Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Selasa, 20 April 2010

P94 Hulu Selangor : Anwar jaja fitnah terbesar kerana tutup pekung diri!

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim nampaknya tidak berputus asa menjaja isu firma perunding Apco Worldwide (Apco).

Setelah tidak laku di Dewan Rakyat, Anwar meneruskannya pula dalam siri-siri kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang sedang berlangsung sekarang. Firma perunding komunikasi yang dilantik bagi menasihati kerajaan dalam hal menyampaikan maklumat kepada orang awam terus dicanang mempunyai kaitan dengan Israel.

Walaupun kerajaan dan Apco sendiri telah membuat penjelasan terperinci, Anwar sengaja memekakkan telinganya dan semakin galak menjaja fitnah terbesar ini. Kita boleh melihat muslihat sebenar Anwar dalam isu ini. Anwar berbuat demikian kerana mahu mengalihkan perhatian masyarakat terhadap pelbagai isu termasuk isu moral yang sedang mencengkam kehidupan beliau dan keluarga.

Kes dakwaan meliwat Mohd. Saiful Bukhari banyak mendedahkan pekung moral dan akhlak sebenar Anwar. Kes liwat yang sedang dihadapinya itu sesuatu yang sangat 'merosakkan' imej beliau lebih-lebih lagi imej Islam yang cuba ditonjolkan selama ini.

Hubungannya yang berstatus 'sudah terang lagi bersuluh' dengan tokoh-tokoh Zionis dunia termasuk bekas Presiden Bank Dunia Paul Wolfowitz menambahkan lagi kerosakan pada dirinya. Anwar tahu hubungannya dengan Wolfowitz - arkitek kepada pembunuhan rakyat Iraq dan kemusnahan sebuah negara kaya di Teluk itu mula memakan diri.

Orang Melayu yang selama ini menyokong Anwar dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mula menjauhkan diri. Rakan-rakan politik dalam pakatan pembangkang khususnya Pas juga sudah mula memasang curiga.

Menyedari sudah tersepit, Anwar perlu berbuat sesuatu bagi mengembalikan sokongan dan membetulkan persepsi orang Melayu terhadapnya. Beliau sangat bijak dalam mengalihkan kesalahan diri sendiri kepada orang lain. Itulah kepakaran Ketua Pembangkang ini.

Beliau menjadikan Apco, firma perunding yang tidak terlibat langsung dalam penggubalan dasar 1Malaysia sebagai 'kambing hitam.' Kerajaan diserang habis-habisan kononnya melantik sebuah firma Israel sedangkan hakikatnya Anwar sendiri sudah bergelumang dengan Zionis sejurus selepas dipecat daripada UMNO dan kerajaan.

Hubungan kerajaan dengan Apco jelas atas nama perniagaan semata-mata demi kepentingan Malaysia. Ia tidak ada kena mengena dengan Israel. Atas dasar itu juga, kerajaan pada bila-bila masa boleh menamatkan kontrak jika firma ini tidak mencapai prestasi yang diharapkan.

Malah sebenarnya tidak ada isu pun jika dibandingkan penglibatan Anwar dengan para pemimpin Yahudi yang bukan sahaja anti-Islam malah terlibat dalam pembunuhan orang Islam dan kemusnahan besar-besaran Palestin dan Iraq.

Anwar memperbesarkan isu Apco bagi menimbus segala dosanya pada orang Melayu, Islam dan rakyat negara ini. Tetapi bak kata pepatah, 'bangkai gajah tak dapat ditutup dengan nyiru!'

Wasabi Oyabun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan