Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Ahad, 27 Februari 2011

PRK DUN Merlimau : Benarkah calon PAS Merlimau tipu taraf pendidikan!

Kalau di PRK DUN Kerdau PAS mempertikaikan taraf pendidikan calon BN iaitu Syed Ibrahim, di Merlimau juga apa kurangnya! Sila klik di sini.

Demi untuk menandingi taraf pendidikan calon BN di PRK merlimau, calon PAS, Yuhaizad Abdullah yang hanya memiliki pendidikan peringkat SPM telah menipu kononnya dia memiliki DIPLOMA dalam jurusan tasawwur Islam tanpa mengemukakan dari IPT manakah dia memperolehi Diploma tersebut.

Sijil kemahiran MARA kejuruteraan mekanikal juga satu penipuan memandangkan tiada bukti jelas dari IKM cawangan manakah dia dianugerahkan sijil tersebut.

Dikhabarkan, kebanyakan ahli PAS yang memiliki tahap pendidikan rendah dan memerlukan kelulusan sekurang-kurangnya peringkat Diploma untuk sesuatu urusan, akan mendapat 'Diploma segera' dari sebuah akademi yang ditubuhkan PAS untuk tujuan ini.

Sekarang lubang telah pecah, rupa-rupanya PAS ada akademi sendiri untuk ahli-ahli mereka dapat Diploma. Yang lebih mengejutkan lagi akademi tersebut hanya untuk ahli-ahli PAS sahaja. Tak tahulah sudah berapa ramai ahli-ahli PAS yang telah dapat 'diploma' dari akademi tersebut. Untuk melihat kewujudan akademi tersebut...sila ke link ini : Akedemi Ar Rasyidin.

Sekurang-kurangnya calon BN di Kerdau sudahpun membuktikan beliau adalah lulusan dari Universiti Al-Azhar, jadi bagaimana pula dengan calon PAS di Merlimau ini. Sudah bersediakah untuk memberikan bukti-bukti yang kukuh kepada rakyat?

Di harap pihak berkuasa dapat menyiasat dengan segera Akedemi Tasawwur Islam seperti yang disebut diatas. Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Tindakan pantas polis elak demonstrasi Hindraf merebak!

Apa sahaja demonstrasi haram yang menyusahkan rakyat wajar dihapuskan. Untuk itu, mencantas pihak yang membuat pelan dan pihak yang menghasut orang ramai menyertai demonstrasi haram wajar dilakukan dan diteruskan dari semasa ke semasa.

Ini kerana tanpa 'arahan' diterima daripada pemimpin, maka ahli tidak berani melakukan sesuatu termasuk menyertai demonstrasi haram.

Sehubungan itu, pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan awam tidak perlu tunduk kepada desakan pemimpin tertentu yang perjuangan mereka hakikatnya bukan untuk kaum yang diwakili, sebaliknya demi kepentingan peribadi atau menjadi alat politik pihak tertentu.

Membiarkan pemimpin sesebuah kumpulan haram seperti Hindraf bermaharajalela, mencabar undang-undang dan peraturan negara akan merosakkan keharmonian dan perpaduan kaum yang kita kecapi sejak zaman merdeka lagi.

Jika diberi pilihan iaitu di antara kumpulan ekstrem yang tidak tentu hala perjuangannya dengan keselamatan serta keharmonian hidup bermasyarakat, tentulah semua pihak yang waras dan berakal akan memilih untuk menjalani kehidupan dalam suasana harmoni, aman dan damai. Ia menjadi pilihan kerana kita tidak mahu berasa takut untuk keluar rumah menjalani kehidupan biasa.

Membiarkan pemimpin bertindak sesuka hati sehingga menjejaskan keselamatan negara boleh diumpamakan membiarkan kudis buta merebak menjadi nanah yang membusuk. Justeru itu, tindakan menahan lapan pemimpin kanan Hindraf dan 109 yang lain merupakan satu tindakan yang bijak. Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 45(1) Akta Pertubuhan 1966 kerana dipercayai menganjurkan perhimpunan haram.

Kita berpendapat, sebelum kudis buta bernanah dan membusuk yang mana keadaan itu pasti menimbulkan kurang senang majoriti penduduk, maka wajarlah mereka-mereka itu ditahan untuk dirawat, diubati dan dipulihkan agar tidak melakukan perbuatan sama di kemudian hari kelak.

Apa yang boleh disimpulkan adalah tindakan pantas pihak polis yang berjaya mengawal demonstrasi dengan menahan pihak perancang terlebih dahulu adalah satu tindakan bijak yang wajar dipuji. Strategi itu yang digabungkan pula dengan penutupan jalan raya dengan mengadakan sekatan di laluan utama masuk ke pusat bandar raya berjaya mengagalkan demonstrasi haram tersebut.

Hakikatnya, tindakan polis itu direstui oleh orang ramai yang bencikan huru-hara yang dicetuskan oleh Hindraf sejak dahulu lagi. Ini kerana isu yang diperjuangkannya bukan untuk kebaikan kaum India yang diwakilinya, malah lebih kepada kepentingan politik individu tertentu. Sebab itulah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di negara ini juga membantah penganjuran demonstrasi haram itu dengan menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertainya.

Yang pasti, penahanan itu wajar dilakukan kerana pihak penganjur berdegil meneruskan rancangan mereka, walaupun menyedari pihak polis tidak mengeluarkan permit. Bayangkan jika semua pihak mahu melakukan sesuka hati tanpa menghiraukan amaran polis dan peraturan serta undang-undang negara.

Jika tidak diambil tindakan, dibimbangi pula ia akan menjadi ikutan kumpulan ekstrem lain yang nampaknya semakin berani mengeluarkan kenyataan ikut sedap mulut tanpa memikirkan kesannya. Tahniah kepada pihak polis yang berjaya menggagalkan demonstrasi haram tersebut.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 24 Februari 2011

Mungkin ada yang tahu punca kematian Beng Hock?

Tindakan Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo menarik diri daripada menyertai prosiding Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock menunjukkan para pemimpin DAP seperti mengetahui kejadian sebenar yang menimpa bekas setiausaha politik Exco Selangor itu.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, jika mereka tidak tahu, sudah pasti Karpal dan Gobind akan bersama-sama membantu suruhanjaya tersebut mencari kebenaran terutama mencari punca sebenar kematian mendiang.

“Saya ada maklumat yang mengatakan Karpal dan Gobind serta pemimpin-pemimpin DAP yang lain mengetahui kejadian sebenar yang berlaku ke atas Beng Hock. Maklumat ini, saya peroleh daripada sumber dalaman DAP sendiri.

“Atas sebab itu Karpal dan Gobind mengambil keputusan menarik diri. Maklumat ini saya difahamkan masih belum diketahui oleh keluarga mendiang,’’ katanya di pejabat konsensus bebas di sini hari ini.

Beliau mengulas penarikan diri Karpal dan Gobind sebagai peguam keluarga mendiang daripada menyertai prosiding Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock pada 16 Februari lalu.

Karpal memaklumkan pendirian itu selepas permohonan pihaknya agar Tan Sri James Foong Cheng Yuen menarik diri sebagai pengerusi suruhanjaya serta permohonan penangguhan prosiding ditolak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas isu tersebut berkata, pemulauan terhadap prosiding suruhanjaya berkenaan sebagai satu agenda politik bagi tujuan menjadikannya isu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang.

Sementara itu, Choo Keong meminta semua pihak sedar bahawa dalam kes Beng Hock ia bukan sahaja melibatkan kepentingan keluarga mendiang malah membabitkan kepentingan rakyat secara keseluruhan.

“Matlamat penubuhan suruhanjaya ini sudah cukup jelas iaitu selain mencari punca sebenar kematian Beng Hock mereka juga melihat secara terperinci cara penyiasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Inilah ditunggu-tunggu oleh rakyat kerana kes Beng Hock melibatkan SPRM. Adakah benar SPRM turut terbabit dalam isu kematian tersebut? Inilah peranan suruhanjaya, mereka mahu mencari kebenaran,’’ katanya.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 22 Februari 2011

Difitnah Hindraf : Perkasa buat laporan polis!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyangkal tuduhan Hindraf yang mendakwa mereka akan menimbulkan kekecohan ketika demonstrasi tanpa permit yang akan diadakan pertubuhan haram itu di ibu negara pada Ahad depan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang berang dengan dakwaan itu berkata, tindakan Hindraf menyebarkan fitnah menerusi e-mel adalah salah satu cara untuk menimbulkan ketegangan dan juga kekecohan serta dengan niat untuk memburukkan negara.

Beliau yang ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi hari ini memberitahu, laporan itu dibuat selepas beliau membaca satu kiriman e-mel yang dihantar oleh srihero@gmail.com yang didakwanya pengerusi pertubuhan haram itu iaitu P. Waytha Moorthy.

Menurut Ibrahim, e-mel tersebut dihantar kepada 21 penerima terdiri daripada wakil pertubuhan hak asasi manusia di seluruh dunia termasuk Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara.

“Kiriman e-mel itu menuduh Perkasa merupakan alat kepada UMNO untuk menimbulkan huru-hara pada demonstrasi haram yang akan diadakan oleh Hindraf di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sehingga ke Jalan Dang Wangi.

“Perkasa menentang sekeras-kerasnya tindakan Hindraf itu yang dilihat sebagai perosak negara dan pengecut kerana pengerusi pertubuhan haram itu sudah melarikan diri ke luar negara dan tidak mahu bersemuka.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa Perkasa tiada kena mengena dengan UMNO. Perkasa adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan tidak pernah menganjurkan perhimpunan yang melanggar undang-undang apatah lagi menganjurkan perhimpunan jalanan yang melampau,” tegasnya kepada pemberita.

Ibrahim turut menggesa polis agar mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat menganjurkan demonstrasi haram pada hujung minggu ini.

“Saya membuat laporan polis ini kerana merasakan tanggungjawab saya sebagai seorang yang cintakan negara saya dan inginkan kesejahteraan serta keamanan,” katanya.

Wasabi Oyabun..

Isnin, 21 Februari 2011

Bertindak betulkan fahaman serong pluralisme!

Fahaman pluralisme agama membawa maksud semua agama adalah sama dan benar. Namun hakikatnya Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain kerana agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam.

Kini pemikiran golongan moderate mendakwa semua bidang bersangkutan dengan hak asasi hidup adalah sama termasuk agama. Dengan mudah kepelbagaian agama dianggap sama dan semua agama adalah sama.

Menggunakan konsep toleransi dalam agama dan mengajak masyarakat hidup dalam harmoni dan saling hormat-menghormati, maka yang ditekankan dalam pemikiran ialah semua agama di negara ini adalah sama.

Salah seorang pemimpin politik beragama Islam di negara ini yang sering membawa mesej fahaman pluralisme agama ialah Anwar Ibrahim.

Ternyata dalam mesej bekas pemimpin utama Angkatan Belia Islam itu kepada rakan twitternya, Anwar mempertahankan fahaman pluralisme agama. Walaupun sebelum ini Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi ingatan bahawa ia merupakan ancaman baru bagi umat Islam di negara ini.

Kita boleh faham kenapa Anwar mempertahankannya. Beliau ingin menggunakan fahaman pluralisme agama sebagai senjata untuk menarik sokongan orang bukan Islam kepadanya.

Anwar pernah mempertikaikan kedudukan Islam dan orang Melayu seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tidak salah untuk menarik pengundi bukan Islam untuk menyokong mana-mana parti tetapi bukan dengan cara mempermainkan agama. Perbuatan ini satu kesalahan yang amat besar kerana ia melibatkan soal akidah.

Konsep pluralisme agama ini juga sama sahaja tahap bahayanya dengan ajaran sesat, kerana ia menyerang umat Islam secara individu dengan menggoyahkan keyakinan, keimanan dan kefahaman terhadap kesucian agama Islam.

Paling menyedihkan serangan sebegini boleh mendorong umat Islam menjadi murtad tanpa mereka sendiri sedari. Amat berbahaya jika akidah umat Islam sudah terpesong dan rosak akibat fahaman itu. Jadi fahaman ini harus ditolak. Perkara-perkara melibatkan akidah seperti ini mesti kita betulkan. Kita boleh hormat agama lain tetapi jangan samakan Islam dengan agama lain.

Sebab itu bagi mengekang pengaruhnya para ulama, guru-guru agama, pihak berkuasa agama termasuk Jakim, Yadim, IKIM, jabatan dan majlis agama Islam negeri-negeri kena memantau dan menyedarkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan fahaman itu.

Jika tindakan tidak diambil dari sekarang, ia boleh merebak lebih besar. Apatah lagi fahaman ini boleh mengeliru dan menyesatkan umat Islam. Sesungguhnya tidak ada umat Islam Malaysia yang tergamak membiarkan agama suci ini rosak akibat wujudnya pemimpin-pemimpin yang seperti ini.

Kepada Anwar, bertaubatlah dan segera kembali ke pangkal jalan. Usah terlalu mengikut nafsu mahu mencapai matlamat politik. Anwar patut kembali mengamalkan ajaran Islam sebenar dan tidak perlu mengambil mana-mana fahaman lain untuk berpolitik.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 20 Februari 2011

Skandal MBI Selangor salahguna wang rakyat : Dokumen didedahkan!


Faekah Husin, Setpol MB Kalid telah mencabar UMNO Selangor didalam Portal MalaysiaKini untuk membuktikan dakwaan bahawa kerajaan negeri selangor telah menyalahgunakan wang rakyat sebanyak RM80,500!

Perbelanjaan itu dikeluarkan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi membayar tempahan 100 bilik perwakilan PKR seluruh negara di sebuah hotel di Petaling Jaya ketika kongres itu diadakan.

Yang jelas sekarang adalah pencurian dan rompakan harta rakyat di Selangor bukan lagi dilakukan secara tersorok seperti kes curi pasir di negeri itu dahulu, ia kini dilakukan secara terang-terangan tanpa rasa bersalah oleh kerajaan negeri.

Pembiayaan penginapan perwakilan pada Kongres PKR ketujuh tahun lepas merupakan satu jenayah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh PKR Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berikut adalah dokumen asal tempahan 100 bilik hotel sepertimana yang diminta buktinya oleh Faekah Husin, Setpol MB Khalid!



Tempahan dan pembayaran 100 bilik hotel di Petaling Jaya oleh MBI pada 25 hingga 29 November tahun lalu merupakan bukti jelas terhadap salah guna kuasa dan penyelewengan oleh Menteri Besar.

Dokumen sudah dikeluarkan dan kita desak agar SPRM dapat lakukan siasatan dengan seberapa segera terhadap MB Khalid!

Sumber : GAP

Wasabi Oyabun

Khamis, 17 Februari 2011

Anwar berhadapan 19 bukti!

Bulu kemaluan, dua helai seluar dalam, sebidang permaidani dan cadar tilam antara 19 barang kes yang dikenal pasti oleh seorang ahli kimia pada perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Barang-barang kes yang disahkan satu persatu oleh Dr. Seah Lay Hong telah dihantar kepadanya oleh pihak polis untuk pemeriksaan termasuk yang dikemukakan semasa pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan memberi keterangan di mahkamah setahun lalu.

Menurut Lay Hong, 52, yang merupakan Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik, Jabatan Kimia, beliau menerima barang-barang itu daripada Deputi Supritendan Jude Blacious Pereira (kini Supritendan) sebanyak dua kali iaitu pada 30 Jun dan 1 Julai 2008.

Saksi pendakwa kelima itu berkata, pada 30 Jun 2008, beliau menerima 12 sampul surat yang masing-masing mengandungi bekas plastik berisi calitan putik kapas manakala pada 1 Julai 2008, beliau diserahkan dengan enam sampul surat serta dua bungkusan.

Dua bungkusan yang diterima masing-masing mengandungi sebidang permaidani pelbagai warna dan satu cadar tilam berwarna biru.

Enam sampul surat pula masing-masing mengandungi bulu kemaluan, sehelai seluar panjang hitam, sehelai baju lengan panjang warna biru jenama Ralph Lauren, dua helai seluar dalam jenama Levi's warna biru dan kelabu serta sehelai baju lengan panjang hijau jenama G2000.

Pakaian-pakaian tersebut telah ditunjukkan di mahkamah semasa Mohd. Saiful Bukhari memberi keterangan pada 5 Februari tahun lalu.

Semasa barang-barang kes itu dikenal pasti, Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin yang mengendalikan pemeriksaan utama terhadap saksi tersebut, peguam Ram Karpal Singh dan Sankara Nair masing-masing memakai sarung tangan getah.

Turut hadir di mahkamah ialah pakar asid deoksiribonukleik (DNA) dari Australia, Dr. Brian McDonald yang membantu pasukan pembelaan.

Sepanjang saksi itu memberi keterangan, Anwar di kandang saksi pula dilihat tekun membaca majalah luar negara dan sesekali dilihat menoleh kepada isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di galeri awam.

Dalam keterangannya, Lay Hong berkata, kumpulan pertama barang-barang tersebut yang diambil pada 28 Jun 2008 telah diperiksa pada 1 Julai 2008 manakala kumpulan kedua barang-barang itu diperiksa pada 2 Julai dan pemeriksaan berakhir pada 5 Julai 2008.

Terdahulu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menolak permohonan pihak pendakwaan supaya salah satu borang penyerahan barang bukti (Borang Pol 31) ditandakan sebagai barang bukti setelah membenarkan bantahan pihak pembelaan.

Hakim tersebut bersetuju dengan hujah peguam bela memandangkan borang yang telah diubah kandungannya tidak diserahkan kepada pasukan pembelaan sebelum perbicaraan maka ia tidak boleh diterima masuk sebagai bukti.

Malah untuk menandanya sebagai IDD (bukti yang akan diterima masuk selepas disahkan) juga adalah tidak wajar kerana ia tidak mungkin akan dapat ditanda sebagai P (bukti yang telah disahkan).

Pihak pendakwaan sebelum itu berhasrat untuk menandakan borang itu sebagai 'P25' walaupun terdapat kesilapan tarikh pada dokumen tersebut yang mana tarikh yang tercatat ialah 28 Ogos 2008 sedangkan ia sepatutnya bertarikh 28 Jun 2008.

Selain itu, tulisan 'B12' pada salah satu bungkusan yang diterima daripada pihak polis juga telah ditukar kepada 'B11'.

Ram Karpal mengemukakan bantahan mengikut Seksyen 51(a) Kanun Tatacara Jenayah kerana salinan borang yang diterima oleh mereka sebelum perbicaraan adalah borang yang belum diubah dan bukannya borang yang dikemukakan ke mahkamah pada hari ini.

Justeru, kata peguam itu, dokumen asal yang tidak dikemukakan salinannya kepada pasukan pembelaan tidak boleh ditanda sebagai barang bukti.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dalam hujah balasnya pula menegaskan apa yang penting bukanlah dokumen tersebut tetapi barang bukti yang diperiksa kerana akhirnya yang diambil kira adalah keterangan lisan saksi terbabit di mahkamah.

Wasabi Oyabun..

Rabu, 16 Februari 2011

Tidak bekerja, tapi kaya-raya...!!! Siasat pemilikan saham Shamsidar RM20 juta!

Ummi Hafilda Ali menggesa pihak berkuasa menyiasat pemilikan saham isteri kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsidar Taharin (gambar) yang didakwa bernilai jutaan ringgit.

Katanya, ini kerana pemilikan saham itu berkemungkinan mempunyai kaitan dengan salah laku Penasihat PKR, Anwar Ibrahim ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri sebelum dipecat pada 1998 dan Azmin Ali yang merupakan suami kepada Shamsidar.

Dakwa Ummi Hafilda, beliau mempunyai bukti kukuh mengenai perkara itu yang disifatkannya sebagai habuan Anwar ke atas Shamsidar.

“Saya tidak fitnah, saya dedahkan untuk menegakkan kebenaran. Di sini, saya ada bukti asal sijil (sambil menunjukkan dokumen) nilai saham yang dipegang oleh Shamsidar bernilai jutaan ringgit.

“Jadi mana mungkin seorang isteri yang tidak bekerja, mampu meraih wang dan kekayaan sebanyak itu,” katanya semasa berucap pada program Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) di Kampung Johan Setia di sini, malam tadi.

Tambah Ummi Hafilda, sebelum ditahan polis pada 17 Ogos 1997 Azmin pernah menemuinya dan meminta menarik balik tuduhan ke atas Anwar serta mengajarnya bagaimana menipu polis dengan menukar kenyataan seperti mana dimahukan oleh Ketua Pembangkang itu.

Malah, dakwa Ummi Hafilda, Azmin turut menawarkan RM100,000 kepadanya di sebuah restoran termasuk projek iklan bernilai RM50 juta sekiranya bersetuju menarik balik tuduhan tersebut dan membuat pengakuan palsu.

“Namun, saya tetap dengan pendirian saya. Saya sedih dengan tindakan Azmin kerana sanggup melakukan perkara tersebut. Saya tidak sanggup memakan duit rasuah dan berhadapan apa juga kemungkinan yang berlaku ke atas saya walaupun saya dihina, dimaki-hamun dan sebagainya sebelum ini,’’ katanya.

Betul juga apa yang dikatakan oleh Ummi Hafilda..masakan boleh jadi kaya-raya kalau tidak bekerja? Dari mana datangnya wang sebanyak itu! Berapa pula gaji suaminya iaitu Azmin sehingga boleh mengumpulkan wang yang sebanyak itu dalam masa yang singkat( muda )..pelik, tapi benar!!!

Wasabi Oyabun...

Jumaat, 11 Februari 2011

Saya ada bukti kukuh - Rahimi!

Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman menegaskan, beliau mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan terhadap hubungan bekas majikannya itu dengan Amerika Syarikat (AS) khususnya pertubuhan-pertubuhan Yahudi.

Beliau berkata, antaranya ialah operasi sebuah firma didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate berpangkalan di Washington DC, AS yang berperanan merancang segala kegiatan dan aktiviti Anwar di luar negara.

Ujar beliau, itu hanya satu pendedahan sahaja dan banyak lagi rahsia Anwar yang diketahuinya dalam konteks hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dengan pertubuhan-pertubuhan Yahudi.

"Saya tidak gentar berhadapan dengan Anwar apabila saya mengambil keputusan mendedahkan satu persatu rahsia Anwar.

''Ini baru sedikit dan apabila sampai masanya nanti saya akan membongkarkan semua rahsia tersebut.

"Semua pendedahan yang buat ini adalah berdasarkan fakta dan bukti jelas. Ini bukan rekaan. Kesemuanya ini tercatat di dalam rekod yang berbentuk dokumen,'' katanya di sini hari ini.

Muhamad Rahimi dalam ceramahnya di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam sebelum ini mencabar Anwar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehinya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.

Muhamad Rahimi mendakwa, jumlah kos operasi pejabat itu yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiaya oleh Anwar yang hanya berjawatan ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.

Malah, Muhamad Rahimi berkata, pejabat tersebut turut mengambil lima orang pekerja yang terdiri daripada golongan muda dan ada di antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS.

Muhamad Rahimi berkata, dokumen-dokumen itu menunjukkan bagaimana perjalanan operasi firma milik Anwar di Washington dengan pembiayaan begitu tinggi selain kewujudan hubungan secara langsung Ketua Pembangkang itu dengan pertubuhan Yahudi di luar negara.

"Pertubuhan-pertubuhan Yahudi ini amat rapat dengan Anwar. Walaupun pertubuhan-pertubuhan ini bergerak atas nama tertentu tetapi kita tahu mereka adalah pertubuhan Yahudi.

"Malah saya ada maklumat bagaimana perbelanjaan latihan serta kempen PKR turut ditanggung oleh pertubuhan-pertubuhan berkenaan,'' katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyelar tindak-tanduk Anwar yang sewenang-wenangnya menuduh kerajaan mempunyai hubungan dengan Yahudi apabila melantik Apco Worldwide sebagai firma perunding.

"Anwar sepatutnya cermin dirinya sendiri sebelum cuba menuduh kerajaan dengan pelbagai tuduhan. Saya pernah bekerja dengan Anwar dan saya tahu pergerakannya,'' katanya lagi.

Dalam pada itu Muhamad Rahimi berkata, beliau mengambil keputusan bangkit menentang Anwar selepas didapati tindakan Ketua Pembangkang itu semakin melampau terutama melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan.

