Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Jumaat, 22 Jun 2012

PKR Selangor Semakin Bergolak...!!!




Perkembangan terkini krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor yang mula panas sejak pertengahan bulan ini bagaikan sampai kemuncaknya.

Ini apabila Pengarah Strategik PKR Pusat, Rafizi Ramli mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor seperti yang ditulis dalam laman sosial, Twitternya hari ini.

Walaupun memberi alasan langkah itu bertujuan untuk berehat namun secara tidak langsung sebagai reaksi protes terhadap pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah lama berkrisis dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Tindakan Rafizi terjadi hanya dua hari selepas Abdul Khalid mengeluarkan kenyataan mempertahankan Faekah yang dikatakan menghadapi tekanan meletakkan jawatan daripada penyokong Azmin.

Melalui laman Twitternya, Rafizi menyatakan, beliau telah menghantar notis peletakan jawatan tersebut dan menyerahkan sebarang pertanyaan mengenai ekonomi negeri dan lain-lain kepada kerajaan negeri.

“Letak jawatan proses biasa. Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di kerajaan negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah," katanya ketika menjelaskan mengapa beliau melepaskan jawatan secara mengejut.



Dalam pada itu, Rafizi yang dilihat antara penyokong kuat Azmin cuba menafikan tindakan drastik beliau tersebut mempunyai kaitan dengan krisis dalaman yang sedang melanda PKR Selangor.

Alasan Rafizi, beliau tidak pernah kekal lebih daripada dua tahun dalam satu-satu jawatan yang disandangnya dan ia tiada kaitan langsung dengan dimensi politik di Selangor.

Pada 2010, Azmin juga membuat keputusan serupa apabila meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dipercayai sebagai protes terhadap pelantikan Faekah.

Ketika itu, tindakan tersebut dilihat sebagai protes terhadap pelantikan Faekah sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia yang dikatakan menyebelahi kem Azmin.

Kelmarin, Abdul Khalid dalam cubaan mempertahan orang kanannya itu menyifatkan Faekah telah melakukan kerja dengan baik dan komited sekali gus, menepis dakwaan kononnya setiausaha politiknya itu cuba mengawal menteri besar.



Sejak dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar, hasil sokongan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 2010, Faekah menjadi sasaran tuduhan bahawa beliau terlalu berkuasa dan mempunyai pengaruh luar biasa di atas keputusan-keputusan kerajaan negeri.

Beliau didakwa penghalang kepada program-program yang ingin dilaksanakan oleh parti di Selangor sehingga wakil rakyat PKR bimbang ia menjejaskan peluang parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Difahamkan, usaha kepimpinan PKR untuk menasihatkan agar Abdul Khalid membataskan tindakan Faekah daripada campur tangan urusan parti tidak berjaya. Abdul Khalid turut melantik Faekah menyertai sebuah jawatankuasa mengendalikan geran RM300 juta untuk program Selangorku.

Faekah sebelum ini dikatakan menjadi sasaran beberapa pemimpin PKR negeri yang tidak berpuas hati dengan beliau.

Termasuklah desakan yang pernah dibuat oleh Azmin supaya Faekah dipecat, manakala Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin pernah menyifatkan Setiausaha Politik Menteri Besar itu sebagai ‘celupar’ dan tidak mengenang budi mempersoalkan tentang kewibawaan Azmin yang dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR.

Wasabi Oyabun..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan