Terima kasih kerana mengundi BN

Terima kasih kerana mengundi BN

Sabtu, 7 Februari 2009

Strategi 16/9 makan diri: Kerajaan PR Perak tumbang !

TIDAK diberitahu pun seluruh rakyat negara ini sudah sedia tahu bahawa melalui projek 16/6 (singkatan dari 16 Sepember 2008), Pakatan Pembangkang (PR) berkepalakan Datuk Seri Anwar Ibrahim (kini ketua pembangkang), kerajaan Barisan Nasional (BN) bertunjang, berpaksi, bertiang seri, berpasak dan bertulang-belakangkan Umno mahu ditumbangkan melalui taktitik ahli-ahli parlimen, terutama dari Sabah akan melompat parti.

Anwar sebelum datang dan perginya 16/9 cukup yakin pelan dan strategi yang lebih bersifat mimpi pada siang hari itu akan menjadi realiti walaupun mimpinya itu umpama sang pungguk yang mahu mengait bulan tinggi di awan menggunakan batang bemban. Mengikut bari, kerana gila berahinya kepada puteri bulan, malah kerana mahu menunjukkan kehebatan dan kekayaannya,sang pungguk akan membunyikan suaranya bila bulan mengambang, kononnya untuk menunjukkan bahawa ia sedang tempa emas, suasa, perak dan tembaga yang setiap satunya sebesar bulan untuk dihantar sebagai hantaran bagi memperbinikan puteri bulan.

Sebagaimana sang pungguk dengan mimpi yang tidak menjadi realitinya, maka Anwar dengan PR juga gagal merealitikan pelan dan matlamat 16/9 kerana tidak ada mana-mana ahli parlimen BN, termasuk di Sabah yang menjadi sasaran dan matlamatnya supaya melompat parti tidak menunjukkan rasa 'pecah lior' untuk menyertai pelan Anwar untuk 'nyahkan' BN dari menjadi kerajaan. Ramai yang menganggap pelan yang diatur, dirancang dan diselenggarakan Anwar itu sebagai tidak demokratik tetapi tidak dihiraukan, malah pada kempen pilihanraya kecil kawasan parlimen Permatang Pauh yang diadakan apabila wakil rakyatnya, Datik wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi kawasan berkenaan bagi memberi laluan kepada Anwar yang juga suaminya, maka dicipta slogan dari Permatang Pauh ke Putrajaya.

Memberi laluan kepada Anwar ke parlimen adalah antara pelan PR untuk menumbangkan kerajaan dan bagi memberi laluan supaya Anwar mencapai impiannya yang juga impian kalangan yang taksub kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri, kononnya tidak ada tokoh yang lebih layak dan paling sekun-rasi menjadi perdana menteri selain dari tubuh bernama, badan begelar Anwar Ibrahim. Tetapi yang jelas, pelan 16/9 terus berlalu bagaikan debu di atas tunggul yang disepuh angin lalu, umpama masuk angin keluar asap dan meninggalkan punca penyakit dalam badan perokok.Kerananya juga keyakinan majoriti terhadap apa yang Anwar cakap mula goyah. Malah di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri, apatah lagi dalam PR, mula timbul riak-riak krisis keyakinan terhadap kewibwaan Anwar.

Apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Bota, Datuk Nasaruddin Hashim isytihar menyertai Umno, ianya menjadi antara pil perangsang kepada PR, terutama PKR, lebih-lebih lagi Anwar yang cakap-cakapnya mula dipertikaikan apabila pelan 16/9 tidak menjadi. Kononnya ramai lagi wakil rakyat BN, tertama dari Umno akan sertai PR dengan menyertai PKR, antaranya dari Negeri Sembilan. Tetapi hanya dalam tempoh sepuluh hari Datuk Nasaruddin masuk PKR, Keajaan PR yang bermenteri-besarkan (lebih tepat kalau disebut bermengkorangkan) tokoh dari Pas sebagai peneraju, kegembiraan PR telah bertukar dengan kekeceawaan dan kehampaan, malah Kerajaan PR Perak kena menerima hakakiat kehilangan kuasa di Perak dan Umno/BN kembali berkuasa di negeri yang kaya dengan bijih timah itu.

Terbukti strategi 16/9 yang Anwar cipta telah memakan diri sendiri, malah beliau serta tokoh-tokoh PR enggan menerima hakikat bahawa melompat parti itu bagi menumbangkan sebuah kerajaan yang diberi majoriti oleh rakyat adalah merupakan pelan asal yang dicipta oleh Anwar dan PR sendiri. Anwar dan PR umpama pengidap uluran yang bengkak batu alat sulitnya dan meraung kesakitan kerana terduduk atas batu kemaluan sendiri. Barangkali Gubala yang dalam ceramah sering membacakan ayat al-Quran WAMAKARU-WAMAKARALLAH dan disambut dengan takbir oleh orang Pas akan melihat berkacamatakan ayat berkenaan terhadap apa yang terjadi di Perak.

Sebijak-bijak Anwar dan PR membuat perancangan, bijak Allah lagi dalam membuat perancangan. Kerajaan Perak tidak akan jatuh kalau memang bukan itu yang ditakdirkan-Nya lyang pastinya akan lengkap dan hikmahnya. Kalau dianggap kerana kebijaksanaan Umno/BN yang membuat perancangan, maka bukan sahaja Gubala mempersendakan ayat berkenaan tetapi mereka yang menyambut bacaan ayat al-Quran berkenaan oleh Gubala dengan laungan takbirnya juga secara tidak langsung mempersendakan ayat berkenaan yang merupakan kata-kata Allah. Menentang atau tidak mengiktiraf apa yang yang berlaku berlaku di Perak bermakna menentang takdir Allah kerana hakikatnya tidak akan berlaku sesuatu perkara kalau bukan kerana dengan keizinan-Nya.

Tuanku Sultan Perak sendiri tidak ada keupayaan untuk merealitikan apa yang telah berlaku di Perak, malah baginda tidak akan berkeupayaan untuk menggerakkan walaupun hanya sebatang jari baginda tanpa keizinan-Nya. Bekas Menteri Besar Perak (yang rasanya paling pendek menjawat jawatan itu dalam sejarah negara ini) dan PR terutama pimpinan, pendukung dan penyokong Pas kena muhasabah diri, kena mencari faktor penyebab kenapa ditakdirkan usia kerajaan PR Perak yang bermenteri-besarkan tokoh dari Pas begitu singkat usianya.

Apa pun, termasuk kematian seseorang tidak akan berlaku tanpa sebab. Paling tidak pun, sebab seseorang itu mati kerana putus nyawa. Kerajaan PR Perak tidak akan tumbang dan digantikan oleh Umno/BN tanpa sebab, malah dua wakil rakyat dari PKR, seorang dari DAP dan wakil rakyat Umno yang melompat ke dalam PKR kembali melompat ke pangkuan Umno juga berlaku kerana ada sebab dan akibatnya. Tidak kira siapa pun, sama ada jamaah masjid atau mufti sekalipun kalau cuba mencetuskan kehuru-haraan kerana enggan menerima hakikat apa yang telah berlaku di Perak, maka kualiti iman dan takwa kena dimuhasbahi kerana secara tidak langsung bila mereka berkelakuan sedemikian, bermakna mereka mempertikai hak Allah untuk mensurat dan mentakdirkan sesuatu.

Sama ada bekas Menteri Besar yang masih gila sangkak dan enggan menerima hakikat bahawa amalan demokrasi dan suratan serta takdir telah nyahkannya dari kedudukan sebagai menteri mahu pun para pendukung dan penyokong PKR, masing-masing kena berusaha mencari sebab dan faktor kenapa kerajaan PR terlalu pendek usianya di Perak. Kalau mahu dikatakan Umno/BN bijak merancang untuk menjatuhkan kerajaan PR, apakah Umno/BN cukup berkuasa dan mampu untuk leburkan kerajaan PR tanpa keizinan-Nya. Kenapa Allah mengizinkan kehancuran kerajaan PR dan mengizinkan kerajaan Umno/BN kembali berkuasa di Perak?

Ianya boleh dijawab dengan saksama kalau jawapan yang dibuat berteraskan iman dan takwa. Dari sudut ketokohan antara Nizar (bekas menreri besar) dengan Zambry (menteri besar sekarang), rakyat boleh nilai sendiri kerana Zambry menghabiskan banyak masa belajar di UIAM. Sejahil-jahil Zambry kerana menjadi orang Umno yang sering dijahilkan oleh Pas khususnya, tak 'kanlah sebagai lepasan UIAM, Zambry sampai jahil teropong. Tidak mustahil Zambry di sisi Allah lebih alim dari Nizar, kalau tidak masakan ditakdirkan berlaku pertukaran kedudukan sebagai Menteri Besar Perak. Kesimpulannya, sebagai manusia, kita kena berhenti memperjahilkan orang lain, juga jangan skali-kali mendahului takdir kerana sehebat mana pun perancangan manusia, natijahnya tidak akan mampu mengatasi perancangan Allah.

Percaya dan yakinlah bahawa apabila Allah mentakdirkan kerajaan di Perak dan jawatan menteri besar bertukar tangan, maka itu adalah yang terbaik bagi rakyat Perak. Jika kepercayaan itu disimpan dalam dada dan dalam kepala, maka tidak akan ada yang sanggup melakukan huru-hara, merancang dan menyertai demonstrasi yang lazimnya akan membabitkan mereka yang kecewa, hilang pedoman dan tohor iman. Apa yang berlaku di Perak kena dilihat sebagai antara bayaran tunai Allah terhadap perancangan jahat, termasuk pelan 16/9 untuk menjatuhkan kerajaan negara ini secara tidak demokratik. Selebihnya lu-lu semua fikirlah sendiri!

meli-kapak-jangak

1 ulasan:

  1. Haaa nak sangat main lompat2 kan.
    Suke sangat nak suruh org lompat sana sini kan.
    Dari tahun lepas dok sebok2 suh org lompat kan.
    Skang nie org dah lompat.. sudah lah. ape lagi tak puas hati?

    Sendiri punya Game terkene batang hidung sendiri.

    Bila tak puas hati bawak, buat perhimpunan pi gaduh ngan polis.
    Buat huru hara sana sini. Mana keamanan negara kita kalau mcm ni? kalau asyik nak berpolitik? Sampai kan kete Sultan pun kene blok.. isk isk isk. Kurang Hajar Tahap Melampau Langsung tidak menghormati Kuasa DIraja.

    8 march dah lama berakhir, sudah2 la tuh berpolitik nak tarik sana tarik sini, lompat sana sini. tipu sana sini. Sudah2 lah tuh. kalau asyik nak politik kalau asyik nak gila kuasa bila nyaa nak buat kerja? Rakyat tetap kene carik makan, pk diri keluarga dan masa depan?

    BUkan paklah atau anwar yg nak kasik rakyat makan. Rezki semua kami cari sendiri. Tapi kalau pemimpin tak adakan peluang meningkatkan peluang perniagaan, pembangunan ekonomi serta insan mcm mana rakyat dan negara nak maju?

    Kalau asyik nak politik, kalau asyik nak undi, kalau asyik nak mandat. Mandat yg dah diberikan pun tatau jaga. Lepas tuh buat perhimunan resakser, lepas nih rusuhan, tak puas hati lagi buat mcm dulu kumpul ramai2 kat masjid negara mintak simpati.

    BN dulu kalah 5 negeri takder pun buat perhimpunan? takde pun buat rusuhan? tapi kenapa PR suke benar mencipta rusuhan? menganggu ketenteraman org awam? Saya pun rakyat juga, saya pun ada hak juga untuk meminta semua keganasan dihentikan. Aku pun rakyat MALAYSIA juga. Saya tidak suka semua perkembangan ini. Nak lawan.. lawan di arena politik.

    PR perak mula2 kata, Kerajaan mereka kukuh, tak kukuh pun.
    mula2 jatuh mintak perkenan Sultan, Lepas tuh kata semuanya terpulang pada keputusan sultan, namun kini SUltan dah bagi keputusan. mereka Lawan pulak lagi.. ape punye jenis manusia kau org nih ha? Cakap tak pernahnya btol.

    Semenjak kemunculan DSAI, ramai org telah mula kurang hajar terhapdap pemimpin serta undang2. Mereka buat secara suka hati mereka. Kalau dikutkan dari dulu pada PR polis salah, lawyer salah, hakim salah, menteri salah, ACA salah, EC salah, skang ni SUltan pun salah, dan mereka saje lah yg betol. (Mcm perangai yahudi buat sesuka hati, kekecohan sana sini tapi tuding jari kat org lain)

    DSAI selalu berkata dalam ceramahnya, “Insyallah with gods willing mereka akan tubuh kerajaan baru” Namun kini Alhamdulillah dengan keizinan Ilahi semua ini telah berlaku. Apakah ini takdir, qada’ n qadar ketentuan ilahi.
    Dan apakah ini spt ape yg mereka selalu katakan, kebenaran akan terbukti jua akhirnya. Marilah kita ambil iktibar dan memanfaat kan perkembangan yg positif ini ke arah pembangunan ummah dan negara

    Namun ape yg boleh diperkatakan dengan senario ini oleh PR
    YG DIKEJAR TAK DAPAT, YG DIKENDONG BERCICIRAN

    P/s: Dulu DSAI nak merampas kerajaan dengan MP lompat takde sape pun cakap ape2. skang nih baru lah nak melatah bukan2.

    oi sudah2 la politik tuh, bila mau buat kerja? Kami Rakyat Mau Cari Makan Utk diri keluar masyarakat dan masa depan. dengan ucapan main la lompat2 lagi.

    BalasPadam