"Itu belum dikira sokongan padu yang diterima oleh Anwar daripada juak-juaknya. Mereka begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Anwar. Bagi mereka Anwar pemimpin hebat sedangkan ia adalah sebaliknya.

"Bagi saya Anwar adalah perosak negara. Saya akan menentangnya walau apa pun berlaku. Lawan tetap lawan. Itulah juga kata-kata yang sering digunakan oleh Anwar untuk menaikkan semangat para penyokongnya,'' tegas beliau lagi.-UM.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 10 Februari 2011

DUN Pelabuhan Klang : Speaker cabar permohonan!

Atas dasar mempunyai imuniti sebagai speaker dewan undangan negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim memfailkan permohonan untuk mengetepikan saman ke atas beliau berhubung status kerusi Pelabuhan Klang, lapor TV Selangor.

Dalam permohonan itu, Teng juga berkata kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Selangor adalah hak beliau, bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebelum ini, Badrul Hisham Abdullah yang berpaling tadah meninggalkan PKR mendakwa beliau masih lagi ADUN Pelabuhan Kelang walaupun Teng selaku speaker sudah mengistiyharkan kerusi itu kosong. Ini berikutan kegagalan Badrul hadir sidang DUN tanpa alasan kukuh.

Badrul Hisham menamakan Teng dan SPR masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua dalam permohonannya yang difailkan bulan lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

“Saya dilindungi imuniti yang diperuntukkan oleh Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan daripada diambil tindakan oleh plaintif,” kata Teng dalam afidavit balas dikemukakannya di mahkamah hari ini.

Katanya, Artikel 77 perlembagaan Selangor juga memberikannya imuniti daripada disaman atas kapasiti sebagai seorang speaker. Teng berkata, kedua-dua undang-undang persekutuan dan negeri menyokong doktrin pengasingan kuasa antara dewan undangan negeri dan mahkamah.

Oleh itu, keputusannya sebagai speaker tidak boleh dicabar di mahkamah, kata Teng.

“Selaras dengan itu, saya menyerahkan kepada budi bicara mahkamah,” katanya.

Tambahnya, kes yang dibawa Badrul Hisham (atas, kiri) tiada asas perundangan dan satu bentuk salah guna kuasa. Oleh itu beliau meminta mahkamah menolak permohonan ADUN Pelabuhan Kelang itu. Teng diwakili oleh peguam Tommy Thomas.

Beliau telah memaklumkan SPR mengenai kekosongan itu dan telah meminta diadakan satu pilihan raya kecil.

Di bawah Artikel 69 Undang-undang Tubuh Negeri, Teng berkata, kuasa mengisytiharkan kekosongan kerusi terletak pada Speaker, dan bukannya SPR.

Katanya, disebabkan itu dan disokong oleh Artikel 70(5) perlembagaan negeri, SPR tiada pilihan lain kecuali memanggil pilihan raya kecil dalam 60 hari.

Isnin lalu, Badrul Hisham mendapat injunksi sementara menghalang SPR daripada membincangkan status kerusi itu berikutan perisytiharan kekosongannya oleh Speaker DUN Selangor pada 19 Januari lalu.

Berikutan keputusan itu, SPR tidak boleh mengadakan sebarang mesyuarat atau membuat keputusan berhubung pilihan raya kecil DUN Pelabuhan Klang sehingga 17 Februari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zaleha Yusof membenarkan permohonan injunksi sementara dipohon Badrul Hisham pada 28 Januari lalu, selepas mendengar hujah Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said mewakili SPR dan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun untuk Badrul Hisham.

Pada tarikh 17 Februari ini, mahkamah akan mendengar saman pemula terhadap Teng dan SPR yang difailkan Badrul Hisham pada 24 Januari lalu.

Sementara itu : PKR sudah mula melobi calon di DUN Pelabuhan Kelang

Terbaharu desas desus mengatakan bahawa PKR sedang sibuk mencari calon yang sesuai untuk bertanding di PRK DUN Pelabuhan Kelang walaupun kerusi DUN tersebut masih lagi ada ' penghuninya '. Malah sudah ada yang menawarkan diri untuk bertanding jika PRK terpaksa diadakan.

Antara lain yang dikatakan giat melobi sekarang adalah Ketua Cabang mereka yang juga Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang iaitu Dato' Sheikh Ahmad bin Hj. Sheikh Sadarudin..!!! Betul ke? Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

Selasa, 8 Februari 2011

Gempar!!!...Kekayaan Mubarak AS$70b?

Pusat peranginan sharm el-sheikh di pinggir pantai laut merah dikatakan banyak menyimpan harta kekayaan hosni mubarak.

Ketika 40 peratus rakyat Mesir dilaporkan hanya berpendapatan kurang AS$2 sehari, Presidennya, Hosni Mubarak pula memiliki kekayaan AS$70 bilion.

Menurut penganalisis Asia Barat kebanyakan harta presiden Mesir itu disimpan di bank di Britain dan Switzerland atau dalam bentuk pelaburan hartanah di London, New York, Los Angeles dan sepanjang pusat peranginan mewah Sharm el-Sheikh di pantai Laut Merah.

Selepas 30 tahun menjadi presiden dan seperti kebanyakan pegawai kanan tentera, Mubarak mempunyai akses kepada pelaburan yang menghasilkan keuntungan puluhan juta dolar. Keuntungan yang diperolehi itu di bawa ke luar negara dan disimpan dalam akaun bank rahsia atau dilaburkan dalam sektor hartanah seperti rumah mewah dan hotel.

Menurut laporan akhbar Al Khabar tahun lalu, Mubarak mempunyai hartanah di Manhattan dan di kejiranan eksklusif, Rodeo Drive di Beverly Hills. Anaknya Gamal dan Alaa juga merupakan bilionaire dengan memiliki kediaman di Wilton Place, Belgravia, tengah London.

Menurut seorang penganalisis, kekayaan antara AS$40 ke AS$70 bilion merupakan antara apa yang dimiliki oleh pemimpin negara teluk yang lain.

“Pembabitan dalam perniagaan daripada kedudukannya dalam tentera dan kerajaan telah berjaya mengumpulkan kekayaan peribadi.

“Terdapat rasuah yang berleluasa dalam rejimnya yang menggunakan hak awam untuk kepentingan peribadi,” kata penganalisis tersebut.

Laporan Al Khabar menyebut, Mubarak menyimpan banyak kekayaan di bank-bank di Switzerland dan Scotland.

Menurut pakar Asia Barat dari Universiti Durham, Profesor Christopher Davidson, Mubarak dan isterinya Suzanne serta dua anak lelaki mereka mengumpul kekayaan melalui perkongsian perniagaan dengan pelabur dan syarikat asing sejak beliau masih dalam tentera.

Katanya, kebanyakan pemimpin negara teluk meminta pegangan 51 peratus dalam pelaburan asing. Di Mesir angkanya sekitar 20 peratus tetapi masih mampu memberikan pulangan besar kepada para pegawai tentera dan kerajaan yang terbabit.

“Hampir setiap projek memerlukan penaja dan Mubarak mengambil kesempatan daripada tawaran dan perjanjian tersebut.

“Kebanyakan duitnya disimpan di bank Swiss dan dalam bentuk hartanah di London.

“Ini merupakan kegemaran pemimpin Asia Barat dan tidak ada sebab mengapa Mubarak tidak bertindak serupa,” kata Davidson.

Al Khabar menamakan beberapa syarikat barat yang berkerjasama dengan keluarga Mubarak yang menghasilkan pendapatan sekitar AS$15 juta setahun.

Penulis buku The Last Pharoah: Mubarak and the Uncertain Future of Egypt in the Obama Age, Aladdin Elaasar berkata, Mubarak memiliki beberapa kediaman di Mesir. Sesetengahnya diwarisi daripada presiden terdahulu.

Presiden Mesir itu juga memiliki hotel dan resort di pusat peranginan Sharm el-Sheikh tourist. Menurut satu laporan, Suzanne menjadi ahli kelab bilionaire sejak tahun 2000 apabila simpannya di bank-bank luar negara mencecah angla bilion dolar AS.

