Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 30 Jun 2012

Padang PKNS: Nama MB Khalid pula dikait?



Pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) hari kedua, semalam hangat apabila Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) saling menuding jari dan mempertahankan ‘pasukan’ masing-masing.

Malah lebih mengejutkan, pegawai MBPJ mengaitkan individu yang bertanggungjawab mengarahkan pertukaran status zon tanah PKNS daripada kawasan lapang dan rekreasi kepada komersial dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ianya disangkal pegawai JPBD.

Jawatankuasa Selcat terutama Pengerusinya, Datuk Teng Chang Khim pula dilihat tidak berpuas hati dengan jawapan saksi ketiga, iaitu bekas Pengarah Perancang Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Noraini Roslan.

Ini kerana jawatankuasa Selcat masih tidak memperoleh jawapan siapakah yang mengarahkan pertukaran zon tanah tersebut beliau terpaksa mengulangi soalan sama kepada Noraini.


Noraini yang kini Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor berkata, beberapa pindaan RTPJ2 itu dibuat tidak mengikut peruntukan undang-undang sebaliknya ia dilakukan hanya berdasarkan amalan biasa.

“MBPJ akan membuat sebarang pindaan di dalam RTPJ 2 itu meskipun selepas ia diberi kelulusan MMKN dan diwartakan.

Bagaimanapun, pindaan tersebut hanya melibatkan guna tanah semasa dan ia langsung tidak menyentuh mengenai pindaan status zon pada sesuatu kawasan itu,” katanya.

Saksi lain yang dipanggil Selcat ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan ahli akademik yang pakar dalam bidang berkaitan, Datuk Dr. Goh Ban Lee.

Selcat bagaimanapun ditangguh 5 Julai ini untuk mendapatkan maklumat lengkap mesyuarat berkaitan pindaan RTPJ2 tersebut.

MBPJ mengaku tidak patuh peraturan

Chang Khim: Bagaimana MBPJ dan JBPD boleh melakukan pindaan kalau tiada peruntukan. Di mana kuasa untuk meminda apabila ia telah digazet?
Noraini: Setuju Tuan Pengerusi, pemindaan ini ada dua perkara. Satu adalah kepada guna tanah sedia ada, pelan guna tanah itu sepatutnya betul pada tarikh pewartaan dan cetakan. Sekiranya pada tarikh pewartaan itu juga tidak betul. Amalan biasa, menjadi tanggungjawab pegawai membetulkannya sehinggalah ianya diwarta.

Chang Khim: Selepas diwartakan, di mana peruntukan yang membenarkan pindaan? Seksyen mana yang membenarkan pembetulan dibuat selepas diwartakan?
Noraini: Pembetulan boleh dibuat dengan kebenaran Kerajaan Negeri.

Chang Khim: Di mana seksyen itu?
Noraini: Di dalam Seksyen 16 “Pihak berkuasa kerajaan tempatan boleh pada bila-bila masa membuat cadangan untuk mengubah atau menggantikan sesuatu rancangan tempatan. Seksyen ini membenarkan perubahan itu dibuat setelah diwartakan. Tetapi, perubahan hendaklah melalui prosedur yang berbalik kepada seksyen awal tadi.

Chang Khim: Dalam erti kata senang, rancangan tempatan yang diwartakan tidak boleh dipinda melainkan melalui proses asal, seolah-olah tidak ada rancangan tempatan. Jadi, adakah proses ini dipatuhi?
Noraini: Seperti saya katakan tadi, guna tanah semasa pembetulannya memang perlu dibuat kerana guna tanah semasa...(belum sempat dihabiskan ayat, Chang Khim mencelah)

Chang Khim: Ya, soalan saya. Rancangan tempatan tidak boleh dipinda melainkan balik kepada proses asal. Jadi, adakah proses ini dipatuhi.
Noraini: Errr...tidak.

Chang Khim: Tidak dipatuhi dan dalam keadaan tidak dipatuhi, versi ketiga dikeluarkan dan dipamerkan untuk orang ramai dan digunakan.
Noraini: Itulah yang berlaku.

Siapa arah ubah status tanah?

Chang Khim: Adakah Puan Noraini mempunyai pengetahuan ada cadangan untuk perubahan ‘zoning’ tanah padang PKNS?
Noraini: Saya cuma boleh mengingat sewaktu memberikan nasihat kepada pemaju sahaja. Tidak adil bagi saya untuk saya katakan tahu atau tidak tetapi arahan untuk mengubah mana-mana 'zoning' itu tidak saya beri secara bertulis.

Chang Kim: Jadi, kalau arahan tidak datangdari pengarah perancang MBPJ pada masa itu, arahan daripada siapa?
Noraini: Perubahan seperti saya katakan, pembetulan terhenti ke atas guna tanah sedia ada di mana perubahan itu dikatakan perubahan 'zoning'..saya perlukan bantuan dari pegawai MBPJ, saya ingat Puan Faiwos boleh bantu saya.

MBPJ salahkan JPBD

Faiwos: Arahan pengubahan ini adalah lanjutan daripada arahan JBPD mengenai pembetulan terhadap laporan RTPJ2. Pihak JPBD juga itu sama masa pada tarikh diwartakan masih memanggil pihak MBPJ dan JBPD Federal (Pusat) untuk berbincang mengenai pindaan-pindaan dalam laporan RTPJ2 ini.

Chang Khim: Pindaan 'zoning'? Saya tidak nampak dalam ini (rujukan yang disediakan) ada mengatakan, cuma ada surat penyelarasan laporan akhir.
Faiwos: Pindaan itu termasuklah mengemaskinikan maklumat rancangan termasuk mengambil kira pelan yang diluluskan oleh MBPJ.

Chang Khim: Surat ini menyatakan adalah dimaklumkan mesyuarat penyelarasan laporan akhir RTPJ..itu sudah lain dengan pengubahan 'zoning'.
Faiwos: Apa yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah untuk mengemaskinikan lagi pelan di dalam laporan termasuk guna tanah semasa dan juga apa-apa mengenai kelulusan MBPJ.

Chang Khim: Sepanjang tempoh menyediakan draf rancangan tempatan sehingga ke peringkat kerajaan tempatan, adakah mana mana pihak yang mengemukakan bantahan terhadap 'zoning' tanah padang PKNS sebagai tanah lapang dan rekreasi.

Faiwos: Tidak ada.
*** Ketika ini Timbalan Pengarah JPBD, Norasiah Bee Mohd Hanif bangun mencelah menyangkal jawapan Faiwos.
Norasiah: Apa yang dikatakan Puan Fairos bahawa JPBD yang mengarahkan pindaan 'zoning' bagi lot tanah PKNS, itu adalah tidak benar sama sekali. Kita terpaksa menyangkal sebab walaupun ada mesyuarat pada 13 Januari 2011, tetapi nama mesyuarat kita (consisten dari mesyuarat pertama) ‘Mesyuarat Pindaan Rancangan Tempatan’ tetapi mesyuarat itu tidak membincangkan pindaan rancangan tempatan.

Pada peringkat itu, pindaan telah berakhir. Pindaan dimuktamadkan selepas mesyuarat pada 22 Oktober 2010 dan laporan JPBD daripada draf RTPJ2 sehingga laporan yang dihantar ke Exco serta diwartakan konsisten sebagai tanah lapang dan rekreasi.

Faiwos : YB Tuan Pengerusi, sebenarnya Cik Norasiah ini tidak pernah ada untuk mesyuarat kerja-kerja pindaan yang dibuat, ia dipengerusikan Tuan Haji Azman Talib (Ketua Penolong Pengarah JPBD). Mungkin dia (Norasiah) tidak pasti apa yang dibincangkan. Semalam Tuan Haji Azman sudah bagitahu yang MBPJ dipertanggungjawabkan untuk pinda pelan, JPBD pinda
teks.

Norasiah: Tuan Pengerusi, betul. Pembahagian tugas memang benar tapi pembahagian itu berakhir 22 Oktober untuk proses pindaan selesai. Saya tidak hadir pada mesyuarat itu tetapi saya adalah ketua yang memantau pelaksanaan semua projek di bahagian rancangan pembangunan dan korporat JPBD. Segala proses kerja bagi rancangan tempatan akan dimaklumkan ketua-ketua bahagian kepada saya setelah selesai mesyuarat.

Chang Khim: Jadi, tidak ada inisiatif diambil JPBD untuk meminda 'zoning' bagi tanah padang PKNS?
Norasiah: Tiada langsung.

Chang Khim: MBPJ pula, siapa yang mengambil inisiatif ubah 'zoning' tanah padang PKNS.
Faiwos: Tuan Pengerusi, pengubahan 'zoning' tanah PKNS ini adalah lanjutan kerja-kerja selepas MBPJ dan JPBD. Kita mengambil ‘spirit’ daripada arahan Tan Sri Menteri Besar di dalam mesyuarat perancang negeri. Dalam mesyuarat tersebut, MB menekankan PBT mengambil kira syarat nyata, ini disebabkan semasa mesyuarat tersebut ada PBT yang kemukakan pindaan RT
tak sampai enam bulan diwartakan.

Chang Khim: Baik. Itu adalah satu pandangan daripada Menteri Besar.
Norasiah: Datuk Pengerusi, boleh saya mencelah? Saya merujuk balik kepada mesyuarat jawatankuasa perancang negeri diadakan Julai 2011. Pada ketika itu, saya menanggung kerja sebagai Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa, saya juga menjadi setiausaha kepada jawatankuasa perancang bandar dan desa.

Arahan atau teguran yang diberikan Tan Sri pada ketika itu adalah secara umum sebab pada ketika itu, rancangan tempatan MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) dan MPSJ (Majlis Perbandaran Subang Jaya) dibentangkan untuk pengubahan. Tiada dibincangkan berkenaan RTPJ2, RTPJ2, sudah selesai ketika itu. Hanya rancangan tempatan pengubahan MBSA dan MPSJ.

Teguran Tan Sri pada ketika itu supaya diselaraskan dengan syarat nyata tanah tapi Tan Sri juga beri peringatan bahawa walau apa prosedur perlu diikuti.

*** Selcat ditangguh pada 5 Julai ini.

Wasabi Oyabun.

Jumaat, 29 Jun 2012

Isu Sekolah Tamil Ladang Midlands - Kenapa MB Khalid pertahan I-city?



Kaum India perlu bertanya mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim membatalkan keputusan kerajaan pimpinan DS Khir Toyo sebelum ini yang bersetuju agar I-City Berhad membina sebuah sekolah rendah kebangsaan jenis Tamil ( Sekolah Tamil Ladang Midlands yang uzur sekarang ) di I-City, Shah Alam?

Sekolah Tamil Ladang Midlands akan kekal di lokasi sekarang di Seksyen 7 di sini dan tidak akan dipindahkan ke I-City sebagaimana dicadangkan oleh kerajaan negeri lepas, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Katanya, memindahkan sekolah itu ke I-City, kawasan pembangunan komersial perdana berasaskan ICT dan bernilai RM2 bilion di Seksyen 7 itu akan menjejaskan usaha pemaju untuk menarik pelabur tempatan dan asing bagi projek itu.

"Jumlah kawasan tanah di I-City kurang dari 100 ekar (40 hektar) dan pemaju tidak semestinya membina sekolah di kawasan itu. Kerajaan negeri Selangor tidak mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang ingin melabur dalam pembangunan harta di negeri ini,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.


Wah pelik bukan? Mengapa Tan Sri Khalid begitu mempertahankan I-City sedangkan pemaju telah bersetuju sebelum ini?



Apa hubungan Khalid Ibrahim dengan I-City Berhad sehinggakan beliau sanggup mengenepikan kaum lndia yang selama ini telah menyokong beliau?

Menteri Besar sebelum ini, DS Khir Toyo pun membenarkan pembangunan I-City dengan syarat pemaju memperuntukkan tanah seluas empat ekar dengan status pegangan bebas untuk pemindahan SRJKT Ladang Midlands.

Alasan kedudukan di tengah kawasan kilang juga sukar diterima akal kerana Menteri Besar dengan mudah mengarahkan I-City Berhad memberi kawasan lain yang lebih baik. Cuma lihatlah gambaran artis I-City di atas untuk menentukan Khalid ini sebenarnya pembohong atau jujur.

Dan pada 14hb April 2011 yang lalu telah berlangsung majlis pecah tanah dan perletakan batu asas bagi sekolah tersebut di tapak yang baru! Difahamkan terdapat unsur-unsur penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam urusan jual beli tanah bagi membangunkan sekolah ditapak baru tersebut?











Persoalannya disini adalah mengapa Tan Sri Khalid yang mempertahankan I-City Berhad sedangkan mereka telah bersetuju sebelum ini sebagai syarat pembangunan kawasan tersebut?

Apa hubungan Tan Sri Khalid dengan pemilik I-City Berhad Dato Lim Kim Hong? Adakah mereka mempunyai hubungan istimewa? Sila baca di sini.

Sementara itu kelmarin Pemuda MIC minta SPRM siasat!

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diminta menjelaskan tiga isu penjualan tanah yang didakwa wujud unsur penyelewengan dengan melibatkan nilai puluhan juta ringgit.

Tiga tanah itu adalah bekas tapak Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Midlands, Ladang Bukit Raja di Klang dan Ladang Coalfield di Batang Berjuntai.

Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, C. Sivarraajh mendakwa kerajaan PKR Selangor telah melakukan salah guna kuasa dan rasuah dalam penjualan ketiga-tiga tanah tersebut.

"Sekolah Tamil itu terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai I-City mempunyai nilai harga tanah kira-kira RM25 juta namun hanya lebih kurang RM3 juta diberikan oleh syarikat I-City untuk membina sekolah baru di tapak lain.

"Bagaimanapun, baki untuk bina sekolah sebanyak hampir RM1.9 juta disumbangkan orang ramai, badan lain dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Apa yang meragukan di manakah baki RM22 juta hasil penjualan tanah itu," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan berhubung penjualan tanah-tanah itu di sini hari ini.

Menurut Sivarraajh, lebih meragukan apabila sebuah dewan konvensyen dibina menggunakan sumbangan orang ramai tetapi diswastakan kepada pihak ketiga yang mengenakan caj yang mahal kepada pengguna.

Dalam pada itu, beliau berkata, isu berkaitan Ladang Bukit Raja dan Ladang Coalfield mempunyai persamaan apabila kedua-dua tanah itu yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2006 kepada penduduk di kawasan tersebut diambil lebih separuh keluasannya oleh kerajaan negeri sekarang.

"Kerajaan BN dulu telah meluluskan tanah seluas lebih enam hektar untuk penduduk ladang itu namun yang menjadi persoalannya kerajaan negeri sekarang telah mengurangkan lebih kurang sebanyak dua hektar.

"Di Ladang Coalfield pula kerajaan BN telah memperuntukkan sebanyak tujuh hektar tanah melalui syarikat KL Kepong, namun kerajaan negeri sekarang telah mengurangkannya kepada lebih kurang dua hektar," katanya.

Dakwanya lagi, hasil siasatan mendapati tanah di Ladang Bukit Raja akan didirikan projek perumahan mewah manakala di Ladang Coalfield bakal dibangunkan projek komersial.

Sehubungan itu, beliau menggesa SPRM menyiasat perkara tersebut kerana jelas terdapat isu penyelewengan yang akan memberi kesan negatif kepada penduduk.

Wasabi Oyabun..

Faekah kata MB Khalid masih percayakannya?



Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Faekah Hussin menegaskan Tan Sri Khalid Ibrahim masih lagi memberikannya kepercayaan kepadanya menjalankan tugas-tugasnya.

"Saya bertemu MB semalam dan soal penamatan tugas (saya) langsung tidak disebutkan.

"Malah, saya diamanahkan dengan lebih banyak tanggungjawab," kata Faekah ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar New Straits Times (NST) yang memetik portal pro-Umno AgendaDaily bahawa bahawa Faekah dijangka meletak jawatan pada Jumaat (esok).

Semakan di laman AgendaDaily bagaimanapun mendapati tiada artikel berkaitan dakwaan itu dimuatkan. Difahamkan khabar angin itu hanya perbincangan 'BBM Group' di kalangan wartawan.

Manakala NST dalam laporannya menyebut, khabar angin itu antaranya mendakwa terdapat exco kerajaan Selangor dalam mesyuarat exco kelmarin menuntut Faekah berundur atas dakwaan menyalahguna kepala surat pejabat menteri besar.

Berundur selepas nasihat Wan Azizah?

Faekah dijangka meletakkan jawatan esok selepas mendapat nasihat daripada presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, lapor harian berbahasa Inggeris itu lagi.

Akhbar sama bagaimanapun melaporkan exco kanan negeri Ronnie Liu sebagai menolak dakwaan itu dengan berkata ia tidak dibincangkan dalam mesyuarat mereka.

Sumber pejabat menteri besar pula berkata, jika benar pun cakap-cakap itu, Khalid tidak memerlukan kelulusan daripada mesyuarat exco untuk mengeluarkan Faekah kerana ia kuasa prerogatifnya.

Menurut NST lagi, mereka tidak dapat menghubungi Faekah untuk tujuan pengesahan ketika laporan itu ditulis.

Faekah sebelum ini mendapat perhatian ramai sejak wujudnya penolakan dalaman PKR terhadap kedudukan beliau sebagai orang kanan Abdul Khalid.

Malahan, terdapat pihak yang tidak dikenali turut melancarkan kempen terhadap Faekah menggunakan tag #pecatfaekah dan #kamisayangpkr di Twitter.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 28 Jun 2012

Faekah nafi dana Geran Selangorku RM300 juta dari sumber meragukan?



Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin menafikan dakwaan peruntukan RM300 juta di bawah Geran Selangorku diperoleh daripada sumber yang meragukan.

Sebaliknya, beliau menyatakan ia adalah daripada sumbangan anak-anak syarikat kerajaan negeri, selain keuntungan operasi Perbadanan Menteri Besar (MBI) menerusi pengambilalihan hutang-hutang lapuk syarikat Talam Corporation (Talam) dan penstrukturan semula projek Canal City.

''Menteri Besar telah menerangkan secara terperinci mengenai perkara ini di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada November 2011.

''Malah, MBI dan Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) juga telah mengadakan pameran pada sidang berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed semalam yang menganggap tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan mendedahkan sumber Geran Selangorku berjumlah RM300 juta merupakan contoh paling sesuai menggambarkan betapa Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu mengamalkan politik kotor.

Katanya, sehingga kini Abdul Khalid masih berdolak-dalik dalam mendedahkan sumber sebenar wang RM300 juta yang disalurkan di bawah geran berkenaan.

Mohd. Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang itu berkata, kerajaan negeri tidak menjelaskan data terperinci sumber kewangan geran berkenaan, selain mempersoalkan kelulusan peruntukan yang dikatakan tidak melibatkan pegawai kewangan negeri tetapi melalui beberapa individu dalam MBI termasuk Faekah sendiri.


Faekah dalam kenyataan tersebut menyalahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) khususnya daripada BN kononnya kurang faham tentang proses pengambilalihan hutang Talam dan penstrukturan Canal City.

Beliau menyatakan geran tersebut diuruskan oleh Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Datin Paduka Alinah Ahmad.

Katanya, jawatankuasa ini dianggotai Ketua Pentadbir MBI, Rohany Talib, selain jurutera dan jurunilai dari Jabatan Kerja Raya, Pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri, akauntan dan jurutera bebas yang dilantik oleh Menteri Besar.

''Dakwaan Mohd. Zin bahawa Menteri Besar mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan peruntukan adalah tidak benar.

''Menteri Besar tidak campur tangan dalam menentukan pemberian peruntukan dan projek kerana tender terbuka diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan serta pejabat tanah dan daerah," ujarnya.

Faekah memberitahu, menerusi Geran Selangorku, kerajaan negeri telah meluluskan sebanyak 362 projek berupa pembangunan kecil dan sederhana seperti membaiki longkang, menurap jalan dan membina jejantas seluruh negeri ini termasuk di kawasan yang diwakili oleh BN.

''Kita mempunyai maklumat terperinci mengenai projek-projek ini dan telah pun memberi laporan perkembangan kepada media.

''Semua data, butiran projek serta tatacara Geran Selangorku dilaksanakan secara terbuka untuk semakan di Pejabat MBI," katanya.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 27 Jun 2012

Scorpene: Pembohongan Suaram Semata-mata Atas Arahan Siapa?



Bagai nak rak dan 'tercabut dunia' dibuat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan pakatan pembangkang yang terus memainkan isu rasuah dan penyelewengan dalam pembelian kapal selam Scorpene.

Kalau dikira, dalam akhbar pakatan pembangkang khususnya 'Suara Keadilan' PKR hampir setiap minggu keluarannya memainkan isu Scorpene. Seakan-akan semacam betul.

Dalam 'permainan licik' mereka ini, Suaram dan pakatan pembangkang telah pergi 'agak jauh' iaitu dengan menggunakan nama mahkamah di Perancis bagi menguatkan hujah mereka. Kononnya kes ini sedang disiasat dan 'terdapat penemuan dokumen komunikasi dan transaksi yang menunjukkan wujudnya permintaan rasuah secara terang-terangan'.

Malah, lebih teruk lagi pembohongan Suaram ialah kononnya juga Perdana Menteri akan disapina dan diheret ke mahkamah Perancis. Mereka mengaitkan pula urus niaga dan rasuah tersebut dengan pembunuhan seorang model Mongolia.

Realitinya, memang benar ada aduan rasuah mengenai pembelian kapal selam Scorpene dari DCNS oleh Malaysia yang dibuat oleh Suaram kepada mahkamah Perancis. Tidak seperti di Malaysia, yang mana pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertanggungjawab menyiasat sesuatu aduan rasuah, lain pula di Perancis apabila pihak mahkamah yang menyiasatnya di bawah arahan hakim.

Selama siasatan dibuat iaitu dalam masa dua hingga tiga tahun, mengikut anggaran hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang bertanggungjawab bagi kes ini, pihak yang terlibat tidak dibenarkan membuat sebarang komen atau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah. Sekiranya siasatan mendapati hakim memerlukan keterangan daripada mana-mana pihak di Malaysia, maka hanya polis Malaysia yang boleh mendapatkan keterangan daripada pihak yang berkenaan dengan kehadiran pegawai kehakiman dari Perancis.

Oleh itu, tidak timbul soal sapina ke atas Perdana Menteri atau sesiapa sahaja dari Malaysia untuk hadir di mahkamah Perancis. Sekiranya, hakim mendapati terdapat keperluan untuk membawa kes ke perbicaraan, maka beliau perlu mengemukakan permohonan kepada mahkamah yang lebih tinggi kerana hanya mahkamah tersebut yang dapat menentukan sama ada kes tersebut boleh dibicarakan atau tidak.

"Kerajaan Malaysia difahamkan tiada perbicaraan berlangsung di Perancis berhubung isu kapal selam Scorpene. Justeru, tidak timbul soal kerajaan akan memohon menjadi pemerhati," jelas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada ucapan penangguhan menjawab soalan daripada seorang wakil pembangkang di Parlimen malam kelmarin.


Pertanyaan daripada Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) itu berbunyi: "Sama ada kerajaan Malaysia akan memohon untuk menjadi wakil pemerhati di Mahkamah 'Tribunal de Grande Istance' Perancis untuk mendapatkan akses kepada kertas pembuktian yang dirujuk oleh Suaram dalam 'kes Scorpene' tersebut.

Mengimbas fakta mengenai pembelian Scorpene, kontrak perolehan dua buah kapal selam baru berkenaan telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) selaku pembekal kapal selam dan Perimekar Sdn. Bhd. sebagai Project Services Provider. Nilai kontrak ini ialah 1.084 bilion Euro.

Skop kontrak terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a) Bahagian Pertama: Antara kerajaan Malaysia dengan DCNS dan NAVANTIA merangkumi perolehan dua buah kapal selam jenis Scorpene, pakej Integrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. Nilai bahagian ini ialah 969.15 juta Euro.

b) Bahagian kedua: Antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn. Bhd. merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek dan pelatih-pelatih kapal selam di Perancis dan Sepanyol. Nilai bahagian ini ialah 114.96 juta Euro.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menjelaskan, Kementerian Pertahanan tidak pernah membuat sebarang bayaran komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana syarikat dalam perolehan Kapal Selam Scorpene.

"Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan dengan syarikat pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing. Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli dari Syarikat Thales International adalah tidak benar.

"Kementerian Pertahanan tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai dakwaan penjualan dokumen yang dikatakan rahsia oleh Syarikat Terasasi (Hong Kong) kepada Syarikat Thint Asia (Thales International) yang didakwa bernilai 36 juta Euro. Kementerian juga tidak mempunyai maklumat dakwaan bayaran berkala daripada Thint Asia kepada Syarikat Terasasi (Hong Kong)," kata Ahmad Zahid lagi.


Menjawab desakan pakatan pembangkang supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat proses pembelian Scorpene jika terdapat unsur rasuah dan penjualan rahsia sulit negara, Ahmad Zahid menjelaskan:

"Kerajaan berpendapat tidak perlu menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pembelian kapal selam itu memandangkan pembelian kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dibuat mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

"Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan ATM. Selain itu, rujukan juga dibuat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut.

"Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan," katanya.

Dalam hal ini, Ahmad Zahid menjelaskan, kerajaan Malaysia juga tidak perlu menyokong usul reformasi Parlimen agar sistem Jawatankuasa Tetap termasuk untuk pertahanan diwujudkan demi menjamin segala urusan penting kerajaan bebas daripada rasuah dan pengkhianatan.

"Kerajaan berpendapat tidak perlu untuk menubuhkan Jawatankuasa Tetap Parlimen untuk Pertahanan. Ini adalah kerana sebarang rancangan pembelian kelengkapan tentera adalah dinyatakan dalam anggaran belanjawan pembangunan yang mana dibahas dan diluluskan oleh Parlimen," kata beliau.

Kata Ahmad Zahid lagi: "Proses perolehan aset juga adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan kerajaan seperti Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Prosedur Kewangan, manakala setiap perbelanjaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan dan teguran Jabatan Audit Negara.

"Kerajaan juga berpandangan proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategik tidak wajar dibincangkan secara terbuka."

Kebenaran dalam isu Scorpene sudah dinyatakan kerajaan. Namun, ia pasti tidak diterima oleh pembangkang di negara ini. Malah, akan diputarbelitkan lagi oleh Suaram dan pakatan pembangkang.

Apatah lagi Suaram bukanlah asing di mata rakyat - menjadi alat dan ejen pembangkang di negara ini. Ada kalanya apabila penipuan itu terlalu besar, ia akan menjadi raksasa yang memakan diri.-UMO

Wasabi Oyabun..

MB Khalid harus jawap...!!! Rakyat terpaksa beli air dari pihak luar?


Sejak 10 hari lalu, penduduk Pangsapuri Belimbing Heights terpaksa menjalani rutin harian memeritkan iaitu beratur untuk mengambil air yang dibawa oleh sebuah syarikat akibat ketiadaan bekalan air ke perumahan itu.

Sudah lebih 10 hari penduduk Pangsapuri Belimbing Heights, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan dibebani dengan masalah ketiadaan air, yang mereka yakini berpunca daripada tekanan air yang rendah.

Jadi, bagaimana mereka menjalani kehidupan harian tanpa bekalan asas itu? Penduduk mendakwa mereka terpaksa membeli air daripada syarikat swasta semata-mata untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Mereka mendakwa telah berkali-kali mengajukan masalah tersebut kepada pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), namun sehingga kini tiada jawapan yang diberikan oleh pihak tersebut.

Pengerusi persatuan penduduk pangsapuri berkenaan, M. Elangovan berkata, masalah itu telah berlaku sejak 17 Jun lalu dan berlanjutan sehingga kini.

"Kami minta pihak Syabas dan kerajaan negeri Selangor segera menyelesaikan perkara ini, kerana air merupakan sumber yang paling penting dalam menjalani kehidupan seharian.

"Kami perlu membayar RM5,200 bagi empat tangki air yang mengandungi 23,000 liter air untuk mendapatkan bekalan air. Namun ia masih tidak cukup kerana di sini terdapat lebih 400 unit rumah," jelasnya.

Seorang penduduk di Blok A pangsapuri berkenaan, Wong Chit Moi, 58, berkata, dia terpaksa turun naik dari tingkat 12 dengan membawa baldi untuk mengambil air yang dihantar oleh syarikat swasta tersebut.

"Walaupun menggunakan lif, tetapi membawa dua baldi yang penuh berisi air sangat membebankan.

"Dan walaupun membeli air dari pihak luar, bekalan air masih tidak cukup. Disebabkan itu, kami sekeluarga terpaksa menghantar baju kotor ke dobi dan makan di restoran-restoran berdekatan," katanya dalam nada kesal.

Penuntut yang hanya mahu dikenali sebagai Asgarpour, 31, dari Iran pula berkata, sejak ketiadaan air di situ menyebabkan dia hanya mandi sekali sehari.

"Makan dan minum semuanya di luar. Ini menyebabkan perbelanjaan kami sekeluarga terjejas memandangkan saya merupakan penuntut di sini.

"Jika saya bekerja mungkin masalah ini tidak terlalu membebankan," ujar penuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Penyelaras MCA Parlimen Serdang, Datuk Liew Yuen Keong mendesak pihak Syabas dan kerajaan negeri segera menyelesaikan masalah tersebut memandangkan Selangor merupakan antara negeri yang pesat membangun dan masalah seperti itu tidak seharusnya berlaku.

"Saya difahamkan bukan sahaja Belimbing Heights yang menghadapi masalah air tetapi Flat Seri Pulai, Taman Sungai Besi Indah dan beberapa kawasan lain. Harap Syabas dan kerajaan negeri selesaikan masalah ini," katanya.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 26 Jun 2012

Nampak sangatlah Teresa Kok, Exco negeri Selangor ini tak buat kerja?




RM527.8 juta tangani banjir di Selangor

Kerajaan hari ini menafikan dakwaan pembangkang yang Kerajaan Pusat tidak menyalurkan peruntukan sepatutnya dalam menangani isu banjir di Selangor.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, walaupun Selangor di bawah pentadbiran Parti Keadilan Rakyat (PKR), kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap prihatin dan mempunyai komitmen dalam mengatasi masalah itu berpandukan keupayaan kewangan negara.

“Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan membelanjakan RM527.8 juta bagi melaksanakan projek tebatan banjir di Selangor dan bukan RM60 juta seperti didakwa.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM359.8 juta dibelanjakan untuk projek fasa satu rancangan tebatan banjir (RTB) lembangan Sungai Damansara yang memberikan impak besar untuk tangani banjir di sekitar Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), TTDI Jaya dan sekitar Stadium Shah Alam," katanya di sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penangguhan bagi menjawab soalan dikemukakan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) yang mendakwa peruntukan mitigasi banjir di Selangor dikurangkan secara sengaja hingga mengakibatkan kejadian banjir di banyak tempat.

Nampak sangatlah Teresa Kok ini tak buat kerja. Exco Selangor yang makan gaji buta. Sama juga dengan FDI yang masuk ke Selangor? Siapa yang usahakan kalau bukan MIDA dan kerajaan Pusat! Yang peliknya Teresa mendabik dada didalam sidang DUN yang lalu dengan mengatakan aliran pelaburan terus yang masuk ke Selangor adalah hasil usaha dari kerajaan negeri.

Lembu punya susu, sapi dapat nama ke! Tak malu ke Teresa Kok, makan gaji buta..!!!

Wasabi Oyabun..

UNDI ANWAR TEMPAH BILIK NERAKA kini makan diri PAS?




Ini bukan fitnah. Ini adalah kenyataan PAS yang terpampang jelas di lidah rasmi mereka iatu HARAKAH satu ketika dahulu. Kenyataan ini dibuat sebagai amaran kepada PAS suatu ketika dahulu. Tetapi PAS tetap langgar amaran yang telah ditetapkan.

Cuba kita lihat apa yang berlaku ? Nik Aziz semakin nyanyuk membela Anwar Ibrahim. Kekuatan PAS yang pernah menjadi tonggak utama pakatan pembangkang kini sekadar melukut ditepi gantang. Sedangkan semua orang tahu kekuatan jentera PAS yang paling hebat dari segi komitmen ahli parti mereka.

Dr. Hasan Ali cuba peringatkan kepada PAS dan pimpinannya tentang Anwar Ibrahim. tetapi apa yang berlaku? Beliau dipecat serta merta tanpa wujudnya ruang keadilan. Satu tindakan autokratik ala komunis oleh pimpinan PAS. Sebab apa? Sebab Anwar Ibrahim itu maksum taraf Imam Mahdi ?. Sebab Nik Aziz itu maksum taraf Nabi ?

Sesiapa sahaja yang kritik Anwar Ibrahim akan dianggap musuh Islam. Sesiapa yang menegur Anwar Ibrahim dianggap menghina pemimpin suci PAS iaitu Nik Aziz. Ini lah perkara sebenar yang berlaku. Ini lah kisah benar yang RAKYAT perlu tahu.

Anwar Ibrahim bukan maksum. Dia adalah PENIPU. Bukan saya cakap atau FITNAH. Tanya sama rakan-rakan rapatnya. Berapa ramai yang sudah ditipu Anwar Ibrahim tentang janji 16 September ke Putrajaya sehinggakan peguambelanya sendiri yang juga Pengerusi DAP menuntut Anwar Ibrahim BERTAUBAT !!!

Raja Petra Kamarudin (RPK) pemilik portal Malaysia-Today yang menjadi sarang maklumat pembangkang juga mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah PENIPU. Menipu RAKYAT bahawa dia tidak kenal Datuk Eskay yang keluarkan video seksnya tetapi RPK sendiri sahkan Anwar Ibrahim telah memperkenalkan Datuk Eskay kepada beliau. Nah! RPK sendiri menjadi saksi kepada PENIPUAN DAN PEMBOHONGAN ANWAR IBRAHIM.

Sekarang sudah lihat PAS menjilat ludah mereka sendiri. Peringatan 'UNDI ANWAR TEMPAH BILIK NEREKA' yang tidak diendahkan sudah MAKAN DIRI kepada PAS.

Sampai bila ahli dan pimpinan PAS mahu terus percayakan Anwar Ibrahim yang disokong kuat oleh Nik Aziz?

Wasabi Oyabun..


Isnin, 25 Jun 2012

Isu UNISEL : Pembangkang Mengelak Membongkar Kebenaran?


Tentu ramai yang bertanya-tanya mengapa pejuang kebenaran pakatan pembangkang tidak berminat untuk mengorek kebenaran dalam isu Universiti Selangor (Unisel). Ini sebenarnya adalah kisah orang politik VS orang akademik.

Kalau mengikut gambaran yang diperolehi sebelum ini mereka sepatutnya tidak wajar berdiam diri melihat Bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr. Rosti Saruwono terpaksa mempertahankan prinsipnya sehingga melepaskan jawatan yang penting itu.

Isunya di sini dikatakan ada mendapat tekanan politik dari pihak yang berkuasa pada Unisel sendiri iaitu kerajaan negeri Selangor. Kebiasaannya apabila mereka ini mendengar hal-hal yang sebegini merekalah yang cepat berlari untuk tegakkan kebenaran. Namun kali ini agak pelik kerana mereka hanya diam membisu. Adakah berkemunginan mereka takut dan segan pada Tan Sri Khalid Ibrahim?

Kalau betullah sebagaimana yang dikatakan, nampaknya soal prinsip terpaksa di tolak sebelah jika mahu 'mencari makan' di Selangor.

Siapa boleh salahkan Dr Rosti kalau melihat di depan matanya benda tidak betul.

“Saya menerima arahan untuk menurunkan jawatan ketiga-tiga individu tersebut tetapi saya tidak bersetuju kerana pada saya, ia perlu dibuat mengikut peraturan yang ditetapkan dan bukannya boleh dibuat sesuka hati.

“Untuk menyelamatkan keadaan, saya berundur diri supaya pihak yang mempunyai kuasa itu dapat meneruskan hasrat mereka. Mudah-mudahan ia memudahkan kerja mereka dan sebab itulah saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan,” itu katanya pada wartawan yang menemuinya di kediamannya di Shah Alam.

Tiga pegawai Unisel yang terlibat dalam kemelut itu Pendaftar, Rokmaa Mat; Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah.

Rosti dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac 2009 bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Razali Agus pernah menyatakan azamnya semasa baru dilantik beliau tidak akan menjadi ‘pak turut’ kepada mana-mana pihak bagi memastikan institusi pengajian tinggi swasta itu tidak dijadikan medan berpolitik.

Menteri Besar Selangor sendiri nampaknya buat macam tak kisah sahaja terhadap kemelut isu Unisel ini, padahal beliaulah yang melantik Dr.Rosti sebagai Naib Canselor Unisel!

Selain mengumumkan kerajaan negeri terima perletakan jawatan Dr Rosti Rabu, Khalid juga memberitahu sebuah pasukan petugas khas dianggotai oleh tiga ahli akademik, bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Prof Zulhadi Bardai; bekas Naib Canselor Unisel, Datuk Adnan Alias dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Datuk Dr Mohamad Ariffin Aton.

"Dalam mana-mana institusi pun ada politik dalaman”, mudah saja katanya dipercayai merujuk kepada dakwaan tekanan politik yang dihadapi oleh Dr. Rosti.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 24 Jun 2012

Isu RM3b : Rumahnya saja RM7juta, duit bukan masalah bagi Anwar - Ezam?




AIDCNews – 23/06/12 -“Bagi saya, duit bukan perhitungan bagi Anwar lagi. Sebab dari sudut duit, dia sudah ada segala-galanya,” kata Ezam Mohd Nor ketika ditemubual secara eksklusif oleh AIDC.

Katanya lagi, “Kalau orang yang boleh buat rumah setelah keluar penjara, rumah yang bernilai RM7 juta. Apakah duit menjadi persoalan ? Sudah tentu tidak.

“Itu rumah yang kita tahu. Kita tak tahu lagi berapa banyak rumah-rumahnya di tempat-tempat lain.

“Duit tidak pernah menjadi faktor kepada Anwar sebab dia ada segala-galanya. Dia sudah cukup, lebih daripada cukup dari segi duit”.

Ketika ditanya berapakah jumlah simpanan duit Anwar, Ezam menjawab, “Kalau hartanya RM7 juta pun, dia tidak akan menghabiskan hartanya semata-mata untuk membuat rumah RM7 juta. Maknanya, dia ada lebih banyak daripada itu
.
“Hakikatnya dia boleh membuat satu mahligai berharga RM7 juta. Maknanya dia memang cukup mewah”.

Senator Ezam Mohd Nor lahir 24 April 1967 di Klang, Selangor. Pernah menjadi Timbalan Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) sebelum dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, lebih kurang lebih dua tahun ketika bosnya itu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Apabila Anwar dipecat dari UMNO pada 2 September 1998, beliau dengan setia menjadi pahlawan gagah berani mengetuai demonstrasi jalanan di ibu kota Kuala Lumpur, bagi membela bosnya itu.

Ezam juga menjadi ‘orang kesayangan’ Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ketika Anwar dipenjarakan. Pada Wan Azizah ketika itu, Ezam adalah ‘orang kanan’ untuk membangunkan Parti Keadilan Nasional yang ditubuhkan pada tahun 1999 kemudiannya ditukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2004.

Ketika zaman reformasi namanya cukup terkenal, malah sepanjang karier politik bersama Keadilan sudah berpuluh-puluh kali beliau ditahan di lokap polis dan keluar masuk penjara sebanyak dua kali semata-mata yakin bosnya berada di pihak yang benar.
Ezam pernah menjadi Ketua Pemuda Keadilan dari tahun 1999 hingga 2005, kemudian Ketua Angkatan Muda PKR dari tahun 2005 hingga 2006.

Pada Oktober 2006, Ezam membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai Ketua AMK PKR. Ketika itu sudah ada desas desus kenapa beliau letak jawatan, namun beliau berkias, mahu beri laluan kepada pelapis baru.

Namun pada Februari 2007, Ezam telah membuat keputusan yang mengejutkan iaitu melepaskan semua jawatannya dalam PKR termasuk jawatannya dalam PKR Selangor.
Ketika itu, ramai yang sudah tertanya-tanya kenapa Ezam bertindak begitu, kenapa perlu beliau meninggalkan PKR dan menyisihkan diri dari arus politik dengan bergiat aktif dalam NGO bernama GERAK.

Beberapa bulan selepas PKR menang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-12 dan berjaya membentuk kerajaan di Selangor, Ezam sekali lagi membuat kejutan dengan menyertai semula UMNO pada 28 Mei 2008.

“Saya tinggalkan Anwar, saya ingin tegaskan sekali lagi walaupun saya telah tegaskan berkali-kali, ianya tidak membabitkan persoalan duit sama sekali. Saya sudah bersumpah di seluruh negara pun bahawa ianya membabitkan persoalan prinsip saya sebagai seorang Islam, setelah saya tahu siapa Anwar, haram bagi saya apatah lagi untuk menyokong atau mendokong orang seperti ini.

“Saya ulangi sekali lagi, sesiapa pun setelah mereka tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan sekiranya di dalam diri dia ada sekelumit nilai agama, akidah dan nilai Islam, mereka tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan Anwar Ibrahim.

“Kalau setelah mereka tahu, mereka masih bersama dengan Anwar, maknanya dalam diri mereka tidak ada akidah dan akhlak Islam sama sekali.

“Ataupun mereka yang masih bersama Anwar, adalah kelompok yang masih tidak tahu,” katanya.

Ikuti wawancara dari hati ke hati di antara AIDC dengan Ezam Mohd Nor, di sebuah hotel, Shah Alam pada 20 April 2010.

AIDC : Sejauhmanakah kebenaran dakwaan yang mengatakan Anwar mempunyai hubungan dengan Zionis ?

Senator Ezam : Memang tidak ramai yang mengetahui secara khusus hubungan Anwar dengan Zionis. Walaupun ianya sebenarnya telah terjalin lama.

Dalam kes yang membabitkan hubungan Anwar dengan Paul Wolfowitz. Siapa Paul Wolfowitz ? Paul Wolfowitz adalah antara orang paling penting dalam Zionis Movement. Pernah menjadi Menteri Pertahanan, Amerika Syarikat (AS) yang merupakan arkitek perang di Iraq.

Kita kena faham bahawa perang Iraq adalah agenda Zionis. Mereka melancarkan perang terhadap Iraq atas tiga sebab utama.

Pertama, kerana kepentingan minyak. Kedua, kerana sumber air di mana Iraq mempunyai sumber air yang paling utama di tanah Arab yang juga penting untuk Israel. Dan ketiga, kerana Iraq merupakan negara yang mempunyai saintifik foundation, asas insfrastruktur sains yang paling utama di tanah Arab.

Sebab itu mereka perlu hapuskan foundation sains ini, sebab itu kalau kita perhalusi, ramai yang mati dibunuh selain daripada kanak-kanak yang tidak berdosa, ianya juga membabitkan ahli-ahli sains Arab yang berpusat di Baghdad, Iraq.

Jadi dari sudut itu, jelas menunjukkan bahawa serangan terhadap Iraq, merupakan satu tindakan untuk kepentingan Israel.

Apabila Wolfowitz menjadi arkitek serangan yang mempunyai motif untuk keuntungan Israel, untuk melindungi kepentingan Israel, bermakna, Wolfowitz merupakan antara pemimpin Zionis.

Dan di sinilah kita melihat bagaimana Anwar terlibat di dalam membantu Zionis. Anwar terlibat di dalam menjadi alat perkakas kepada Zionis.

Khabarnya pada tahun 2004, ketika di Munich. Paul Wolfowitz juga ke Munich semata-mata untuk melawat Anwar. Katanya ada perbincangan sulit selama tiga jam. Kenapa Paul Wolfowitz memilih Anwar sebagai kawannya dan Anwar juga memilih Paul Wolfowitz sebagai kawannya?

Ya. Memang pertemuan Anwar dengan Wolfowitz itu berlaku di Munich. Dan semasa itu Wolfowitz adalah Menteri Pertahanan AS. Tidak mudah untuk seorang Menteri Pertahanan dan Secretary of Defense United States, untuk meluangkan masanya keluar daripada Washington dan pergi ke Munich semata-mata hanya untuk menziarah seorang sahabat.

Dari situ kita harus faham tentang bagaimana pentingnya hubungan antara Wolfowitz dan Anwar, atau bagaimana Wolfowitz melihat Anwar itu penting.

Orang seperti Wolfowitz, agen Zionis di peringkat tertinggi, mereka tidak lakukan sesuatu perkara itu tanpa sebab.

Maknanya, usaha untuk menziarah Anwar, bermesyuarat dengan Anwar, selama memang berjam-jam, berkali-kali. Semuanya itu adalah sebahagian daripada perencanaan beliau sebagai pemimpin Zionis bersama dengan seorang pemimpin Islam ataupun pemimpin daripada sebuah negara Islam, yang bagi mereka, akan menguntungkan mereka.

Jadi, pertemuan itu sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan bagaimana Anwar menjadi alat dan perkakas kepada Zionis dan Yahudi.

Anda berada di Munich ketika Wolfowitz bermesyuarat dengan Anwar ?

Ya, saya berada di situ pada masa itu walaupun saya tidak dibenarkan bersama mereka dalam pertemuan tersebut.

Selepas Anwar sihat, antara pemimpin dunia yang Anwar ziarah ialah Wolfowitz. Malah gambar pertemuan itu, saya rasa seluruh Malaysia dah tahu. Bersamanya adalah Azmin Ali, Setiausaha Sulitnya dulu dan Khalid Jaafar, bekas Setiausaha Akhbarnya.

Satu perkara yang ingin saya tegaskan, kalau saudara lihat, saya tidak pernah dilibatkan dalam apa jua pertemuan, perencanaan dan perancangan yang membabitkan Zionis dan AS ini.

Mungkin Anwar sudah dapat membaca dari awal bahawa saya bukan seorang yang mudah untuk diajak berkompromi dalam persoalan yang membabitkan Zionis dan Yahudi. Sebab itu saya tidak pernah dibabitkan.

Bermakna, semasa perjumpaan Anwar dengan Paul Wolfowitz di Pentagon, Anwar hanya membawa Azmin dan Khalid, tetapi bukan saudara. Anwar sudah dapat baca saudara tidak setuju tindakan yang bertuankan Zionis ?

Ya, saudara sedia maklum Anwar adalah seorang ahli politik yang cukup licik. Saya rasa dia dapat baca dan mungkin dia sudah ada checklist untuk pastikan seorang itu benar-benar boleh dipercayai dalam urusan yang membabitkan persoalan prinsip agama dan negara.

Dan jelas saya sebagai setiausaha politiknya, saya sebagai Timbalan Pengarah di IKD yang beliau pernah bersama satu ketika dulu, dia tahu saya memang seorang yang cukup serius dan komited dalam soal agama, bangsa dan negara.

Selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, kenapa Anwar pilih untuk berhijrah dan menetap di AS ?

Ya, jelas bahawa AS merupakan pilihannya kerana dia cukup selesa dengan AS. Mengapa dia selesa dengan AS berbanding dengan negara-negara lain.

Juga jelas, bahawa dia punya ramai kawan-kawan di sana. Dan kawan-kawannya bukan kawan–kawan yang calang-calang, kawan yang punya posisi strategik dalam pentadbiran AS.

Kita semua sedia maklum, pemimpin-pemimpin AS yang punya posisi strategik kebanyakannya datang daripada kelompok Yahudi atau Zionis.

Sebab itu, langkah Anwar untuk berhijrah sementara ke AS bukan satu langkah yang biasa. Ianya merupakan salah satu daripada perencanaannya untuk merancang langkah-langkah yang seterusnya.

Dan untuk sambung semula persahabatan yang hampir terputus. Anwar sudah 7 tahun tidak bersama mereka, dia berada di dalam penjara. Jadi, mereka perlukan lebih banyak masa bersama Anwar untuk berbincang dan memperhalusi agenda dan gerakan.

Mungkin juga mereka memerlukan masa untuk benar-benar yakin bahawa Anwar masih seperti dulu, iaitu Anwar yang sanggup bekerja untuk mereka, demi kepentingan mereka.

Jadi, saya rasa, cara terbaik untuk mereka adalah menawarkan Anwar sebuah rumah banglo yang selesa, peluang pendidikan yang baik kepada anak-anak Anwar..kesemuanya, beberapa posisi dan jawatan yang ditawarkan mendapat imbuhan yang mahal.

Semuanya itu merupakan pakej yang istimewa. Saya rasa tidak ada seorang pemimpin dunia lain khususnya pemimpin Islam yang mendapat pakej istimewa seperti yang diperolehi Anwar setelah dia keluar daripada penjara.

Anwar pernah menjadi pensyarah di John Hopkins University, katanya atas bantuan Paul Wolfowitz. Begitu juga Konsultan Bank Dunia ketika Wolfowitz Presiden Bank Dunia. Seperti ada naungan Zionis ?

Ya, memang semua jawatan, posisi yang dipegang Anwar mempunyai perkaitan. Sama ada yang di US base, professor di John Hopkins, Georgetown University, juga di World Bank.

Malah hubungan di World Bank itu sebenarnya sudah bermula sejak Anwar di dalam penjara lagi.

Saya sendiri lihat bagaimana Pengerusi World Bank pada masa itu berhubungan secara langsung dengan Azmin Ali dan Wan Azizah.

Selepas Anwar keluar penjara, hubungan itu diteruskan dengan lebih kuat lagi
Maksudnya James Wolfenshon ?


Ya. James Wolfenshon. Posisi-posisi di United Kingdom juga. AccountAbility di UK dan beberapa lagifoundation.

Kesemuanya bagi saya adalah berkait di antara satu sama lain. Memang kalau kita kaji betul-betul perencanaan dan perancangan gerakan Zionis ini merupakan satu gerakan networking yang luar biasa, hebat.

Adakah Anwar sedar dia diperalatkan oleh Zionis ataupun Anwar sendiri merelakan dirinya diperalatkan ?

Ya, tentunya dia sedar. Dia bukan orang yang tidak cerdik. Dia cukup cerdik, sudah tentu dia sedar.

Bagi saya, itu adalah pilihannya. Hanya kerana semata-mata untuk mendapat dokongan dan pengaruh daripada kuasa asing untuk berhadapan dengan kerajaan dalam negara ini apabila dia sudah tidak lagi mendapat tempat dalam pemerintahan negara ini.

Jadi, manusia seperti Anwar ini, keseluruhan hidupnya hanyalah untuk menjadi Perdana Menteri dan dia sanggup melakukan apa sahaja.

Tentunya pihak Zionis suka kepada orang yang sebegini. Seorang yang mereka tahu apa hobinya. Mereka tahu apa cita-citanya dan mereka tahu orang ini sanggup berkompromi apa sahaja. Meletakkan agama, bangsa dan negaranya di belakang hobi, cita-cita dan masalah peribadinya.

Jadi, ia merupakan satu pasangan. Satu pakej yang cukup menarik, cukup serasi di antara Anwar dan pihak Zionis.

Wan Azizah dan inner circle PKR tahu Anwar terperangkap dalam jaringan Zionis ini ?

Melalui pengalaman saya, saya sendiri pada mulanya tidak dapat menghidu, sebab Anwar ini seorang pemain politik yang licik.

Persoalan-persoalan yang membabitkan Zionis ataupun kewangan, persoalan-persoalan yang membabitkan strategik yang lain, dia tidak akan babitkan ramai orang. Orang yang paling rapat, yang mungkin tahu hampir segala-galanya adalah Azmin Ali.

Azmin ?

Ya. Dan selepas Azmin, mungkin Wan Azizah dan saya rasa tidak ada pemimpin parti lain yang tahu apa sebenarnya berlaku di antara Anwar dan kelompok-kelompok Zionis ini.

Anwar pernah memegang jawatan di AS iaitu di Foundation For the Future. Boleh saudara jelaskan lanjut ?

Foundation For the Future (FFF) ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh pemerintahan George Bush. Kita tahu, dasar George Bush adalah untuk menghancurkan Iraq. Dan Wolfowitz adalah arkiteknya.

Setelah hancur Iraq pada tahun 2005..2006, mereka wujudkan Foundation For the Future yang telah diumumkan secara rasmi oleh Condolezza Rice sebagai Setiausaha Kementerian Luar, AS pada masa itu..di Bahrain.. kalau tidak silap saya.

Yayasan ini mendapat dana khusus daripada kerajaan AS. Objektifnya adalah untuk menjadi kaki tangan, mata-telinga kepada AS di tanah Arab. Maknanya untuk membawa kepentingan AS, kepentingan Zionis di tanah Arab.

Dan mereka pilih Anwar Ibrahim untuk mengetuai dan menjadi Pengerusi kepada FFF yang bukan mewakili kepentingan Arab tetapi mewakili kepentingan Zionis dan AS.

Yang kedua, tentang hubungan Wolfowitz dalam penubuhan FFF. Ini merupakan the brain chance Wolfowitz dengan Liz Cheney, anak Dick Cheney, Naib Presiden AS pada masa itu.

Anwar dipilih saya rasa atas satu sebab iaitu sebab Wolfowitz yang cukup percaya kepada Anwar. Betapa dekatnya hubungan Wolfowitz dan Anwar dalam konteks FFF ini, kita dapat lihat dalam skandal yang membabitkan Shaha Reza, seorang konsultan ataupun kakitangan World Bank.

Apabila Wolfowitz menjadi Pengerusi World Bank, dia mencetuskan satu skandal kerana melanggar etika peraturan World Bank dalam memberi imbuhan kepada Shaha Reza.

Jadi, untuk menyelamatkan Wolfowitz, Shaha Reza harus dikeluarkan daripada World Bank. Maka orang yang melaksanakan tugas ini adalah Anwar Ibrahim.

Ada bersama dengan saya ialah surat yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim sendiri yang bertarikh 1 Oktober 2006. Di mana di dalam surat ini yang ditandatangani Anwar Ibrahim ini, dia menulis surat kepada salah seorang pegawai utama World Bank untuk minta supaya Shaha Reza dipinjamkan dari World Bank ke FFF.

Dari sini sangat jelas bahawa Anwar sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan Wolfowitz. Dia sanggup untuk menutup skandal Wolfowitz di World Bank. Menggunakan posisi dia sebagai Pengerusi/Presiden FFF untuk demi kepentingan Wolfowitz.

Jadi, Anwar bekerja demi kepentingan Wolfowitz yang bekerja demi kepentingan Israel. Dan ia bukan sekadar membabitkan persoalan dasar, persoalan rasmi, seperti yang saya sebutkan tadi, tetapi dia juga sanggup melakukan perkara-perkara yang bersifat peribadi, untuk menyelamatkan Wolfowitz di World Bank.

Jadi, Anwar adalah seorang manusia yang jelas terbukti menjadi alat dan perkakas kepada Zionis dan Israel.

Adakah kewujudan surat yang ditandatangani Anwar itu sudah diketahui umum ?

Ya, saya rasa surat ini pernah menjadi lampiran dalam siasatan yang dilakukan terhadap Wolfowitz. Saya rasa, ia sudah diketahui umum tetapi mungkin agak terbatas di negara kita.

Tetapi di AS, dalam lingkungan World Bank, ianya bukanlah satu rahsia lagi. Malah di AS sebuah akhbar Washington Post, akhbar yang paling berpengaruh di AS, pernah menyebut tentang kes ini.

Ini salinan dari Washington Post, menyebut tentang kes Shaha Reza, disebut tentang surat ini. Surat yang ditulis oleh Anwar Ibrahim ini.

Saya bacakan sebahagian. Di sini ditulis, “A letter dated Oct. 1, 2006, from Anwar Ibrahim, the foundation’s chairman, to Robin Cleveland….”

Ini disebut oleh Washington Post. Jadi, saya rasa, Anwar tidak boleh bersembunyi lagi di balik dakwaan konspirasi, propaganda dan sebagainya. Sebab Washington Post bukan alat propaganda ataupun sebuah akhbar yang diterbitkan di Malaysia. Jadi bukan alat propaganda UMNO.

Dia boleh sebut Utusan Malaysia alat propaganda dan sebagainya tetapi ini Washington Post…

Anwar mungkin akan menafikan bahawa dia menulis surat ini kerana sebelum ini Anwar pernah mengatakan bahawa FFF ini tidak ada kaitan langsung dengan AS.

Ya, saya kenal Anwar, saya lama dengan dia. Saya tahu sangat bahawa dia tidak akan mengaku terhadap kesalahannya. Itu habit dia, itu Anwar. Itu perangai Anwar Ibrahim.
Paling penting, dia tidak akan mengaku kesalahannya.

Jadi, tentunya dia akan nafikan dan itu memang strategi seorang ahli politik yang licik menggunakan taktik nafi.

Tetapi yang saya tampilkan ini bukan kertas kosong, ianya membabitkan bukti jelas. Surat dan juga keratan akhbar, sebuah akhbar yang berpengaruh di AS.

Difahamkan, semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau pernah menggunakan IKD untuk bekerjasama dengan satu konsultan AS iaitu APPC di bawah pimpinan Douglas Paul, katanya juga seorang Zionis untuk menganjurkan Pasifik Dialog. Boleh saudara jelaskan lanjut ?

Pasifik Dialog ialah suatu inisiatif yang dimulakan oleh Anwar sendiri yang membabitkan ahli-ahli senat daripada AS. Pada masa itu diketuai oleh Bill (William) Cohen, kawan yang paling rapat dengan Anwar Ibrahim yang juga merupakan seorang Yahudi.

Cohen pernah menjadi Secretary of Defense, Menteri Pertahanan sebelum Wolfowitz menjawat jawatan itu. Jadi saudara dapat lihat, orang-orang yang menjadi kawan Anwar ini diletakkan di posisi yang strategik, yang menjadi Menteri Pertahanan AS.

Melalui APPC, sebuah badan lobi milik Douglas Paul,y ang dia gunakan untuk menganjurkan Pasifik Dialog itu dengan kerjasama ISIS Malaysia dan IKD.

Memang ketika itu kita tidak dapat lihat agenda tersembunyinya. We didn’t see hidden agenda. Bukan saya saja yang tak dapat lihat, malah Tun Dr. Mahathir sendiri Perdana Menteri Malaysia pada masa itu pun tidak nampak. Mereka cukup licik.

Sebab itu, persidangan ini dirasmikan oleh Perdana Menteri. Itulah liciknya mereka ini. Cara mereka bekerja, berselindung di sebalik orang lain dan sebagainya. Tetapi hakikat sebenarnya yang kita nampak lebih jelas sekarang ini, yang penting pada Anwar adalah hubungannya dengan Bill Cohen.

Paling penting untuk Anwar adalah menggunakan Pasifik Dialog ini untuk meluaskan pengaruh AS ataupun pengaruh Zionis ke rantau Asia sebab Pasifik Dialog membabitkan pemimpin-pemimpin Asia.

Jadi, pada saya ini adalah antara langkah agenda awalnya dalam mendekati kelompok-kelompok tertentu dalam kelompok Zionis di AS itu.

Adakah Anwar ketika itu memikirkan dia akan menjadi Perdana Menteri dan perlu imej yang baik di kaca mata Barat. Sebab itu dia mengadakan Dialog Pasifik. Begitukah maksudnya ?

Ya, masa itu memang seluruh dunia mengatakan dia adalah pengganti Dr. Mahathir. Malah Dr. Mahathir sendiri sudah umumkan dia akan menjadi penggantinya sebagai Perdana Menteri.

Memang itu antara persiapan awal dia untuk menjadi Perdana Menteri.

Tetapi saya rasa yang jauh lebih daripada itu adalah satu persiapan awal untuk meletakkannya sebagai seorang yang friendly parties kepada kelompok-kelompok Zionis dan Yahudi di AS.

Anwar mungkin berkata apa masalahnya berkawan dengan kawan-kawan Yahudi yang baik ?

Ya, kita tidak ada masalah untuk mempunyai hubungan dengan Yahudi yang baik.

Sebab itu dalam kes APCO baru-baru ini, yang membabitkan beberapa elemen Yahudi. Tetapi yang paling penting, yang kita kena faham, bahawa Anwar sampai hari ini tidak boleh membuktikan bahawa Yahudi-Yahudi di dalam APCO itu merupakan agen Zionis yang bekerja untuk kepentingan Israel.

Sampai hari ini dia tidak boleh buktikan. Tetapi, kita boleh membuktikan bahawa Yahudi yang bersama dengan Anwar adalah agen Zionis.

Wolfowitz, saya rasa kita tidak perlu bekerja keras untuk membuktikan bahawa dia memang agen Zionis. Dia adalah arkitek kepada perang Iraq. Arkitek pada satu perang yang dilakukan, yang dicipta untuk menjaga kepentingan Israel. Ini perang agenda Zionis dan kepalanya adalah Wolfowitz.

Dan Anwar pula berkawan dengan kepala Zionis yang memerangi Iraq atas kepentingan Israel yang mengorbankan ribuan nyawa orang-orang Islam di tanah Arab, di tanah Iraq khususnya.

Jadi, ianya bukan persoalan berhubung dengan orang Yahudi, tetapi persoalan bekerja ataupun menjadi alat atau perkakas untuk kepentingan Zionis dan Israel.

Jadi, jelas Anwar menjadi alat dan perkakas kepada Wolfowitz yang menjadi alat dan perkakas ataupun yang bergerak atas kepentingan Israel. Ini isunya.

Dan ini kita buktikan. Sebaliknya tuduhan Anwar, dia sendiri tidak dapat buktikan.
Saya ingin tegaskan, walaupun kita punya hubungan dengan APCO, tetapi hubungan kita dengan APCO untuk kepentingan kita, untuk kepentingan Malaysia.

Kita membayar mereka yuran sebagai lobi yang merupakan satu perkara biasa dalam dunia politik dan ekonomi masa kini khususnya yang membabitkan AS. Tidak ada negara ataupun mana-mana bussinesmanyang boleh tembus pasaran AS without US lobby.

Jadi kita engaged dengan APCO, tetapi kita bayar mereka untuk kepentingan siapa? Untuk kepentingan kita. Bukan untuk kepentingan Israel. Bukan untuk kepentingan APCO.
Tetapi Anwar Ibrahim bekerja dengan FFF, berkawan dengan Wolfowitz dan beberapa rakan yang lain, bukan untuk kepentingan Malaysia, tetapi untuk kepentingan Israel.

Untuk kepentingan Yahudi, untuk kepentingan Zionis.

Ini isunya dan ini persoalannya.

Saudara katakan tadi bahawa hubungan Anwar dengan Zionis ini sebenarnya sudah lama. Adakah bermaksud, sejak era reformasi, Al Gore sokong reformasi dan Madeline Albright mengunjungi Wan Azizah ?

Ya, ia suatu hubungan yang lama dan dalam. It is a long and deep relationship. Yang saudara sebut tadi, itu pertemuan-pertemuan yang diketahui umum. Banyak lagi pertemuan lain.

Rupert Murdoch khususnya, tidak ramai yang tahu. Tapi saya tahu ianya berlaku, semasa Anwar masih di dalam penjara.

Mungkin semasa Anwar di luar penjara semasa dia jadi TPM, dia sudah lakukan pertemuan-pertemuan sulit dengan mereka ini. Tetapi pada masa itu, saya tidak dekat dengannya.

Masa Anwar di dalam penjara, saya antara tokoh penting dalam parti dan perjuangan. Saya dapat tahu pertemuan Rupert Murdoch dengan Azmin Ali, Wan Azizah. Pertemuan George Soros dengan Wan Azizah dan Azmin Ali.

Dan banyak lagi pertemuan-pertemuan lain yang membabitkan tokoh-tokoh Zionis dan Yahudi yang berlaku. Ini tidak pernah diketahui umum. Malah tidak pernah dinyatakan pun kepada parti.

Bezanya, dalam kes APCO. Ianya satu perkara yang transparent, dibawa kepada kabinet. Diputuskan oleh kerajaan secara transparent.

Tetapi dalam pertemuan-pertemuan Anwar atau Wan Azizah, Azmin Ali dengan tokoh-tokoh Yahudi ini, kebanyakannya tidak pernah dilaporkan. Bukan sahaja kepada akhbar, tetapi tidak dilaporkan kepada parti itu sendiri.

Pemimpin-pemimpin parti yang lain tidak tahu. Persoalannya, mengapa ianya menjadi satu rahsia ?

Ini bagi saya, kerana ianya satu hubungan dan pertemuan yang bukan biasa. Yang istimewa dan membabitkan banyak perkara strategik.

Raja Petra Kamarudin pernah menuduh anda menerima duit daripada Soros ketika anda berkunjung ke AS. Adakah cerita ini benar ?

Tentunya tidak benar. Saya sehingga hari ini, semenjak saya lahir sampai ke hari ini, saya tak pernah jumpa George Soros ataupun mana-mana wakil beliau.

Betul, saya pernah pergi ke Washington, AS.

Betul, seperti yang Raja Petra sebut, saya pergi dengan Anuar Shaari dan dua orang lagi rakyat Malaysia yang Raja Petra tidak sebutkan.

Saya nak sebutkan di sini, ianya Azmin Ali dan Adlin. Azmin Ali adalah Setiausaha Sulit Anwar. Adlin Murtadza Zabri adalah Setiausaha Akhbar kepada Anwar satu ketika dulu.

Jadi, kami semua ini setiausaha-setiausaha yang pergi ke AS. Tetapi bukan untuk berjumpa George Soros.

Ini hebatnya Raja Petra ni, dia half truth. Selalunya perkara-perkara yang dia sebutkan adalah perkara yanghalf truth.

Saya dan Anuar Shaari betul ke AS. Tapi dia tak ceritakan sepenuhnya. Sepenuhnya bukan saya dengan Anuar Shaari sahaja. Ada lagi Azmin Ali dan Adlin.

Dan kami ke AS pada ketika itu adalah untuk berjumpa dengan ahli-ahli Kongres di Washington.

Saya yang mengetuai. Kebetulan saya kenal baik dengan Duta Cambodia di AS, Honourable Roland. Jadi, saya menumpangnya. Dia yang uruskan dan kita berjumpa dengan ahli-ahli Kongres di Washington. Tapi kita tidak jumpa Soros.

Yang berjumpa Soros ialah Azmin Ali dan Wan Azizah dalam lawatan lain yang diatur oleh Elizabeth Wong yang merupakan agen Soros di Malaysia.

Elizabeth Wong adalah penghubung antara George Soros dengan Malaysia, melalui NGOnya, SUARAM. Dia (Elizabeth) yang aturkan pertemuan.

Saya tahu tentang pertemuan tersebut, saya tahu sebab Wan Azizah yang menyatakan kepada saya. Mereka yang berjumpa, bukannya saya.

Pertemuan tersebut tidak pernah dinyatakan atau dibentangkan secara rasmi dalam mesyuarat parti. Jadi, saya tidak tahu apa yang berlaku. Sama ada, ada duit yang diberikan.

Sebab kalau jumpa Soros, orang akan tanya pasal duit, sebab Soros ni banyak duit. Sebelum orang tanya, saya nak beritahu, saya tidak tahu sebab tidak dilaporkan dan Wan Azizah tidak cerita bab duit. Memang dia tak pernah cerita bab duit dengan saya pun. Jadi, mungkin ada duit yang diberikan.

Kalau ikut Raja Petra $10 juta US yang diberikan kepada saya dan Anuar Shaari, tentunya itu tidak betul kerana saya tidak jumpa George Soros.

Mungkin $10 juta itu yang diberikan oleh Soros kepada Wan Azizah, Azmin dan Elizabeth Wong.

Saya minta penjelasan daripada mereka ataupun pihak-pihak yang berwajib minta penjelasan daripada mereka.

Itu hakikatnya dan jelas saya ingin tegaskan bahawa Raja Petra membuat fitnah terhadap saya dan Anuar Shaari.

Saudara sebut tadi Elizabeth Wong, SUARAM ada hubungan dengan George Soros. Adakah Anwar sendiri sebagai Penasihat Umum PKR ataupun orang yang dianggap sebagai figure antarabangsa juga mempunyai hubungan dengan Soros ?

Ya, saya yakin Anwar punya hubungan dengan George Soros.

Kita semua tahu bahawa Malaysiakini, satu web portal news di negara ini yang amat pro pada Anwar Ibrahim, dibiayai sebahagian besarnya oleh George Soros melalui beberapa foundation Soros.

Wan Azizah dan Azmin pernah adakan pertemuan dengan Soros di AS. Bukan semua orang boleh jumpa Soros. Bukan semua orang boleh dapat berjumpa dengan Soros.

Jadi, jelas di sini bahawa kebanyakan fund Soros itu digunakan untuk kepentingan Anwar.

Dan saya yakin tentunya ia ada hubung kait dengan hubungan Anwar dan Soros.

Anwar selalu disebut mempunyai dua orang godfather Zionis yang terkemuka. Pertama Paul Wolfowitz dan kedua Al Gore. Dan baru-baru ini, Anwar juga pergi ke London untuk bermesyuarat dengan syarikat Al Gore. Kenapa Anwar memilih tokoh-tokoh seperti ini sebagai kawannya ?

Saya rasa, hubungan awal Anwar dengan Al Gore ini berlaku semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Al Gore menjadi Naib Presiden AS. Itu hubungan rasmi.
Dan saya rasa, daripada hubungan rasmi itu maka terbentuklah hubungan tidak rasmi. Itu yang lebih penting.

Sebab itulah, walaupun kedua-duanya bukan lagi menjawat jawatan rasmi, Al Gore bukan lagi Naib Presiden AS, Anwar Ibrahim bukan lagi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tetapi hubungan mereka lebih akrab daripada semasa mereka ada jawatan rasmi.
Maknanya, hubungan mereka cukup istimewa.

Dan kita sedia maklum, Al Gore memang punya kepentingan dengan kelompok-kelompok Zionis dan Yahudi. Saya rasa, Al Gore banyak memainkan peranan selain daripada Wolfowitz.

Saya setuju, Al Gore antara tokoh di AS yang banyak memainkan peranan.

Selain itu, kita jangan lupa bahawa Anwar juga terlibat dengan International Crisis Group (ICG) yang didalangi beberapa tokoh Yahudi yang terkenal di dunia.

Kalau dahulu, tokoh-tokoh Zionis ini berkawan dengan Anwar kerana Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Selepas dibebaskan, Anwar tidak mempunyai apa-apa jawatan lagi. Dan sekarang Anwar hanya Ketua Pembangkang kerajaan Malaysia. Kenapa pihak Zionis masih mahu berkawan atau menjalin hubungan dengan Anwar. Apa istimewanya Anwar pada sisi mereka ?

Anwar menampilkan sosok ataupun satu imej yang mereka perlukan. Anwar seperti yang kita sedia maklum, berjaya menampilkan imej seorang Islamik yang moden yang punya hubungan rapat dan luas dengan tokoh-tokoh Islam di rantau ini dan dunia.

Itu imej yang dipamerkan. Sekarang kita tahu, bahawa itu hanya imej, Anwar yang sebenarnya bukannya itu. Anwar yang sebenarnya, orang yang sebaliknya.

Tetapi dari segi imej, masih ramai lagi yang percaya Anwar ialah seorang yang Islamik.

Kelompok Zionis memang perlukan orang sebegini. Seorang yang dilihat Islamik, tetapi pro mereka. Seorang yang dilihat Islamik, tetapi boleh bekerja untuk kepentingan mereka. Seorang yang dilihat Islamik, yang mewakili kelompok-kelompok Islam tetapi boleh menjaga kepentingan mereka.

Jadi, sebab itulah mereka terus bersama dengan Anwar dan akan cuba mempertahankan dia.

Kita lihat hari ini, semakin ramai kawan-kawan rapat Anwar, seperti saudara meninggalkan Anwar. Termasuk juga Dr Halili Rahmat, Zulkifli Noordin, Datuk Seri Zahrain Hashim dan lain-lain. Timbul satu persoalan, kenapakah mereka yang pernah rapat dan bekerja dengan Anwar ini meninggalkan Anwar ?

Kalau tanya Anwar, kita sudah dibeli. Dia akan kata, saya dapat RM2 juta. Zahrain dapat RM5 juta. Zulkifli Noordin saya tak tahulah dapat berapa juta pula.

Tetapi, apabila Dr. Halili yang keluar, saya rasa Anwar sudah habis modal untuk memfitnah atau mendakwa kami dibeli.

Sebab Dr. Halili bukan orang yang perlukan duit. Dr. Halili adalah seorang neuro surgeon, seorang pakar bedah dan saraf yang terkemuka di negara ini.

Dia pernah sebut pada saya, makan pun tak habis dah, duit konsultasi, fee dan gajinya sebagai pakar neuro sergeon.

Keduanya, dia bukan ahli politik. Dia tidak ada cita-cita politik. Dia pada awalnya dulu, hanya mahu membantu Anwar sebagai kawan ataupun doktor peribadi Anwar.

Jadi, apabila Dr. Halili membuat keputusan untuk keluar, tentunya ia bukan berasaskan wang ataupun kepentingan politik. Ianya berasaskan kepada sesuatu prinsip…prinsip kebenaran.

Jadi bagi saya, itulah yang sebenarnya.

Saya tinggalkan Anwar, saya ingin tegaskan sekali lagi walaupun saya telah tegaskan berkali-kali, ianya tidak membabitkan persoalan duit sama sekali.

Saya sudah bersumpah di seluruh negara pun bahawa ianya membabitkan persoalan prinsip saya sebagai seorang Islam, setelah saya tahu siapa Anwar. Haram bagi saya apatah lagi untuk menyokong atau mendokong orang seperti ini.

Jadi, itu prinsipnya saya keluar. Saya percaya, orang seperti Datuk Zahrain, Zulkifli Noordin…orang yang punya prinsip. Zul ini peguam dia. Banyak orang lupa tentang Zainur Zakaria, seorang lagi peguam dia.

Kedua-dua peguam Melayu yang punya prinsip, yang legal fraternity orang undang-undang pun tahu siapa Zainur, siapa Zulkifli Noordin. Malah, mereka telah buktikan mereka punya prinsip yang kental. Kedua-dua mereka telah tinggalkan Anwar.

Orang macam Dr. Halili, Dr. Chandra Muzaffar dan ramai lagi, kesemuanya membuat keputusan meninggalkan Anwar kerana mereka telah tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.
Dan kepada sesiapa yang tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan setelah mereka tahu, jika mereka ada prinsip atau semangat atau nilai Islam dalam diri mereka walaupun sekelumit, mereka tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan Anwar.

Saya ulangi sekali lagi, sesiapa pun setelah mereka tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan sekiranya di dalam diri dia ada sekelumit nilai agama, akidah dan nilai Islam, mereka tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan Anwar Ibrahim.

Kalau setelah mereka tahu, mereka masih bersama dengan Anwar, maknanya dalam diri mereka tidak ada akidah dan akhlak Islam sama sekali.

Ataupun mereka yang masih bersama Anwar, adalah kelompok yang masih tidak tahu.
Jadi nasihat saya kepada mereka, mereka kena ambil tahu. Mereka kena siasat kerana ini membabitkan pemimpin mereka. Ini membabitkan persoalan masa depan hidup mereka dalam dunia ini dan juga di akhirat nanti.

Dr. Halili ada mendedahkan bahawa dia adalah kawan baik Anwar sejak dari MCKK lagi dan juga doktor peribadi Anwar. Katanya, dia pernah merawat Anwar pada tahun 1994 kerana sakit belakang. Tapi Anwar dalam ceramah-ceramah mengatakan, dia sakit belakang kerana kes 1998 itu. Sudah ada perbezaan cerita tersebut.

Ya, memang banyak perkara yang berlakunya sebenarnya merupakan permainan persepsi. Anwar ialah seorang pemain politik yang cukup licik.

Saya sering menyatakan kepada teman-teman, kalau orang jual aiskrim di eskimo, tiada siapa yang nak beli. Tapi kalau Anwar jual, boleh laku aiskrim tu. Itulah hebatnya Anwar dalam permainan persepsi.

80 peratus daripada tindakan dan percakapan Anwar adalah berdasarkan kepada persepsi. Bertitik-tolak tentang persepsi, dan bukannya kebenaran. Hanya 20 peratus sahaja kebenaran.

Sebab itulah hari ini kita ditampilkan dengan kebenaran tentang sakit belakang oleh Dr. Halili.

Sebelum ini, kita dah tengok youtube, macam mana Anwar di dalam jel dan di luar jel beliau berlakon, arsenik dan sebagainya dan banyak lagi sebenarnya.

Bagaimana hari ini dia berkhutbah, besok dia boleh main tenis dengan seorang tauke judi. Hari ini dia baik dengan Sheikh Yusuf Qardhawi, besok dia boleh baik dengan Wolfowitz.

Hari ini dia bercakap satu hal Negara Islam dengan Pas, besok dia bercakap tentang negara sekular dengan DAP.

Inilah Anwar Ibrahim. Dari segi logiknya, kita tidak akan jumpa seorang manusia yang baik dengan seorang ulama besar, tapi dalam masa yang sama juga, baik dengan tokoh Zionis nombor satu dunia.

Tidak ada orang yang akan baik dengan kedua-dua tokoh ini. Sebab, ianya dalam dua dunia berbeza.

Sebab itu bagi saya, Anwar ini dua alam. Dia boleh hidup dalam alam ini dan dia boleh hidup dalam alam yang lagi satu. Inilah Anwar sebenarnya.

Manusia seperti ini, kita tidak boleh kita benarkan untuk memimpin negara kita.
Antara Sheikh Yusuf Qardhawi dengan Paul Wolfowitz, Anwar lebih baik dengan siapa ?


Bagi saya, Anwar baik dengan semua. Baik Wolfowitz dengan Qardhawi. Kalau nak kira rapat, dia lebih rapat dengan Dato Nallakarupan.

Nallakarupan itu, Anwar bermain tenis dengan dia, semasa Anwar menjadi TPM, setiap hari. Qardhawi dia tak jumpa setiap hari. Wolfowitz pun dia tak jumpa setiap hari. Tetapi dia berjumpa Nallakarupan setiap hari.

Nallakarupan pada masa itu adalah tauke judi, Pengarah Magnum Corporation. Tetapi hakikatnya begitulah. Anwar boleh rapat sekali dengan seorang tauke judi.

Jadi, kalau kita nak bangkitkan persoalan dia rapat dengan siapa, bagi saya, jelas Anwar tidak ada nilai, tidak ada prinsip dalam persahabatannya. Dia hanya gunakan semua network dan persahabatannya untuk kepentingannya sendiri.

Kalau waktu ini dia perlukan Qardhawi, sepertimana sekarang ini dia perlukan seorang ulamak untuk melindungi dia, dia akan jaja Qardhawi setiap malam.

Kalau suatu hari nanti dia perlukan Wolfowitz, atau pernah satu ketika dulu, dia jaja nama Wolfowitz seluruh Malaysia dalam kempen dia.

Satu hari dia perlukan orang seperti Nallakarupan untuk bermain ‘tenis’ dengannya tanpa diikuti oleh mana-mana bodyguard, itu hanya Dato’ Nalla saja boleh buat, sebabnya apa, itu kena tanya Dato’ Nalla, jadi, dia akan gunakan Nallakarupan.

Jika dia perlukan saya. Mungkin dengan ciri saya, ada keistimewaan saya dan kelebihan saya dalam beberapa perkara lain, dia gunakan saya. Begitu juga dengan sesiapa pun.

Anwar adalah seorang pemain politik yang licik, political animal. Betullah kata Datuk Seri Zahrain. He is a political animal.

Dia akan sanggup korbankan sesiapa sahaja termasuk ahli keluarganya untuk mencapai cita-cita politik. Ini kenyataan yang keluar daripada kawan baik dia sendiri yang bukan sekadar kawan baik tetapi telah membuktikan bagaimana hubungan dia dengan Anwar dan sanggup berkorban untuk Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, ketika dibebaskan pada 2004, rezekinya disekat untuk bekerja di Malaysia. Sebab itu beliau berhijrah ke AS. Tetapi sekarang, apabila sudah menjadi Ketua Pembangkang dengan elaun gaji sebagai Wakil Rakyat, Ahli Parlimen dan juga Ketua Pembangkang. Tetapi sampai ke hari ini, beliau masih lagi ke luar negara untuk berceramah dengan mendapat honorarium yang banyak. Apa sebenarnya. Adakah tidak cukup lagi dengan gaji sebagai Ahli parlimen dan Ketua Pembangkang. Mengapa masih perlu ke luar negara. Atau adakah ada agenda lain ?

Bagi saya, duit bukan perhitungan bagi Anwar lagi. Sebab dari sudut duit, dia sudah ada segala-galanya.

Segala pergerakan, keputusannya untuk berada sama ada di sini ataupun di negara lain di AS ianya bukan berasaskan kepada persoalan duit, tetapi berasaskan kepada persoalan politik.

Kalau orang yang boleh buat rumah setelah keluar penjara, rumah yang bernilai RM7 juta. Apakah duit menjadi persoalan ? Sudah tentu tidak.

Itu rumah yang kita tahu. Kita tak tahu lagi berapa banyak rumah-rumahnya di tempat-tempat lain. Jadi, kalau dia menyebut tentang persoalan rezekinya ditahan di sini, persoalan duit dan sebagainya, itu hanya permainan dia untuk menutup agenda sebenarnya.

Wasabi Oyabun..
Duit tidak pernah menjadi faktor kepada Anwar sebab dia ada segala-galanya. Dia sudah cukup, lebih daripada cukup dari segi duit.
Pergerakannya adalah atas agenda politik dan saya yakin ianya atas agenda kepentingan politik Zionis.
Maksudnya Anwar banyak duit. Simpanannya lebih daripada cukup ?
Kalau orang boleh buat rumah RM7 juta, tentunya dia banyak duit. Kalau tidak macam mana dia boleh buat rumah RM7 juta.
Kalau hartanya RM7 juta pun, dia tidak akan menghabiskan hartanya semata-mata untuk membuat rumah RM7 juta. Maknanya, dia ada lebih banyak daripada itu.
Hakikatnya dia boleh membuat satu mahligia berharga RM7 juta. Maknanya dia memang cukup mewah.

Sabtu, 23 Jun 2012

Panas...!!! Anwar elak jawab Ummi?



Wanita misteri yang dicari Anwar!

Anwar Ibrahim mengelak untuk menjawab dakwaan Ummi Hafilda Ali mengenai seorang wanita misteri yang dikaitkan dengan bukti baru bagi menyokong tuduhan bahawa Ketua Pembangkang itu memiliki akaun luar biasa berjumlah RM3 bilion.

Ketika diajukan soalan mengenai perkara itu oleh wartawan Utusan Malaysia, Anwar seperti biasa berdolak-dalik dengan bertanya: "You (anda) dari mana? Utusan Malaysia? Utusan Malaysia hendak tanya saya? Tiada standard".

Kumpulan pemberita yang masih menanti jawapan daripada Anwar bagaimanapun hampa apabila Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan nada sedikit berang terus memperlekehkan persoalan yang diajukan.

"You tidak layak tanya soalan. Jangan jadi perkakas. Dia orang tak apalah," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutup Konvensyen Keadilan Perak di Dewan Chin Woo di sini hari ini.

Wasabi Oyabun..

Jumaat, 22 Jun 2012

PKR Selangor Semakin Bergolak...!!!




Perkembangan terkini krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor yang mula panas sejak pertengahan bulan ini bagaikan sampai kemuncaknya.

Ini apabila Pengarah Strategik PKR Pusat, Rafizi Ramli mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor seperti yang ditulis dalam laman sosial, Twitternya hari ini.

Walaupun memberi alasan langkah itu bertujuan untuk berehat namun secara tidak langsung sebagai reaksi protes terhadap pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah lama berkrisis dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Tindakan Rafizi terjadi hanya dua hari selepas Abdul Khalid mengeluarkan kenyataan mempertahankan Faekah yang dikatakan menghadapi tekanan meletakkan jawatan daripada penyokong Azmin.

Melalui laman Twitternya, Rafizi menyatakan, beliau telah menghantar notis peletakan jawatan tersebut dan menyerahkan sebarang pertanyaan mengenai ekonomi negeri dan lain-lain kepada kerajaan negeri.

“Letak jawatan proses biasa. Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di kerajaan negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah," katanya ketika menjelaskan mengapa beliau melepaskan jawatan secara mengejut.



Dalam pada itu, Rafizi yang dilihat antara penyokong kuat Azmin cuba menafikan tindakan drastik beliau tersebut mempunyai kaitan dengan krisis dalaman yang sedang melanda PKR Selangor.

Alasan Rafizi, beliau tidak pernah kekal lebih daripada dua tahun dalam satu-satu jawatan yang disandangnya dan ia tiada kaitan langsung dengan dimensi politik di Selangor.

Pada 2010, Azmin juga membuat keputusan serupa apabila meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dipercayai sebagai protes terhadap pelantikan Faekah.

Ketika itu, tindakan tersebut dilihat sebagai protes terhadap pelantikan Faekah sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia yang dikatakan menyebelahi kem Azmin.

Kelmarin, Abdul Khalid dalam cubaan mempertahan orang kanannya itu menyifatkan Faekah telah melakukan kerja dengan baik dan komited sekali gus, menepis dakwaan kononnya setiausaha politiknya itu cuba mengawal menteri besar.



Sejak dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar, hasil sokongan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 2010, Faekah menjadi sasaran tuduhan bahawa beliau terlalu berkuasa dan mempunyai pengaruh luar biasa di atas keputusan-keputusan kerajaan negeri.

Beliau didakwa penghalang kepada program-program yang ingin dilaksanakan oleh parti di Selangor sehingga wakil rakyat PKR bimbang ia menjejaskan peluang parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Difahamkan, usaha kepimpinan PKR untuk menasihatkan agar Abdul Khalid membataskan tindakan Faekah daripada campur tangan urusan parti tidak berjaya. Abdul Khalid turut melantik Faekah menyertai sebuah jawatankuasa mengendalikan geran RM300 juta untuk program Selangorku.

Faekah sebelum ini dikatakan menjadi sasaran beberapa pemimpin PKR negeri yang tidak berpuas hati dengan beliau.

Termasuklah desakan yang pernah dibuat oleh Azmin supaya Faekah dipecat, manakala Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin pernah menyifatkan Setiausaha Politik Menteri Besar itu sebagai ‘celupar’ dan tidak mengenang budi mempersoalkan tentang kewibawaan Azmin yang dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 18 Jun 2012

Anwar mula kepanasan : Murad sahkan akuan bersumpah?



Setelah sekian lama membisu berhubung isu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk semasa menjadi Menteri Kewangan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid tampil mengesahkan akuan berkanun yang dibuat beliau 13 tahun lalu adalah benar.

Abdul Murad yang selama ini didesak pelbagai pihak supaya tampil menjelaskan perkara tersebut selepas didedahkan media berkata, beliau memang membuat akuan berkanun pada 1999 berhubung pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion membabitkan Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pada masa sama, beliau yang dalam akuan berkanunnya mengakui membayar lebih RM120 juta kepada kroni dan organisasi tertentu atas arahan Anwar memberitahu, bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika dikehendaki.

"Saya dengan ini mengesahkan ada membuat akuan bersumpah pada 1999 berhubung pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion yang saya percaya melibatkan Anwar. Saya juga telah memberi keterangan yang diminta pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.



Isu Anwar mengawal 20 akaun induk dengan menggunakan kroni-kroninya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kembali hangat selepas ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mengesahkan abangnya yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali memiliki kekayaan luar biasa berjumlah RM30 juta.

Kekayaan Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin dipercayai ada kaitan dengan Anwar kerana ketika tahun 90-an iaitu semasa menjadi Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri, beliau yang bergaji RM2,442 sebulan sudah memiliki aset bernilai jutaan ringgit sehingga disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Malah, Abdul Murad sendiri dalam akuan berkanunnya itu secara jelas mengaitkan nama Shamsidar apabila mendakwa isteri Azmin tersebut dibayar gaji lumayan dan disediakan sebuah kereta lengkap dengan pemandu walaupun pada kebanyakan masa wanita itu tidak perlu ke tempat kerja.

Dalam akuan berkanun sama juga, beliau mendakwa Anwar telah mengarahkannya melaksanakan eksesais korporat yang memihak kepada kawan-kawan dan kroni serta membersihkan hutang mereka dengan menggunakan keuntungan daripada rundingan menggunakan pengaruh Bank Negara Malaysia (BNM).

Antaranya, dakwa Abdul Murad, eksesais korporat melibatkan pengambilalihan Sikap Power, pemegang konsesi Projek Kuasa Bebas (IPP) di Lumut, Perak yang dijual kepada Malaysia Resources Corporation Bhd. (MRCB) atas arahan Anwar sebelum menyuntik konsesi itu ke dalam Malakof Berhad.

Sementara itu Ummi hargai jasa Murad rungkai tanda tanya!

Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali yakin pengakuan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid berhubung akuan berkanun 20 akaun induk yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah atas dasar pengorbanannya untuk negara, agama dan bangsa.

Beliau berkata, tindakan Abdul Murad itu pastinya akan lebih memudahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.

"Bagi saya, bukan mudah untuk Abdul Murad yang pernah memegang jawatan penting satu ketika dahulu bertindak membuka pekung di dada, apatah lagi perkara ini melibatkan etika kerjayanya.

"Kita tidak boleh terus menyalahkan beliau, ia tidak adil kerana mengenali Anwar, kemungkinan sewaktu itu, Abdul Murad menerima pelbagai ancaman berbanding hari ini beliau lebih selesa menceritakan perkara sebenar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Abdul Murad hari ini mengesahkan beliau ada membuat akuan berkanun pada 1999 berhubung pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion yang dipercayai melibatkan Anwar yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri selain bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Ummi Hafilda pula kelmarin, menyerahkan bukti baru berkaitan pemilikan 20 akaun itu serta bukti berkenaan kekayaan luar biasa Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali kepada SPRM.

Menurut Ummi Hafilda, rakyat Malaysia sepatutnya menghargai jasa Abdul Murad itu apabila beliau dilihat benar-benar bersedia merungkai satu tanda tanya yang sepatutnya diketahui oleh rakyat selama ini.

Katanya, bagi rakyat yang mungkin masih tertanya-tanya kebenaran berhubung perkara itu perlu memberi lebih perhatian kerana apa yang dilakukan Abdul Murad merupakan satu pengorbanan besar.

"Saya percaya dalam usianya sekarang, Abdul Murad lebih matang dan bertanggungjawab menceritakan kebenaran. Mungkin dahulu, beliau muda dan mudah terpengaruh tetapi hari ini beliau telah sedar siapa yang perlu diutamakan iaitu rakyat," katanya.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 17 Jun 2012

Adakah Forum Air Selangor Forum Syok Sendiri Tanpa Syabas?




Kerajaan negeri Selangor menganjurkan Forum Air Selangor minggu lepas bagi memberikan penjelasan kepada orang ramai tentang situasi air di negeri ini berikutan perbalahan media yang tidak berkesudahan antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat dan operator air di negeri ini.

Dalam kenyataan MB Selangor sebelum forum tersebut mengatakan bahawa pihak Syabas akan dijemput jika ianya relevan. Satu kenyataan yang sungguh pelik kerana selaku pemain utama dalam industri air di negeri Selangor, MB masih tidak jelas sama ada Syabas mahupun syarikat yang merawat air itu relevan atau tidak khususnya untuk membincangkan isu air.

Di mana rasionalnya kenyataan tersebut? Kalau mereka yang terlibat dalam industri air tidak ada dalam forum sepenting ini, di mana kewibawaan dan kredibiliti forum tersebut?

Atau lebih kepada forum syok sendiri supaya mendapat publisiti murahan untuk mengaburi mata rakyat Selangor. Apa bezanya forum ini dengan kenyataan media yang selalu dibuat oleh MB jika ia bukan terbuka untuk berbincang dan membahaskan maklumat tepat berhubung isu ini? Sekali lagi MB bermain politik dalam isu ini kerana mengelirukan rakyat Selangor dan pengguna.

Forum tersebut juga dikatakan akan mencari penyelesaian terbaik bagi menghadapi krisis kekurangan bekalan air secara menyeluruh. Bukankah penyelesaian terbaik adalah dengan menjemput kesemua operator air yang terlibat kerana mereka mempunyai data dan maklumat lengkap berkenaan status pembekalan dan permintaan air terkini.

Dengan cara ini, forum yang diadakan menjadi seimbang kerana semua pihak yang terlibat lebih memahami bidang tugas mereka dan dalam masa yang sama akan turut memberikan buah fikiran untuk menangani isu ini dengan lebih berkesan.



Forum ini juga sepatutnya menjadi satu platform untuk mencari penyelesaian jangka panjang, dan segala data dan maklumat yang diperoleh dari pihak yang terlibat dijadikan rujukan kerajaan negeri dalam merangka pembangunan mampan sebagaimana yang diuar- uarkan mereka.

Tambahan pula, negeri Selangor, khususnya peserta forum ini rata-rata merupakan ketua industri di Selangor dan mereka yang terlibat dalam industri besar, dan sederhana, maka wajarlah jika maklumat yang disampaikan itu mempunyai kredibiliti dan tepat.

Kerajaan negeri tidak sepatutnya menolak kewibawaan pihak yang bernaung di bawah industri pembekalan air kerana jika mereka disisihkan, forum yang dibincangkan hanya berat sebelah kepada satu perkara sahaja.

Harap penganjur forum dan kerajaan negeri bersikap neutral jika ingin benar-benar menyelesaikan isu bekalan air di Selangor dan sekali gus mengelakkan krisis bekalan air benar-benar terjadi.

Namun apa yang berlaku adalah tiada keputusan kukuh yang diumumkan semasa forum tersebut selain hanya bercadang untuk meneliti setiap cadangan yang ada. Hakikatnya kita semakin kesuntukan masa. Fikir-fikirkanlah..!!!

Wasabi Oyabun