalah sebuah syarikat milik kerajaan negeri yang diwujudkan untuk membantu dan berfungsi meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat negeri ini, bukannya untuk mengambil alih syarikat korporat.

Dalam pada itu, Abdul Khalid yang juga Pengerusi PKNS itu turut memberitahu laporan audit mengenai pengambilalihan hutang Talam akan dibentangkan pada hujung bulan depan, selepas firma audit yang dilantik selesai menyiapkan laporan audit terbabit.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan negeri menghantar lori tangki bekalan air bersih di kawasan beberapa kawasan perumahan di negeri ini berkata, ia bukan disebabkan bekalan air terawat di loji rawatan air berkurangan.

Sebaliknya, beliau memberikan alasan bahawa tindakan itu adalah berpunca daripada tekanan air yang rendah yang dialami di kawasan-kawasan yang terlibat. Bagaimanapun, beliau tetap menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) kononnya gagal mengatasi masalah tersebut.

Yang menjadi persoalanya sekarang adalah mengapa MB Khalid terpaksa mengambil masa yang lama untuk membuat audit mengenai pengambilalihan hutang Talam sekarang sedangkan ianya sepatutnya dibuat 3 tahun yang lepas sehingga mendapat bantahan daripada orang-orang PKR sendiri?

Apa yang MB Khalid mahu sembunyikan daripada pengetahuan rakyat yang mahu tahu mengapa kerajaan Selangor beria-ria benar mahu mengambilalih hutang Talam? Apakah selepas ini apabila terdesak maka Khalid akan menyalahkan UMNO dan BN pula?

Bagaimana pula dengan SPRM setelah pendedahan demi pendedahan dibuat. Adakah masih lagi mahu berdiam diri? Cuba jika perkara yang sama dilakukan oleh kerajaan yang memerintah, lihat betapa cepatnya tindakan mereka! Fikir-fikirkan lah..!!!

Suara Politik
Taminsari