Di samping harta yang terdapat di London, Frankfurt, Madrid, Paris dan Dubai, kekayaan wanita pertama Mesir itu sekitar AS$3 hingga As$5 bilion. Alaa Mubarak memiliki hartanah dan dana peribadi di luar Mesir mencecah AS$8 bilion termasuk hartanah di Los Angeles, Washington dn New York.

Di tiga bandar utama AS itu, Alaa memiliki hantanah bernilai AS$2.1 bilion termasuk di Rodeo Drive, selain di Manhattan in New York. Suzanne dan Alaa juga memiliki dua kapal layar diraja yang nilainya melebihi AS$60 juta.

Oyabun nak bayar bil Broadband tiap-tiap bulan pun tercunggap-cunggap!!!

Wasabi Oyabun..

Isnin, 7 Februari 2011

Ops Piramid: Datuk Seri Najib Sambut 778 Rakyat Malaysia Di KLIA!

Kumpulan pertama 778 orang warga Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir melalui Ops Piramid, selamat tiba di tanah air hari ini.

Rakyat Malaysia itu termasuk penuntut di Mesir, menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia dari Jeddah, tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 10 pagi.

Ketibaan kumpulan itu disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Seramai 459 orang adalah penumpang MAS manakala 319 lagi penumpang AirAsia. Ops Piramid merupakan usaha untuk membawa rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir, yang sedang dilanda pergolakan, ke Jeddah di Arab Saudi sebelum dibawa pulang ke tanah air.



Sementara itu : 1,670 lagi penuntut Malaysia dijadual pulang hari ini, esok

Sejumlah 455 pelajar lagi dari Mesir yang ditempatkan di Pusat Transit Haji, Madinatul Hujjaj di sini dijadualkan pulang ke tanah air hari ini.

Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Prof Datuk Syed Omar Al-Saggaf berkata, sejumlah 355 pelajar akan berangkat pulang dengan pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) pada pukul 4.00 petang ini waktu tempatan (9.00 malam waktu Malaysia) dan 100 orang lagi dengan penerbangan komersial MAS MH141 pada pukul 9.20 malam waktu tempatan.

"Esok seramai 1,215 pelajar akan dihantar pulang, 355 pelajar dengan pesawat khas MAS dan 860 orang akan pulang dengan pesawat Boeing 747 sumbangan (dipinjamkan) kerajaan Arab Saudi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak kedutaan berusaha untuk menghantar pulang para pelajar dengan segera memandangkan peningkatan pelajar yang tiba dari Mesir bagi memastikan keselesaan para pelajar terjamin.

Setakat hari ini, pusat transit haji ini menempatkan 5,233 penuntut dari Mesir dan dengan penerbangan keluar 455 pelajar hari ini dan 1,215 orang lagi esok dijangka akan dapat meningkatkan keselesaan para pelajar di sini.

Wasabi Oyabun..

Ahad, 6 Februari 2011

Mesir : Perbelanjaan ke tanah air ditanggung - Lepas ni puak Pakatan Haprak nak kata apa pulak!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan perbelanjaan pulang pelajar-pelajar Malaysia dari Jeddah ke tanah air akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Beliau berkata, langkah tersebut adalah sebagai usaha kerajaan untuk tidak membebankan ibu bapa bagi menguruskan kepulangan anak-anak mereka ke Malaysia ekoran berlakunya pergolakan di Mesir ketika ini.

Untuk tujuan itu beliau berkata, kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan pihak Malaysia Airlines (MAS), AirAsia dan Tabung Haji supaya bersama-sama dengan kerajaan menampung kos tersebut.

''Saya akan berusaha memastikan ibu bapa tidak menanggung kos perbelanjaan anak-anak mereka pulang ke Malaysia melainkan mereka yang telah menempah tiket secara sendirian.

''(Untuk tujuan ini) Saya akan rujuk kepada badan-badan seperti Mas, AirAsia dan Tabung Haji untuk buat sumbangan manakala bakinya akan ditanggung oleh kerajaan,'' katanya selepas melancarkan program ziarah masjid di Masjid Jamek Kampung Baru.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas status terkini operasi memindahkan pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir ke Jeddah dengan menggunakan khidmat pesawat Mas, AirAsia, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kapal milik MISC.

Najib dalam pada itu turut mengumumkan kesudian anakanda kepada Raja Abdullah iaitu Putera Turki Abdullah Al-Saud membiayai dua penerbangan pelajar-pelajar Malaysia dari Jeddah ke tanah air menggunakan pesawat Jumbo 747.

''Ini merupakan satu penghargaan kepada Malaysia berdasarkan perhubungan yang mesra dan akrab antara kedua-dua kerajaan.

''Raja Abdullah sendiri telah memberi kerjasama yang amat baik kepada kita terutama dalam usaha kerajaan menempatkan sementara pelajar-pelajar di Jeddah sebelum pulang ke tanah air,'' katanya lagi.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan tidak ada wang untuk membawa pulang para pelajar, beliau menegaskan itu merupakan satu pembohongan dan fitnah besar.

''Apa yang saya umumkan hari ini jelas menafikan apa yang telah didakwa oleh mereka itu sebagai pembohongan besar dan kerajaan akan berusaha supaya ibu bapa tidak perlu menanggung anak-anak mereka pulang ke tanah air.

''Sepatutnya pemimpin pembangkang memberi kerjasama. Ini bukan soal politik tetapi ini soal kepentingan pelajar-pelajar kita. Perasaan dan emosi ibu bapa mereka begitu tertekan. Mengapa usaha ini hendak dipolitikkan atau disebarkan cerita-cerita yang tidak betul,'' katanya.

Mengenai kos keseluruhan beliau berkata, kerajaan akan membincangkan perkara itu dengan pihak-pihak terlibat sebelum diberitahu kepada umum.

''Lagipun ada tawaran daripada Putera Turki. itu akan mengurangkan perbelanjaan kita,'' katanya.

Menjawab satu soalan, Najib berkata, rombongan pertama pelajar-pelajar dari Jeddah ke Malaysia dijangka tiba Isnin ini.

Sementara itu, beliau berkata, sasaran utama operasi menyelamatkan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir adalah untuk mengeluarkan mereka daripada negara bergolak itu secepat mungkin.

''Paling mustahak mereka perlu keluar dari Mesir ke Jeddah terlebih dahulu. Selepas berkumpul di Jeddah baru kita akan bawa pulang ke Kuala Lumpur.

''Jika kita terus membawa mereka ke Kuala Lumpur pesawat terpaksa membuat penerbangan yang jauh dan ramai akan terpaksa ditinggalkan di Mesir dan tentu sekali mereka tidak puas hati, mengapa ada yang boleh balik dan ada yang tidak,'' katanya.

Untuk lebih adil katanya, kerajaan membuat keputusan untuk membawa mereka keluar ke Jeddah supaya tiada sesiapa yang tertinggal di Mesir.

''Dengan adanya khidmat shuttle kita boleh membawa seberapa ramai pelajar kita dalam masa yang singkat,'' katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dengan operasi mengeluarkan pelajar-pelajar terbabit.

''Perpindahan pelajar-pelajar berjalan lancar dan setakat ini seramai 6,800 pelajar telah berada di Jeddah dan pada hari ini dijangka 14 penerbangan akan dilakukan dengan membawa 3,500 pelajar.

''Kita akan teruskan operasi ini sehingga semua rakyat Malaysia tidak kira pelajar, permastautin, pekerja atau pelawat keluar dari negara Mesir.'' katanya.

Beliau turut menarik perhatian bahawa operasi menyelamat kali ini melibatkan pertahanan menyeluruh dengan membabitkan penggunaan aset-aset milik kerajaan, awam serta swasta.

''Apabila berlaku ancaman ke atas rakyat Malaysia yang melibatkan penugasan yang agak besar seperti kali ini kita perlu menggunakan aset milik sesiapa pun tidak kira kerajaan atau swasta asalkan aset-aset itu boleh digunakan untuk melaksanakan operasi.

''Dalam operasi kali ini kita menggunakan aset Mas, AirAsia, TUDM dan MISC dan operasi diselaraskan oleh Wisma Putra termasuk Tabung Haji juga. Ini merupakan gerak kerja terbesar yang pernah kita laksanakan untuk menyelamatkan rakyat Malaysia,'' katanya lagi.- UM.

Wasabi Oyabun..

Terkini Live dari Cairo : Blogmaster Medan Info melapurkan - Dato Azeez Buktikan Maksud “Rakyat Didahulukan"!!!

Untuk mempastikan tiada pelajar pelajar yang tidak ke Cairo International Airport, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Dato Haji Abd Azeez Abd Rahim telah turun padang...

Pagi tadi, beliau telah segera menziarah ke beberapa tempat penempatan pelajar pelajar Malaysia di Cairo. Destinasi pertama ke Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah [DMAK]. Disana Dato Azeez telah bertemu dengan hampir 300 pelajar yang hendak dibawa ke Cairo International Airport.

Dalam pertemuan tersebut Dato Azeez menjelaskan kepada pelajar pelajar usaha murni kerajaan dibawah pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu pastikan semua anak anak Malaysia dapat dibawa keluar dari Mesir.

“saya sendiri akan terus berada di Mesir.., saya tak akan balik selagi Misi ini tidak selesai..” tegas Dato Azeez yang mendapat tepukan gemuruh dari pelajar pelajar disana tadi.

Para pelajar keseluruhannya amat gembira dan berterima kasih kepada tindakan pantas Sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia yang selama empat hari ini bekerjasama dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Cairo. Sehingga ke saat ini sudah hampir 8,000 pelajar sudah dibawa ke Jeddah.

Untuk gambar update terkini dari Blogmaster, sila lawat ke sini.

Oleh : Blogmaster Medan Info Kita

Wasabi Oyabun..

Terkini Live dari Cairo : Blogmaster Medan Info melapurkan - Khemah Penghantaran Pulang Pelajar Semakin Lengang..., 80% Misi Hampir Selesai!

Gambar ini dirakam sekitar jam 11.30 malam waktu di Cairo....

Beginilah keadaan terkini di Khemah Khas di perkarangan Cairo International Airport tempat persediaan untuk persiapan membawa pulang pelajar pelajar kiat keluar dari Mesir. Bandingkan foto foto sebelum ini pernah disiarkan oleh Blogmaster beberapa hari yang lalu..., sudah semakin lengang.

“Legaa....” agaknya itulah tafsiran yang boleh kita gambarkan daripada senyuman yang terukir pada wajah Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara. Disebelah kanan beliau, Duta Malaysia ke Libya, Dzulkepli Mohd Nor yang sama sama membantu Misi membawa pelajar pelajar Malaysia keluar dari Mesir.

Kumpulan pelajar pelajar sedang dikendalikan penerbangan mereka pagi nanti... Semakin berkurangan bilangan pelajar pelajar yang sebelum ini khemah menunggu begitu sesak...., syukur kehadrat Allah swt semuanya berjalan dengan baik.

Untuk kisah selanjutnya, sila klik di sini.

Oleh : Blogmaster Medan Info Kita

Wasabi Oyabun..

Live dari Cairo : Blogmaster Medan Info Kita melapurkan - Updates .. Dari DMAK "Terima Kasih Kerajaan Malaysia.."

Kami singgah sebentar di Abbasiah sbentar sebelum kembali bertugas di Cairo International Airport.

Di Abbasiah terletaknya satu Malaysian Hall untuk pelajar pelajar kita. DMAK - Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah juga menjadi lokasi pengurusan proses membawa pelajar pelajar kita keluar dari Mesir.

Sempat bertanya khabar pelajar pelajar yang sedang mendaftar sebelum kami bawa ke Cairo International Airport. Blogmaster bertemu bual dengan dua orang pelajar...

Ridzauddin yang menuntut di Shoubra pengajian Takhasus Qira'at. Beliau berasal dari Kedah. Disebelahnya pula, Fauzi Naim juga mengambil pengajian yang sama.

Apabila diajukan soalan bagaimanakah perasaan mereka dapat dibawa keluar dari Mesir..? Mereka tersangat bersyukur... walaupun pada mulanya agak keberatan kerana hanya tinggal satu semester sahaja lagi untuk habiskan pengajian, tetapi secara jujur kata mereka "bila fikirkan entah apa pula akan berlaku selepas ini.., takut keadaan jadi bertambah buruk.., lebih baik kami pulang dulu Bang..."

Bila ditanya apa pandangan mereka terhadap usaha usaha gigih kerajaan yang mahu pastikan anak anak kelahiran Malaysia segera dibawa keluar dari "danger zone" memandangkan situasi disini semakin tegang..., jawab mereka "terima kasih kepada kerajaan Malaysia, yang pentingnya kami dapat keluar dari sini. Tinggal disini pun, kami semakin susah, tak bebas nak keluar, bahaya... ".

Oleh : Blogmaster Medan Info Kita

Wasabi Oyabun..

Live dari Cairo : Blogmaster Medan Info Kita melapurkan - CEMAS Dari Cairo..!!!

Sekadar mahu berkongsi pengalaman NGERI....

Malam tadi, sekitar jam 10.30 waktu Cairo [4.30 pagi waktu Malaysia], Blogmaster bersama sahabat sahabat wartawan dari TV3, Utusan Malaysia, Rtm, Bernama, Harian Metro, NST, Agendadaily dibawa ke tempat penginapan kami setelah tugas membuat liputan selesai.

Maklumlah, sudah lebih 48 jam kami hanya berada di Lapangan Terbang sejak mendarat disini. Kami perlukan tempat untuk mandi, berehat dan dan TERSANGAT penting mahu menyelesaikan banyak persiapan gadget yang dibawa seperti perlu re-charge battery handphone, laptop, kamera dan video cam.

Perjalanan kami bermakna terpaksa melalui bandar Cairo dalam waktu perintah berkurung [curfew]. Oleh itu pihak Kedutaan Malaysia menyediakan sebuah van dan dalam rombongan kami turut ditemani oleh 3 orang Sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia. Seorang pegawai Imigresen wanita dari Malaysia juga berada dalam kenderaan yang sama.

Menurut Yb Kohilan Pillay, perjalanan kami akan mengambil masa sekitar 20 minit dan jaraknya dari Cairo International Airport ialah 30 kilometer. Untuk tujuan keselamatan, kami diminta menyimpan semua kamera dan video cam didalam bonet kereta rasmi Duta Malaysia yang akan menyusul dibelakang kami. Dijangkakan sewaktu menempuh sekatan jalanraya mereka akan pastikan tiada kamera dan video cam bersama kami..., alat rakaman ini amat sensitif kepada pihak keselamatan disini.
Akibat terlalu banyak sekatan jalanraya yang siap sedia dengan kereta kebal menghalang jalan, kami terpisah dengan kereta rasmi Duta Malaysia.... Secara jujur, kami tidak terlalu risau dengan sekatan jalanraya pihak Tentera dan Polis Mesir. Mereka faham tugas kami dan kami bukanlah sasaran tangkapan mereka...

Tetapi yang merisaukan kami ialah sekatan jalanraya dibuat oleh penduduk tempatan penyokong Hosni Mubarak dengan Anti Hosni Mubarak! Akibat terlalu banyak sekatan di merata rata tempat, kami anggap ianya sudah bertukar menjadi “gangguan jalanraya” dan bukannya sekatan jalanraya...

Apabila sudah terpisah dengan kenderaan rasmi Duta Malaysia, van yang kami naiki terpaksa bergantung harap dengan kecekapan pemandu van, seorang rakyat tempatan Mesir. Satu demi satu kami tempuhi..., sungguh menyedihkan apabila jarak diantara satu sekatan dengan yang lain hanyalah sekitar 1 kilometer dan kami semakin tertekan dan bimbang akan keselamatan kami.

Memang menakutkan apabila kami lalui sekatan oleh penduduk tempatan..., mereka bertindak sangat agresif..! Seolah olah mereka punyai kuasa ditangan. Menahan kenderaan, mahu periksa dokumen perjalanan dan pasport kami semua...

Penglaman pahit bermula apabila kami sudah menghampiri Lebuhraya bertingkat Tahrir Square...., pada satu simpang kami disekat oleh sekumpulan anak anak muda. Ditangan mereka ada kayu, pisau dan besi tajam..! Mereka bertindak memanjat tepi pintu van.... Setelah pintu dibuka, mereka rampas beg beberapa wartawan.. Pemandu van kami pula dibawa ke satu sudut yang gelap. Kami ditinggalkan dengan kumpulan anak anak muda ini. Salah seorang dari mereka bertindak menggeledah beg tangan Puan Supiani Sibin Pegawai Imigresen yang menaiki van kami. Anak muda itu cuba mengambil wang tunai dan memaksa kami untuk menghalangnya, berlaku sedikit ketegangan, memang mengerikan..! Mujurlah salah seorang daripada anak anak muda tempatan Mesir itu berhati perut menghalang sahabatnya dari bertindak diluar batasa.

Masih belum selesai dengan episod ngeri itu, apabila pemandu van kembali beliau dipaksa bawa kami ke satu tempat. Dua orang anak muda tempatan yang menahan kami menaiki sama van dalam keadaan sesak dan mereka sanggup berdiri..!

Kami semua dibawa ke satu pondok kawalan dan kumpulan penduduk disitu mahu seorang pegawai tentera memeriksa pasport kami... Setelah berada disitu lebih kurang 20 minit, kami dibenarkan pergi.

Seterusnya kami tetap mendepani beberapa lagi sekatan jalanraya pihak Tentera dan Polis. Dua sekatan orang awam penduduk disitu tidak mengapa-apakan kami...

Sekali lagi satu peristiwa hitam kami hadapi..! Sekatan jalanraya berhampiran dengan Tahrir Square oleh sekumpulan penduduk tempatan menahan kami. Mereka mengacu-acukan pisau kearah pemandu van kami... Apabila salah seorang daripada mereka membuka pintu belakang van tempat duduk kami, salah seorang dari mereka memiliki pistol yang diletak dipinggangnya...

Mereka juga merampas pasport kami dan mahu dibawa kepada salah seorang ahli kumpulan mereka, menurut pemandu van orang itu adalah “Ketua Penduduk”. Beberapa anak anak muda mahu memeriksa beg kami dan bertanyakan samada kami membawa bersama video cam...? Setelah menanti dengan penuh gusar selama hampir setengah jam, kami dibawa pula ke pondok polis berdekatan...

Setelah pemandu van kami berjaya meyakinkan pihak polis, akhirnya kami dibenarkan pergi....

Perjalanan kami seterusnya tetap berdepan dengan beberapa lagi sekatan jalanraya... Dengan izin Allah, kami tiba juga ke tempat penginapan sekitar jam 12.30 malam waktu tempatan, di Malaysia sudah jam 6.30 pagi. Syukur kehadrat Allah swt, semuanya selamat, amin.....

Kami mendapat khabar berita, kereta rasmi Duta Malaysia yang sepatutnya mengiringi kami juga mengalami kesukaran dan mereka membuat keputusan berpatah balik ke Cairo International Airport dan akan datang menemui kami setelah tempoh Perintah Berkurung [Curfew] tamat....

Hari ini entah apa lagi yang bakal kami tempuhi...?? Kongsi kisah ini dengan salah seorang wartwan yang bersama kami, klik sini dan sini .


Oleh : Blogmaster Medan Info Kita

Wasabi Oyabun..

Live dari Cairo: Blogmaster Medan Info Kita melapurkan - Live Dari Cairo International Airport Hari Ke 2..!



Di Cairo International Airport, jam sekarang menunjukkan pukul 4.45 petang.

Proses membawa keluar pelajar pelajar Malaysia untuk dibawa ke Jeddah masih giat diteruskan walaupun ada pihak yang mahu mensabotaj dengan terus menerus menyebar berita palsu mengenai nasib pelajar pelajar ini sekiranya dibawa ke Jeddah.

Ketua Delegasi, Senator Yb Dato Seri Haji Jamil Khir Baharom masih menerima sms dari Malaysia yang bertanyakan apakah benar pelajar pelajar akan dibiarkan sahaja di Jeddah sekiranya mereka tidak punyai wang untuk membayar tambang pulang ke tanahair..?

Sehingga waktu laporan ini dibuat, sudah hampir 2,300 pelajar yang telah berjaya dibawa keluar dari bandar Kaherah dimana tahap keamanan disini semakin merisaukan... Para petugas sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia tanpa mengira penat lelah masih bertungkus lumus menguruskan keberangkatan pelajar pelajar ke Jeddah.

“insya allah, menjelang malam ini nanti seramai 3,500 akan berangkat ke Jeddah..” jelas Dato Azeez, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia.

Saksikan Rakaman Petang Ini – Berita Bergambar Hari Ke 2 Blogmaster Di Cairo International Airport; Sila klik di sini .

Oleh : Medan Info Kita

Wasabi Oyabun..

Live dari Cairo: Blogmaster Medan Info Kita melapurkan - Permintaan Kami Dari Cairo..! Tolonglah....!!!

Kepada juak juak murahan PAS, apa faedahnya demo yang anda semua buat didepan Pejabat Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur..??

Kerajaan Malaysia sedang bertungkus lumus untuk membawa keluar pelajar pelajar kita di Mesir. Sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia bersengkang mata tidak tidur dan cukup rehat menjadi penghuni dibawah khemah menunggu dipintu masuk International Departure Cairo International Airport. Ada sekumpulan Sukarelawan lagi, sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk proses menghantar bekalan makanan dan memastikan anak anak kita dibawa ke Cairo International Airport.

Keadaan yang semakin meruncing disini sekaligus membuatkan jalanraya sentiasa sibuk kerana tempoh had waktu sangat singkat masing masing mengejar masa bagi mengelakkan terperangkap dalam Perintah Berkurung [CURFEW].

Begitulah risiko yang diambil oleh sahabat sahabat kami. Oleh itu pihak berkuasa disini seperti memberikan kelonggaran kepada mereka yang melaksanakan tugas tugas "humanitarian services", malah pihak Kedutaan Besar Malaysia disini pun mohon immunity diberikan....

Baghalnya juak juak murahan PAS yang membuat demo seperti mahu masuk campur konflik negara Mesir, berdemo tanpa sebab kukuh mahu Hosni Mubarak letak jawatan..! Apa untungnya pada rakyat Malaysia..??

Tidakkah tindakan bebal ini akan menyusahkan kerja kerja kami disini..?? Sekiranya pihak kerajaan Mesir tersinggung dengan tindakan mereka yang berdemo ini, tidak mustahil kami disini akan menjadi mangsa..????

Foto ini Blogmaster Medan Info Kita rakam pagi tadi dari jendela tempat penginapan kami disini. Pasukan Tentera yang menggunakan kereta perisai mereka standby 24 hours dan akan menutup jalan sebaik sahaja jam 7 malam iaitu waktu Perintah Berkurung - CURFEW.

Apa akan jadi kepada kami sekiranya rakyat Malaysia juga menjadi sasaran pihak berkuasa Mesir..?

Malam tadi kami lalui pengalaman pahit yang mengerikan..., sila klik di sini .

Penang Wasabi..

Live dari Cairo: Blogmaster Medan Info Kita melapurkan -URGENT..!! Dari Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Di Cairo, Sebarkan..!!!!

Dari kiri; Duta Malaysia di Mesir – Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, Ketua Delegasi Misi Ke Mesir Yb Senator Dato Seri Hj Jamil Khir Baharom, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia Dato Hj Abd Azeez, Timbalan Menteri Luar, Yb Senator Kohilan Pillay, Setiausaha Politik Perdana Menteri Dato Sahlan Ismail.

SIDANG MEDIA KHAS DARI PEJABAT KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI CAIRO

Ketua Delegasi Misi Khas ke Mesir, Yb Senator Dato Sri Jamil Khir terpaksa membuat satu Sidang Media Khas bagi menangkis pelbagai khabar angin mengenai proses membawa keluar semua pelajar pelajar Malaysia dari Mesir.

Kerja kerja jahat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar berita palsu bahawa pelajar pelajar Malaysia yang dibawa ke Jeddah terpaksa membayar tambang untuk pulang ke Malaysia... Ini membuatkan ramai pelajar disini keliru dan enggan keluar dari tempat tinggal masing masing sekaligus menyukarkan proses membawa mereka pulang.

Diwaktu yang sama, ramai ibu bapa pelajar pelajar juga semakin risau dan bimbang seandainya anak anak mereka masih berada disini, sedangkan keadaan semakin tidak selamat..!!Dato Seri Jamil Khir menegaskan usaha usaha kerajaan mendapat kerjasama pelbagai pihak seperti Air Asia, MAS dan TUDM. Pihak Kedutaan dan Kementerian Luar bekerja “round the clock” untuk pastikan semua proses berjalan lancar..

Sehingga ke saat ini, seramai 760 pelajar sudah selamat berada di Madinatul Hijjaz Jeddah dan spec ial arrangment sudah dibuat seperti memberikan mereka Visa On Arrival dan mana mana pelajar yang menghadapi sebarang masalah dokumen pasport, pihak Kementerian Luar mengeluarkan Emergency Certificate.

Hari ini dijangkakan, lebih 3,000 lagi pelajar akan dibawa Jeddah.Datuk Ismee yang berada di Jeddah mengesahkan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk penginapan pelajar pelajar di Madinatul Hijjaz, termasuklah makan minum mereka..Dato Seri Jamil Khir mahu segala khabar angin diberhentikan segera! Jangan dipolitikkan isu ini kerana Kerajaan Malaysia mahu proses ini berjalan lancar.

Dato Azeez kesal dengan sikap sesetengah pihak yang tidak faham dengan maksuh Penerbangan Ihsan... “bukankah maksud ihsan itu percuma..? Kenapa bila mahu mempersoalkan isu Wang Ihsan mereka tafsirkan sebagai percuma...? “ soal Abd Azeez.

Kepada ibu bapa pelajar di Malaysia, mohon janganlah percaya kepada semua khbar angin yang sedang disebarkan...Blogmaster Medan info Kita melaporkan dari Kedutaan Besar Malaysia di Cairo.

Oleh : Blogmaster Medan Info Kita

Wasabi Oyabun..

Live dari Cairo: Blogmaster Medan Info Kita melapurkan - Pelajar Pelajar Masih KELIRU, Percaya FITNAH Penerbangan Dari Jeddah Kena Bayar Sendiri!

Kami mohon ibu bapa pelajar pelajar di Mesir TOLONG jangan percaya khabar angin bahawa penerbangan pulang anak anak mereka dari Jeddah dikenakan bayaran..!!

Ketua Delegasi MISI Khas ini Senator Yb Dato Seri Jamil Khir Baharom bersama Timbalan Menteri Luar, Yb Senator Kohilan Pillay akan mengadakan sidang media sebentar untuk menjelaskan perkara sebenar...!!

Kami dalam perjalanan menuju ke pejabat Kedutaan Malaysia di Cairo..

Untuk kisah selanjutnya, sila layari blogmaster Medan Info Kita : Klik di sini.

Wasabi Oyabun..

Khamis, 3 Februari 2011

Live dari Cairo : Blogmaster Medan Info melapurkan - PAS cuba hasut pelajar-pelajar Malaysia supaya jangan naik penerbangan ke Jeddah!

Angkara siapa..?? Pinjam kata kata Nabil.., "lu pikir laa sendiri..!! "

Untuk dikongsi bersama, tatkala delegasi sukarelawan bersama blogger dan rakan rakan media sedang bertungkus lumus mahu segera selesaikan proses membawa keluar pelajar pelajar Malaysia untuk diterbangkan ke Jeddah selepas itu akan dibawa pulang ketanahair, tersebar pula berita menerusi sms palsu... "jangan naik pesawat ke Jeddah, sebab dari Jeddah nak balik ke Msia kamu kena tanggung sendiri tambangnya.."

Waduuhh..!!! Kami sudahlah keletihan mengharungi 11 jam penerbangan,.. sebaik sahaja mendarat di Cairo International Airport terus bertugas membantu anak anak kelahiran Malaysia, tiba tiba ada pula pihak tidak bertanggungjawab cuba menggagalkan usaha murni yang diarahkan oleh YAB Perdana Menteri kita!

Berulang kali pihak delegasi seperti Dato Seri Khir Johari, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia Dato Azeez dan Timbalan Menteri Luar, Kohilan Pillay terpaksa yakinkan pelajar pelajar kita bahawa semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuklah bayaran airport tax...

Untuk berita selanjutnya sila klik di sini .

Sementara itu Utusan Malaysia melapurkan - Perpindahan pelajar lancar

Usaha membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir berjalan lancar dengan 545 pelajar diterbangkan ke Jeddah dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia bermula 2 petang ini waktu Kaherah atau 8 malam waktu Malaysia.

Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, kumpulan pertama terdiri daripada 345 pelajar diterbangkan menggunakan pesawat MAS pukul 2 petang ini waktu Kaherah manakala selebihnya menerusi pesawat AirAsia 30 minit selepas itu.

Menurutnya, pelajar perempuan tahun pertama dan yang tidak sihat diberi keutamaan untuk dibawa keluar dari Mesir seberapa segera.

“Kita ambil pelajar-pelajar tersebut dari rumah-rumah negeri di sekitar Mesir termasuk yang menuntut di madrasah di samping melengkapkan sijil kecemasan kepada yang kehilangan pasport,” katanya ketika dihubungi di Kaherah, hari ini.

Kohilan berkata, setakat ini seramai 11,700 pelajar telah berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Kaherah sementara 5,000 lagi tidak berdaftar.

Dalam pada itu, katanya, pihak kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk membawa keluar kesemua rakyat Malaysia dari Mesir secepat mungkin mengikut giliran dan keadaan.

Kohilan memberitahu, beliau menerima ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta kerajaan mempercepatkan proses tersebut.

Beliau menjelaskan, kesemua pelajar yang dipindahkan ke Jeddah itu akan tinggal di beberapa buah asrama milik Tabung Haji dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.

“Sekiranya keadaan kembali aman, pelajar-pelajar tersebut akan kembali ke Mesir untuk meneruskan pengajian masing-masing,” ujarnya.

Mengenai pergolakan politik di Kaherah, Kohilan memberitahu, keadaan semakin pulih yang mana penduduk boleh bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat manakala pasar mula dibuka seperti biasa.

Beliau menjelaskan, rusuhan hanya berlaku di sesetengah kawasan dan bukan di seluruh negara itu, manakala, sistem telekomunikasi sudah boleh digunakan termasuk penggunaan Internet.

Wasabi Oyabun..

Live dari Cairo : Blogmaster Medan Info melapurkan - Proses membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia sedang giat dilakukan!

Syabas dan tahniah kepada usaha kerajaan Malaysia.

Ketua Delegasi, Senator Yb Dato Seri Haji Jamil Khir Baharom yang turun padang bersama sama dengan Presiden Kelab Putera 1 Malaysia berjaya melancarkan lagi proses membawa pulang pelajar pelajar Malaysia.

Keadaan di Cairo International Airport walaupun agak sesak dengan ratusan anak anak kita diperantauan, insya allah segala galanya akan dilaksanakan dengan baik.

Penghargaan juga kepada Datuk Kamaruddin dari Air Asia yang sama sama bersusah payah menyelesaikan banyak masalah landing permission dengan kerajaan Mesir. Tidak lupa juga kepada Datuk Ismee yang menyediakan penginapan pelajar pelajar yang sedang dibawa ke Jeddah...

Blogmaster mohon disampaikan berita kepada rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa keluarga pelajar pelajar disini jangan risau kerana janji Datuk Azeez dalam ucapannya tadi, "kami akan pastikan semua pelajar dibawa pulang, tidak ada seorang pun akan tinggal... Kami tidak akan pulang selagi masih pelajar yang tidak dapat dibawa pulang.." Ini sejajar dengan arahan YAB Perdana Menteri mahu MISI Khas ini berjaya dilaksanakan tanpa sebarang gangguan!

Talian internet agak sukar, Blogmaster kemaskini dengan meminjam broadband Etisalat Egypt...
Ikuti Rakaman Di Tempat Khemah Khas Pengurusan Proses Membawa Pulang Pelajar Malaysia Yang Disediakan Oleh Kedutaan Malaysia dan Kementerian Luar;

Untuk berita selanjutnya sila klik di sini !

Oleh : Blogmaster Medan Info Kita

Wasabi Oyabun..